10 November, 2012

Aktiviti Cuti Sekolah~~

Cuti sekolah telah rasminya bermula pada hari ini. Jadi, pasti ramai ibu bapa yang tercari-cari aktiviti yang boleh memenuhi hari anak-anak di sepanjang cuti persekolahan. Iyelah kannn...bagi anak-anak yang sudah terbiasa terdedah dengan i-pad, PSP, android atau komputer, pastinya tak berapa kesah kalau percutian mereka hanya di rumah sahaja. Tapi bagi anak-anak saya, mereka tidak berapa suka aktiviti di dalam rumah, terperap mengadap bahan-bahan terknologi yang akhirnya memberi kebosanan mereka. Peluh pun tak keluar, last-last diorang bergaduh sesama sendiri.

Sekarang ni saya bersama anak-anak sedang berada di Perpustakaan Awam Negeri Johor, yang terletak di Jalan Yahya Awal. Kalau orang Johor pastinya tahu tempat ni yang berhadapan dengan Pejabat Besar TNB. Lagi mudah....berhampiran dengan Sekolah Convent. 

Perpustakaan awam Negeri Jhor ni buka hari-hari termasuklah hari Sabtu dan Ahad sampai pukul 5 petang, melainkan cuti umum dan cuti minggu pertama.

Perpustakaan Awam Negeri Johor

Yang menariknya, dalam perpustakaan ni ada Petrosains. Samalah macam yang di KLCC tue cuma Petrosains di PPAJ kecil sedikit. Walaubagaimanapun banyak juga terdapat gadjet-gadjet sains dan permainan-permainan yang menguji minda. 

Petrosains PPAJ

Lagi satu, dalam perpustakaan ni dibolehkan makan. PPAJ menyediakan cafe lagi berhadapan dengan Petrosains dan bagi ibu-bapa yang hanya mahu menghantar anak-anak ke sini, boleh duduk di cafe berborak dan biarkan anak-anak bermain dengan selamat dalam Petrosains atau bilik bacaan kanak-kanak yang juga terletak berhadapan dengan Cafe PPAJ.

InsyaAllah, esok kami akan datang sini lagi sebab.................... kami masih dalam usaha menyiapkan assignment kami berdua dan persiapan untuk menghadapi peperiksaan pada akhir November 2012.

Owh yaaa, sebelum kami ke sini tadi, awal-awal pagi lagi kami ke Mutiara Sport Club di Taman Dato Onn. Aktiviti biasa seperti minggu-minggu lepas, di mana Danish dan Aqil ada kelas berenang.


Maka, setiap minggu dari pukul ~9 atau 10 pagi sehingga matahari naik tegak atas kepala kami akan berada di Mutiara Sport Club kerana selepas kelas renang, macam biasalah budak berdua ni masih tak mahu naik lagi. jadi, kenalah layankan aja. Kelas renang nya hanyalah 1 jam, tapi kadangkala cikgunya pun anjakkan sedikit sehingga 10-15 minit.

Haaa, bagi yang tertanya-tanya tue, berapa kos mengikuti kelas renang di sini bersama Cikgu Zaini, seorang hanayalah RM80.00 sahaja, caj sama saja sama ada kanak-kanak ataupun dewasa. Waktu kelas kita boleh pilih sendiri mengikut kelapangan cikgu dan kita. RM80 tu caj untuk sebulan di mana ada 4 kali kelas, dan setiap kelas 1 jam. maknanya RM80 tu untuk total 4 jam. Tapi ni untuk orang Johor aja tau, tapi kalau yang jauh-jauh tu boleh lah anggap ini sebagai anggaran sahaja. Jadi tak lah asyik fikir kelas berenang tu mahal. penting yaaa kelas renang ni, kita kena tahu berenang lebih-lebih lagi yang sukakan sukan air tue.

Okey, itu sahaja untuk hari ini. Esok Danish ada Kelas Matematik pantas pula di sebelah pagi. selepas kelas matematiknya, insyaAllah kami akan ke PPAJ lagi.

Penuhilah cuti sekolah anak-anak anda dengan aktiviti yang berfaedah....




##pstttt.... tadi kami makan tengahari di Warung Batu. Siapa tahu ianya di mana? Warung ni dah berpuluh tahun bertapak di Bandar Johor Bahru.





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

12 comments:

Deq's Qienz said...

wahh bestnya...jenjalan timee

Chic Na said...

bestnya aqil dan danish dpt belajar berenang. kira worth it la kan RM80 sebulan. teringin nak belajar berenang. huhu..

nurhuda said...

bijaknye pengurus perpustakaan ni :D

Miss N™ said...

hebat eh library tu...siap ada petrosains lagi..jangan kata budak2..kita pun sama seronok kalau tgk bab-bab sains ni.. :)

dan kira tak perlu risau kalau laparkan, sbb de cafe..bestnyerr..!

bagus blajar berenang ni, nur ngaku, nur tak pandai berenang..huhuh

ReramaBiru said...

bestnya menarik la library tue..:)

kinara kinatara said...

wah...besau jugak leberi 2 kan..huhu:)

murah jugak 2 kak...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

best la blh belajar berenang...wani xpandai berenang tingin gak nk belajar berenang hihihihi

Unknown said...

adeyhh..malunye deqla sndri x pndai berenang...hihi...hubby giler terer berenang...harap dia je la jadi "pelampung" deqla.. hahaha... :p

Cik Ai said...

best jugak kan bw ank2 g situ..at least xde lah buang masa kan..

dah pandai ek ank2 CiM berenang?mak pak dia pandai x?ka nk tggu ank2 ajar nti.hehehe

9n0L4 said...

cntik design library johor. mcm memanggil² je suh masuk. hehe.

mummyrinazone beauty said...

suka gak g library mcm2 buku leh baca n pinjam=)

mummyrinazone beauty said...

suka gak g library mcm2 buku leh baca n pinjam=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...