Hari Jumaat yang lepas, seperti yang dikhabar-khabar di dalam N3 Bowling Antara Legend, saya dan kawan-kawan termasuklah the awesome GBS, telah pergi memanaskan diri, membakar kalori, meringankan sendi di CKF Badminton Court, Jalan Kempas Lama.
Auwmmmmm....macam tak percaya k0, kitorang semua boleh berbadminton. Haaaa, lepas tu, hamek laaa sorang-sorang kesakitan kesendian, lengan, tengkuk, kaki, betis, paha semua.
~We are the awesome GBS~
Haaa, lepas dah berpenat lelah, bleh plak lepak-lepak lagi kat Restoran Zam-Zam Setia Tropika, 5 minit jer drive dari court badminton. Lebih kurang pukul 2 pagi jugak lah masing-masing beransur mengangkat punggung dan blah.
Hurmmm...ngatkan kat courte jer ada lampu menyilaukan gambar, kat restoran ni pown ada jugak.
OK peace...., turun berat badan 0.2kg jerrrr, tapi makan lebih 1kg. Bolehhh?
Yang ni Encik Abu, masih single. Amboiiii, teruk betul naaaa. Kat rumah, kat opis, tengah drive, asyiklaaa berwasap. Kat sini dah jumpa pown nak layan wasap jugak. Semua orang dah simpan gadget masing-masing. Encik Abu tak simpan lagi yepppp!
'iPhone 5 tu yeaaa katanya....' sedang menyesuaikan diri.
Ape cerrrr plak Kak Nida a.k.a Cikgu Hanida tue yep, sampaikan Encik Arip buat muka tengek macam tue? Ni pasal abang mamak tu ker? ChoiiiyyyYYyy!!!
(semua pict di curi dari FB Boss Princess Sagi)
Jangan marah yeppp Darling :)
Okeyyy...perhatian semua Legend SDARY 97.:
Kami akan bersukan, mengecilkan badan, meregangkan otot-ototan, bersenam-senaman, berbadmintotan setiap 2 minggu sekali. Kalau ada sesiapa yang ada kelapangan, silalah ke CKF Badminton Court, Jalan Kempas Lama.. Kutipan bayaran akan dibuat pada yang hadir pada hari tersebut. Marilah sama-sama memeriahkan majlis yeaaaa.
Next meeting - 18 Januari 2012. Jumaat yeaaaaa! Court dah chop (cheeewah macam sekolah-sekolah dulu). Okeyyy lagi sekali. Court dah chop start pukul 9.00 malam. Datang lah awal yeaaaa. Booking 2 jam dahulu, maknanya sampai pukul 11.00 malam. Kalau permintaan memberangsangkan, dan semua macam tak cukup tanah, ehhhh salah, tak cukup gelanggang, kita tambah 1 jam lagi sampai pukul 12.00 tengah malam.
Okeyyy guys & GBS... berjumpa kita di sana 2 minggu lagi....
11 comments:
bestnya beraktiviti ngan kengkawan. cool la semua wpun dah berfamily. nanti dah selalu main hilangla sakit sendi tu.
how I wish to meet Gfadz, someday. :)
Hahahaha...ok lettew dear,makan 1 kg turun berat 0.2 kg..kekekeke..
Daripada takde kan? Hehehe.
Kak,baju gsf akk ada dgn saya.nanti kita jumpa satu tempat ye. Banafee ok tak?
Serius nmpk besttt...majulah sukan utk negara...hihihi...
wah bestnya dapat berkumpul dan bersukan:)
uni pun suka maen badminton..dah lama xmaen..xde kawan nak maen...wuuuu Y_Y
kikikikiki..turungnye ciput eh..
naiknyaa..hihi..
tapi xpelah kak, yg penting enjoy dengan kengkawankan..
bukan selalu dapat jumpe cenggini... :)
dah lama x main badminton..dulu selalu main dgn hubby
wah main ramai2 dgn kawan best tu..xtvt yg sgt sihat
Btul3 silaturahim juge aktvt sht.. Mkn bsukan talk2 ..memg perlu dlm khdupan.. Ewahh
semangat nya CiM..
best kan kalo dh start main..nk mula tu je yg malas ai nih..adehh
lama gle xmain badminton
Post a Comment