14 March, 2013

Kisah Semalam



Semalam perasan tak saya upload 3 entry Rabu kurang kata-kata. Semuanya ada kisah disebaik gambar-gambar tersebut. Nak dengar cerita tak? 

Owhhh yaaa, terlebih dahulu nak minta maaf sangat-sangat kat Cik Rose sebab terskip nama dia dalam Doa Saya Buat Mereka. Semalam hari ulang tahun Cik Rose. Maaf tau memang tak sengaja... sebab rasanya Cik Rose tak update birthday di FB GSFian. Sory yeaaaaa..... Sory sangat-sangat. Saya dah update N3 Doa Saya Buat Mereka, saya doakan  Cik Rose berbahagia selalu dan sentiasa berada di bawah lindungan Nya.

Okeyyy...sambung kisah semalam saya.

Pagi seawal pukul 3 saya dah terjaga, sebab dengar ada orang nangis teresak-esak kat rumah sebelah. Nak pergi tanya serba salah takut kena chop kepoh. Tapi, nak jengah jugak kalau-kalau keadaan macam tak terkawal, tap...saya tak percaya mereka ada masalah rumah tangga. Sangkaan saya, mungkin ada tragedi dalam keluarga mereka. Dan sangkaan saya tepat sebab pagi lagi en.hubby dah call suami jiran sebelah ni, rupanya bapa kepada Kak Azizah (jiran saya) meninggal dunia. Innalillahiwainnailaihirajiun...

Bila dah bangun pagi tue, terus tak bleh tidur sebab teringat baju KRS Danish, batchnya belum dijahit lagi. Huhuuhuu...apa punya mama laaaa. Nasib baik terjaga, kalau tak mesti kelam kabut. Maka menjahitlah saya pagi-pagi buta tue Uniform Kadet Remaja Sekolah untuk Hari Ko-Ko.

Al-kisahnya semalam....

Beberapa purnama dulu (dululah sangatkannnn), saya ada apply cuti pada 13.3.13, cuti tanpa sebab, sebabnya cuti banyak lagi, sebabnya cuti banyak lagi, sebab susah dapat cuti, sebabnya, boss saya kedekut nak bagi saya cuti. Entahlaaaa, agaknya kalau saya cuti, collapse makmal tu kotttt.... Tapiiiiii......saya boleh pulak terlupa yang saya cuti semalam. Hahaha, lawak tak? Dengan selamba datang kerja, buat kerja macam biasa, tiba-tiba clerk kat main office call..

"Kak!! Ada emergency case ker? Ada apa datang hari ni? Bukan akak cuti ke?"

Toinktoinktoinkkkkk.....apa lagi, confirm lepas check application list memang saya ada cuti. Hah! apa lagi, prepare untuk chow laaaaa pukul 12 tengahari. Call hubby tanya dia free tak? Huh, saya ni kalau takde geng memang alamatnya balik rumah tido laaaaa. Syoknya bila hubby kata dia free, boleh entertain isteri kesayangan dia yang sorang ni. Uhukuuhuk.....rasa macam dalam Syurga.

Kitorang pergi makan kat Jusco Bukit Indah. haaaaa, mesti dah tau kan saya makan apa semalam sebab saya ada up N3 WW kedua Iklan vs Actual. Dah tengok ke gambar dalam N3 tue? Punya lah hangennnn... Actually lama dah saya tak duduk makan kat Pizza Hut ni, sebab biasanya panggil PHD jer. Dan semestinya menu PHD memang ada sedikit berbeza dengan outlet. See.....iklan dia punya lah mengiurkan, ayam memang nampak 1/4 laaaa ala-ala ayam Pakcik Kenny R. Tapi...bila sampai, oooOmanggAiii...dah rupa ayam potong 12. Ayam Penyek sepinggan 7 rengget pown besar beb. Tu sayor brongkoli sangatlaaa kecik sebesar guli jerrr kak non. Memang sangat-sangat keciwa laaaa...kannn...kannn...annnn... Dah laaa sebelum tu pi tengok list citer wayang kat TGV, filem ntah apa-apa. Sebab nak tengok Rock oO!, lepas lunch yang macam og diet tue, kitorang...opssssss...kita berdua terus ke City Square, menonton Rock oO! kat Cathay. Okey laaa, saya nak bagi 4 bintang untuk Rock oO!.

Kisah berikutnyaaaaa....

Ingatkan lepas tonton Rock oO! nak maraton Lawak Ke Der 2. Tapi disebabkan haritu Danish ada cakap nak tengok Lawak Ke Der, so kami balik dulu dan ambil kids. Lepas Maghrib, kami ke Jusco Tebrau pulak ada TGV jugak. Sebab sebelum pergi dah check dulu, tanyangan pukul 8.30. Tapi.....sangat-sangat menghampakan setibanya di kaunter tiket.

"Owhhh Dear, sorry, For Adult Only 18 & Above"sambil tangan minah tu tunjuk kan papan layar.

Apekerrrr????? Even with parent guide? Hadoiyaiiiii....apa ni? Selepas kami, ada couple tu bawa baby dalam lingkungan setahun, pownnn tak boleh beli tiket jugak. Dan....ada sekumpulan budak 4 orang, minah kat counter tu siap mintak IC. Apakah sebenarnya????? 

So, sory laaa abang Afdlin, saya terpaksa beli CD cetak rompak. Tak pown...tunggulah Astro First tayang nanti. Hangennn jer, lawak jer pownnn, apa nak kena tapis-tapis, kalau ada yang censored tu potong ajelah, ni bukannya tayangan kat Istana Budaya, no kids. Huh!!! Yang geram tu, cerita omputeh yang ada kiss-kiss tue, pelok-pelok, dedah-dedah, tersembul sana sini tue, ok jerrrr budak-budak boleh masuk.

Hurrrmmmm...takpa lah. Jom laaa kita pergi shopping. And u know what...? Saya terbeli handbag pulak semalam. Ouwchhhh...bujang saya yang 3 orang tu lah yang pilih. Kaler hijau lagi...huhuhu...brand rahsia, tapi kalau pakai pown, memang brandnya takkan nampak, tag sebelah dalam jer. Saya ni jarang beli beg, kalau ada 1 bag, akan pakai sampai rosak. Actually beg yang saya pakai gi kerja ni dah 2 tahun masih okey. Bukannya takda beg lain, tapi beg-beg saya ada klasifikasi. Untuk pergi class lain, untuk berjimba-jimba dengan geng GBS lain, untuk gi office lain. So, bila ada beg baru ni maybe salah satu beg yang ada akan ikut saya pergi kerja. Beg yang baru ni haruslaaa sesuai untuk gi jalan-jalan jer. kannn..kannn..annnn....

Haaaaaa...terlebih sudaaaa N3 malam ni. Dah nak masuk 15 haribulan pown. Okeylah, hope you enjoy your day today and yesterday. Sory kalau N3 ni panjang berjela, buatkan semua mual nak baca. Takpa kalau taknak baca, saya tulis untuk orang yang sudi baca.

Okey, selamat malam. Saya belum nak tidur lagi, kena iron baju dulu, check buku budak 2 orang ni, mesin basuh dah pown berhenti tu so kena sidai kain, kemas-kemas dapur skit takut kang ada yang datang supper tengah malam buta nyongket periuk.

Sayang semua....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

16 comments:

Chic Na said...

ooo WW tu cerita utk semalam la ye. boleh pulak akak dah buat keja pastu balik. hehe.. ntah ape tah lawak diorang tu sampai 18++.

selamat malam kak. byknya keja akak nak kena setel. ;)

RIZZNA said...

haaa Chic Na, semalam tak bleh byk ayat. so...nak explain laaa dlm n3 ni. hehehe...happy reading

Miss N™ said...

Takziah buat jiran akak....

tgelak nur baca bila akak lupa cuti....sabo jelah..hihi....

Telor Power said...

1. Al fatihah utk jiran tu.
2. GBS tu geng bas sekolah ke
3. cetak rompak dah keluar ke. sini tak nampak lagi cd tu hehehehe

Unknown said...

ow.. kesahnye...Al-fatihah buat jiran akak..alahaii akak ni.. rajin keje smpai cuti pun lupa yer...hihi..siyes mmg pelik ar, nape eh bebudak x leh masok? beli je la cd cetak rompak.. smua dah tentu2 bole tgk..haha.. ;p

Anum said...

salam jumaat yang indah
singgah pagi

Mrs Velentine said...

lah smpi lupa cuti sendri...oh kalau kat panggung budak2 mmg takle masuk..kat sini pun

Unknown said...

sayangnya cuti dah rugi setengah hari..hehe..

ramai yang complain pasal lawak ke der 2 tu..kesian bdk-bdk yang nak tgk..

are_lin@yu said...

wahh byk cerita akak cti shri pn ya..best!hihi..pdat dgn xtvt..hehe..cer tnjuk be g nk tgk..hehe

nadia farahida said...

rajinnyaaa kak CM update banyak entry! kagummm nadia!

intanfirdaus247 said...

Dah p tgk dah lawak ke derr..duk pikir gak apa yg depa duk klasifikasi 18 nun...dengaq kata Hans Isaac kecewa lawak ke der diklasifikasikan kategori tu..x ada apa pon..setakat jozan wat gedix2 ket je...terukla depa wat kategori tu walhal citer omputih siap romen2 lagi...serious lawak ke der memang best..pi tgk semalam

Cik Ai said...

hehehe tu ai bc dlm fb..silap dtg kijoo.hahaha

Liyana Anuar said...

akak ni kuat sangat kerja kot sampai cuti pun leh lupa~ :p

tak tgk lagi lawak ke der 2 tu~

TiranaAduka said...

huhuhu work hard erk? Santai2 je idup ni.

9n0L4 said...

jahit utk saye boleh tak kak. haha. saye pun tkrs jugak. :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

alfatihah....

owh budak2 xboleh tgk la citer tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...