18 November, 2012

Tugas Dah Tamat

Alhamdulillah.....

Kini saya berada di Golden Villa, Kampung Jawa, Klang. Haaaaa.....ada Vila Emas kat dalam kampung orang jawa? Hahaha...lawaklah alamat rumah kakak saya nie, cukup lengkap, semuanya ada. Nak tau alamatnya : GOLDEN VILLA APARTMENT, JALAN TEMENGGUNG, TAMAN SEJAHTERA, KAMPUNG JAWA.

Rasanya ramai yang dah tahu tujuan utama saya berada di perkampungan jawa nie. Yang paling utama sekali esok kami adiks-beradiks akan menunggu kepulangan Ayahnda dan Bonda dari Tanah Suci di KLIA. Dan sambil-sambil tue, kami ada pakatan adiks-beradiks....hahahahaha...sedara mara yang baca nie mesti tertanya-tanya APAKAH. Adalah.... sampai diberitahu kelak yepp.

Sambil-sambil tue kami jalan-jalan makan angin sekali. Hehehehe...esok ada agenda rasmi adiks-beradiks. Kalau ada kesempatan ingat nak jumpa kawan-kawan, itupun kalau sempat sebab nak kena pergi Kepong jugak ni. Jauh laaaa jugak dari Klang nie.

Okey, berbalik pada tajuk. Sebenarnya saya saja jer nak bagi tahu tugas saya selama 46 hari di rumah agam sudah tamat secara rasminya siang tadi. Haaa...begitu juga gembala kucing (adik saya lah tue a.k.a Ajib), tapi rasanya tugas dia tak akan tamat-tamat sampai bila-bila sebab dia bakal jadi penghuni tetap di rumah agam tue.

Saya rasa... saya dah jalankan tugas saya menjaga rumah agam keluarga kami dengan baik. Bil-bil semuanya sudah di bayar mengikut kadar yang ditetapkan. keadaan rumah juga tersusun rapi dan berbau wangi walaupun si bulu-bulu tue suka buat kencah. Tugas utama saya setap hari yep kalau nak tahu....

Balik dari kerja mesti singgah rumah agam, setiap hari untuk;
  • Pastikan si bulu-bulu seramai 7 ekor berada dalam keadaan selamat dan tidak kotor-bolor,
  • Bagi makan dan pastikan jajan mereka sentiasa ada untuk di konyel-konyel. Setiap pagi dan petang mereka makan nasi lauk ikan, pagi jiran depan yang bagi, belah malam pula saya akan pastikan semuanya masuk ke dalam rumah dan diberi makan malam. Waktu saya balik selepas Maghrib tu, si bulu-bulu semua wajib berada dalam rumah, tak boleh keluar malam nak jadi bohsia ke bohjan ker, tak baik... Mak Ayah gi Haji, jangan cari pasal.
  • Haaaa, yang paling penting, setiap hari kena basuh bilik air (2 buah) sebab mereka semua melepaskan hajat dalam bilik air. Bukan nak buang betul-betul dalam lubang, tapi boleh pulak diorang tepek-tepek kat bucu sana, bucu sini, tepi bowl, tengah-tengah alam...hurmmmm sabor jer lah.
  • 2-3 hari sekali, kena mandikan tuntung seramai 3 ekor dan basuh rumah mereka.
Kerja-kerja menyapu mengemop Si gembala kucing a.k.a Ajib tu yang akan buat sebab dia ni tak suka kotor-kotor dan ada sedikit penggeli. Kalau boleh rumah tue tak payah ada haiwan peliharaan, kena bersih dan wangi setiap masa.


Inilah sebahagian mereka, total semuanya 10 ekor (7 berbulu + 3 bercengkerang);
  1. Simpul
  2. Chiko
  3. Gary
  4. Joni
  5. Mary
  6. Buntat
  7. Cecak
  8. Cupit
  9. Cupal
  10. Cuqib
Esok mak ngan ayah korang balik yeaaa. jangan sekor pown yg comot sebab confirm Ayah akan peluk cium korang dulu bila sampai rumah nanti. Nasiblah korang semua tak boleh ikut gi airport, kalau tak koranglah antara makhluk pertama yang dapat ciuman pertama dari tanah Suci.







:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

13 comments:

Cik Ai said...

mak aiii
byknya CiM..dah tu nama ckit pnya glamorous.hehehe
boleh cam ke setiap kucing tu nama2 dia :)

insan_marhaen said...

heeeeee...lucu2 nama kucing CIM...

apa pun moga ayahanda bonda selamat tiba dari tanah suci..:)

Miss N™ said...

hahahaha..lawaklah bila kata jgn jadi bohsia ke bojan ke..hihihi..

pandai depa berak dalam bilik air eh..bulat xpandai...tapi mmg belikan pasir khas untuk kucing..

dan apa yg pasti kucing2 ni pun tentu rindukan mak dan ayah kak niena.. :)

Chic Na said...

meriahnya rumah sis dengan kucing2 tu semua. agaknya diorang pun berkenduri nak sambut ayah akak balik. huhu..

IntaNBerliaN said...

wah.. byknya kucig :-)

Mrs Velentine said...

wah 10 ekor..nak satu boleh//

Unknown said...

yeahh.. kite sama kak..pencinta kucing..cuma 1st time ni baca entri pasal kucing akk... hihi... wahh 10 ekoq!!

kinara kinatara said...

wuuuuuuuuuuu...banyak nya kak...

nama 2 2 yang femes 2.,gary...huhuhu..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

banyaknyerrrr....nama kemain lg tu eheeee...pencinta kucing ni

dya nasir said...

byknya kucing..hihih

Solehah Shamsuddin said...

comeynya kucing.tapi nama kucing plak unik.hehe

mummyrinazone beauty said...

yanag num 3 tuh nama Gary tuh binatang kesayangan sponge bob.hehehe..=)memang kena perit=hatin menjaga kucing2nie kan?banyak jugak sampai 10ekor

9n0L4 said...

byknye kucinggggg. gmbr pulak tak kuarrrr. huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...