16 June, 2013

SAMBUTAN HARI IBU & HARI BAPA : Niat Tidak Menghalalkan Cara

Apa hukum menyambut hari ibu? Ini cerita bulan lepas di mana ramai antara kita wish hari ibu.


Memang niat kita baik nak celebrate Hari Ibu dengan ibu kita tersayang. Ajak pergi makan, belikan hadiah, salam peluk cium bagai. Tapi....kena tunggu Hari Ibu saja ker? Meh tengok apa Ustaz plak kata.... 'Niat tak menghalalkan cara' , Saya suka ayat itu...!


Kenapa Hari Ibu haram disambut bagi kita yang beragama Islam?


Siapa yang tetapkan tarikh Hari Ibu? Kristian yeaaaa....


Begitu jugalah dengan sambutan Hari Bapa.
Okey, sekarang Ustaz Azhar yang lebih arif daripada kita dah sampaikan kepada kita semua kenapa sambutan Hari Bapa dan Hari Ibu diharamkan. Namun, masih ramai lagi yang tak tahu dan masih menyambutnya sehingga ke hari ini.

Ramai yang kata " Ala...setahun sekali je sambut..Takkan tak boleh kot?". Ataupun tidak kurang juga sampai ada yang kata " Islam nie semua tak boleh. Bukannya sambut orang kafir atau Yahudi, Kristian, nak sambut mak bapak sendiri jer! "

Nauzubillah...Islam itu mudah. Tak perlu kotttt nak tunggu tarikh tertentu untuk sambut. Sambut sajalah hari-hari atau bila-bila waktu saja, bilamana kita mendapat rezeki berlebihan.

Semoga Allah menyelamatkan kita daripada kesesatan. Amin...

Status saya di FB hari ini:
"Hari ni hari apa erkkk? Hurmmm....saya takde plan nak wish apa2 hari ni. Sebab hari2 saya sayang ayah saya, almost hari2 saya cium tangan ayah saya, walaupun hari2 takde hadiah, tapi doa untuk ayah dan mak tetap mengiringi solat saya. Suami saya? Ohhh dia bukan ayah saya, tapi saya tahu dia Papa terbaik untuk anak2 saya."
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

11 June, 2013

POU

Tahu tak apa itu POU?

oK, ini adalah sejenis game online. Ohhh...bukan.....ini adalah sejenis binatang belaan online. Ehhhh....bukan...bukan... POU adalah sejenis kuih belaan online.

Ishkkk...actually, saya pun tak tahu ape bendealah ni, bende ke binatang ke kuih ke ni. Kompius.... Yang saya kena tahu, saya kena bela bendealah ni bagi pihak anak saya yang berumur 6 tahun, si Aqil Hail tu.


Ok, nampak tak yang setongkol kaler coklat tu? Haaaa...tu laaa POU. Mendealah ni lah yang saya kena bela bagi pihak.

Alkisahnya, suatu hari di pejabat. Saya teringat nak call anak-anak di rumah sebab minggu lepas kan cuti sekolah 2 minggu.

Mama : Adik dah makan?
Aqil : Dah. Haaaa Mama, tolong bagi POU adik makan!
Mama : Haaa?? (mama kompius)..... pau??
              Ohhh, adik nak makan pau eh? Nanti petang mama belikan.
Aqil : Bukan adik laaaaa.... POU adik, dia mesti tengah lapar. Lepas bagi makan, mama ajk dia main game dulu tau, lepas tu tutup lampu suruh POU adik tido.

OK....serious mama kompius. Then balik rumah petang tu tanyalah Aqil apa yang dia nak sebenarnya. Lepas tu, Aqil explain mama mendealah ni.


Ok, mula-mula tengok kat notification, nampak tak? DIA KOTOR HOKEYYYYYYYY!!! Apekerrrr?

So, untuk dapatkan semula POU yang handsome macam ni, kita kena bersihkan.

Caranya.....mandikan dengan sabun.

Sebab bila POU kotor, dia akan rupa macam ni. HAHHHH! Memang serious kotor, dan nampaktak 2 ketul bawah tu? U'ukk dia ok!

Then, bila dah bersih, kena bagi makan, dan kemudian kena ajak mendealah ni main game. Hadoiiiii....tak pasal-pasal mama terjebak dengan mendealah ni sebab anak saya dowload mendealah ni di tablet saya! Kesiannya saya....
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

05 June, 2013

Hukum Puasa pada Hari Isra' Mikraj

Esok adalah hari Isra' Mikraj.

Tadi seorang rakan bertanyakan pada saya yang tak berapa mahir sangat pasal agama ni. Kalau tersalah bagi info kang, jadi lain pulak. So...saya tanyalah pakcik google, mesti ada kenalan-kenalan pakcik google pernah buat N3 pasal persoalan agama ni.

Ok...jumpa dah....

APAKAH hukum berpuasa pada tanggal 27 Rejab bersamaan dengan hari Isra' Mikraj?

Jawapan:
Sekiranya seseorang itu berpuasa pada tanggal tersebut dengan harapan ingin mendapatkan pahala puasa sunnah hari Khamis (iaitu esok), sebagaimana yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w., insya-Allah pasti akan memperolehinya sesuai dengan apa yang diamalkannya sepanjang hari.

Terjemahan:
Dari Abu Qatadah Al-Anshari radhiyallahu ‘anhu: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang berpuasa pada hari Isnin. Jawab baginda: “Pada hari tersebut aku dilahirkan, dan pada hari tersebut diturunkan wahyu kepadaku.”
[HR Muslim].

Namun sekiranya seseorang itu berpuasa pada hari tersebut dengan iktikad bahawa “hari tersebut adalah hari terjadinya peristiwa Isra Mi’raj dan sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut pasti akan mendapatkan pahala sekian dan sekian atau mendapatkan pahala yang berlipat ganda,” maka hukumnya adalah haram, kerana itu merupakan bid’ah dalam agama.

Jom baca yang selanjutnya di SINI.

P/S: Pelangi petang.....cantikkan ciptaan Allah ♥


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...