13 September, 2012

✿ Jazakallahu Khairan Kathira ✿

Alhamdulillah, tahun ni kalau tak ada aral melintang, Ayah & Bonda saya akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan Fardu Haji. Mereka tidak pergi berdua sahaja, tapi bersama dengan 2 orang kakak Ayahnda yang dah macam ibu saya juga iaitu Aunty Midah & Wan Gayah serta suaminya Hj. Yusof b. Dahlan (haaaaa nama penuh you). Wan Gayah & Hj. Yusof dah beberapa kali ke Tanah Suci. Betullah kata orang, kalau dah jejak sekali mesti nak datang lagi dan lagi dan lagi. dan ada lagi yang akan terbang ke Tanah Suci bertawaf dengan Ayah & Bonda nanti iaitu Nenek Kudung dan menantunya. Alhamdulillah....


Gelang tanda nama dah dapat sebelum hari raya puasa tempuh hari. Maknanya dan confirmlah mereka akan berangkat tahun ini. Cuma, sampai sekarang masih belum tahu jadual penerbangan. Pagi tadi ayah dan Bonda dipanggil oleh pihak Tabung Haji untuk mengambil beg yang kedua. Beg yang pertama dah ambil iaitu beg sandang untuk simpanan barang-barang berharga seperti pastport, visa,, telepfon, buku nota (yang diorang gantung kat leher tue). tapi pagi tadi ambil beg besar sikit. Sampai di rumah barulah mereka buka. Terperanjat bukan kepalang Bonda saya, rupa-rupanya isi beg tersebut adalah barangan sponsor dari syarikat-syarikat ternama di Malaysia.



Ayahnda dan Bonda kirim salam pada semua syarikat-syarikat yang memberi sumbangan. 

JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA

Semoga perniagaan anda semua diberkati, terima kasih tak terhingga kepada;
  1. Tabung Haji Malaysia
  2. Bank Islam
  3. Kuwait Finance
  4. Colgate
  5. CCM
  6. Poise
  7. Secret Garden
  8. Felda Holding Berhad

Doakan perjalanan bakal-bakal Haji mencari Cinta Ilahi selamat pergi dan balik.

InsyaAllah, kami akan mengadakan kenduri doa selamat dan kesyukuran pada 16-September-2012 di rumah agam kami. Anda yang mengenali kami dijemput hadir untuk bacaan surah Yassin bersama Kumpulan Wanita pada jam 3.00 petang dan Tahlil lelaki selepas Isya'.

Allahuakhbar...




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

13 comments:

Arina Shamsul said...

Subhanallah,saya sebak baca entri ni dear,entahlah..mungkin terharu kot,lepas tu bila lah giliran saya dan family pulak.

Ikut kata tabung haji,mungkin 14 tahun lagi dari sekarang..uwaaa..mudah2 an Allah panjangkan umur kami.huhu

Semoga ALLAH permudahkan perjalanan mereka dan mendapat kesihatan yang baik :) amin...

Unknown said...

alhamdulillah dpt ke tanah suci menunaikan haji.. mudah-mudahan selamat la mereka di sana yer..mak deqla smpai sekrg x dpt lg panggilan..cuma pegi umrah je bln 2 lalu..

vendoline said...

nak jugak gelang tu.hehe style la

Rina Rahamat said...

bertuahnya dpt jd tetamu allah kt sana :))

Unknown said...

insya-Allah..smuge mrk slmt pegi & pulang :)

Chic Na said...

seronoknya dengar org nak pegi haji. tak sabar nak tunggu turn kita.

semoga selamat pergi & pulang. Insha Allah semuanya dipermudahkan. ;)

Miss N™ said...

Alhamdulillah.. seronoknya dapat pergi ke tanah suci...
Nur teringin sgt ke sana, insyaALLAH ade rezeki mmg nak ke sana...

ஜ miss klanika ஜ said...

semoga dapat ke sana suatu hari nanti buat saya sendiri . huhu

Lelaki said...

kirim toyol boleh tak?


hehe!

Cik Ai said...

semoga selamat pergi & selamat kembali ye :)

bila baca entry mcm ni kan ato sebut2 pasal tmp2 suci mesti rasa sebak pastu meremang je bulu roma..rs bertuah sgt mereka2 yg dpt jd tetamu Allah tu :)

dya nasir said...

bilalah giliran dya pula nk kesana..hihih..

9n0L4 said...

bestnyeeeee. ade rezeki ke sana. moge slmt pergi dan balik dan dpt haji mabrur. ;)

mummyrinazone beauty said...

SERONOKNYA CIM..NURULPUN TERINGIN NAK KESANA SAMA2 NGAN MAMA N ABAH..KENA KUAT SIMPAN DALAM TABUNG HAJI=)

semoga memperoleh haji mabrur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...