08 June, 2011

Benarkah Bangsa Polip itu wujud....atau pernah wujud?

Setelah tamat menghabiskan Cinta Sang Ratu, saya terpanggil untuk meneroboh dan menyelinap ruang angkasa untuk mengetahui apakah benar kewujudan Bangsa Polip yang dinyatakan dalam nukilan Ramlee Awang Murshid ini.

Ini yang saya dapati...sama2lah kita berkongsi rahsia alam...Subhanallah...

--------------------------------------------
Dari sebuah hadis Rasulullah yg diriwayatkan oleh Muslim. Antara 10 perkara di bawah, mana satu darinya boleh datang dahulu atau kemudian.. maknanya,tidak mengikut urutan..

Dari Abu Tufail bin Usaid Al-Ghiffari, beliau berkata; "Datang ke tempat kami Rasulullah S.A.W sewaktu kami tengah sibuk membincangkan masalah hari kiamat. Baginda berkata; "Apa yang sedang kamu bincangkan ini?"
Kami menjawab; "Kami tengah membincangkan hari kiamat."
Baginda berkata; "Oh, kiamat itu belum terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda."
1. Datang asap yang membuat kabut seluruh dunia.
2. Datang Dajjal.
3. Keluar binatang.
4. Matahari terbit dari tempat terbenamnya.
5. turun Al-Masih Isa bin Maryam
6. Keluar Yakjuj dan Makjuj.
7. terjadi gerhana di tiga tempat iaitu di sebelah timur.
8. gerhana di belahan bumi sebelah barat.
9. gerhana di jazirah Arab.
10. Keluar api dari bawah tanah Eden yang akan menghalau manusia ke tempat perkumpulan mereka.
- Riwayat Muslim-

DATANG ASAP yang membuat kabut seluruh dunia.
Hal ini diterangkan oleh Allah yg bermaksud;
"Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata."
-Al Dhukan;10-

MATAHARI TERBIT DARI BARAT.
"Ibrahim berkata; "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitlah ia dari barat," lalu terdiamlah orang kafir itu.
-Al Baqarah; 258-

DATANG DAJJAL PENIPU.
"Dipinggiran Madinah ada Malaikat. Penyakit taun dan Dajjal tidak masuk ke kota Madinah."
-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim-

KELUAR BINATANG DARI BUMI
"Dan apabila perkataan telah jatuh ke atas mereka, Kami keluarkan binatang sejenis melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami."
-Al Naml;82-

GERHANA DI TIGA TEMPAT (TIMUR, BARAT, & JAZIRAH ARAB)
"Yang mereka nantikan tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka (utk mencabut nyawa mereka) atau kledatangan (seksa) Tuhanmu, atau kedatangan beberapa ayat Tuhanmu (tanda-tanda kiamat). Pada hari datangnya beberapa ayat dari Tuhanmu tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang kepada dirinya sendiri yg blm beriman sblm itu. Atau dia belum mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Katakanlah "Tunggulah, sesungguhnya Kami sama-sama ikut menunggu"
-Al An 'am;158-

YAKJUJ dan MAKJUJ
"Sehingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat-tempat tinggi."
-Al Anbiya';96-

TURUN AL-MASIH ISA BIN MARYAM
"Dan sesungguhnya Isa itu benar-benar memberikan pengetahuan tentang hari kiamat. Kerana itu janganlah kamu ragu-ragu tentang kiamat itu dan ikutilah Aku. Inilah jalan yg lurus."
-Al Zukhruf;61-

KELUAR API
Sabda Rasulullah S.A.W;
"Belum lagi terjadi kiamat sehingga keluar api dari bumi Hijaz, yang menerangi tengkuk unta di negeri Basrah."
-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
-

-------------------------------------------
Rungkaian mengenai Kaum Polip ada diterangkan dalam;

2. KELUAR BINATANG

"Dan apabila perkataan telah jatuh ke atas mereka, Kami keluarkan binatang sejenis melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami."
-Surah Al Naml;82-

Dari Abdullah bin Amr,bhw Rasulullah bersabda; "Sesungguhnya tanda yang mula-mula muncul adalah matahari terbit dari barat dan keluar binatang kepada manusia pada waktu Dhuha. Yang mana sahaja pun yang terlebih dahulu muncul di antara keduanya, yg satu lagi akan segera menyusul."

Ketika keluarnya binatang itu nanti, dia akan bercakap dengan manusia.
Al Suddi berkata; "Binatang itu nanti akan bercakap kepada seluruh manusia menerangkan bahawa agama-agama selain Islam tidak benar dan tidak diterima Allah.
Ada yang mengatakan binatang itu akan bercakap kepada manusia menerangkan jahatnya kelakuan mereka.
Ata' Al Khurasaniy berkata; "Binatang itu akan mencakapi manusia dgn kata2; "Sesungguhnya manusia tidak percaya bhw kami akan didatangi menjelang terjadinya kiamat."

Al-Qurthubi berkata; "Binatang itu akan berkata, "Dahulu orang tidak percaya dengan kedatangan kami.'

Ada banyak riwayat tentang sifat dan ciri binatang itu. Ada yg mengatakan panjangnya 60 hasta.

Ibnu Juraij berkata; "Binatang itu kepalanya seperti banteng, matanya seperti khinzir, telinganya sprti gajah, tanduknya sprt tnduk rusa, leher sprt burung unta, dadanya spt dada singa, warna spt harimau, rusuk sprt kucing, ekor sprt kibas, tinggi spt unta."
Apapun,cerita2 itu tidak mudah diterima akal. Saya juga menyarankan agar tidak trlalu mmpercayainya kerana tidak dijumpai dlm hadis mutawatir mengenai cirinya sprt itu.

Membaca hal ini membuat saya teringat akan satu kajian penulis Mesir iaitu Muhammad Isa Dawud mengenai 'Penghuni Bumi Sebelum Manusia'.
Mereka mengatakan bahawa Allah S.W.T menciptakan 18 umat yg berbeza-beza di muka bumi sebelum Adam A.S. Di antara mereka ada yang memiliki sayap dan suaranya gemerincing. Ada yang memanggil mereka bangsa Polip. Ada yg bertubuh seperti singa dan berkepala sprt burung, memiliki rambut dan ekor serta suaranya bergema. Ada yang memiliki dua wajah dan memiliki banyak kaki. Ada yg memiliki tangan dan kaki seperti manusia dan suara jeritan mereka seperti bangau. Dikatakan bhw umat-umat ini melahirkan keturunan sehingga menjadi 120 umat. Apapun kita sendiri tidak tahu setakat mana kebenarannya. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan makhluk yg lebih utama, lebih baik dan indah iaitu manusia sehingga diarahkan golongan malaikat dan iblis tunduk kepadanya. Wallahualam..

Dalam Al-Quran hanya menerangkan ciri binatang yg keluar itu nanti pandai bercakap2 dengan manusia. selebih itu, semuanya merupakan Amrun Ghaibiah (perkara ghaib).

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

07 June, 2011

Cinta Sang Ratu

Kepala masih berserabut menelaah buku2 dan dibebani dengan assignment yg mengusutkan, tapi aku masih sempat lagi membaca novel. Walau telah ditegah beberapa kali oleh hubby aku yg sama2 belajar, tapi aku tetap berdegil nak menghabiskan novel yang satu ini.

Novel Ramlee Awang Mursyid memang buku-buku "mesti baca".... walaupun novel ini telah lama berada di pasaran iaitu seawal 2007, tapi baru sekarang aku baca disebabkan adik ipar tertinggalkan novel ini di dalam kereta sewaktu menghantarnya ke Airport Sabtu lepas. Novel bertajuk Cinta Sang Ratu..... buku ni sebenarnya kesinambungan buku Ramlee yg sebelum ni... Bagaikan Puteri.... yang ni aku belum baca lagi, tapi novel ini juga telah berada di tangan aku kerana novel ini juga ditinggalkan adik ipar di kampong (rumah agam suami di BP). Melihatkan aku mengepit kedua2 buku ini, hubby aku dengan nada sinis mengingatkan agar jangan lupa baca buku sekolah dan siapkan assignment mengikut waktu yang ditetapkan. Novel Bagaikan Puteri akan ku baca kelak setelah tamat semester ini.

Menerusi penerawangan secara roughly tentang novel pertama ini, mmg Ramlee nak sambung citer bagaikan puteri tu... so plot ending dia agak tergantung.... watak haryani telah laksamana sunan "pulangkan" ke alam nyata... dani pula kehilangan kabar berita apabila tsunami melanda acheh.. ketika dia mencari susur galur keturunannya di sana... laksamana sunan di kurun ke 15 gigih bertarung dengan ratu sulaman yg akhirnya anak panah ratu sulaman, pewaris kejahatan maharani pulau utara, berjaya hinggap di belakang laksamana sunan dengan bantuan sihir dan tipu daya syaitan... sambungan ini yang aku sedang baca iaitu Cinta Sang RatuDalam Cinta Sang Ratu, Haryani dah bangun dari koma lepas laksamana sunan tikam dia di kurun ke 15. namun Dani dah hilang di acheh... tak tahu kabar berita, mati atau sudah tiada...
Kena baca habiskan baru boleh cerita lebih lanjut, walaupun dah setengah novel tu aku lunasi.



Kesimpulan yang aku buat setakat ni, Cinta Sang Ratu pula bagaikan kisah Lord Of The Ring versi Nusantara... hahaha....

Lagu ni sangat menyentuh perasaan lebih2 lagi bila dikaitkan dengan cinta Laksmana Sunan dan Ratu Sulaman

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

06 June, 2011

Boboy...pergi jua akhirnya

Pagi tadi, Aqil, Danish & Firdaus menjerit2 dari luar. Mereka mengurumi Boboy, kucing siam mak yang bewarna hitam sedang menggigil kesejukan di tepi tempayan air di luar rumah. Badan Boboy menggigil kesejukan bagaikan di siram air, tapi kami mengaggapkan Boboy telah bermalam di luar dan dihujani hujan lebat malam semalam.

Mak dah kerisauan, dibawa masuk Boboy ke dalam rumah, dikeringkan dan diberi minum susu. Semua mencadangkan agar Boboy dihantar ke klinik viteriner dengan segera. Kami segera bersiap dan beredar dari rumah mencari klinik viteriner yang terdapat di Bandar BP.





Di Klinik Haiwan, kami bertemu dgn Dr. Mohan. Dr. hanya menggelengkan kepala saja bila melihat keadaan Boboy. Suhu badan diambil dari lubang najis. Suhu badan adalah kurang dari sepatutnya iaitu di bawah 35degC. sedangkan suhu kucing biasa ialah 38.5 deg.C. Dr. Mohan memeriksa Boboy dengan teliti. Sample najis Boboy di ambil dan diperiksa, kemudian diletakkan ke microscope untuk diperiksa dengan lebih lanjut. Ada kuman???? Nak tengok rupa kuman yang terdapat dalam najis Boboy? Hurmmm....

Selepas diberikan rawatan yang berharga RM190, Doktor bagi tempoh Boboy sampai hari Jumaat ni saja. Tapi kalau kami dapat merawat Boboy, maka kami dianggap berjaya. Lalu kami bawa Boboy pulang.

Seperti di sarankan, Boboy hendaklah diberi minum susu pada pukul 4ptg dan setiap 1 1/2 jam pelu di berikan antibiotik. Tapi, Boboy nampaknya tak boleh bertahan dan akhirnya terkulai layu jua dan mengeluarkan cecair hijau dari mulutnya. Tidak bernyawa........

Boboy bersemadi dengan aman. Walaubagaimanapun kami sudah berusaha, Tuhan yang menentukan....







:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...