29 February, 2012

BERSERDAHANALAH

MELEBIHKAN SESUATU AKAN 
MENGURANGKAN SESUATU

  • Orang yang banyak ketawa akan menyebabkan kehebatan dirinya berkurangan
  • Orang yang banyak bergurau akan dipermainkan disebabkan gurauannya itu
  • Orang yang banyak bercakap akan menyebabkan kesilapannya bertambah
  • Orang yang banyak melakukan suatu perkara akan hanya dikenali melalui perbuatannya itu sahaja
  • Orang yang banyak membuat silap akan mengurangkan sifat malunya
  • Orang yang telah kurang malunya, maka semakin kuranglah sifat waraknya
  • Orang yang telah kurang waraknya, maka hatinya lama kelamaan akan mati
 Pesanan dari Amirul Mukminin Sayidina Umar R.A.

Jadi, berserdahanalah kita dalam setiap perkara. Sentiasa beringat untuk melayari titian kehidupan dengan makna hidup yang bermakna agar hati kita tidak mati dengan sia-sia. 'Hidup kita di dunia akan menentukan kehidupan kita di akhirat kelak'. Oleh itu, sifat berserdahana sangat penting agar kita faham tujuan sebenar kita di muka bumi sebagai khalifah Allah s.w.t.

MasyaAllah....suka benar kita bila bersuka-suka. Bak kata orang, ketawa tak ingat dunia. Astaghfirullahalazim.....jahil sungguh diri ini. Banyak-banyak perkara di atas kita sering melakukan perbuatan ketawa yang berlebih-lebihan. Benarkah hati kita akan mati???

BAHANA KETAWA YANG BERLEBIH-LEBIHAN!!!
  1. Dimurkai Allah
  2. Dikutuk para Malaikat
  3. Rasulullah tidak memandangnya pada hari kiamat
  4. Disoal (dihisab) pada hari kiamat perilaku gelak ketawanya
  5. Terbuka aibnya pada hari kiamat
  6. Digemari syaitan akan dirinya
  7. Dibenci oleh semua penghuni langit dan bumi
  8. Mati hatinya
  9. Hilang air mukanya (malu dalam kemuliaan)
  10. Lupa pada segala-galanya
Berhentilah ketawa terbahak-bahak!!!!!! 
Kerana ia memudaratkan...

 Marilah kita sama-sama perbaiki diri......

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

20 February, 2012

Rawatlah lidah sebelum parah...

"Cakap siang pandang-pandang, 
 Cakap malam dengar-dengar"

Mesti kita semua dah biasa dengan perumpamaan di atas. So, maksudnya apa? Tapi sekarang dah tak berapa relevan perumpamaan tersebut sebab kita susah dah nak jumpa yang macam Cik Kiah atau Cik Senah yang suka mengumpat ala-ala mesyuarat tembok tue. Orang sekarang ni mengata melalui Facebook atau Twitter, yang advance skit akan mengumpat dan mengata melalui blog plak. Tapi....saya taklah macam tue (masuk bakul angkat sendiri).

Saya ulang lagi....So, maksudnya apa? Maksudnya....kalau nak mengata tue kenalah tengok kiri kanan, buat research dulu apa yang kita nak cakap tu betul atau tidak. Pastikan kesahihan cerita yang kita dengar dari orang lain, kalau kita tak tahu jangan cakap banyak. Yang penting, jangan suka buat kerja sampai-menyampai sebab kalau main pasing-pasing cerita ni mesti dan confirm-confirm akan ada tokok tambah. Astaghfirullahalazim.......

Mengata orang ni ada banyak cabang. Antaranya;
  • Mengata buruk seseorang untuk menunjuk diri orang yang bercakap tu baiklahhh sangat
  • Mengata dengan tujuan untuk menyindir seseorang
  • Mengata dengan niat untuk menyakiti hati orang lain
  • Mengata sesuatu yang tidak pasti dan ia merupakan fitnah
  • Mengata perkataan-perkataan yang kesat bertujuan untuk mencaci seseorang
Ingatlah, perbuatan menyakiti hati orang lain terutamanya sesama Muslim ini adalah termasuk dalam dosa besar kerana ia boleh menjejaskan nama baik dan maruah orang yang dikata atau disakiti hatinya. rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 

"Seseorang Mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukanlah orang yang suka menghina, bukanlah orang yang suka berbuat keji dan bukan juga orang yang bercakap keji"

Oleh itu, sebelum terlambat dan kita terkeluar dari senarai insan yang bergelar Mukmin sejati, marilah kita sama-sama merawat lidah sebelum ianya menjadi lebih parah. Nauzubillah......
So, jom rawat lidah kita dengan....
  1. Melatih diri untuk berkata dan berbual dengan perkataan yang baik-baik sahaja, berlemah lembut dan dengan sikap mesra.
  2. Melatih diri dengan menjauhkannya dari sikap yang suka menghina, mengutuk, mengumpat, mencaci, memfitnah dan juga merendah-rendahkan sesama Muslim.
  3. Melatih diri dengan bergaul dan berkawan sesama rakan yang baik dan berdamping dengan orang yang tinggi ilmu agamanya dan yang tinggi akhlaknya.
  4. Melatih diri berbaik-baik dengan semua orang, mengelak daripada bersikap bermusuh-musuhan dan suka bertengkar.
  5. Melatih diri dengan meringankan lidah memohon maaf dengan orang lain lebih-lebih lagi kepada orang yang kita sakiti hatinya.
  6. Melatih diri dengan bersikap berbaik sangka dan menolak sikap buruk sangka terhadap orang lain.
  7. Melatih diri dengan mengamalkan hubungan ukhwah silatulrahim antara satu sama lain.
Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah berpesan:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”






:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

19 February, 2012

JUJUR MENUJU JALAN YANG LURUS

Assalammualaikum....
Lama sungguh bercuti dari menukil di sini. Alhamdulillah...malam nie ada kelapangan sedikit. 
Kita masih lagi dalam bulan Maulidulrasul. Salawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah juga kerana saya masih diberikan nafas untuk meneruskan kehidupan dan dianugerahkan kudrat untuk menjalani hari-hari yang cukup bermakna. Semoga saya dan keluarga sentiasa berada di bawah lindungan Allah s.w.t.

Dalam satu riwayat telah disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;

"Allah telah membuat perumpamaan berupa sebuah jalan yang lurus. Di kedua-dua sisi jalan itu ada dinding yang ada padanya terdapat beberapa beberapa pintu yang terbuka. Pada pintu-pintu itu terdapat pula tirai yang dilabuhkan. Sementara di atas pintu gerbang jalan tersebut ada penyeru yang berkata: 'Wahai manusia, laluilah jalan ini sampai ke hujung dan janganlah kamu membelok-belok (ke kiri dan ke kanan)'
Sementara itu, ada lagi penyeru lain di atas jalan tersebut berkata, ketika manusia hendak membuka salah satu daripada pintu-pintu itu: 'Jangan kamu membukanya, kerana jika kamu membukanya kamu pasti akan terperosok masuk ke dalamnya'."

(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w. tersebut amat bermakna untuk kita hayati agar kita sentiasa jujur dalam menjalani kehidupan melalui jalan yang lurus yang telah disediakan oleh Allah s.w.t. Sekiranya kita tersilap langkah,dan mengubah haluan, pasti akan tersasar dari jalanNya. Nauzubillah....minta dijauhkan...

'JALAN' itu adalah Islam agama suci
'DINDING' pula bermaksud hukum-hukum Allah
'PINTU-PINTU YANG TERBUKA' merupakan perkara-perkara yang haram
'PENYERU DI ATAS GERBANG' dikiaskan sebagai Al-Quran
'PENYERU DI ATAS JALAN' maksudnya nasihat dari Allah yang ada di dalam hati setiap Muslim



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...