Walaupun Gencatan Senjata telah diumumkan, tapi penduduk Gaza masih berdarah. Luka-luka mereka belum diubati, kesan lecur masih menyengat, runtuhan rumah-rumah tak mungkin dapat diperbaiki, bantuan makanan tidak pernah mencukupi, ubat-ubatan disekat, semuanya perlu melalui pemeriksaan untuk melepasi tanah Israel sebelum masuk ke bumi Gaza. Adakah Israel benar-benar telah mematuhi syarat-syarat gencatan senjata yang dipersetujuinya? Jet-jet pejuang Israel tetap memenuhi ruang udara Gaza walaupun tidak serancak sebelum gencatan senjata. Ya!!! Saya tidak pernah percaya dengan Israel dan berita-berita yang memenuhi ruang dada akhbar juga tidak sepenuhnya sahih. Kita tidak boleh mempercayai sepenuhnya apa yang digambarkan dalam media arus perdana.
Terlebih dahulu ucapan tahniah kepada sebahagian artis Malaysia yang berani Syahid di Palestin. Sama-sama mengikuti Misi Aqsa Syarif bersama Afdlin Shauki adalah Bront Palare, Zain Saidin dan beberapa crew Vision Works pada 3 Disember yang lalu.
Walaupun PALESTIN sudah mendapat pengiktirafan dari negara-negara lain, tapi jangan berhenti berDOA. Jangan berhenti memBOIKOT. Jangan berhenti menDERMA. Jangan berhenti BERUBAH ke cara islam yg lebih baik.
Sekecil-kecil usaha itu dipandang olehNYA dan dikira dekat akhirat SANA. :) ♥
Kita semua tahu, Israel menggunakan jet serangan canggih dan kapal tentera laut untuk mengebom kem pelarian yang sesak dan padat, sekolah-sekolah, blok-blok pangsapuri, masjid, dan kawasan penempatan rakyat miskin. Israel menyerang dengan kejamnya seluruh penduduk yang berada di setiap pelusuk Gaza yang tidak mempunyai angkatan udara, tiada pertahanan udara, tiada tentera laut, tiada senjata berat, tiada unit artileri, tiada perisai mekanikal. Inikah yang dinamakan peperangan??? Ia bukan perang. Ia adalah PEMBUNUHAN SECARA TERBUKA di mana seluruh dunia mengetahui tentang hal ini.
Saya dan keluarga dengan sedaya upaya akan memboikot barangan-barangan dari Israel yang telah memberi dana sepenuhnya kepada mereka untuk membeli jet-jet pejuang dan peluru-peluru berpandu.
Kita ada banyak produk-produk buatan Malaysia yang Halal dan diperakui kehebatannya. Mengapa mesti pening-pening kepala di pasaraya? Untuk pengetahuan juga, kami sekeluarga telah cuba sedaya upaya untuk menghindari Mc Donald.
Meh baca dengan teliti di sini.... BOIKOT MC DONALD
Boleh baca cerita pendek ni juga :
Sinyu: Apsal nak kaitkan McD kat sini ngan Israel? Management diorang pun dah nafikan.
Nobita: McD kat sini atau mana-mana pun still jual jenama dan produk sama. Jadi tak akan takde kaitan/keuntungan kepada headquaters McD kat US?
Sinyu: Tapi tak baik tuduh diorang buat offer free meal sebab ada boikot. Mungkin diorang dah lama plan untuk hargai pelanggan setia.
J: Wallahu’alam. It’s just at the right time! Dulu penah ke ada offer free meal?
Sinyu: Alaa, kan free tu. Bagus la. Kita tak payah bayar pape, so diorang pun tak untung pape.
J: Diorang akan untung sebenarnya, dari segi sokongan moral. Sebab itu yang diorang perlu sewaktu tertekan macam ni.
Sinyu: Ok, kalu aku amik jugak meal free tu dan makan, apa hukum dia? Haram?
Nobita: Tak haram pun, even kalau bayar. Sebab makanan itu sendiri diperakui halal. Tapi ini bukan soal agama, halal atau haram. Ini soal kemanusiaan.
Sinyu: So, depend kat pilihan masing-masing la kan nak boikot atau tidak? Tak boleh paksa kan?
Nobita: Untung lah kita kat sini sebab ada pilihan nak boikot atau tidak. Tapi.... Saudara kita kat sana tak ada pilihan pun sama ada nak diserang dan menderita atau tidak.
Yang tak start boikot lagi bila nak mulakan langkah pertama anda? .
Sepert cerita Nabi Ibrahim…
Maka tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2 yang lain.
“Usahamu itu hanya sia-sia, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu”, mereka mengejek.
Lalu burung kecil itu membalas, “Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepadaku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya.” -sumber
Disebabkan saya tak mahu disoal dengan dasyatnya di akhirat kelak, saya juga mahu lakukan langkah pertama. Sedikit sebanyak dapat menyelamatkan saya dan keluarga saya di padang Masyar nanti.
Maaf kalau N3 saya malam ni keterlaluan dan saya tak bermaksud untuk menyinggung mana-mana pihak.
45 comments:
sama2 lh kita berdoa buat mereka...
jangan pernah berhenti berdoa untuk saudara2 kita di sana..
I thought motorola was korean's..
yg lain tu takpe lah nak boikot tp..nestle banyak sangat produk yg kita guna...mmm..
tp, itulah pengorbnan kita di sini..
itulah salah satu cara kita untuk m'hpuskan israel dalam jangka masa panjang.
nasib baik ad banyak produk malaysia skang ni..
moga mereka kuat brjuang di sana..
bgitu jyga kita disini, sementara peluang perjuangan dalam menuntut ilmu itu masih ada
semoga urusan rakyat malaysia yang pergi ke Gaza untuk bantuan kemanusian dipermudahkan...
sangat bangga dengan usaha mereka. teruskan berdoa utk gaza.
berdoa, menderma dan memboikot antara usaha kita yg boleh teruskan..
good sharing sebagai peringatan supaya kita tak lupa dengan mereka kat sana
teruskan berdoa untuk umat Islam di Gaza dan seluruh dunia
jangan kita berhenti membantu saudara2 kita di sana.. itulah darah daging kita yang sebenarnya..
sme2 la kite bdoa utk mereka
alhamdulillah ayu pn tgh boikot produk mereka..yg pnting niat kitak an..byk lg brg len kita boleh guna..kt Mlaysia pn ada pengusaha yg cipta brg yg blh dh gnti smua brg yahudi ni..sama2 kita berdoa utk mereka..
yeahh... hidup palestin! hidup islam!! huhuhu...doa dan boikot tu yg terpenting...deqla pun dah x beli brg2 keluaran laknat tu..BOIKOT!!
byk btl produk mereka sbnarnye,hurm..akn usaha utk boikot gk
sedih mgenangkan bumi palestin.
yupp...sama2 la kita berdoa buat mereka...
pray for gaza amin
sama2 kita doa, moga Allah lindungi diorang semua dari Israel.. amin..
kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Memaafkan adalh cara balas dendam yang paling mulia.
saya pon tengah cuba boikot barang2 mereka ni....
same2 lah kite doakan untuk mereka juga:)
dah lama tak minum coke, sedang dan akan terus memboikot McD, cuba sedaya upada mengelak nestle dan johnson.. moga terus istiqamah..
moga gencatan enjata itu adalah benar...
hidup palestin..
kina pom boikod mcd..walaupon kadang2 rasa nak makan jugak..
xp xdek pape yang rugi..jimat duit jugak kat situ..:)
salam cm
Pekabar? TA Jalan2 malam .nice post.
Terkenang ta masa lepak2 member belanja coke sorng setin..
sian diorg...sedih tgk kt tv....
buat mana yg termampu, insya'Allah..
sama2 kita doakan utk mereka
Jom BOIKOT sampai bila2... Semoga saudara kita disana sentiasa dilindungi Allah
sama2 berdoa moga Allah lindungi mereka semua..hanya doa & sedekah yg termampu kita lakukan..
salam pagi jumaa Cim :)
sihat ke?
jom2 ghatering..hahaha jgn marah2 CiM nti cepat tua.hihihi
aduhh baru nak plan bawa anak2 ke MCD ujung minggu nie huhu
yelah semoga mereka yg ke aman palestin tuu selamat pergi dan balik kan dik ;)
teruskan berdoa untuk umat Islam di Gaza dan seluruh dunia
yup teruskan berdoa untuk mereka..
kita membantu selagi mampu... biar mereka tahu apa yang berlaku bila umat islam bersatu...
kimberly-clark tu company kite ade gune kan kak? ke yg lain ek?
smoga bumi gaza di bawah lindunganNya...
terima kasih perkongsian ini. Kasihan kat mereka di sana kan.
sebenarnya barang utama yg kita kena boikot ialah rokok.rokok adalah sumber utama Israel.kenapalah rokok xda dlm senarai tu kan.msti da sebabnya kan
semoga negara palestin sentiasa di lindungi... bebas dan merdeka...
akan sedaya upaya boikot brg2 israel ni.
as salam
akak kalau tak cakap mcm hipokrit..akak ada jugak share entry boikot ni tapi mcm milo tu akak mnum sejak kecik,caner ek..skrg mmg jarang2 minum milo.tp mmg sentiasa ada kt umah..mcd tu mmg kena boikot kaw2 kan..mmg kt tpt akak takde n akak mmg natural boycot
terus berdoa agar keamanan milik saudara2 kita di palestine...
terima kasih share kak..
sama2 kt doakan yg terbaik..buat mana yang boleh..
Betul tue.....terima kadih share....
jangan pernah putus doa..dan teruskan boikott..!
kami juga telah memulakan langkah memboikot barangan2 tersebut.semoga Allah memberi kekuatan kepada saudara2 kita si sana..dan memperkenankan doa2 kita.
tengs sharing kak...kita buat mana yg boleh yer kak..moga mereka disana terus dilindungi..aminn
boikot jgn tak boikot. moge keadaan bertambah baik di sana.
Post a Comment