06 August, 2011

Ramadhan Pertama Aqil

Supprise bila pagi tadi Aqil bangun dan duduk di meja makan bersama kami. Tengok sikit muka orang yang baru nak belajar berpuasa...

Aqil pun bukan kecil lagi, lagi 5 hari Aqil akan mencecah umur 4 tahun 6 bulan. Tengoklah sampai pukul berapa dia boleh bertahan. Nampaknya berselera juga dia makan pagi nie berlaukkan ayam kari curah kicap. Minum pula segelas milo suam.


Juadah bersahur kami variety hari nie, ada ayam percik yang dibeli di bazar semalam, ayam masak kari dan sayur pisang masak lemak. Ada gak sambal udang semalam sikit untuk tambah2 kepedasan.


Abang Danish ni macam biasalah, lesu saja bila kena bangun awal pagi. Tapi Alhamdulillah taklah liat sangat bila dikejutkan untuk bangun bersahur. Danish dah masuk tahun ke-4 berpuasa sebab dia dah mula berpuasa pada umur 5 tahun walaupun pada tahun pertama tue taklah cukup mana pun. Almaklumlah pergi sekolah makan, bila cikgu hidangkan makanan untuk rakan-rakan yang tidak berpuasa, dia pun tumpang sekaki. Bila balik rumah, buat2 lah letih tapi masih kekalkan berpuasa hingga ke petang.

p/s: Alhamdulillah... semoga anak2 Mama & Papa menjadi anak solehah yang di redai Allah.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

05 August, 2011

Ramadhan Di Mana-Mana

Hari ini sudah masuk Ramadhan ke-5. Alhamdulillah, selesai sudah berbuka.

Baru-baru ini saya ada berbahas & membincangkan serba sedikit perihal waktu berpuasa ni. Seperti kita sedia maklum, di malaysia, kiata akan berpuasa seawal dari sebelum Subuh iaitu dipanggil waktu imsak sehingga azan Maghrib berkumandang. Kalau di Johor ni, kita akan mula berpuasa seawal 5.30 pagi sehingga lebih kurang 7.15 ptg. So, kalau dikira-kira tu adalah 13 jam 45 minit.

Pada mulanya rakan saya yang berada di German sekarang ini bertanya khabar dan mengucapkan selamat berbuka untuk rakan-rakan di facebooknya. Kemudian, saya teringat yang dia kini tidak berada di tanah air dan saya terus bertanya pukul berapa dia akan berbuka waktu Malaysia. Menurut rakan saya yang kini sedang berada di German, dia bersahur seawal 2 pagi kerana waktu subuh mereka di sana adalah pada 3pagi. Waktu berpuasa mereka sangat panjang iaitu sehingga pukul 9 lebih malam. Maknanya mereka di sana berpuasa selama lebih 19 jam iaitu lebih 5 jam dari kami di sini.

Kemudian perbicaraan kami berpanjangan sehingga menjadikan sebuah perbahasan yang sangat menarik apabila perbualan kami di interrupt oleh seorang rakan Farrah (entah erkkk, maybe rakan sekolah saya juga dulu kerana dia juga berada di Johor). Menurut rakan Farah itu, ada maslahah yang mengatakan kita tidak boleh mengambil sepenuhnya waktu tenggelam dan timbul matahari untuk dijadikan aras dalammenetapkan waktu berbuka dan berimsak. Sebab yang diberikan juga sangat kukuh (dari pandangan saya) iaitu; jika kita berada di Kutub Utara dan Kutub Selatan, yang mana waktu siang dan malamnya berganti bersilih bulan, jadi bagai mana hendak tentukan waktu berbuka sekiranya tiada matahari. Misalnya, waktu siang di Kutub Utara adalah selama 30 hari, maka pada waktu itu juga Kutub Selatan akan berada di waktu malam selama 30 hari juga. jadi macama mana nak puasa tu yerk?

Jadi bermulalah pencarian saya mengenai sesuatu yang baru difikiran ini dan saya terjumpa laman ini, Menentukan Waktu Puasa di Kutub

"Adapun untuk daerah yang samasekali tidak diketahui waktu fajar dan maghribnya, seperti daerah kutub (utara dan selatan), karena pergantian malam dan siang terjadi enam bulan sekali, maka waktu sahur dan berbuka juga menyesuaikan dengan daerah lain seperti diatas. Jika di Mekkah terbit fajar pada jam 04.30 dan maghrib pada jam 18.00, maka mereka juga harus memperhatikan waktu itu dalam memulai puasa atau ibadah wajib lainnya.

Fatwa ini didasarkan pada Hadis Nabi SAW menanggapi pertanyaan Sahabat tentang kewajiban shalat di daerah yang satu harinya menyamai seminggu atau sebulan atau bahkan setahun. "Wahai Rasul, bagaimana dengan daerah yang satu harinya (sehari-semalam) sama dengan satu tahun, apakah cukup dengan sekali shalat saja". Rasul menjawab "tidak... tapi perkirakanlah sebagaimana kadarnya (pada hari-hari biasa)". [HR. Muslim] Dan demikianlah halnya kewajban -kewajiaban yang lain seperti puasa, zakat dan haji."

Awal-awal lagi di laman ini mengatakan dengan jelas; " Tetap berpuasa mengikut kiraan waktu asal di lokasinya "

MasyaAllah...kalau tak kerana persoalan pertama saya, tidaklah saya membaca atau mengambil tahu hal ini. Maha Suci Allah, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui. Tak mungkin dia akan membebani makhluknya. Jadi, Farrah nampaknya kamu boleh berpuasa mengikut waktu Malaysia. Wallahualam juga yea, kalau kamu tu bermastautin tetap di sana, maka berpuasalah kamu mengikut masa di sana. Takut kalau-kalau tertangkap pula kamu macam di Malaysia bila makan di khalayak ramai sebelum waktu berbuka jika mahu mengikut waktu di Malaysia iaitu berbuka pada pukul 7.30 malam.

Allah itu Maha Besar dan sangat adil, Dia telah tetapkan semuanya mengikut kemampuan umatnya. Dia telah mengatur waktu berpuasa bagi kami di Malaysia ini yang beriklim panas dan lembab seadanya. Belum lagi saya dengar orang di Malaysia ni mati kerana berpuasa. Tapi bagi orang-orang di tempat beriklim sejuk, Dia akan panjangkan sedikit waktu berpuasa. Jadi adil bukan??? Sang Pencipta memang banyak rahsia, tak terjangkau akal kita untuk mengupas semuanya.

Sahabat Farah menambah lagi untuk menutup perbincangan kami;

Subhanallah. Maha Suci Allah. Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat ummatnya. Kadang-kadang kita lupa untuk melihat luar dari lingkungan kita. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Contohnya kenapa bulan islam berbeza dengan bulan masihi. Cuba bayangkan kalau bulan islam mengikut bulan masihi maka kita akan berpuasa hanya pada satu musim. Contohnya sekiranya Bulan Ramadan jatuh sama dengan bulan April iaitu musim panas di Malaysia. Maka Ummat Islam di Malaysia akan berpuasa setiap tahun pada musim panas sahaja. Tapi kita ummat Islam sedunia dapat merasa berpuasa pada berbagai musim. Ummat Islam di China contohnya dapat berpuasa pada musim panas, musim bunga, musim luruh dan musim sejuk. Itu salah satu dari nikmat Allah berikan pada kita yang tidak terkira jumlahnya. Kita juga dapat merasa berpuas pada musim panas dan musim hujan. Seperti sekarang ini di Johor tiap-tiap hari hujan. Tak terasa berpuasa di siang hari. Cuba kalau panas.

Alhamdulillah kerana di mana saja saya berada, apa sahaja pekerjaan yang saya lakukan, tak kira cuaca panas atau sejuk, kadangkala ada ketikanya tak sempat bersahur, tapi saya masih boleh menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Walau di mana sahaja kita berada, jangan mengelat dalam berpuasa. Tambahlah pahala sebanyaknya di bulan mulia ini. Ingat, CCTV Allah berada di mana2 sahaja dan kita tak boleh lari dari Nya.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

01 August, 2011

Ramadhan Datang Lagi....Teringat Puasa Zaman Kanak-Kanak

Hari ini sudah mula berpuasa. Hurmmmm.... danish, anak sulung saya sudah masuk tahun ke-3 berpuasa. Alhamdulillah, untuk tahun yang lepas, dia tak ada masalah untuk berpuasa penuh. Kami dah mula mengajarnya berpuasa sejak berumur 5 tahun. Cuma Aqil sahaja yang belum mengerti lagi apa itu berpuasa. Dia boleh tanya lagi, "Kat mana puasa tue"....

Teringat masa kecil-kecil dahulu zaman aku mula2 belajar berpuasa. Mak ayah memang sangat garang dan straight. Bohong lah kalau aku kata aku takda curi2 air, lebih-lebih lagi pada hari sekolah. Penat tue...letih kena beratur tengah panas lah, bilik darjah kipas tak pusing lah, ditambah lagi dengan kawan2 yang tak puasa. Tapi setelah masuk darjah 3 dan bergaul dengan akak2 & abang2 darjah 4, 5 & 6, aku dah tak mengelat lagi. Hehehehe....nakal erk, tak padan perempuan. Tapi taklah setiap hari curi tulang, cuma kadang2 jer, adalah 4 atau 5 hari dlm sebulan tue. Kalau Sabtu atau Ahad, duk diam kat rumah saja, masa ni confirm tak curi tulang. Baring atau tidur atau tengok tv atau main game kat rumah. Rugi kalau ponteng puasa. Hehehehe....

Aku masih ingat berbagai gelagat dan idea2 bernas muncul di bulan puasa ni. Yea lah, tak boleh makan, tak boleh minum, cuaca kat negara kita ni pulak panas tak hengat. Belengaslah seluruh badan, masa kecik2 dulu, mak ayah manalah ada nak pasang air-cond nie. Kalau sekarang OK lah sikit, kat pejabat pown dah fully air-cond, bila kat rumah pown dah ada air-cond, so keletihan puasa dah tak terasa sangat.

Masa dulu kalau dah tak tahan sangat panas, haaa mulalah duduk dalam bilik air lama2, sampai mak kat dapor terjerit2 suruh keluar. Hurmmmm, nyaman bila mandi air kolah, sejuk. Masa saya berumur 6 tahun, kami masih lagi menggunakan air perigi atau air tadahan hujan. Wahhh memang sejuk lah air tue, nak2 bila dah pendap lama2 dalam kolah. Rasa macam nak terjun jer kat dalam kolah tue, tapi takut plak mak marah bila air dah berkocak.

Bila di sekolah rendah, hidup kami dah berubah sikit sebab kami dah berpindah ke rumah teres, ada bekalan air dan elektrik. Ayah ada beli esbok (peti sejuk), hurmmm....malam tue kitorg masukkan sebotol air putih kat dalam freezer. Bila dah tengah hari skit, nnti air dalam botol tue akan membeku, so balik saja dari sekolah kitorang pown ambillah botol tue. Mula2 bila mak tengok, menjerit jugak. Ingatkan kitorg nak minum air, tapi akhirnya mak tersenyum tengok gelagat kita 3 beradik menggolek2kan botol air beku tue ke seluruh badan, di tengkok, tangan, kaki, tapak kai, kepala......hurmmmmm syokkk owh!!!

Bila dah petang sikit, agak2 pukul 6 barulah kitorg akan keluar bermain untuk menghilangkan rasa bosan duduk di rumah. Waktu macam tue cuaca dah redup, so bila puas bermain kami akan balik dekat2 dengan waktu berbuka. Mak pun dah siapkan berbagai hidangan. Lepas mandi kitorg duk lah mengadap makan sampai azan Maghrib. yang pertama sekali di capai sudah semestinya air. Hurmmmmmmm.....legaaaaaa!!!!!!!!

Indahnya puasa masa zaman kanak2. Sekarang tiba masa anak2 saya pulak. Tapi nampaknya si abang ni tak ada pulak tunjukkan pengelat dia. Patuh sikit, bangun bersahur pagi pown taklah liat sangat. Gelagat dia pown tak berapa nak nampak sebab saya bekerja dan dia tinggal dengan mak saya. Tapi, mak tak pulak mengadu apa2. alhamdulillah laaa....harap abang baik macam Papa, Mama ni nakal sikit. tapi tengoklah aqil macam mana nanti, rasanya tahun depan baru kami nak melatih dia berpuasa.

Hurmmm...dah nak waktu berbuka ni. Nak masak apa yea (Tapi saya di rumah mertua nie, biasanya saya tak masak di sini. abis2 pergi bazaar Ramadhan di Senggarang. kalau masak pown, cuma tolong2 mak saja di dapur) Hampehh punya menantu.... kehkhekhekheh....


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...