20 January, 2013

Luaskan Kuasamu JOHOR : JDT vs ATM



Laungan LUASKAN KUASAMU JOHOR akan bergema setiap kali ada perlawanan bola sepak di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus, Larkin. Lebih-lebih lagi dalam musim Liga Super yang sedang berlangsung sekarang ini. Pasukan kegemaran saya sudah pastinya Darul Tazim FC (JDT).

Malam semalam adalah malam kedua saya menjejakkan lagi ke stadium keramat ini untuk menyaksikan perlawanan yang ditunggu-tunggu iaitu antara Darul Tazim FC (JDT) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Stadium memang cukup padat, penuh sampaikan ada yang tidak mendapat tiket berada di luar dan tidak dibenarkan masuk. Sempat saya menjenguk keluar sewaktu untuk membeli minuman yang dijual di pagar masuk stadium pada rehat separuh masa pertama.

Perlawanan antara JDT dengan ATM sangat-sangat sengit. Hanya yang berada di dalam stadium menyaksikan secara live sahaja yang tahu bagaimana jerit perih pemain berhempas pulas mempertahankan gawang masing-masing dan juga sedaya upaya hendak menjaringkan gol. Banyak juga gol terlepas dari JDT tapi itu semua sudah ketentuan kerana bola itu bulat dan tidak boleh diletakkan semua kesalahan kepada pemain. Kami sebagai penonton sangat memahaminya dan tetap akan ada memberi sokongan.

Perlawanan berakhir 2 sama, dan kesemua jaringan adalah pada permainan di separuh masa pertama. Walau apapun, penyokong Johor memang terbaik dan tak dak ada penyokong negeri lain yang dapat menandingi kami. Kami tak buat onar di stadium, tiada rusuhan yang berlaku, tiada pembalingan mercun atau botol-botol. Cuma yang ada resit pasaraya jer yang dibaling dari atas dan ianya nampak cantik sangat....maaf pada tukang bersih stadium, kami tak bermaksud nak menyusahkan kamu.

Owh yaaaa, insyaAllah perlawanan seterusnya yang akan berlangsung di Stadium Larkin adalah pada 16-Februari-13. Kalau tak ada apa hal saya akan berada di stadium keramat itu lagi. Kalau nak tengok jadual penuh perlawanan, bolehlah ke blog Hai-Kal dalam N3 beliau yang INI.


Suasana di pintu masuk stadium. Penuh sesak dan ini adalah Pintu C

 Keadaan dalam stadium yang telah penuh sesak sejak 8.00 malam sedangkan perlawanan bermula 8.45 malam.

hahahaha... Gol pertama ATM

 Yeahhhhh!!! Gol pertama JDT beberapa minit kemudian.

Luaskan Kuasamu Johor

 Penyokong yang tak pernah penat. Tabik spring kat u all.

Walaupun hujan, masih tidak berganjak memberi sokongan.

 Penyokong-penyokong setia JDT menantikan gol seterusnya.

 Berhempas pulas

Penyokong-penyokong ATM yang diberikan tempat selamat. Jangan risau, penyokong Johor tak ganas.

 Kad kuning untuk pemain import ATM

 Hahahaha...tarik jer baju dia. Koyakkan pown takpa.

Apalah yang tak puas hati tu Gueza? 

 Gol kedua ATM

Gol kedua JDT

 Separuh masa pertama, keputusan terikat 2 sama

 Kami....

Penyokong Setia


Next N3 saya nak tulis pasal budak-budak ni yang menggamatkan suasana di Stadium. Semua mata penyokong tertumpu ke arah mereka. Sewaktu perlawanan JDT menentang Perak, saya duduk di bahagian sebelah sana dan melihat saja gelagat mereka ni. Tapi semalam sewatu JDT bertemu ATM, saya berada dikalangan mereka.

LUASKAN KUASAMU JOHOR!!!!!



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

15 comments:

Unknown said...

ramai giler penonton yg dtg..huhu..sure jem jln time balik tu...sronok kan tengok game bol ni...klo mcm sy bukannya minat pun tgk bola..tp ske tgk org ramai bersesak2..hehe..n jd pelanggan kat gerai2 tu..
bagus kualiti pic yg cim ambik...camera jenis apa erk?

9n0L4 said...

boleh tahan ramai ye yg dtg. huhu. lame dah tak bersesak kat stadium. tranung main teruk skrg ni.

jeBateja said...

Omak aiii...ko pakai kamero jenis apo ni...torang menorang gambo nya....lawa.....ahakz

Cik Ai said...

wahh
CiM pun minat bola eh..
dasyat nih..ai kalo tgk bola bleh lena CiM.hahaha

Unknown said...

wahhh sesak napas den tgk..huhuhu.. kalo p sna lagi la kan..x suka tmpt sesak..hihi.. tp nmpk meriah la..best la bg yg minat bola tu..kalo deqla ni takde makna nk ke sana..hahaha..

are_lin@yu said...

ooo seri eh..smngt akak siap g stadium..hii

mummyrinazone beauty said...

kaki bola kak cim.nurul tak pernah lagi sejak idup g stadium tgk bola.hehehe

Miss N™ said...

bersemangat laaa...
macam nilah baru bestkan..!

Nur tgk pun rasa seronok, apatah lagi akak yg ada dekat sana...

Mrs Velentine said...

wah meriahnya...tapi menang nak tgu johor menang besar ni...

Kira Sakura said...

rajinnya gi stadium kalau saya golek2 depan tibi jela kihkihkih

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wah ramainyaaaaaa...meriah2

sHaRiNa eLyaNa said...

wah akak pun minat bola ka hehe

Yuyu Johanna said...

Wah... Yuyu pun ada kat stadium time ni. Hehehe..

Padin said...

hehee 2 perlawanan liga super dan 1 piala FA di Larkin aku berkesempatan ke stadium, duduk di tempat berbumbung tapi padat sgt... kejang kaki nak tunggu separuh masa...

penonton ramai OK tp kalau ada pihak yg amik untung jual tiket lebih, adehh parah juga..

Chic Na said...

hidup JDT! cikna separuh johor tau. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...