30 November, 2013

Syahdu - Seminar Anak Hebat Dunia dan Akhirat



Assalammualaikum.... Barakallah, Alhamdulillah pagi tadi saya selamat mendaftarkan anak sulung saya Muhammad Adam Danish ke Seminar Anak Hebat Dunia dan Akhirat anjuran SNBKasih di bawah pimpinan Ustaz Wan Akashah & Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah.

Bagi yang berhajat hendak menghantar anakanda-anaknda bolehlah berhubung dengan SNBKasih dan tahun ini, Seminar ini masih berbaki 2 sesi seperti di bawah;

07-08 DISEMBER 2012 Shah Alam, Selangor
21-22 DISEMBER 2013 Kepala Batas, Pulau Pinang


Atau klik ke laman web ini : http://snbkasih.com/seminar/seminar-syahdu/

Walaupun program hanya 2 hari satu malam, tapi amat padat. Harapan kami sebagai ibu bapa hendak melihat anak-anak berjaya dunia dan akhirat. Sesungguhnya anak adalah amanah Allah yang sangat besar dan berat untuk dipikul oleh kedua ibu bapa. Bukan mudah untuk memastikan anak-anak kita menjadi insan yang berguna dalam zaman serba moden, serba kecanggihan teknologi ini. Banyak rintangan yang perlu dihadapi untuk memastikan anak kita menjadi insan yang bertaqwa. Oleh itu, seboleh-bolehnya kami mencari program-program yang berguna secara lahiriah dan juga insaniah untuk mencorak sehelai kain putih agar ia tetap suci walaupun berwarna-warni.



Esok sesi bersama ibu bapa, tetapi malangnya hanya saya sahaja yang dapat menghadirinya kerana en.hubby ada urusan lain. Jadi saya berbesar hati menjemput nenek Adam Danish yang telah membesarkannya sejak sebesar tapak tangan.



Al-Afnaf Bin Qias menjawab apabila Khalifah Muawiyah bertanya kepadanya tentang anak :

“Wahai Amirul Mukminin! Adapun anak itu ialah buah hati kita, tulang belakang kita. Kita ini adalah bumi yang lebar tampanya berpijak, langit tempat mereka berlindung teduh dan bernaung dari kerananyalah berani kita menempuh kesukaran bagaimana sulit. Dari itu bila mereka meminta, berikan, bila mereka kecewa, senangkan hatinya agar dibalasinya dengan cinta pula dan hargainya kepayahan kita.”

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

16 comments:

auRoRa^boRealis said...

Hari2 masa tengok semanis kurma pun ada dengar pasal program nie.
Teringat dulu time sekolah punya program motivasi. Kak niena jgn lupa bawak sekotak tisu tau nnt

RIZZNA said...

haha.... @auRoRa, confirm bawa dan confirm tak boleh pkai mascara esok. suspen.,..td pun mama yg lebih masa nak tinggalkn danish

Miss N™ said...

bestnya dapat join aktiviti mcm ni..kalau dekat boleh hantarkan adik..

Unknown said...

bagusnya program mcm ni.. paling bgs tindakan akak hantar anak ke sana.. =)

mselim3 said...

Assalammualaikum...

seminar macam nie utk anak3 mmg bagus moga3 anak kita terdidik dan menjadi anak3 yg soleh dan solehah..amin.

mselim3

Unknown said...

sgt bermanafaat program camni kan...tgk kat insta tuu

Bunda_nora said...

aktiviti yang sangat berguna apa lagi dimusim cuti sekolah ini...

Solehah Shamsuddin said...

Wah, ada kem seminar cmni boleh isi masa lapang anak2 drpd asyik tgk tv dan main sje kan.

Chic Na said...

bestnya dpt join program mcm ni.. byk faedahnya kan terutama utk danish..

lelamaisara said...

bestnye la dapat join program macam ni kan....banyak faedah nye untuk anak2 kan...

intanfirdaus247 said...

Salam CIm..apa khabar? banyak faedah program cam ni kan..:)

Qu azniza said...

best la aktiviti cm ni.dlu waktu skola je joinn

Qu azniza said...

best la aktiviti cm ni.dlu waktu skola je joinn

Nurul Says said...

nanti kongsi lah ilmu baru dengan kami semua ya :)

Sis_Kina said...

seminar nie memang terbaik dengan gabungan ustaz dan ustazah yang sangat osem...selalu tengok semanis kurma..hehe

Unknown said...

mesti best program dia kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...