23 Disember 2012 yang lalu berlangsung lagi satu perjumpaan antara SDARY Legend 97 bertempat di Ampang Superbowl, Pelangi Leisure Mall, Johor Bahru. Pertanding antara batch secara suka-suka berlangsung sangat meriah dengan sorakan, hilai, tawa, kegembiraan, ejek, sakat, dengki, kesemuanya menjadi satu. Rasa itulah yang menjadikan kami akrab seperti 15-20 tahun dulu.
Walaupun antara kami sudah berpasangan, beranak-pinak, berderet-deret, tapi kami akan tetap meluangkan sedikit masa untuk berkumpul bukan lagi untuk mengimbau kenangan lalu, tapi lebih dari itu, masing-masing meningkat dewasa maka kami berbicara seperti orang dewasa. Cuma kadangkala kenakalan keanak-anakkan itu akan memecahkan suasana membuatkan kami bersorak bagai remaja dulu kala.
Tak disangka-sangka ada yang menyimpan bakat. Dalam diam-diam sahaja jatuhan pinnya melebihi 300 mata dan seperti biasa juara lelaki jatuhan pinnya menghampiri 400 mata. Masing-masing pakat low profile, tapi...... masing-masing tu jugak duk golek bola sendiri. Maknanya memang kaki bowling lahh.
Tak disangka-sangka ada yang menyimpan bakat. Dalam diam-diam sahaja jatuhan pinnya melebihi 300 mata dan seperti biasa juara lelaki jatuhan pinnya menghampiri 400 mata. Masing-masing pakat low profile, tapi...... masing-masing tu jugak duk golek bola sendiri. Maknanya memang kaki bowling lahh.
Inilah kami..... SDARY LEGEND 97, kami buddies tak akan terpisah.
Huhuhu... I dapat tempat ke-5 jerrrr
Men's Champion : Mr. Hasri a.k.a Asseq
Lady's Champion : Miss Hasnah a.k.a Zeira
Bagi yang belum tahu dan kini saya akan memberitahu, anda semua dijemput untuk bersama-sama dalam BOWLING AMAL ALUMNI SDARY, bertempat di Ampang Superbowl,Leisure Mall,Johor Bahru pada 13 Januari 2013 jam 09.30 pagi. Bayaran RM40.00 seorang, bermain split track, 3 game.
Jom ramai-ramai!!!
p/s: Hujung minggu ni kami akan berbadminton pulak....
12 comments:
lama dah x men bowling
wah...akak pun terer main boling eh~~~
sy pon dah lama xmain bowling..trigin la pulak bila baca n3 kak nih..hihii
hotttttttttttt lagi memasinggggggg! :)
tak pernah main boling seumur hidup T___T
MV x reti main bowling
x suka main bowling..x larat nk angakt bola..hahaha.. wahh..aktif eh..lps nk badminton pulok..
seronoknya..!
tentu happening kan..!
Nur jarang main bowling..huhuh
Amboi sakannya berbowling...nanti kita buat bowling GSF plak yek
kawan2 sejak sekolah ye kak. rapatnya. kitorg sume dah lost contact. :)
bestnyer men bowling..lama suda xmain
dya mmg tak reti nak bowling.haha..ada sekali dya main bola ke blkg..lepas tu buat muka xbersalah..biarkan bola tu..hahaha
Post a Comment