23 January, 2013

Aqiqah RM1.00 Sempena Maulidul Rasul



Sebentar tadi saya menemui sebuah artikel di akhbar New Strait Times yang bertajuk RM1 Goat for Aqiqah Ritual.  Sebelum itu hal ini diberitahu oleh seorang rakan dipejabat, mengatakan bahawa ibu-ibu Muslim yang melahirkan bayi pada 12 Rabiulawal 1434 iaitu jatuh pada hari esok, boleh membeli seekor kambing untuk majlis Aqiqah bayi mereka dengan hanya seringgit sahaja. Hanya kelahiran yang dibuat di hospital-hospital Kerajaan sahaja layak memohon, manakala ianya terhad kepada 24 permohonan.

RM1.00 untuk seekor kambing. Percayalah, ini berita benar. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Encik Osman Cheya Kutty di nombor 019-756 3000, 07-3554200 atau terus melawat ke laman web beliau www.osmangoatfarm.com.

Ya Allah.....semoga Encik Osman serta keluarganya mendapat keberkatan di atas segala sumbangan yang akan diberikan. Menurut En. Osman dalam akhbar tersebut;

"Saya memulakan perniagaan ini sejak 20 tahun yang lalu dan dengan inilah cara saya mengucapkan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan saya. Saya mengambil kesempatan ini untuk melakukan perbuatan yang baik sempena hari keputraan Nabi Muhammad s.a.w. yang jatuh pada hari esok," katanya.

Mereka yang berminat dalam tawaran itu boleh melawat pejabat Osman di No. 38, Jalan Enau, Kangkar Tebrau dengan membawa salinan sijil kelahiran anak mereka yang sah. 

RM1  goat for ‘Aqiqah’ ritual

Selamat Beramal...



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

12 comments:

Himawari Mirsada said...

setiap perbuatan yg baik akn dibalas dgn ganjaran yg setimpal..

Miss N™ said...

semua orang mampukan....

sHaRiNa eLyaNa said...

mudah2an bertambah rezeki beliau :)

QasehnyaRania said...

salam maulidul rasul kak :D

dya nasir said...

semoga beliau dimurahkan rezeki

Mrs Velentine said...

semoga beliau dimurahkan rezeki..bestnya kalau ada kat sini

Mrs Velentine said...

semoga beliau dimurahkan rezeki..bestnya kalau ada kat sini

Unknown said...

walaupun cuma singgit tp pahalanya berlipat ganda.. =)

Cik Ai said...

keikhlasan tu yg penting..
pahala berlipat ganda :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

ikhlas tu penting

Chic Na said...

yang penting ikhlas kan. :)

Nurul Says said...

amin!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...