05 June, 2013

Ampunkan Aku by HB46

Lama dah saya tak layan akustik dengan en.hubby. Mesti ada kalangan anda di sini tahu kegemaran kami bila time stress dan penat bila hujung minggu. Yang tak tahu, meh saya bagi tahu. Saya dan en.hubby suka cari seorang jejaka cute ni, nama commersial dia Gfadz Fadzil (klik jer nama tu untuk ke fb beliau). Tapi memang saya jamin, kalau u all dengar dia petik gitar dan nyanyi secara akustik, memang boleh jatuh cinta.

Gfadz ni ada sebuah band yang di gelar HB46, belum glamour laa, tapi ok tau. Ada banyak lagu-lagu mereka yang bagus. Bagi sesiapa yang ada no.phone saya dan en.hubby, kami guna ringtone lagu mereka. Ringtone yang saya guna tak sama dengan ringtone yang en.hubby saya guna. Cer try....hihihi...

Ok, harini nak promote lagu baru GFadz dengan HB46. Lagu ni ditulis oleh Napie Hassan (klik jer nama tu untuk ke fb beliau). Tapi, saya tak dapat upload lagunya untuk didengar, sebab mereka tak up kan lagi lagu ni di youtube. Tapi, apa kata u all add mereka di facebook. Lagu ni ada di upload di sana.

♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥

Lagu : AMPUNKAN AKU

Semua yang ku lakukan untuk Mu
Tiap detik tiap saat kerna Mu
Semua yang ku jalankan untuk Mu
Tiap nafas tiap langkah kerna Mu

#  Andai aku pergi
    Tanpa isi hati
    Hancurlah segalanya
    Kerna terlalu mengejar dunia

Zikir yang ku lafazkan untuk Mu
Tiap detik tiap saat kerna Mu
Amal yang ku lakukan untuk Mu
Tiap nafas tiap langkah kerna Mu

Ulang #

Chorus **
Ampunkanlah dosaku
Pada setiap salahku
Ku tahu hanya Kamu
Tuhan Maha Pengampun

Sujud syukur pada Mu
Semua hanya kerna Mu
Tiada nyata bagi ku
Hanya Engkau Yang Satu

Ulang #
Ulang Chorus ** 2x

HANYA ENGKAU YANG SATU.........

♥mood●sedangtunggusingleterbaruini♥



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

03 June, 2013

Bercuti di Lotus Desaru Beach Resort, Kota Tinggi

Cuti sekolah ni banyak sangat aktiviti, tapi walau macam manapun kena juga spend time untuk anak-anak pergi bercuti. Kali ni bawa atok dan neneknya sekali.

Hari Sabtu yang lepas kami ke Bukit Jalil memberi sokongan kepada pasukan bola sepak JDT. Alhamdulillah, kepulangan kami ke Johor selamat. Keluar dari stadium lebih kurang pukul 12 malam dan menaiki bas yang setia menunggu kami di gate belakang stadium. Berjalan kaki lebih kurang 20 minit untuk ke tempat bas, melalui jalan yang gelap dan de kiri kanan hutan. Tapi, dengan adanya penyokong JDT yang selamai 70 buah bas membuatkan kami tak gentar.

Sampai Johor Bahru lebih kurang pukul 5.30 pagi dan kami pergi makan dinner + supper + breakfast dulu di Restoran Osman, Larkin Perdana. Sampai rumah dah masuk subuh, solat dulu dan terus bantai tidur sampai pukul 1.00 petang. Bangun tidur pergi kenduri kahwin dulu rumah mak sedara. Isi perut dulu sebab petang tu dah nak ke Desaru, Kota Tinggi.

Semalam dari Johor Bahru lebih kurang pukul 4.00 petang terus ke Lotus Desaru Beach Resort. Hari ni hari ke dua. Jom layan gambar....


Berendam dan urut badan.



Haduiii....taktaulah nak naik pukul berapa ni.


Nenek duduk bersantai bawah gazebo tengok gelagat kanak-kanak.
 

Atok plak duduk bawah pokok, redup...berangin...
 





Apa yang diorang duk tunggu ramai-ramai ni? Meh tengok skit...
 


Coconut falling....hihihi....best, semua orang tunggu bende alah ni.
 




Ni ruang tamu bilik kami. Bilik 2 tingkat, katil di sebelah atas, so ambil gambar dari atas
 


Harga bilik untuk cuti sekolah RM338, rate cuti sekolah memang mahal sikit...walaupun weekday macam kami yang ambil bukan Sabtu &Ahad. Weekend lagi mahal. Huhuhu....
.


Pemandangan teampark dari bilik. Malam tadi tembak bulan serta ombak dan pagi tadi pun ke pantai lagi main tanam-tanam. Gambar snap dari DSLR, tak bawa ubat. Tunggu next entry untuk gambar-gambar di pantai.

♥♡ Happy Monday ♡♥


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

01 June, 2013

Road to Bukit Jalil

Cheeewahhh..... tajuk bahasa London tu, tak tahan.

Ok, sekarang ni saya dalam bas tingting, sedang tunggu masa untuk berlepas ke Stadium Nasional Bukit Jalil bersama penyokong-penyokong pasukan bolasepak Johor Darul Tazim.
Apa tu bas tingting?

Bas tingting tu laaaa, yang selalu u all tahan tepi jalan, bas berhenti, u all panjat tangga then bagi tahu driver destinasi, driver bagi tahu harga tambang, u all pun masukkan duit dalam tabung tu. Kalau nak turun tekan loceng sebelum jumpa bus stop. Then akan bunyi laaaa...."ting! ting!". So boleh turun yeaaaa.

Owhhhh u all panggil bas awam eahhh? Kita orang Johor panggil bas ni, bas tingting. Kenapa naik bas ni???..... Sebab bas ini sahaja yang ada yang sanggup bawa penyokong JDT yang glamour ni. Sebab apa?.. Sebab pengusaha bas yang support bas untuk ke Pahang kelmarin dah serik, tak mahu bawa penyokong bola especially penyokong JDT. Sebab apa? Sebab hampir semua bas yang bawa penyokong JDT ke Pahang rosak teruk dikerjakan penyokong pihak lawan. Termasuk ada driver yang cedera. Sebab apa??? Entahlahhh, yang baling batu tu orang zaman batu tak bertamadun gaknya.

Mudah-mudahan perjalanan kami hari ini selamat pergi dan balik.

TMJ bersama kami. Allah sentiasa lindungi kami. Walau apapun yang terjadi, kami tetap sokong JDT.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...