09 March, 2013

Hot Mama

Pagi tadi...... Mama Niena & Mama Nina berada di bawah terik matahari, menemani 4 lelaki sunti berendam dalam kolam sedalam 2 meter.

Berita tergendala....

Owh yaaaa.... untuk Naufal Adam, mama minta maaf sangat-sangat sebab terlupa birthday Naufal pada 1 Mac yang lalu. Tahun lepas Naufal ada telefon mama ingatkan, tahun ni kenapa takde? Hehehe.... sory yea sayang.

Permintaan Naufal untuk makan di Mekdi esok...opsss sory tak boleh. Kita pergi restoran lain sebab Mama tak boleh makan mekdi lagi, takut sakit perut. Hadiah tunggu minggu depan sebab sekarang mama busy sikit tak sempat nak belikan. Huhuhuhu....

Berendamlahhh you all sampai rentung. Esok Adam Danish ada aktiviti berenang dengan Pasukan Penyelamat Negeri Johor di Perairan Selat Tebrau. Wish him ok...amin...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

08 March, 2013

MEMBERI DENGAN KERENDAHAN HATI



Mari Bersedekah : 
TANGAN YANG DI ATAS ADALAH 
LEBIH BAIK DARI TANGAN YANG DI BAWAH





Credit to : I-Produksi |Islam*Iman*Ihsan|

Saya teringat pesan seorang yang sangat saya kenal rapat. Katanya:

"Kalau kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah." Dia menyambung 

"Kalau kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki".

Dalam pada itu, kita perlu selalu ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus. Kadang-kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie, macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas bila dapat berkongsi bersama. Pendapatan seperti biasa, tapi seolah-olah cukup dan bila pendapatan yang kita perolehi lebih dari biasa, kita pula yang akan rasa tak cukup sebab kita ada banyak kehendak itu dan ini yang kadangkala diluar jangkauan sehingga membuatkan kita lupa daratan dan terlupa untuk menyimpan. Kita kena sentisa bersyukur dengan nikmat yang ada. Jangan sampai serakah dalam mencari rezeki sampai kita jadi kufur nikmat. Na'uzubillah.

Betapa Allah itu Maha Penyayang dan Maha Lembut. Di dalam kesukaran kita acapkali Dia turunkan bantuan dari sumber yang kita sendiri tak sangka. Sekali lagi kita kena sentisa mensyukuri pemberian Allah kepada kita yang datang dalam berbagai-bagai bentuk. Ucapan 'Thank You Allah' atau 'Alhamdulillah' biarlah datangnya dari hati dan kita menghayati maksudnya bukan hanya lontaran perkataan dari mulut kita.

Jadi, apabila kita mahu memberi, berilah dengan kerendahan hati dan tersemat redha dalam sanubari. Allah mengetahui, walaupun pemberian kita tidak diketahui atau tidak disedari, kita kena yakin Allah Maha Mengetahui, pencatit kebaikan tidak pernah alpa menjalankan tugasnya. Pasti kita akan medapat balasan tak dijangka suatu hari nanti.




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

JANGAN MENCERCA ORANG



Hadis : Larangan Mencerca Orang Yang Telah Mati





Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.”
Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi

Huraian:

Mencerca, memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.

Sesiapa yang mencerca orang lain sebenarnya dia mencerca dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar cercaan atau celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicerca itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

Lebih mudarat lagi apabila kita mencerca orang yang telah meninggal dunia. Bila pula kita hendak memohon keampunan darinya. Dengan tindakan itu, kita juga telah memberi malu kepada kaum kerabatnya yang lain kerana kesahihan cerita tidak dapat kita ketahui apabila kesahihan sesuatu perkara atau rahsia itu hanya diketahui oleh simati.


Bersangka baik itu lebih baik....Wallahualam...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...