24 April, 2012

Terima Kasih Shell Helix dan Era fm

Hari Sabtu yang lepas kami berjalan-jalan cari pasal ke Danga City Mall, JB. Shell sedang buat  promosi minyak hitam kereta dengan Skuad Produa Era. Masa tu ada Ady Fashla sbg deejay, riuh rendah jadinya samalah macam dia huru-harakan konti Era setiap hari. Nasib baik takda Zahid, kalau tak lagi gamatlah Danga City Mall.
Kitorang sempat jugaklah main game couple, dapatlah no.2. Game baling bola tutup mata. I yang kena tutup mata, kena baling bola masuk ke dalam bakul yang dipegang En.hubby. Nasiblah masuk ke tak, dah lah En.hubby tak boleh bergerak cuma boleh pusing kan badan ajer. Nak tau menang apa??? Haaaaa.....meh tengok nie;


Kitorang memang ni (bawah sini) okeyyyy....Harga pasaran RM110/4L. Elok lah tue, our baby Blue pown dah nak kena service nie....


Kemudian kami main game yang lain pula, dapatlah botol air 2 biji. Okeylahh tueee erkkk, dpd takde langsung. Shell Helix sebenarnya sedang melancarkan program jantung sihat. Shell menyediakan permainan game daripada X-box dan Car Racing di mana boleh membuatkan degupan jantung berdenyut kencang. Sebelum bermain game, degupan jantung normal akan diambil, dan selepas tamat game, degupan jantung akan diambil sekali lagi untuk melihat kelajuan degupan jantung selepas apabila kepenatan.





Hahahahappyyyyy..... Balik dah sebab mlm tue kitorg ada activity masing-masing. En.hubby ada photo shoot untuk wedding dekat Hotel Puteri Pan Pacific, I pulak ada Lady Barbeque.....
ChaoWcHinChouwW!!!!

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...