16 December, 2010

10 Muharam

Esok 10 Muharam bersamaan dengan Hari Asyura’. Setiap tahun mak saya akan memasak bubur Asyura’ tapi yang ni special skit dari bubur2 Asyura’ yang lain. Kalau menurut sejarah Islam, bubur Asyura’ kebanyakkannya mengandungi 90% kekacang, tapi bubur Asyura mak saya pula mengandungi hampir 50% sayur selebihnya beras dan kacang. Almaklumlah, kami bukan orang yang berada2 sangat, yang ada di kawasan rumah kami adalah sayur-sayuran seperti daun kaduk, daun senduduk, daun mengkudu. Tapi jangan salah sangka, Nampak saja hijau tapi sedapppppppppp……………Rindunya nak makan bubur lambuk mak, agak2nya mak masak tak bubur lambuk sayur esok yeaaa.

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
1. Melapangkan masa / belanja anak, suami & isteri: Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin: Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah: Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat: Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim: Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah: Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri: Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat: Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
9. Bercelak: Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali: Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat: Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
Lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca 'hasbiyallahhu w ani 'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru': Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa: Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa, Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala': Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Moga kita dapat menjalani hari yang mulia ini dengan baik dan mengumpul segala banyak pahala yang dapat.

Amin..........


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

3 comments:

Kissman said...

mana nak dapat ek bubur ni?

Anonymous said...

salam...
perkongsian yang berkat...amin..

Niena Rizal said...

Amin....
Semoga kita dpt melalui hari2 kita dgn keberkatan.

En.Man: Kalau nak bubur asyura, pergi jer mana2 masjid atau surau, pasti ada. Tai kalau nak merasa bubur Asyura' sayur mak saya, kenalah tunggu tahun depan :)

Abg.Reds: Amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...