23 November, 2012

Kelebihan Hari Asyura

Salam Jumaat...

Esok merupakan Hari Asyura (10 Muharam). Jom kita buat amal soleh...

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
  1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2. Fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. Fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
  6. Bersedekah. Fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : ‘Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala’
  9. Bercelak. Fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat : ‘Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala’. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali. 
  12. Membaca ‘hasbiyallahhu wani’mal wakil wa ni’mal maula wa ni’mannasiiru’. Fadhilat – Tidak mati pada tahun ini .
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat; ‘Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala’. Fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Merujuk sumber dari Wikipedia;

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.

Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s. dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyiduna Hussain ra.


Insya’allah..
Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.








:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

41 comments:

Chic Na said...

sangat bermanfaat. hope dpt buat perkara2 sunat tu walaupun bkn semua. :)

Miss N™ said...

Banyak fadilatnya..InsyaALLAH... kalau tak semua, dapat buat sebahagian pun bersyukur sangat..

akan cuba yg terbaik..insyaALLAH..
Terima kaseh sudi berkongsi kak.. :)

Zila Zainal said...

thanks for sharing :)

dya nasir said...

byk fadhilat jika kita buat..
thanks sharing..:D

Mrs Velentine said...

terima kasih kak berkongsi..INsyaallah akan cuba yg terbaik

U.Y.A said...

tq share...bgus info..

Unknown said...

byk sgt yg boleh kita manfaatkan pada hari tu..moga kite memperolehi kebaikannya yg pntg mengerjakannya dgn tulus ikhlas. :)

Anum said...

great info

BERT said...

terbaeikk.. mekaseh ingatkan.. sy pun terlupa 10 muharram besok.. thnx sharing ya

dieyna said...

terima kasih.. sharing is caring

kinara kinatara said...

info yang bermanfaat kak..hope tahun baru hijrah baru nyh membawa 1001 pembaharuan..dan kebaikan..amin..:)

Arina Shamsul said...

sangat suka entri best ni dear.thanks sharing :) jom puasa ramai2 esok :)

Abang Karu said...

satu perkongsian ilmu yg menarik...

ஜ miss klanika ஜ said...

perkongsian bermanfaat .

DownloadFree said...

lama tak makan bubur asyura :)

Si Matatajam said...

Tq utk perkongsian yg sangat2 bermanfaat ni CIM..

lelamaisara said...

harap2 dapat la buat perkara2 sunat tu...

Solehah Shamsuddin said...

nice sharing.jom kita berpuasa

Nurul Husna Mohd Hassan said...

mekasih kak kongsi ilmu :)

Unknown said...

sampai la kak..dia dudok cam dlm gmbr tu ler.. sedaya upaya la dia buat...sadis betol..bg air susu dia xnk..xkan deqla nk menyusu dia pulak..hahaha

Deq's Qienz said...

sedapnyaa kalo mkn bubur asyura..nanak plak kalo mak yg buat..perghhh air tgn mak mmg sedap..hihii btw nice info kak :)

insan_marhaen said...

banyak kelebihannya...
Insha ALLAH bermanfaat..

IntaNBerliaN said...

a'aaa mmg banyak fadilatnya jika kita berpuasa asyura ni kan

nuyui a.k.a miss YUI said...

tq share info sgt berguna..

Cikrosecute said...

banyak fadilatnya...nice info dik...

are_lin@yu said...

prkongsian yg bgus dear..byk peristiwa kan..

penyuluh perikanan said...

Postingan yang sangat bagaus
saya menyukai dan follow 454, sudlih kiranya foloow back
terima kasih
ditungggu follow back

boni kacak said...

terima kasih ye sebab berkongsi :)

mama aryan said...

salam...

sangat bermanfaat,moga dapat diamalkan

nurhuda said...

wah , patot laa 10 muharram nii specialll .. nice sharing :D

Kakzakie Purvit said...

Kalau kita hayati sejarah Islam dari zaman baginda rasulullah hingga Islam berpecah selepas khulafah ar-rasidin - muawiayah - abasiyah pasti kita dapat hayati banyak peristiwa terjadi dalam bulan muharram..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

moga dapat diamalkan...entry yg bermanfaat ni kak :-)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

moga dapat diamalkan...entry yg bermanfaat ni kak :-)

LYAfrina said...

amin.. tq for sharing

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

nice sharing sis =) sgt bermanfaat ni, boleh diamalkan =)

intanfirdaus247 said...

Salam dear...salam kunjung di sini..terima kasih share ilmu...kak intan suka..:)

L said...

info yg menarik akak.. =) mmg bnyk fadhilat.. dekat khutbah jumaat ritu pun tok khatib dok senaraikan fadhilat2 die..

Jom singgah baca sebentar.. =)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/11/7x-umur-dunia.html

unknown said...

smngt bermanfaat.. thnx cuz share... Hope dpt buat perkre2 sunat tu.. even tak byk maybe 2 3..

syiela said...

suka dengan ilmu ni.. thanks berkongsi info

Miss N™ said...

Dari blog terus ke sini... Ikan bulu ayam tu macam mana ya..?

Anonymous said...

very gd sharing tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...