08 May, 2011

Selamat Hari Ibu

Hari Ibu disambut di seluruh dunia pada minggu pertama May. Dan inilah harinya....

Semua orang ada ibu, bezanya hanyalah ada yang masih boleh memeluk erat ibunya, ada juga yang hanya mampu mendoakan ibunya dari kejauhan, tapi ada juga yang tidak tahu siapa ibu mereka. Walaubagaimanapun, siapa ibu kita sama ada ibu kandung, ibu angkat, ibu mertua, ibu tiri, mereka tetap ibu dan layak untuk diucapkan SELAMAT HARI IBU....

Walau ibu ada berbagai2 ragam...suka marah, suka bebel, suka rotan, tapi jangan lupa kerana ragam itulah kita menjadi manusia yang berguna. Ibu marah sebab ibu sayang, ibu bebel sebab tak mahu kita tersalah arah, ibu rotan kerana memberi pengajaran. Sebagai anak kita harus terima itu semua, kerana pasti suatu hari nanti, ketika ibu sudah tiada lagi, ragam2 itulah yang akan mengusik juwa kita. Dan jika suatu saat nanti kita tersalah memilih arah, pasti bebelan ibu itu menjadi bahan rujukan...owhhh padanlah ibu kata begini...owhhh padanlah ibu tak kasi aku begitu...hurmmm kalaulah aku dengar cakap ibu .... tapi bila suatu 'saat' itu terjadi, pasti sudah tak guna untuk menyesali.

Naluri seorang ibu, hanya Allah sahaja yang mengetahui. Seboleh2nya ibu pasti mahu menyenangkan anak sendiri. Sedaya upaya ibu pasti akan melakukan segalanya untuk memastikan anak2nya terbela. Tapi alangkah sedihnya jika pengorbanan ibu tidak satupun dihargai malah diungkiti oleh anak yang tak mengenang budi.... Janganlah sampai kita menjadi seperti Ali. Nauzubillahminzalik.....

Bagi sesiapa yang masih mempunyai ibu...peluklah ibumu dan katakan sayangmu padanya, bisikkan cinta mu ketelinganya, kucuplah pipi ibumu selagi darah mengalir diwajahnya. Gembirakan hati ibumu kerana senyuman dalam jiwanya akan membawa kamu ke Syurga...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

07 May, 2011

HAPPY MOTHERS DAY

Here Is A Day
Its Your Day
Wishing You A Very Very
Happy Mothers' Day

Every Now And Then
You've Been There With Us
You've Taught Us The Way
To Lead Our Own Way

You Are Our Mom
Our Dearest Mom
Whose Been With Us All Along

When We Wept Alone
You Came Up To Us
You Gave Us A Prod
& A Good Applaud

You Are So Truly & Special
Unique In Every Way
Warm And Sweet And Loving
Like Sunshine Everyday

Dear Mom,
Your Kids Love You
We Want To Say
Just One Thing To You
In All Ways You Are Great

And We Just Wish
You Have The Greatest Mom's Day

HAPPY MOTHER’S DAY
TUGIRAH ABU BAKAR


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

03 May, 2011

KISAH SI ALI (Jangan sampai jadi anak DERHAKA)

PANG !!!!! JANGAN BERANI BALIK LAGI !!!

Merah jegala pipi si Ali. muka baran darah muda memberontak. jiwa bentak. jalan hentak. "Ingat aku takde OTAK".

Capai not 10 dalam tabung, dua tiga helai pasang baju dan celana diperosok dalam beg sandang yang dibeli ayah tika waktu dulu.
Ibu mendukung adik. ayah berdiri tegak. tangan ayah masih gigil. ibu sedu menahan sebak. si ali jalan laju menuju muka pintu. ibu meletak adik. berlari. ayah halang. "KITA TENGOK JAUH MANA DIA BOLEH PERGI" . cukup kuat untuk si ali keluar dari situ. tanpa restu. tanpa hala tuju. si ali berlari melulu. tak pandang. tak jeling. apatah lagi toleh ke rumah tempat isi perut dan bermain pasir. "AKU MEMANG TAKKAN BALIK KE RUMAH NIE LAGI" jerit si ali tanpa memandang wajah keluarga. langsung tidak fikir sesal di dada. sesal untuk esok lusa. biasalah. jiwa muda. "MANA AKU NAK PERGI NI?". fikir si ali. "ABU OH ABU !!!" jerit kasar di jendela usang rumah abu. keluar sesusuk tubuh kecil rangka. "ABU, AKU NAK TUMPANG RUMAH KAU MALAM NIE" . minta belas. pintu ditutup. jendela ditarik. malah diusir jauh seperti kucing kurap. "ARGH !!!!" jerit kontang si ali kepada langit. kepala buntu. kusut berkutu. berjalan lagi menuju arah situ. arah lagi satu. bukan yang itu. sekali lagi buntu. "AGAK KALAU AKU BALIK RUMAH AYAH TERIMA AKU KER X EK?" detak kecil si ali. pandai juga si ali fikir. tapi hai keras macam besi. berlari. tahan teksi. "BANG, HANTAR SAYA KE STESEN BAS". tidur lena bersama kesam lebam di pipi. pemandu pelik. tapi perjalanan terus ditarik. sampai stesen beg ditarik. not sepuluh tinggal lima kertas hijau. "HURM" ngeluh si ali. "PADAN MUKA KAU ALI" kuis hati si ali bercakap. tak cekap. serkap. si ali mencari tempat berehat. kerusi panjang dijadikan katil. "KAU INGAT SINI HOTEL" jerkah si pakcik garang penjaga stesen. terkejut si ali. lantas berlari lagi. rasa mahu muntah hijau. tak hirau. mata keliling tengok macam orang sasau. si ali terus berlari dan berlari sampai ditahan ulat gergasi tiket. "KAU BERLARI KEJAR BAS MANA NIE" suara pujuk perdaya mangsa. "DAPAT PERGI SAMPAI MANA BANG DENGAN RM5 NIE?" . tanya mengah si ali. "HAHA" ketawa dekah si ulat gergasi. "KAU NAIK BAS TUH" . tanpa fikir si ali terus menaiki. penuh dengan manusia. isi tempat kosong kerusi. tanpa bayaran si ali langsung tidak pelik. "BAGUS JUGAK KALAU TAK KENA BAYAR" niat nakal si ali. nenek tua. pakcik bertongkat. bayi berusia bulan. semua antara penumpang rasmi bas itu. bertolak dalam kelam malam. lena si ali. sunyi jalan tepi. cahaya suram tanpa bulan menemani. sunyi. mati. setengah perjalanan. "BERDENTUM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Sentak si ali. bas di gaung. ajal tinggal hujung-hujung. perasan si ali sudah di tepi jalan sunyi. yang lain seperti tidak bergerak. terpinga si ali. dirinya hanya cedera ringan. "YA ALLAH" jerit si ali. nampak kaki. nampak tangan. nampak kepala. semua tidak berdaya tanpa jasad utama. berdiri di tengah jalan menjerit. "ARGHHHH !!!!! " tibatiba. "BERDENTUM !!!!" sekali lagi. kali ini giliran si ali. dirempuh kenderaan lori. hitam. pitam. padam. ..................


"DIK BANGUN DIK, KENAPA TIDUR KAT STESEN BAS NIE? " tanya si makcik hendak pergi tunai solat subuh. bertelekung. gigil tubuh si ali. rupanya mimpi. "SYUKUR YA ALLAH, AKU MASIH HIDUP". perlukah. si ali terfikir. pergi terus atau patah balik. lebam masih terasa. jiwa berontak masih membara. tapi kerinduan dan keinsafan kepada orang tuanya masih menjadi tunjang utama. akhirnya jalan pulang ke rumah dipilih si ali. tanpa ragu lagi. berjalan kaki. melepuh kulit menyentuh isi. tidak hirau lagi. wajah ibu, ayah dan adik terus menjadi saksi. saksi kepada pilihan isi hati. untuk meminta maaf dari mereka di atas silap lalu. si ali mengaku di atas silap. mengaku di atas khilaf. "AKU TAKKAN BUAT LAGI" insaf besar si ali. cungap. mengah. sampai di halaman rumah. ramai orang bertandang. muka suram terlihat di wajah semua. berlari menaiki rumah. rebah. air mata berhenti mencurah. adakah? apakah? "ARGH !!!!" sekali lagi si ali jerit memerah darah. tamat kisah si ali. sekian.




JOHOR BAHRU: SEORANG PEMUDA BERUSIA 20-AN DITEMUI MATI DIPERCAYAI LANGGAR LARI. HASIL SIASATAN PIHAK POLIS DIDAPATI MANGSA BERNAMA SI ALI. DITEMUI BERSAMANYA SEKEPING GAMBAR KELUARGANYA DAN TIADA LAGI BARANG LAIN DIJUMPAI..........


Air mata ayah mengalir membaca keratan akhbar lantas diletakkan di atas meja. ibu masih bengkak matanya. adik tidak mengerti apa kerana usia mentahnya. wajah sugul mengisi ruang rumah si ali.


p/s : hanya rekaan sematamata.


Ayah : Garang itu kasih sayang untuk dipeluk.

Ibu : Kasih ibu memimpin ke syurga.

Penulis : Aku cuma mampu menyayangi dan memberi senyuman pada wajah kedua orang tuaku. Maafkan aku.



*Terbang tinggi si burung helang

Berhenti rehat di dahan patah

Abah akan ku terus sayang

Emak kekasih ku tak sudah



Kredit untuk : PENDEKARPROCA
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...