zupzapzupzapzup.....harinya telah tiba....
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
22-Jan-12 ~ 24-Jan-12
Location : Pulau Tioman, Babura Seaview
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
PART I
Bangun awal pagi dan bertolak dgn kereta dari Johor Bahru pukul 4 pagi menuju ke Jeti Mersing. Check betul2, jangan salah jeti, kang kalau dah sampai Tanjung Gemok baru nak perasan alamatnya berkayuh sampanlah ke Tioman. Tiket Ferri dua hala cuma RM70 bagi dewasa manakala kanak-kanak RM60. Sebelum naik Ferri, pastikan beli tiket masuk ke Taman Laut, RM5 dewasa RM2 kanak-kanak . Kang tak pasal2 plak dah sampai Tioman kena halau balik sebab takda tiket Taman Laut.
Bermekap kejap slps solat subuh dlm kauter tiket. TQ Kak Harlina sbb bg kitorg booking tiket & tumpangkan kami bersolat. Dekat Jeti takda surau, tandas pown satu kongsi 1000 org.
Yang ni semua org sdg kerumun sarapan pagi, mak masak bawa dari rumah.
Bersiap sedia nak beratur masuk Gate A. Ehhh....boarding pass mana?
Ferri dah gerak...wahhhh duk blakang budak2 nie. Tak takut jatuh ker?
Ferri bertolak pukul 7.40 pagi, dan lebih kurang 2 jam berlayar sampailah kami di Jeti Tekek, Tioman. Yang mabuk laut tue eloklah makan pil mabuk 1 jam sebelum bertolak. Kalau dah agak2 nak terMUN, cepat2 sediakan plastik yeaaa...jgn susahkan org lain.
Inilah Ferri yang telah selamat membawa kami belayar ke Pulau Tioman.
Babura Seaview Resort....oklah, walaupun tak berapa selesa tapi ok-ok jer utk kitorg yg simple nie. Disebabkan takda sediakan makanan (Restaurant under renovation), so sewa bilik murah sikit laaa... Tapi seronok sgt sebab dah macam rumah kampung, depan tu kitorg nak pasang khemah malam nie.
Perancangan awal, kami nak pergi Snorkling esok pagi. Tapi Abg Budin cadangkan kami pergi Snorkling petang ni jugak selepas Zohor. Kitorg OK jer....cuaca pun redup, so kami taklah sunburn sangat.
Jom Snorkling....
Kami dibawa menaiki bot menuju 5 destinasi untuk bersnorkling iaitu pertama di Kampung Salang, kemudian ke Sepoi Island, kemudian ke Monkey Island, lepas tu ke Marine Park Centre. Kat sini kami lepak lama skit sebab ada banyak ikan. Pihak marine telah mengumpulkan berjenis2 ikan di sini. Akhir sekali kami dibawa ke Renggis Island. Kat sini pun ada banyak ikan dan batu karang yang cantik. Tapi mesti berhati-hati keana arus di Renggis Island sangat deras dan tanpa sedar pasti kami akan dihanyutkan. Oleh itu, bagi sesiapa yang nak turun dari bot, mestilah berpaut pada tali yang akan dilepaskan dari atas bot.
Balik snorkling, masing2 kepenatan & kelaparan. Singgah kejap makan roti prata. Opppsss...org Tioman taktau roti prata, so kena order roti canai.
Malam tue, kitorg keluar makan lagi. Kali ni best skit sebab naik pickup (4WD), 14 org sekali jalan. Hebat tak hebatlah, masing2 dah macam org jarkunzi.
Lokasi....taktau. First recomended dpd Abg Wan a.k.a Pak Su adalah Restoran Nazri Place I & kedua kedai makan dekat Jeti. Disebabkan kami rasa macam dah biasa sgt makanan kat Jeti tue, so kami pilih Restoran Nazri. Tapi, Pak Su dah bagi amaran, dari tempat dia turunkan kami, kami kena jalan lebih kurang 10-15 minit memanjat bukit untuk sampai ke Restoran Nazri Place I yang terletak di Kampung Air Batang. Tapi disebabkan kami nak sangat makan di restoran 'abang' kami, so kenalah menapak. Tapi taktau plak perjalanannya sangat menyeramkan.
Wajah2 kepenatan setelah menapak jauh dan nampak jugalah beberapa muka yang sudah lapar kembali. E'ehhh, sapa plak yang tapau tue?
Kami balik tido, berehat utk aktiviti esok hari pula.....tunggu....kerana esok sangat adventure dan tidak terjangka ianya begitu hebat sekali.....