18 October, 2010

Pengesanan Awal Barah Payudara (Breast Cancer)

Semalam aku menjalani imbasan payu dara untuk membuat pengesanan awal penyakit barah payu dara yang menjadi ketakutan wanita hari ini. Majlis anjuran Wanita Taman Gembira yang diilhamkan oleh Pn. Jaminah Hassan selaku Ketua Wanita dan juga seorang Jururawat Veteren di Hospital Sultanah Aminah sangat-sangat dialukan. Bila mak bagi tahu saja ada program ni, aku terus berminat untuk mengambil bahagian. Bayarnya pun taklah mahal sangat, RM75 saja. Pastu tak payah nak beratur panjang dan tunggu giliran di hospital. Bila aku bagi tahu kat husband nak buat imbasan payu dara nie, husband terus bagi lampu hijau.


Mula-mula berdebar2 juga, takut-takut kalau result yang dapat tu mengecewakan. Tapi Alhamdulillah, EICM reading menunjukkan L=0.55 : R=0.56. Maknanya kalau dibaca mengikut plot kitaran 0.5-0.8 adalah normal dan tiada jangkitan.


Tapi mengikut kata Doktor yang membuat pengesanan tue, kita kina buat imbasan sekurang2nya 1 tahun sekali atau sebaik-baiknya 6 bulan sekali. Ini lebih baik sekiranya ada tanda-tanda payudara kita dijangkiti kuman barah dan dikesan dengan lebih awal, InsyaAllah dapat dirawat. Dekat kad tu pun ada sebut "No screening test is 100% accurate. If you notice a lump nipple discharge, or any unusual symptoms, see your Doctor immediately. The EICM test result does not provide a diagnosis illness, disease or other condition". So, bila kita sendiri ada rasa apa-apa yang tak kena pada payudara kita, cepat2lah buat rawatan. Barah payudara boleh merebak dengan cepat selepas 6 bulan dijangkiti.


Jom kita kongsi sikit;


APA ITU BARAH PAYU DARA
Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.



Tanda dan Gejala Kanser Payudara
Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”. Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.



SAYANGI PAYUDARA ANDA


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

12 October, 2010

TRAGEDI 10.10.10

Seriau dengar berita mengenai kemalangan ngeri di Highway Simpang Ampat. Masa saya dengar berita tu di radio, saya sedang duduk dalam kereta menunngu suami yang sedang check kereta sebab kami sudah bersiap-siap nak balik ke JB dari kampung BP. Waktu tu pukul 8.00 mlm.

Perjalanan kami tergendala sebentar sebab memikirkan sewaktu itu Ayah kami (actually ayah mertua saya) akan terkandas kerana dia sedang dalam perjalanan balik selepas menghadiri perhimpunan bekas-bekas prajurit di Stadium Putra. Tak sanggup hendak meninggalkan emak yang sendirian di rumah menanti kepulangan ayah. Tapi kami terpaksa bergerak balik juga kerana emak memaksa kami meneruskan perjalanan memandangkan kami bekerja keesokan hari dan juga anak kami (Danish) bersekolah dan akan menduduki peperiksaan. Pesanan kepada mak agar duduk di dalam rumah dan kunci semua tingkap dan pintu kerana risaukan keselamatan mak. Ada juga cadangan agar kami memanggil saudara yang tinggal berdekatan agar datang menemani emak di rumah. Tapi emak enggan kami berbut demikian.

Dalam waktu yang sama, adik kami (adik ipar saya, Rizie) juga sedang bersiap untuk balik ke KL. Seperti kami, Rizie juga dipaksa balik oleh emak kerana dia ada kelas keesokan hari. Untuk pengetahuan anda, Rizie merupakan seorang tenaga pengajar di Universiti Teknikal. Emak tidak mahu menyusahkan kami semua. Maka dengan berat hati kami semua bergerak balik ke destinasi masing-masing.

Berita awal yang didengar dan juga yang diberitahu kepada emak adalah, sebuah bas dari Melaka ke Kuala Lumpur terbabas dan menyebabkan laluan dari selatan ke utara ditutup sepenuhnya. Maka laluan dari utara ke selatan terpaksa digunakan dan dibahagi kepada 2 bahagian, dan ini akan menyebabkan lalu-lintas menjadi perlahan. Kami juga memberitahu mak ada beberapa buah bas lagi terlibat termasuk Bas Kebajikan Masyarakat dan beberapa mangsa telah mati di tempat kejadian.

Mak tidak begitu risau dengan berita tersebut, kerana pasti tidak melibatkan bas yang dinaiki oleh ayah. Namun riak mukanya ada sedikit menunjukkan kerisauan walaupun diselindungkan tetapi masih boleh dilihat oleh anak-anak.

Tetapi, sebenarnya berita yang didengari itu sebenanarnya jauh lebih teruk dan sebaliknya kerana ia melibatkan rombongan balik bekas perajurit. Kami mendengar semula berita tersebut sewaktu dalam perjalanan balik melalui corong radio. Dalam hati kami sangat berdebar-debar janganlah melibatkan ayah kami. Mujurlah berita seterusnya mengatakan tiada nyawa yang melayang dalam bas yang membawa bekas perajurit dari Stadium Putra. Hanya bas Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur yang meragut nyawa seramai 11 orang.

Tetapi kami merasa lega juga kerana tidak memberitahu emak keadaan yang sebebnar. Kalau tidak, pasti mak akan bertambah risau. Tengah malam kami cuba menghubungi emak di rumah. Ternyata emak masih terjaga dan menunggu ayah pulang. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Emak berusaha menghubungi ayah tetapi gagal. Akhirnya, mak dapat juga menghubungi rakan ayah yang sama-sama dalam perjalanan tersebut. Sewaktu itu, mereka masih terkandas di Melaka dan tak pasti apakah situasi sebenar. Yang pasti ayah kami dan rakan-rakan yang bersama dalam bas rombongannya selamat.

Pagi seperti biasa kami bersiap untuk pergi kerja, masih memikirkan emak dan ayah. Lebih kurang pukul 7.00pg, saya menghubungi emak dikampung. Tersenyum saya seketika bila panggilan tersebut diangkat ayah. Menurut kata ayah, dia baru sahaja sampai lebih kurang pukul 7.00 pagi tadi. Alhamdulillah....semuanya selamat.

Salam takziah kepada keluarga mangsa kemalangan bas Delima.









:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

02 October, 2010

MAGIKA Filem Alaf Baru

Baru-baru ni aku pergi menonton Filem Magika yang baru bermula sesi tayangannya di pawagam-pawagam seluruh Malaysia. Kami tertarik dengan kenyataan akhbar yang mengatakan Magika Filem Pecah Panggung selepas 4 hari tayangan dan telah mengaut keuntungan RM1.7juta.

Sangat terhibur menonton Filem Musikal pertama Malaysia. Filem Magika bercorak muzikal fantasi tersebut mengisahkan perjalanan Ayu dan Malik di dunia fantasi bernama magika selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi buta.

Sewaktu berada di alam Magika, mereka bertemu dengan watak-watak mitos yang sebelum ini hanya diketahui menerusi pembacaan sahaja.


Antara cerita dongeng rakyat yang di ketengahkan dalam Magika seperti kewujudan watak Badang, Nenek Kebayan, Puteri Gunung Ledang, Bunian, Pak Pandir, Pokok Bersaudara, Bawang Putih Bawang Merah, Awang Kenit, Mahsuri, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Nujum Pak Belalang dan Hang Tuah dan 5 sahabatnya.

Yang menariknya, semua watak dalam Magika sengaja diterbalikkan berbeza dengan watak yang sebenarnya. Kalau nak tahu jalan cerita sebenar, marilah kita ramai-ramai menyokong filem tempatan.

Jom tengok sedikit preview OST Filem Magika yang sangat menarik.


Preview Filem


Gebang oleh Maya Karin. Ni lagu yang awal sekali keluar selepas 2 budak tu terjerumus dalam perigi Magika. Maya Karin seolah-olah jadi Puteri Bunian


Baik Kau Pulang Segera dendangan Aznil Hj. Nawawi. Pak Nil jadi Pak Pandir, Mak Andirnya Raja Azura, sesuaiii sangat. Tapi watak Pak Andir dlm cerita ni sangat pintar.


Lagu Kehilangan dari Danielle & Mawi. Masa ni Ayu baru kenal ngan Badang nak minta pertolongan cari adik dia yang hilang.


Mana Nak Lari oleh Leya & Amani. Yang ni watak Bawang Putih-Bawang Merah.


Asal Menjadi Cantik oleh Ning Baizura. Kak Ning jadi Puteri Gunung Ledang yang hodoh


Rahsia Awet Muda oleh Ziana Zain. Kak Ziana jadi Nenek Kebayan yang cantik


Kita Bersaudara oleh KRU. Mula-mula tak berapa perasan, rupa-rupanya 3 orang penting dalam Magika hanya melakokkan watak pokok...Hahahaha....lawak btul


Naga Tasik Chini oleh M.Nasir. Lirik sifu kalau anda perhatikan hanyalah:
"Nak kemana kamu bertiga....Jangan sampai bangunkan naga"


Penyembuh Rindu OST Magika:




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...