Kalau kita cerita pasal keselamatan, pasti ia akan berkait dengan pengawalan. Tak kira lah keselamatan di rumah, dengan anak-anak, di tempat kerja, di jalan raya ataupun di mana-mana saja. Setuju tak?
Kenapa saya buat entry ni? Hurmmmm.... sebabnya saya nak cerita pasal keselamatan dan pengawalan lah. Tapi kalau saya cerita pasal Pengawal Keselamatan, agak-agaknya ada kaitan tak erk? Ishkkkk...mestlah ada, kerana seseorang atau majikan atau sesebuah badan mengupah pengawal adalah untuk menjaga keselamatan sesuatu tempat, terutamanya rumah dan pejabat. Lebih-lebih lagi kedai emas, mesti ada seorang pengawal keselamatan bersenjata akan terpacak di depan kedai memerhatikan sahaja tindak tanduk orang yang lalu lalang.
Tapi saya sebenarnya tulis entry ni sebab tak puas hati dengan satu kejadian
yang menimpa kakak saya di mana rumah dia baru sahaja dirompak. Macam mana boleh kena rompak, tu kena tanya pengawal keselamatan yang menjaga kawasan rumahnya. Sebenarnya kakak saya tinggal di sebuah Apartment di Klang. Kawasan rumah tersebut dikawal rapi oleh pengawal kerana setiap kali kami datang dari jauh, kami tidak dibenarkan masuk sewenang-wenangnya. Nak kena bagi kad pengenalan lah, kena tunggu tuan rumah jawab panggilan dan mengesahkan kami lah, itulah, inilah.... sampaikan kami bosan barulah dapat masuk. Huhhh!!!
Lama-lama bila fikir-fikir balik bagus juga kalau kawalan ketat macam tu. Bagus untuk penghuni apartment tersebutlah, kann kannn kannn.... Tapi!!!!!! bila kami dapat tahu rumah dia kena rompak, huhhhh!!!! marah ni, menyirap jer. Macam mana pengawal boleh biarkan perompak terlepas masuk. Soal seidik kat kakak, mereka plak mengesyaki ada kalangan pengawal keselamatan yang sebenarnya melakukan kerja terkutuk tersebut.
Sedeyyyyy sangat, anak sedara I call nangis-nagis mengadu :
Aleeya - "Mama....duit kakak kena curi, habis semua orang jahat tu amik"
Mama - "Alaaaaa, kesyiannya kakak. Nanti kita tangkap orang jahat tue yea!"
Aleeya - " Kakak nak duit kakak balik, penat kakak kumpul....huhuhuu...."
Mama - "Takpa, raya aji dah dekat, nanti kita buat collection lagi ehh"
Aleeya - "Huhuhuhu....duit raya kakak!!!!!!!!"
Aleeya tu anak sedara saya, sebaya dengan anak saya yang nombor 2. Memang semua anak sedara panggil saya Mama, terasa plak anak ramai. Hehehehe.....
So, balik kita pada kejadian rompakan kat rumah kakak saya. Yang dia ambil adalah; ni wawancara dari FB abang ipar :

Antara barangan yang di curi;
- Gold plug lebih kurang 5g
- Duit raya princess lebih kurang RM700
- Laptop Acer
Haduyaii...seb baik TV2 diorang yang kurus2 tue tak dirembatnya. Bersabar yaaa kakak dan iparku sayang, ada hikmah disebaliknya yang Allah nak tunjukkan. Mesti lepas ni rezeki korang lebih melimpah-ruah. Yealah, sebelum ni renovate dapor besarkan, lepas ni naik satu tingkat lagi kot, almaklumlah Pent House. OK whattt...
Nilah rumah dioarang sebelum dirompak.

Tapi selepas dirompak pownnn macam tu jugak. Seb baik perompok cilanat tu tak tebalikkan rumah diorg. Gambar bawah nilah rumah diorang... Apartment mesti dirahsiakan, tapi kalau org Klang tengok mesti tau punya lahhh....Hehehehehe...

p/s: Jangan percaya dengan pengawal keselamatan, mengawal kerrr?


