30 November, 2013

Syahdu - Seminar Anak Hebat Dunia dan Akhirat



Assalammualaikum.... Barakallah, Alhamdulillah pagi tadi saya selamat mendaftarkan anak sulung saya Muhammad Adam Danish ke Seminar Anak Hebat Dunia dan Akhirat anjuran SNBKasih di bawah pimpinan Ustaz Wan Akashah & Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah.

Bagi yang berhajat hendak menghantar anakanda-anaknda bolehlah berhubung dengan SNBKasih dan tahun ini, Seminar ini masih berbaki 2 sesi seperti di bawah;

07-08 DISEMBER 2012 Shah Alam, Selangor
21-22 DISEMBER 2013 Kepala Batas, Pulau Pinang


Atau klik ke laman web ini : http://snbkasih.com/seminar/seminar-syahdu/

Walaupun program hanya 2 hari satu malam, tapi amat padat. Harapan kami sebagai ibu bapa hendak melihat anak-anak berjaya dunia dan akhirat. Sesungguhnya anak adalah amanah Allah yang sangat besar dan berat untuk dipikul oleh kedua ibu bapa. Bukan mudah untuk memastikan anak-anak kita menjadi insan yang berguna dalam zaman serba moden, serba kecanggihan teknologi ini. Banyak rintangan yang perlu dihadapi untuk memastikan anak kita menjadi insan yang bertaqwa. Oleh itu, seboleh-bolehnya kami mencari program-program yang berguna secara lahiriah dan juga insaniah untuk mencorak sehelai kain putih agar ia tetap suci walaupun berwarna-warni.



Esok sesi bersama ibu bapa, tetapi malangnya hanya saya sahaja yang dapat menghadirinya kerana en.hubby ada urusan lain. Jadi saya berbesar hati menjemput nenek Adam Danish yang telah membesarkannya sejak sebesar tapak tangan.



Al-Afnaf Bin Qias menjawab apabila Khalifah Muawiyah bertanya kepadanya tentang anak :

“Wahai Amirul Mukminin! Adapun anak itu ialah buah hati kita, tulang belakang kita. Kita ini adalah bumi yang lebar tampanya berpijak, langit tempat mereka berlindung teduh dan bernaung dari kerananyalah berani kita menempuh kesukaran bagaimana sulit. Dari itu bila mereka meminta, berikan, bila mereka kecewa, senangkan hatinya agar dibalasinya dengan cinta pula dan hargainya kepayahan kita.”

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

29 November, 2013

Al-Syahid Ahmad Ammar ♥ Al-Fatihah

Al-Fatehah untuk Almarhum Ahmad Ammar, dia pilihan Allah..

Inilah Sajak Jalaluddin Ar-Rumi bertajuk "Ketika Aku Mati" yang dideklamasikan oleh pakcik Şehıdımız Ahmad Ammar, Mohd Zaidi Nordin pada 17 November 2013 dalam program "Apabila Ammar Bertemu Bidadarinya.." di Masjid Asy-Syakirin KLCC.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Ketika aku mati
Ketika keranda jenazahku dibawa keluar
Jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini
Jangan kau titiskan airmata
Jangan kau mengeluh atau menyesal
Aku bukannya jatuh dalam jurang yang mengerikan

Ketika kau melihat jenazahku diusung
Jangan kau tangisi kepergianku
Aku bukannya pergi
Aku baru tiba menemui cinta yang abadi

Ketika kau tinggalkan aku di kubur
Jangan kau ucapkan selamat tinggal
Ingatlah.. kuburan itu hanyalah selabuh tirai
Yang melindungi syurga disebaliknya
Kau hanya melihatku diturunkan ke liang lahad
Sekarang saksikanlah aku bangkit
Mana mungkin ada pengakhiran saat matahari terbenam atau bulan tenggelam
Kau anggap itu pengakhiran bak terbenamnya mentari
Namun hakikatnya fajar yang bakal menjelma

Ketahuilah...
Ketika kuburan mendakap dirimu
Apakah kau pernah melihat benih yang jatuh ke bumi,
tidak menumbuhkan kehidupan baru ?
Mengapa kau ragu-ragu pada benih yang menumbuhkan mahusia ?
Apakah kau pernah melihat timba yang diturunkan ke dalam telaga,
dinaikkan kembali tanpa ada apa-apa di dalamnya ?

Mengapa meratap untuk jiwa yang pergi ?
Sedangkan dia akan kembali seperti Yusuf muncul dari telaga.

Ketika untuk kali terakhir kau menutup mulutmu
Kata-kata dan jiwamu akan menjadi milik dunia.




Alangkah ruginya kita yang berada di bumi Malaysia, hanya mengenali Almarhum ketika beliau sudah tiada. Penghormatan yang diberikan kepadanya sebesar jiwanya yang mahu syahid tatkala meninggalkan dunia yang fana.



AHMAD AMMAR dalam kenangan

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

27 November, 2013

WW : RIADAH

Yuk..





Bersenam badan jadi sihat..

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...