24 January, 2011

Bereksplorasi di Pulau Karimun (PartDuex) Rombongan Meminang

Sebenarnya topik utama saya ke Pulau Karimun adalah untuk menghantar rombongan meminang. Dari belah Malaysia adalah lelaki, dan di belah Indonesia adalah perempuan. Rombongan meminang bergerak dari Hotel Wiko lebih kurang pukul 4.30ptg waktu Malaysia, iaitu selepas Asar. Boleh tahan jugalah jauhnya rumah perempuan dari Hotel Wiko iaitu dari Pekan Karimun. Kalau tak silap saya adalah lebih kurang 40minit berkereta.
Jadilah saya gadis pembawa bunga rampai. Bau semerbak satu kereta. Tapi yang sengalnya bila kerata langar bumper, terpelanting2 bunga rampainya.

Sampai saja di rumah pihak perempuan, kami disambut mesra oleh sanak saudara dan jiran tetangga mereka. Melihat keadaan rumah sama seperi rumah atok nenek kita di kampung, tak ada banyak yang boleh diceritakan. Tidak seperti cerita2 sinetron yang kita lihat di TV, di mana rumah besar2 dan cantik. Mereka ada membela ayam, kambing yang dibiarkan berkeliaran di sekeliling rumah. Bila masuk dalam rumah, takda lampu, kipas...wahhhh...apalagi kita2 ni semua kepanasanlah dibuatnya. Nasib baik cuaca petang tu tak berapa terik.

Majlis penyerahan barang-baang hantaran berjalan sangat lancar. Siap ada tukang serah. Unik sangat. Saya rasa seperti berada di zaman 60-an. Cara percakapan mereka sama seperti orang Melayu kita di Malaysia. Hantaran dari mereka sama juga seperti kita, yang wajib bawa adalah tepak sirih, sirih junjung dan bunga rampai serta cincin tanda dan wang hangus (tanda wang hantaran). Dari pihak lelaki, kami membawa 7 dulang begitu juga dari pihak perempuan.


Firstly bagi tepak sirih. Siap berpantun dan main rasa2 lagi. Wahhhh....simbolik sungguh.

Yang warna biru ni hantaran dari pihak perempuan. Penyerahan juga dibuat satu persatu.

Masa ni serah bunga rampai, bergurau2 lagi tue


Unik betul majlis diorang ni. Kita di Malaysia dah tak ada majlis serah2 ni, main serahhh jer. Pantun2 pun dah tak ada sebab dah tak ramai yang boleh berpantun, takat pantun 2 kerat jer.

Yang tengah tulah bakal pengantin perempuannya. namanya Chinta.

Pengantin perempuan ni Guru Sekolah Rendah. U all nak tau tak berapa gaji dia sebulan, RM200... perghhh, gaji cikgu sekolah Tadika pun mahal.

Diorang ni sumer dok pegang kipas coz umah dia sebatang kipas pun takda. Dahlah tutup tingkap, nasib baiklah aku ni golongan org2 yg beriman, taklah rasa panas sgt...hehehehe (masuk bakul angkat sendiri)

Sarung cicin.
Hantaran RP29.4 Juta...Perghhhh kalah anak Sultan Brunei. Hehehe actually lebih kurang RM10,000.00 tapi sebenarnya dah mahal pun kalau nak dibandingkan dengan rakan2 sekampung dia.





Jamuan diorang, nasi putih, ayam masak kicap, gulai ikan dengan terung masak lemak. Air tu kitorang panggil air Ferri.
Kalau kat umah mak sayalah ni, kuih jer dah berpiring2....hehehehe...


Unik bas sekolah nie, buatan kayu tau. So, kami ambil kesempatan bergambar dalam bas. Terima kasih pada Dr. Raha yang sudi snapkan gambar kami :)



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

23 January, 2011

Bereksplorasi di Pulau Karimun (Part1)

Hujung minggu saya yang sudah sangat bermakna dan sangat padat sepadat perkampungan di Kepulauan Karimun, Indonesia. Perjalanan selama lebih kurang 1 jam menaiki Feri dari Jeti Kukup sangat mengujakan. Walaupun pernah merasai pengalaman menaiki Feri ke Pulau Pinang, Langkawi dan Tioman,tapi kali ni lain sikit rasanya kerana saya berferi bersama Dr. Raha iaitu Pengarah Jabatan Penilaian tempat suami saya bekerja. Saya pasti suami saya pun tak sangka dia akan bercuti bersama-sama dengan Pengarahnya.

Feri pertama, pukul 8 pagi waktu Malaysia. Kami berkumpul di tempat parking kereta JJ berhampiran dengan jeti, caj meletak kenderaan berbumbung sehari 2 hari 1 malam cuma RM12.00, selamat kerana ada penjaga. Dari Carpark JJ, kami meniki van pengangkut.

Sesampai saja di jeti, kami terus beratur memasuki balai berlepas untuk mengecop pasport. Tiket dari Kukup ke Pulau Karimun cuma Rm100 dua hala iaitu pergi dan balik.




1 jam perjalanan dari Kukup ke Pulau Karimun, akhirnya feri kami berlabuh di Jeti Tanjung Balai, Pulau Karimun Indonesia. Perjalanan 1 jam dari Kukup pkul 8 pagi dan kami sampai di Tanjung Balai pukul 8 pagi juga. Hrmmmm....macam mana tu erk? Sebenarnya waktu Indonesia lewat 1 jam dari waktu kita di Indonesia. Tapi bila kita berada di Indonesia, sebaiknya tak perlu melihat jam di Indonesia untuk menentukan waktu Solat, kerana sama saja. Contohnya waktu Zohor kita di Malaysia pada pukul lebih kurang 1ptg, tapi Zohor di Indonesia, pada kul 12tgh.

Sistem imigresen di Tanjung Balai masa di takuk lama. Kami terpaksa beratur panjang, lagi melambatkan pengecopan passport kami apabila 2 lagi Feri sampai dari Singapura dan membuat satu lagi barisan bersebelahan barisan kami. Sedangkan kaunter yang dibuka hanya satu saja. Selepas 1/2 jam kami beratur, barulah satu lagi kaunter dibuka....Uishhhhh...dansyat betul sistem, dah lama panas, takda aircond, kipas pun tarakK!



Nasib baiklah selepas selesai, kami telah dijemput oleh sekumpulan driver untuk membawa kami terus ke Hotel Wiko. Di Hotel Wiko, kami dijamukan dengan sarapan pagi Lontong. Yang ni istimewa sikit, dibeli di Jeti Tanjung Balai. Rasanya sikit berlainan dari soto kita di Malaysia. Selepas sarapan pagi, kami terus di hantar ke bilik.


Masa untuk bershopping di Pasar Karimun.....

Tunggu episod ke-2 akan datang. Skang dah penat sangat nie, nak tido dulu, esok kerja.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

20 January, 2011

Kenapa Mesti Tinggal Solat

Ya Allah....ampunkanlah aku!!!

Semalam dalam perjalanan balik dari tempat kerja, aku singgah buang air kat sebuah petrol kiosk berdekatan dengan rumah aku. Waktu itu dah pukul 7.30pm. Takut tak sempat nak bukak pintu rumah, almaklumlah takda guna auto gate. Bila keluar simpang jer, aku akan melalui deratan rumah kedai yang tak siap. Bila lampu kereta aku menyuluh ke dalam bangunan tu, aku ternampak seperti ada makhluk yang sedang berdiri dalam bangunan gelap tersebut. Lalu aku memperlahankan kereta untuk lihat makhluk apakah itu, almaklumlah....sekarang ni macam2 kejadian paranormal berlaku disekeliling kita. Tapi bila aku amati betul2 susuk tubuh yang sedang berdiri tegak dalam bangunan tersebut, aku dapat lihat dengan jelas itu adalah seorang manusia.

Cuba u alls teka apa orang tu buat dalam bangunan gelap yang tak siap tue? Bangunan tu memang nampak uzur sangat, diding dah terkopak2, pintu tingkap dah takda sebab tu bila aku suluh, aku boleh nampak dengan jelas ada makhluk dalam tue (ehhhh manusia).

Orang itu sedang BERSOLAT!!!! MasyaAllah...Allah Maha Besar. Terkedu seketika aku waktu tu, terus tengok jam yang dah nak dekat 7.45pm menandakan waktu maghrib dah nak abis sedangkan aku masih berada di atas jalan raya.
Aku berkata dalam hati:
"Apa nak jadi dengan aku ni, tak reti nak bersyukur. Allah dah memberi segala kenikmatan, tapi aku masih tidak tahu mengucapkan terima kasih kepada Nya. Orang itu, tak ada rumah, duduk menumpang dalam bangunan yang usang, takda bekalan elektrik, ntah ambil air dekat mana tak tahu, masih boleh mendirikan SOLAT. Tapi aku.....ada rumah yang cantik dan bersih, keadaan bilik yang sempurna, karpet yang empuk ada air cond lagi, tapi masih main2 dengan solat. Buat mana sempat aja"

Kalaulah Allah tarik semua ni balik.........(terdiam)


***INSAFNYA***

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...