28 July, 2011

Syukurlah adik kami selamat

Kemalangan ngeri di km 201.5 Lebuhraya Plus, arah Selatan berdekatan Taiping, Perak tengah malam tadi benar-benar mengejutkan saya dan suami. Mungkin kami adalah antara orang-orang terawal yang mendapat perkhabaran mengenai kemalangan tersebut yang mengorbankan 4 nyawa termasuk seorang kanak-kanak berumur setahun bersama bapanya seorang pegawai polis di Simpang Renggam.

Kenapa saya katakan kami adalah orang terawal yang terima berita?
Sebab adik kami ada dalam bas tersebut. Syukurlah dia selamat dan hanya mendapat kecederaan rengan di kepala dan kaki. Katanya dia hanya mendapat beberapa jahitan di kepala dan bengkak di bahagian kaki. Semasa saya menulis ni, kami belum jumpa dengan mangsa lagi, kerana dia kini dalam perjalanan balik dan dijangkakan sampai lebih kurang 3pagi.

Adik kami tu sebenarnya pergi berjalan2 makan angin di Kedah hari ahad kemarin. Pemergiannya untuk berjalan2 dengan rakannya sebenarnya tidak disukai oleh ibu kami, tapi tidak bermakna ibu kami tidak merestui. Mungkin hati seorang ibu sudah menghidu bencaca yang akan menimpa. Dalam rela dengan terpaksa, mak lepaskan juga anaknya pergi berpoya2. Tapi hati mak mana yang senang bila dalam sanubarinya berdetik sesuatu yang tidak baik bakal berlaku. Mak tak putus2 berdoa, setiap waktu dia akan menelefon anaknya yang sorang ni. Tapi, selepas kejadian adik kami ada menelefon mak di kampung lebih kurang jam 12.30 malam sekadar memberitahu yang dia selamat, bas mengalami kerosakan teknikal (bohong sunat, tak bagi tahu kejadian sebenar, takut mak terperanjat). Tapi kami adik beradik, termasuk Kak Long di KL, Abang di KT dan suami saya selaku Abang Ngah di JB, semua dah tahu kejadian tersebut. Kami semua berpakat tak akan beritahu mak dan ayah dalam masa terdekat ni. Akhirnya, kami yang dekat ni ambil keputusan untuk balik ke kampung selepas kerja untuk memberitahu hal yang sebenar.

Lemah lutuk mak, air mata menitis, kaki longlai melangkah. Nasib baik kami ada untuk menenangkan. MAAFKAN KAMI MAK!!!! TAK TERNIAT NAK MENIPU APATAH LAGI BERDUSTA, kami risaukan kesihatan mak. Ayah kami, OK-OK jer, yang dia cuma tahu adakah anak dia selamat atau sebaliknya.

Pengajaran untuk semua!!!!

Jangan membantah cakap mak. Naluri seorang ibu sangat kuat, bila dia kata jangan, maka janganlah membantah. Kalau tidak binasa hidup mu di dunia, maka kenerakalah kamu diakhirat nanti. Nauzubillah........

Tapi........pengajaran bagi saya juga yang bergelar ibu. Walau hati rasa tak sedap, tapi sebaiknya menghalalkan sahaja kehendak anak jika ianya tidak membawa kepada keburukan atau kemungkaran. Restu itu penting, walaupun seorang anak mahu membuat perkara-perkara yang baik, tapi jika seorang ibu tidak merestuinya, amalan itu tidak akan diterima Allah....Laknatullah jadinya.

Sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Saya akan turut sama-sama menunggu kepulangan Radi (adik kami) dan melihat keadaannya. Esok saya akan muat turut gambar2 yang sempat dia ambil selepas kemalangan tersebut. Saranan saya kepada Radi, selepas masuk rumah, salam tangan mak, minta maaf, muhasabah diri dan buat sujud syukur sebelum tidur. Semoa Allah memberikan taufik dan hidayah kepada kita.

p/s: Nak tanya Radi, apa yang terlintas di fikirannya selepas kemalangan berlaku dan selepas dia rasa bersyukur dia terselamat.....adakah wajah mak yang terbit dahulu?

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

2 comments:

tauhhid said...

semoga sejahtera dan selamat sentiasa. regards to your family.

RIZZNA said...

Terima kasih Tauhid.
Alhamdulillah, semuanya dah selamat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...