Hari ini sudah hampir berakhir. Hari ini penuh dengan aktiviti. Malam ini saya akan cuba melangkah ke blog-blog kalian untuk sekaligus menutup tirai 2012 dan mengucapkan Selamat Tahun Baru....
Seawal pagi aktiviti kami bermula dengan kelas berenang kedua-dua anak kami di Kompleks Renang Mutiara. Adam Danish sudah laju kayuhan renang nya dan akan meneruskan pembelajaran untuk mempelajari kuak lentang dan rama-rama. Aqil masih berkayuh sampan, tapi sudah nampak keberaniannya untuk melakukan terjunan di kolam renang sedalam 1.5 meter.
Selepas kelas renang, melayan anak-anak makan di Kedai Mamak Zam Zam di Setia Tropika. Tapi bila saja pulang ke rumah agam Nenda mereka, masih lagi kelaparan dan mencari-cari kut-kut ada kudapan untuk mereka.
Hurmmm....roti saja yang ada. Tapi, cuba kamu teka apakah yang disapu ke roti berwarna hijau itu? Sesiapa yang dapat menjawab dengan tepat atau hampir tepat, saya rasa macam nak bagi hadiah laaaa.....
Kemudian, pukul 3.30 petang kami melangkah ke dewan peperiksaan. Subjek yang sangat payah bagi kami berdua. Tawakal saja lah, dengan membawa markah lulus dari assignment, dan berharap dapat menjawab dengan lebih baik di Dewan 3A. Kami keluar awal seperti yang dijangkakan...hurmmmm dah tak ada apa lagi yang nak di goreng kerana kertas ini adalah kertas kira-kira, subjek Sains yang memaksa kami menghafal segala formula dan juga jadual berkala.
Pemandangan di luar dewan peperiksaan, dari tingkat 3 sangat cantik. Singapura di sebelah sana.... Marilah kita balik kerana petang ini ada 1 lagi aktiviti riadah pengeluaran peluh yang perlu dihadiri.
Bergegas pulang kerumah dan menyalin pakaian. Mencari kasut bola en.hubby dan stokin tebal. menuju ke Sekolah Kebangsaan Mutiara Rini 2. Dengan cuaca yang sedikit suram, perlawanan persahabatan antara sahabat-sahabat Mutiara. hehehehe....saya jadi photographer jer.....
Perlawanan berakhir 5-4, geng hubby saya tentulah yang kalah. Hahaha......
Kejap lagi nak pergi makan Sup Cendawan dengan GBS kat Seelong. Hurmmmm sedap tau. Mabeles!!!
Owhhh ya, malam nanti draft semua aktiviti tertunda yang tak sempat update sepanjang 2012.
** Jeles sebab tak dapat joint GSF kat Melaka. Mesti sekarang diorang sedang bakar-bakar ayam!!!
Ini Gary kesayangan saya.....
14 comments:
wahhh bestnye anak2 belaja swimming!
hmm uni rs yg hijau2 tu kaya pandan...buatan sdri,,eheh..
p/s:nak cyg gary skali bleh?skaliiiii je...haha
gary sangat hensem berspek mata..hehe
sob sob sedihnya..:)
sedih x dapat ikod gathering..ummm..mau pergi jugaaaa...:)
wah apa ya..bronkoli ker???
pelik pulak kan..ape ye...nak tahu apakah itu,...:)
singgah sini wish selamat tahun baru 2013...
macam salad aje tu kak...huhu..
p/s:sy kecewa last minute tak dpt join..huhu~~ :(
otak beku nak teka hehe tunggu jawapan je laa..
p/s : kari ayam hijau eik...
hahaa xprnh mkn pon kari nih..huhuu mmg ktinggAlan la..kiutnya gary gan reben kemain lg.huhu
alololo..pic last menarik betul..
terpikat nur tgk gary tu..hihih.. :)
Yang hijau tu, macam salad bayam je..
eh..betul ke..?hihihi
packnya jadual akak. seharian kat luar je ye.
teringat gary si siput spongebob tu. huhu..
hadoi bab2 teka ni mmg failed haha
Haha..comelnye kucing...kak..cntk selipar..mmg fofular selipar tu skng kan..tp kaki deqla x cntk pakai selipar tu...hihihi...
Selamat petang, Bolehkah bagi itu contact number guru kelas renang, saya cari kelas renang., terima kasih
Post a Comment