08 March, 2013

JANGAN MENCERCA ORANG



Hadis : Larangan Mencerca Orang Yang Telah Mati





Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.”
Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi

Huraian:

Mencerca, memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.

Sesiapa yang mencerca orang lain sebenarnya dia mencerca dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar cercaan atau celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicerca itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

Lebih mudarat lagi apabila kita mencerca orang yang telah meninggal dunia. Bila pula kita hendak memohon keampunan darinya. Dengan tindakan itu, kita juga telah memberi malu kepada kaum kerabatnya yang lain kerana kesahihan cerita tidak dapat kita ketahui apabila kesahihan sesuatu perkara atau rahsia itu hanya diketahui oleh simati.


Bersangka baik itu lebih baik....Wallahualam...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

14 comments:

Anum said...

Assalamualaikum semua
Selamat Hari Wanita Sedunia :)

Chic Na said...

semoga dijauhkan dari bersangka buruk sesama manusia.

salam Jumaat sis.

Unknown said...

betul tu... cerca org yg masih hidop pun x baik.. apatah lagi yg dah takde... kita pun xtau naseb kita mcm mana kan.. huhu

Acik Erna said...

Assalam CM..terima kasih mengingatkan

Anonymous said...

mmaf lambat singgah...sakit baru je nak kebah

nadia farahida said...

kak kak cim, bersangka baik adalah yang terbaik. :)

lelamaisara said...

betul lan bersangka baik itu lebih baik..tq kak kongsikan ni..:)

Unknown said...

tak baik membuka aib orang kan~

Mrs Velentine said...

betul tue kak..selamat hari wanita

Miss N™ said...

Elak selagi boleh...ingt dosa pahala....

terima kaseh sudi share. :)

Nurul Says said...

bagus utk renungan!

9n0L4 said...

kalau kite tak cerca org, insha Allah org tak cerca kite kan kak. ;)

Cik Ai said...

sentiasa beringat yg baek2 saja..in Shaa Allah :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

better jg aib sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...