11 November, 2013

Nilai Sepuluh Ringgit



Assalammualaikum w.b.t.

Selamat pagi Isnin yang indah. Harini berat sikit kaki nak melangkah, sebab semalam kepenatan menjelajah kota Singa. Jadi, harini duduk-duduk sahaja di pejabat, keluar lunch pown tersangatlah kemalasan.

Pagi tadi sampai office, macam selalulah tak jumpa parkir. Terpaksa parkir bawah pokok yabg dah merimbun, ntah bilalah akan ada orang datang tebang. Takut pula ada hal-hal yang tak diingini, almaklumlah musim hujan dah ni.

Teringat pula pada penebang rumput yang memberi salam ke rumah hari Sabtu lepas. Sedang sibuk-sibuk perah otak menyiapkan assignment, ada orang memberi salam.

Mat Bangla : Mau potong rumputkah?
Saya & hubby : Lihat tanah sekangkang kera kami...owhhh bolehhh (serentak)
Saya : Berapa?
Mat Bangla : Soploh saja siap sapu semua

Hurmmmm ok lah...nampaknya mat bangla yang datang ke rumah saya lebih baik Bahasa Melayunya berbading dengan Mat Bangla yang menghantar SMS ke Dr.DZ (hahaha....siapa yang dah baca N3

[image_0]
[image_1]
[image_2]
[image_3]
[image_4]
[image_5]


Pada saya RM10.00 masih murah berbanding dengan kemalasan saya membiarkan rumput tumbuh dengan jayanya di hadapan rumah. Memanglah tak besar manapun kawasan tanah di rumah kami, tapi disebabkan kami tak sempat nak melakukannya, jadi RM10.00 tu tidaklah besar mana. Tapi....bila saya bercerita pada #$/^&%, mereka kata MAHAL. Okey....boleh ada sesiapa bagitau saya, berapa charge yang sewajarnya untuk menebas rumput di tanah yang keluasannya lebih kurang 10'x10'.

Nasihat saya pada lelaki-lelaki yang belum mendapat pekerjaan diluar sana atau mahu menambah pendapatan keluarga. Kalaulah diberi peluang melakukan kerja-kerja seperti itu, dengan titik peluh sendiri, keuntungan sendiri dan tak perlu berkongsi dengan orang lain, adakah itu bebaloi? Memanglah malu, tapi saya rasa masyarakat Malaysia sudah boleh menerima hakikat yang taraf hidup kita terlalu tinggi. Jika mahu mencari wang lebih, meraih pendapatan melalui cara yang mulia ini lebih membahagiakan.

Kalaulah yang datang memberi salam ke rumah saya sambil bawa mesin pemotong rumput itu warga kita, pasti saya akan offer baju-baju atau kasut-kasut anak-anak saya untuk di bawa pulang. Bukan niat hendak menghina, tapi apa salahnya berkongsi apa yang ada daripada ianya terbiar saja sedangkan masih nampak baru dimata.

Orang luar boleh hidup senang lenang di negara kita....sebab mereka sanggup lakukan apa saja.

**Al-Fatehah untuk Almarhummah Norazita Abu Talib, semoga aman di sana. Penembakmu telahpun diberkas dan pasti akan menerima balasan setimpal.
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

04 November, 2013

Hijrahkan Pemikiran Kita

Salam Maal Hijrah....

Esok akan bermulanya lembaran baru untuk kita umat Islam seluruh dunia, 1 Muharam tahun 1435 Hijrah. Semoga kita semua mendapat keberkatan dalam apa jua bidang yang kita lakukan dan dilindungi oleh-Nya.

Ada seperkara yang ingin saya kongsikan di sini tentang Maal Hijrah. Saban tahun kita di Malaysia khususnya, menggunapakai pakai logo Maal Hijrah yang sama. Seperti ini:



Ada apa dengan logo tersebut? Cuba anda perhatikan sarang labah-labah tersebut. Kenapa dengannya?

Bolehkah saya katakan yang ia adalah simbol ‘berlindung’ bagi umat Islam?

Ya...saya yakin rata-rata dari kita pasti ingat tentang kisah sarang labah-labah yang telah membantu Nabi Muhammad sewaktu baginda bersembunyi di swbuah gua? Anda pasti tahu tentang kisah cerita tersebut.

Tapi harus diingat, bukan sarang labah-labah yang menbantu Nabi Muhammad ketika itu, tetapi Allah s.w.t. Saya bukanlah seorang ‘ahli agama’ untuk mengajar
anda semua. Itu bukan niat saya dan fokus saya tentangnya. Cuma, mungkin saya sekadar punyai sedikit pandangan tentangnya dan ingin berkongsi bersama agar kita dapat sama-sama berfikir. Mentaliti anak-anak kita harus disedarkan dan diperbetulkan sejak dari awal agar tidak salah tafsiran.

Mari kita lihat (dengar) apa yang Allah jelaskan dalam surah Al Ankabut, ayat 41 seperti berikut:-

Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah , kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan .

Sebenarnya, kita diseru agar mencontohi labah-labah. Mari kita lihat (dengar) apa yang Allah jelaskan dalam surah Al Nahl, ayat 68-69 seperti berikut:-

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lelabah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.”
“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan
dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir .”



Semoga kita semua mendapat syafaat dari-Nya dan sama-samalah kita fikirkan.

Jangan lupa selepas solat Asar hari inti, baca doa akhir tahun dan disusuli dengan doa awal tahun selepas Maghrib. Agar amalan kita diterima.



Bila tahun baru menjelma, binalah azam baru. Berhijrahlah ke lembah yang lebih baik. Berfikirlah ke arah positif dengan disulami fakta.

~~ Saya yang masih dalam proses memperbaiki diri ~~

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

02 November, 2013

BUNDLE

Assalammualaikum wbt...

Siapa kat sini pakai barang bundle? Ni nak cerita perihal barang bundle...apa tu bundle? BARANG TERPAKAI

Barangan bundle...barang yang boleh dipakai lagi
Sekarang bersepah peniaga cari rezeki guna cara ni
Kumpul barangan terpakai baiki
Bersihkan biar nampak wangi
Ehhh...masih baik lagi
Kenapa nak buang atau bakar.. rugi

Tak perlu nak rasa geli
Takpe bagi yang tak sudi
Tapi pasti ada ramai yang nak beli
Pentingkan jenama dan kualiti
Tapi tak mampu nak miliki
Haaa....meh datang bundle cari gali
Mesti ada yang bekenan dihati
Jauh lebih murah dan berkualiti
Bawa balik rumah cuci
Mesti lepas tu wangi
Esok pakai sorang pown takkan perasan sebab ia benda ori
So, bagitau jer barang dah lusuh sebab dah lama beli.

Dari mana datangnya idea gila ni
Memang genius siapa yang buat ni
Yang pasti bukan untung dicari
Tapi....tersemat sesuatu dalam hati
Meh saya bagatau kat sini
Bagi yang masih ada rasa geli...

Tak semua orang mampu masuk pasaraya
Tak semua orang mampu ganti baju hari-hari
Tak semua orang mampu beli barang berjenama
Tak semua orang mampu ikut peredaran masa.

Di sekolah, cikgu minta beli kasut hitam. Tapi ibu bapa tak mampu beli sebab nak beli kasut putih untuk pakai hari-haripun kumpul duit dalam tabung. Tapi...kalau anak-anak sudah diajar pakai apa yang ada, bawa ke bundle pasti senyum simpul. Ada banyak saiz jenama berkualiti baik-baik lagi. Silap haribulan tokey kedai bagi saja kasut bila ibu gatal mulut bagitau dengan sayu pada anak, "pakai yang ni jer yea...mak tak mampu beli yang baru tengah-tengah bulan ni". Tokey tanya kenapa.... "owhh kat sekolah ada penyampaian hadiah, tapi kena pakai seragam kasut warna hitam"...nahhhh tengok, bukan cari untung.

Sewaktu hari convocation semakin hampir, kawan-kawan semua sebok tempah baju kot untuk nampak segak naik pentas penuh bergaya. Tapi bagi yang lahir dalam keluarga yang hanya pentingkan pelajaran untuk mencorak masa depan, walaupun tak endah dengan lagak kawan sekuliah, pasti jauh disudut hati nak juga nampak segak bergaya naik pentas bagaikan dewata. Haaa...jom lah kita ke bundle cari kot murah-murah. Lepaklah sampai pagi sejak dari dinihari sebab kebanyakan bundle takkan tutup bukak hari-hari. Pilihlah yang bekenan dihati, ukur pinggang bahu dada biar segak nampak tampa cela. Takkan ada yang tahu itu barang bundle punya, esok...bagi tau jer ini turun temurun atok nenek sejak zaman kolonial. Pasti mereka terlopong tanpa kata.

Jangan hina barang bundle...saya juga memilikinya.

Yuk cuci mata...











Bukan untung yang dicari...

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...