30 September, 2013

Hoki dan Bola

Salam Isnin yang indah...

Just nak share 2 PicsArt mengenai Hoki dan Bola yang lepas.

Saya memang cukup minat dengan 2 sukan ini, sebabnya..... sejak dari sekolah rendah hingga ke menengah telah mewakili sekolah dan peringkat Daerah Johor Bahru dalam sukan hoki. Dan bila dah memang orang sukan, secara automatik pasti akan minat bola. Actually rugby pun saya suka juga sebab en.hubby pemain rugby sekolah. Cuma di Malaysia ni rugby tak begitu popular.

Seperti yang semua tahu, JDT baru sahaja menang besar di laman sendiri iaitu di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus dengan mengalahkan Kelantan 4-2 di saingan pertaman Watson Piala Malaysia. Pada 5-Oktober nanti, saingan kedua akan berlangsung di Kelantan. Tak sure saya akan pergi atau tidak, tapi yang pastinya saya akan menonton secara live walau apa cara sekalipun.

Semalam pula Malaysia telah bertemu India untuk merebut piala pusingan Hoki Piala Sultan Johor di Stadium Taman Daya. Semestinya saya berada di sana menyaksikan saingan sengit tersebut. Walaupun Malaysia kalah 3-0 dengan India, tapi kami tidak menyalahkan pemain kerana ada banyak faktor yang menghalang skuad hoki Malaysia bawah 21 merebut kembali piala tersebut. Pengadil!!! Faktor utama....siapa yang menyaksikan pasti tahu.....malas nak cakap, piala pun dah balik India. Tapi mereka main memang cukup semangat dalam keletihan serta menanggung lebam-lebam di badan. Bayangkan....mereka bertaruh tanpa kalah di peringkat pusingan, setiap hari selama 2 minggu tanpa cuti. MENANG BERGAYA menentang Argentina, Korea, Pakistan dan England.

Yuk.....tengok Pyro Malaysia...





Bersukan gaya hidup sihat....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

26 September, 2013

WW : Saya 33

Hari ni meningkat usia... dah tak boleh main main saja... tapi masih boleh manja manja.









Dinner dgn en.hubby, berdua jer, snap snap sambil tunggu waktu makan.

Lokasi : A Malaysian Delight Cafe, Austin Height

♡♡♡ Terima kasih yang wish birthday sama ada pm msg, di sms, di mms, di wasap, di wichat, di fb, di twitter, di insta, di blog juga serta semua yang wish berdepan bersua muka. Saya sayang semua ♥♥♥


^_^ lepas Maghrib nak berdesup ke Stadium Hoki, Malaysia lwn India

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

25 September, 2013

JANGAN ANGKUH

Antara hal yang membuatkan aku pikir banyak kali pusing kepala kanan kiri bilamana ada manusia manusia yang tak sedar diri tak tahu tarikh mati cakap tak henti henti hamun maki sesuka hati dia ingat dunia ini miliknya abadi tak faham erti tahu diri.

penat.....letih sendiri bukan bila baca takde tanda titik noktah koma.

lagi letih bila melayan angkuh manusia manusia yang tak tahu reti pandang ke bawah.

Kau siapa?

Cuba bila suatu hari nanti tiba tiba kau sakit kepala pergi jumpa doktor terima berita duka bagai sesuatu hempap atas kepala..... "kau cuma ada 6 bulan saja"

Tika itu..... apa kau rasa?
Saat itu..... mulalah kau fikir kau siapa..

Jangan suka suja hina orang atas sebab kau itu sesiapa. Bila mati nanti kau pakan kain kapan yang sama. Ke kubur nanti kau takkan tahu siapa yang tanggung berat usung kau sampai ke dalam sana. Di situ nanti kau dah tak boleh fikir lagi apa dosa sehingga kau disebat dibakar diherdik disula. Dan kau tak mungkin diberi saat untuk fikir segala pahala besar kuman hingga besar batu bata yang telah kau lemparkan tanpa rasa rela.

Ahli syurga itu amalannya luar biasa. Tapi kita masih boleh menjadi seperti mereka kerana garis panduan itu ada. Bacalah....




Bersihkanlah hati mu...

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺍَﻋِﻨِّﻲ ﻋَﻠَﻰ ﺫِﻛْﺮِﻙَ ﻭَﺷُﻜْﺮِﻙَ ﻭَﺣُﺴْﻦِ ﻋِﺒَﺎﺩَﺗِﻚَ

Allohumma a'inni 'Ala Dzikrika wa Syukrika wahusni 'Ibadatika
Artinya: Ya Allah, bantulah aku supaya aku dapat berzikir kepadaMu, dan
bersyukur kepadaMu, dan perelok ibadah kepadaMu.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...