Laungan LUASKAN KUASAMU JOHOR akan bergema setiap kali ada perlawanan bola sepak di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus, Larkin. Lebih-lebih lagi dalam musim Liga Super yang sedang berlangsung sekarang ini. Pasukan kegemaran saya sudah pastinya Darul Tazim FC (JDT).
Malam semalam adalah malam kedua saya menjejakkan lagi ke stadium keramat ini untuk menyaksikan perlawanan yang ditunggu-tunggu iaitu antara Darul Tazim FC (JDT) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Stadium memang cukup padat, penuh sampaikan ada yang tidak mendapat tiket berada di luar dan tidak dibenarkan masuk. Sempat saya menjenguk keluar sewaktu untuk membeli minuman yang dijual di pagar masuk stadium pada rehat separuh masa pertama.
Perlawanan antara JDT dengan ATM sangat-sangat sengit. Hanya yang berada di dalam stadium menyaksikan secara live sahaja yang tahu bagaimana jerit perih pemain berhempas pulas mempertahankan gawang masing-masing dan juga sedaya upaya hendak menjaringkan gol. Banyak juga gol terlepas dari JDT tapi itu semua sudah ketentuan kerana bola itu bulat dan tidak boleh diletakkan semua kesalahan kepada pemain. Kami sebagai penonton sangat memahaminya dan tetap akan ada memberi sokongan.
Perlawanan berakhir 2 sama, dan kesemua jaringan adalah pada permainan di separuh masa pertama. Walau apapun, penyokong Johor memang terbaik dan tak dak ada penyokong negeri lain yang dapat menandingi kami. Kami tak buat onar di stadium, tiada rusuhan yang berlaku, tiada pembalingan mercun atau botol-botol. Cuma yang ada resit pasaraya jer yang dibaling dari atas dan ianya nampak cantik sangat....maaf pada tukang bersih stadium, kami tak bermaksud nak menyusahkan kamu.
Owh yaaaa, insyaAllah perlawanan seterusnya yang akan berlangsung di Stadium Larkin adalah pada 16-Februari-13. Kalau tak ada apa hal saya akan berada di stadium keramat itu lagi. Kalau nak tengok jadual penuh perlawanan, bolehlah ke blog
Hai-Kal dalam N3 beliau yang
INI.
Suasana di pintu masuk stadium. Penuh sesak dan ini adalah Pintu C
Keadaan dalam stadium yang telah penuh sesak sejak 8.00 malam sedangkan perlawanan bermula 8.45 malam.
hahahaha... Gol pertama ATM
Yeahhhhh!!! Gol pertama JDT beberapa minit kemudian.
Luaskan Kuasamu Johor
Penyokong yang tak pernah penat. Tabik spring kat u all.
Walaupun hujan, masih tidak berganjak memberi sokongan.
Penyokong-penyokong setia JDT menantikan gol seterusnya.
Berhempas pulas
Penyokong-penyokong ATM yang diberikan tempat selamat. Jangan risau, penyokong Johor tak ganas.
Kad kuning untuk pemain import ATM
Hahahaha...tarik jer baju dia. Koyakkan pown takpa.
Apalah yang tak puas hati tu Gueza?
Gol kedua ATM
Gol kedua JDT
Separuh masa pertama, keputusan terikat 2 sama
Kami....
Penyokong Setia
Next N3 saya nak tulis pasal budak-budak ni yang menggamatkan suasana di Stadium. Semua mata penyokong tertumpu ke arah mereka. Sewaktu perlawanan JDT menentang Perak, saya duduk di bahagian sebelah sana dan melihat saja gelagat mereka ni. Tapi semalam sewatu JDT bertemu ATM, saya berada dikalangan mereka.
LUASKAN KUASAMU JOHOR!!!!!
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (: