Hehehehehe.... tajuk tak hengat, jangan gelak tau. Betul... tak bohong punya, kitorang raya sampai pukul 3 pagi masih kat rumah orang. Tulahhh, kalau dah ramai-ramai, keluarnyapun dah lewat, masing-masing terkeseng-keseng. Janji pukul 8 pagi nak gerak dari JB, last-last, kul sepPloOH gak gerak. PuiihhHHhhh!
Pukul 10 tue, 1 kereta, 1 MPV bergerak ke Melaka, trusssssssss ke Ayer Keroh rumah Mak Uteh (Kakak Ayah kami). Sampai-sampai jer masing-masing perut dah lapar. nasib baik mak uteh masak. Perghhhhhh...udang galah bersar tangan tuewwww....Tak sempat nak snap gambor, dah kena ngaP.
Sudah buat onar kat rumah Mak Uteh, kitorang bergerak pulak ke rumah anaknya (Fendy & Syidah), tak jauh sangatlah dari umah Mak Uteh.
Dari Melaka, kami turun tol Pagoh untuk ke Serom. Punyalah lama sangkut kat Tol pagoh, jem sampai 5km sebab banyak kereta. Pulak tue, lepas Tol Pagoh ada traffic light plak. 1 jam jugaklah kitorang sangkut kat situ. Sebelum sampai rumah Mak Long kat Serom, kami ambil Naufal & Naqeeb yang sedang beraya di Parit Tiram.
Sampai rumah mak Long, punyalah happening. Rumah lama & bersejarah. Kat rumah ni jugak Menteri Besar Johor, Ghani Osman pernah bermalam. Ada banyak artifak seni kat rumah ni, semuanya berusia ratusan tahun. Almaklumlah, rumah pusaka.
Mak Long sedang siapkan judah.. Mee bandung Muar
2 cermin besar tu hadiah dari Sultan Johor.
Selepas Maghrib, kami bergerak ke Rumah Atok Ndan, dekat jer dengan rumah Mak Long. Tapi.......... setiap kali gi rumah Atok Ndan kat Bakri, kami pasti akan sesat. Malam tue sampai kena nyonsong oleh anak Atok Ndan. GPS tak membantu langsung. Haaaa ni nak tulis kat sini agar tak sesat lagi lain kali. Dari Bandar Muar, menuju ke JPJ. Simpang 4 traffic light sebelum JPJ dan sebelumnya dahulu, belok ke kanan, Jalan Abdullah... haaa sampailah. banyak sangat simpang, akmi selalu confius. Dulu, siap masuk semua simpang, Simpang malaikat 44 jer yang kami tak masuk.
Ni lah Atok Ndan. Masa mak kami kecik-kecik dulu, dialah yang bersama dengan mak susah dan senang. Sebab tue, tak kiralah sesat ke apa ker, kami tetap akan bawa mak jumpa Atok. Atok Ndan dah tak sihat sangat, seminggu 3 kali, Atok akan jalani Dialisis. tahun lepas kami datang, Atok baru balik Dialisis, so tak boleh bergerak, baring jer. Tapi kali ni Atok leh jalan sana-snini cuma tak berapa kuat sangat lah.
Dari rumah Atok Ndan dah pukul 10 malam. Kami terus ke rumah Nenek Kodong. Haaaa jangan gelak tau. Nenek Kodong nilah yang jaga mak kami dari kecil, sekolahkan mak, bagi mak makan sedap-sedap, sedang dia tak tahu sebenarnya adik-beradik dia tinggal sebelah rumah jer. Nenek Kodong ni jugaklah yang banyak berjasa menjaga anak-anak dia sampai semuanya bergaji besar. Nenek Kodong nilah yang membantu cucu-cucu dia dengan bayaran yuran universiti, sedang dia tertangguh nak pergi Haji. Simpanan Haji dia selalu di laburkan untuk menyekolahkan cucu-cucu dia yang sekarang ni bergaji besar, belajar sampai luar negara. InsyaAllah, tahun ini, hasrat Nenek Kodong untuk menunaikan Haji bersama menantunya dan Mak Ayah saya tercapai. Semoga Allah s.w.t. memberikan kesihatan yang baik kepadanya.
Alhamdulillah, kami dah tunaikan permintaan mak nak jumpa orang-orang yang bersamanya sebelum mak berangkat pergi ke Haji tahun ini, InsyaAllah. Sesat ke, gelap ker, malam buta ker, kami akan redah jua demi tidak mahu menghampakan mak. Mak cukup gembira dan tersenyum puas bila dapat berjumpa dengan mereka; Mak Long, Atok Ndan & Nenek Kodong, mereka adalah antara insan-insan mulia yang berada di barisan hadapan cinta hati mak.
Dari rumah Nenek Kodong dah pukul 12 tgh malam. Ingatkan mereka dah nak terus balik JB, sebab saya memang dah nak balik kampung en.Hubby di Senggarang Batu Pahat. Tapi.... mereka nak ikut jugak. Hehehehe... OK jer. Jom fiollow. Sampai rumah mertua saya dah pukul 1.30 pagi. Mak ayah berborak sampai pukul 3 pagi, syoK betul. Kesempatan tue, abang ipar saya tidur dan berehat sebelum meneruskan perjalanan pulang ke JB. 2 jam jugak dari rumah mertua saya, okeylah bila dia dapat berehat. Adik yang sorang lagi tue tak boleh harap langsung, orang tidur, dia pown tidur, masuk kereta sambung lagi tidur. Nasib baik lah abang ipar saya tue mata kelawar...Miahahahaha
Okeyyyy... sekian saja cerita konvoi raya saya yang tertunggak sekian lama. lagi 2 hari dah nak naik kojer...kemalasan melanda pulak.
Sambung lagi N3 raya akan datang... weeeeeiiiiiiiieeeiieieieii...
30 comments:
ni memang beraya sakan ni. mesti seronok dapat jugak beraya dengan Naufal & Naqeeb.
klasik rumah tu.
pukul 3 pagi..meriahnya..kalau dah ramai2 tu tido jatuh tahta...hihihi
cantik rumah tu..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dear
sebak pula baca entry ni..
Beraya sakan akak cim.,en kali ajak sy sekali.hehe
salam,
selamat hari raya aidilfitri. minal aidil wal fa'izin. maaf zahir batin.
memng beraya sakan...seronok dapat berkonvoi....
hahahaha.. buat onar kat rumah orang ye?hehehe
wahh, btul2 beraya ni, hikk..
selamat hari raya ^^
mmg beraya sakan ni..dya tahun ni xberaya sakan pun..hihihi
wow... raya sakan sampai jam 3 pagi... sy pukul 11 dah mengantok...
ni baru betul2 raya :)
mesti best beraya tahun ni yek!
nasib baik laa ngah raya.. lau x mmg kena maki ketuk umah org pg2 bute.. hahahaha
hany suka gambar yg bukak pintu tu cantikkkk sgt.
mak aii...
ni betul2 raya nih..sakan2 :)
mmg hapening lah kalo smp jam 3 pg dok beraya lg.hahaha
cantik gambo yg CiM buka jendela tu..suke!
wahh beznya berkonvoi...tak ajak kita pn..hehe
wah....memang akak beraya sakan! hehehehe....rasa terharu sgt baca cerita Nenek Kodong tu...semoga ibadah haji Nenek Kodong tahun ini menjadi mabrur :)
Salam.
Kak, sampai kul 3pgi?
Dasat..sy paling2 pun, kul 10 malam. pastu dah mabuk semacam,ngantuk,hahaha.
Masa muda,sihat la nak beraya sakan, takpa, teruskan,keh3.
Selamat Hari Raya Aidilfitri ea kak.. tak dan nak wish sblm raya ritu.. ^_^
wah rindunya kat CIM...dh lama rasa xsinggah ni...sorry nah.....sampai kol 3pg meraya sakan noh kuikuikui
wah..dh cerita hari ke-2...lya x sempat2 lg nk citer raya ni..meriahnyer..cantik sgt y rmh kaler biru tu.. pastu siap dpt hadiah dr sultanlg tu...
mmg sakan betol raya awk dear.. jelesnyee.. hihi
wahhh meriahnyer raya..
Fuyooo. Banyak betul rumah yg dikunjung. Hehehe. Sampai tersesat :p
datang beraya lagi. sume kueh dah abis ea. huu.. kesiannya. kempunan nak makan laksa johor. :)
syoknye raya cim..berkonvoi lagi tu...mmg sakan la yer beraya...
nampak nostalgia sungguh umah kaler biru2=)terasa suasana kampung halaman..hehe..nurulnie makan sakan masa raya la nie mcm2 sakitnya.huhu perut punya nak isi pakai belasahjer dah meragam.huhu
oldscool la umah tu....
peh! beraya jimba2 nampaknyer ni.....hehe
memang sakan habis berjalan raya ye~~ :)
mak oiiii, biar betul beraye smpai kul 3 pagi. huhu. ni baru org kate raye sakan ehhh. ;)
Konvoi sakan na...bertuahnya dapat hadiah dari Sultan Johor tu...
Post a Comment