01 September, 2012

Dapatkan Semua Siaran Astro di TV Anda

Pengumuman Penting!!!

Sebelum tu saya nak tanya anda dulu beberapa soalan;
  1. Adakah anda berpuas hati dengan servis Astro?
  2. Adakah anda berpuas hati dengan caj yangdikenakan oleh Astro?
  3. Adakah anda pernah menelefon Astro membuat sebarang komplen?
  4. Adakah Astro anda pernah dipotong sebab lewat membuat bayaran bulanan?
  5. Adakah Astro selalu melakukan caj berlebihan ke atas bil anda atas beberapa kesilapan sama ada yang dibuat anda ataupun Astro?
  6. Adakah anda selalu ternganga mulut ketika rakan-rakan anda bercerita tentang siaran Astro yang tidak anda langgani?
Untuk semua soalan di atas, jawapan saya adalah YA!!! 
Tapi.... terpulanglah pada anda sekiranya ada antara anda yang mengatakan TIDAK.

Oleh itu, saya nak berkongsi berita baik ini yang telah saya simpan selama setahun dengan kawan-kawan.... Kini anda boleh menonton SEMUA siaran televisyen yang ditawarkan oleh Astro dengan caj yang sangat berpatutan dan sungguh menjimatkan. Semua okey termasuklah AOD, ABO, Warna, Sport, Astro First dan Astro Box Office. Jadi, apa yang anda perlu lakukan sekarang adalah, hubungi saya segera....jengjengjeng.... Bagi kawan-kawan yang dah ada nombor peribadi saya bolehlah telefon segera, tapi yang takda tue boleh discuss disini dulu.

Caranya mudah sahaja, dapatkan pakej kami
(pstttt....jangan bagi tahu Astro, nanti dia tiru).

  • Bil tahunan hanya RM300.00 sahaja. 
  • Tapi sebelum tu kena beli decoder berharga RM400.00. So, jumlah untuk tahun pertama adalah RM700.00.
  • Walaubagaimanapun, ada pakej yang lain iaitu untuk langganan selama 6 bulan = Decoder tetap RM400.00, bil untuk langganan 6 bulan hanya RM200.00 (kureng bebaloi sebenarnya)
  • Yang dah ada Astro, sila kekalkan piring Astro anda yang kat atas bumbung tue yeaaa, jangan cabut, bior ajer. Tapi kalau tak pernah ada Astro, sila dapatkan piring Astro dari kawan-kawan yang tak guna atau pi cari kat kedai besi buruk. Masih boleh guna tau kalau dah 10 tahun sekalipun dicampak kat kedai besi buruk tue.
  • Yang ni penting, kat rumah kena ada talian internet yang sangat laju. Guna broadband wifi pun okey jer sebab saya guna di rumah mak saya.Lebih disarankan, gunalah unifi atau streamix.
  • Apabila pembayaran dibuat, decoder akan di hantar melalui pos (tanpa caj penghantaran)
  • Pemasangan anda buat sendiri (plug &  play) insyaAllah boleh. Kalau tak jadi, boleh tanya.

Kemudian, apa yang perlu anda buat dengan Astro anda yang asal???
- Potong saluran Astro atau buat tak tahu sahaja sampailah Astro ada dipotong.


Inilah buktinya, saya pasang kat kampung dah setahun pun.












  • Jadi, lepas ni tak payah pening-pening nak kena bayar bil bulanan Astro.
  • Jadi, lepas ni tak payah bayar caj RM20.00 unk penyambungan semula sekatan.
  • Jadi, lepas ni tak payah gaduh dengan pegawai perhubungan pelanggan Astro lagi
  • Jadi, lepas ni boleh tengok semua siaran Astro ikut suka anda
  • Jadi, lepas ni tunggu jer filem-filem baru di AstroBox Office
  • Jadi, lepas ni boleh tengok Maharajalawak Mega 2012 gelak sampai pengsan



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

36 comments:

dya nasir said...

cam tu nak buat juga lh..hihi

Unknown said...

haha. kena tunggu ada duit dulu..hehehe

Liyana Anuar said...

wah..serius ke ni?

E'in said...

alamakkkkk.. mcm best je nie!

Masha Meisters said...

wow....terbaik ni beb!

Chic Na said...

wahhh mcm menarik aje ni.

'tp tak boleh pasang astro selagi adik balum habis sekolah' pesan abah. huhu.. 3 tahun lg ye kak. ;)

Miss N™ said...

memey menarik..!
tapi tang wifi tuuuu..huhuhuh

Nurul Says said...

wah menariknya offer

Himawari Mirsada said...

lau guna unifi leh tgk byk gk siaran tv..6_^

Si Matatajam said...

Wah best ni..nanti M nak discuss ngan my hubby dulu..

insan_marhaen said...

baru jer lepas discuss dn berkira-kira dengan suami... terbaca pulak kat sini...hehe

Cik Ai said...

sgt menarik ni CiM..
tp tang wifi tu la plak..modal mula kenal rm700 la kan :)

Cendol said...

huh tengok tv smpe pengsan lah ye.menarik mmg menarik,but no money no talk bebeh.haha
i dont have moooooneyyy

eMMe said...

Salam Merdeka Raya kak Nina...

Astro punye citer kah?

tak tau la nk komen pe kak..
cume nak respon komen kak nina kat blog saya itu hari,
nak say thanks coz akak kasi semangat kat saya... thx again kak..pls visit Me again...
tq sebab nina prihatin sgt kat Me...
lebiu sis!

Unknown said...

umah deqla x psg astro..tp mcm nk psg je bile baca entri ni..mcm menarik! hihi

Miss Syahbanu said...

fuyooo...kalau ada duit best ni tpi skrg tgh pokai...huhu

Reena Sidek said...

lebih menjimatkan....

p/s : laksa sarawak dan mee kolok bukan golok... hehehe.. lain...
laksa sarawak ada kuah tp mee kolok tak de...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

tak apa ker buat ni.. Astro bagi ker buat mcm ni..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wow klu camtuh nk juga lah...menarik tertarik kebabommm ni cim hihihihi

Abang Karu said...

Alamaak aku x de la piring astro tu....cemana nk pasang.....huhuhuu

lelamaisara said...

Mcm menarik la cim....tapi tang wifi ti la plak...huuu...

Liza Razak said...

menarik ni!!

Everything's Everythings said...

Hahah.. tak tahu pula ada cara mcm ni xD
legal tak ni? ;D

Arina Shamsul said...

Dear,nak tanya dua je, cara ni sebenarnya pihak astro tahu ke?tak salah disisi undang2 ke? Ngeeeeee...

Jangan marah ye,just nak tahu,sebab offer ni menarik hati saya.saya sebulan bayar rm 100 lebih dah..hukhuk

Mr. Doctor said...

memang x mampu dari segi kelajuan internet.. huhu..

RIZZNA said...

Hye Fren...

Untuk menjawab semua soalan & kemusykilan, CiM just nak bagi tahu, CiM taklah berapa arif tentang ini. Mungkin ada pihak Astro mengetahui hal ini sebab yang mewujudkan servis ini adalah orang-orang yang berada di dalam Astro.

Mereka tidak menciplak hak cipta kerana Astro juga membeli siaran dari syarikat2 antarabangsa dan sepatutnya kita tak perlu membayar caj tambahan untuk rancangan2 yang diterbitkan di Malaysia seperti apa yang ditayangkan di Mustika dan yang terbaru Astro Best. Astro mendapat keuntungan berjuta ringgit setiap tahun daripada iklan. Astro tak mungkin rugi bila kita belot dengan mereka.

Anda boleh check akta penyiaran, "SIARAN INTERNET TIDAK BOLEH DI SEKAT". Untuk menjawab salah ataupun tidak, terpulanglah. Ada juga antara kita yang tidak langsung subscribe Astro tapi masih boleh menonton rancangan Maharajalawak Mega di you tube beberapa jam selepas siraan langsung di TV.

Menjawab soalan salah ataupun tidak disisi undang2, CiM juga tak boleh menjawab. tapi kalau salah, semestinya bukan pelanggan yang salah, company yang buat ini yang salah. Kalau sekiranya company yang satu ini bungkus, sebenarnya ada beratus company yang buat servis ini. Di KL, Sabah & Sarawak sebenarnya dah ramai orang pakai. CiM sendiri dah pasang di kampung selama setahun.

Terpulang kepada anda, CiM cuma berkongsi apa yang ada. Mula-mula bila CiM dengar ni pun macam2 soalan CiM tanya, begitu juga sebelum CiM nak share di blog ni. Takut kalau-kalau pihak Astro menyaman blog CiM ini...hehehehe....

Owh ya,, yang rasa nak subscribe tu boleh PM CiM. Tapi bab kelajuan internet tu memang tak boleh nak tolong. Sesiapa nak subscribe, internet kat rumah kena laju yea...kalau tak asyiklah 'scrambled' jer sdg syok2 menonton... Samalah mcm berbloging, mesti kita hangen jer bila internet slow kan.....

"segalanya di kongsi bersama"

Yunos said...

Saya Berminat. mcm mane nak dapat.

mummyrinazone beauty said...

nurul tak bape pahamlah CIM..nurul skang mmg guna astro bulan2 bayar n nurul gak ada maxis home nyer line tenet yang sangat laju..so aper yang kena buat sebenarnya?huhu

Anonymous said...

Tak perlu internet kelajuan tinggi sebenarnya, janji connectionya stabil., pakej 384kps rm38 dah memadai. Sebabnya kita hanya perlu data decryption dari server provider bukannya streaming dari server. Maklumat lanjut www.asterok.blogspot.com

Anonymous said...

Byk dh kantoi skang..first dgn best dh kene sekat..

Anonymous said...

Kalau kat indonesia boleh tak? Koz dah lock frekuensi jg..boleh mintak trial? Email:virgosatria@yahoo.com

Salleh said...

assalam. saya berminat dengan decoder you.
Boleh sms no phone tak ke talian 011-15552120- Din

Anonymous said...

MAHAL GILER... DPTKAN RM480.00... RIDZIE.WAPATH.COM

Anonymous said...

Dosa pon lancar je mcm bil air sepanjang korang guna. Btolkn sy klu salah

Anonymous said...

Mcm penyamun jee...

igufran said...

Dulu igufran guna CCam @strok ni tapi yang bikin boring tak dapat channel HD. igufran pun beralih ke iptv tanpa yuran bulanan,banyak channel HD pula tu tapi kena ada line internet yang laju. Internet mahal sikitlah sebab kelajuan mesti 2mbps ke atas. Tak perlu dekoder atau android box. Cukuplah guna samsung galaxy note 2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...