Masa aku kecik2 dulu, byk peristiwa yg melibatkan aku, adik bradikku ngan ayah...
Aku ingat lagi masa tue kalau tak silap umur aku 6thn. Aku, arwah Abang ngan Kakak sedang bermain. Kitorg main sembunyi ibu, pastu dah bowring kitorg main kejar2 plak, pastu tukau plak permainan hantu-hantu (eeee...seramnyer). Arwah abg lah yg jadi hantunya, dia kelepetkan kelopak mata atasnya (konon2 hantu lah tue) trus kejar kitorg. Wahhh apa lagi, aku ngan akk terus lari ketakutan. Menjerit, menangis, berlari, sembunyi....ayah mulalah naik hangen sbb kitorg buat bising. Hmmm....apa lagi ayah bangun dari kerusi, trus lempang muka arwah abang (adushhh...) Arwah Abg terus merajuk lari masuk bilik, taknak main dgn kitorg lagi. Lepastue Arwah Abg dah tak bercakap dgn ayah lagi, diorg bercakap bila perlu aja. Lepas hari tue, kitorg dh tak main2 lagi kat umah melainkan bila ayah takde gi keje...
Ada lagi 1 peristiwa melibatkan aku dgn ayah. Masa tu aku dah besar (remaja ahhh). Kalau tak silap masa tu aku tingkatan 4, tapi peristiwa ni berlaku di sekolah agama dimana waktu tu aku darjah 6. Nak kata macam gangster, tak jugak. Tapi ala-ala ganaz lah jugak sebab aku ngan kawan aku lagi 2 org (Bedah & Zaida) telah ditangkap sebab bergaduh dgn budak2 lelaki. Budak2 lelaki tu yg kurag hajor sgt, tak pasti ahh gaduh pasal apa (pasal nama bapak kot). Masa aku tendang ada sekor budak laki tue, usatazah ternampak and apa lagi kitorg kena ahh masuk bilik guru besor. Hmmmm....macam biasalah mak ayah akan dipanggil. Tapi ayah yg datang, sama jugak ngan Bedah & Zaida, ayah diorang jugak yg datang. Tapi yg peliknya lepas ustaz & ustazah berbincang2 ngan bapak kitorg (kitorg kena duduk luar bilik guru besor, takleh dengar), ayah kitorg keluar bilik tu boleh senyum2 lagi. Dahler aku tengah takut giler ketark lutut masa tue sbb abis aku kena belasah punya. Tapi....ayah cuma cakap "lain kali jgn gaduh dlm sekolah, kan dah kena gantung seminggu!" Haaaa!!! tu jer??? Pastu aku trus ikut ayah balik. Kat sekolah menengah aku jumpa Bedah (sek.men. aku 1 sekolah ngan dia), Bedah kata, ayah dia pun tak marah. Balik umah aku senyap ajer, sepanjang seminggu aku digantung sekolah agama, trus jadi rajin buat keje umah, baca buku (ecceeehhh takut tersilap langkah kena marah plak, baik2 tak kena). Abis jer masa seminggu kitorg dihukum, naik ahh sekolah mcm biasa semula. Tapi yg peliknya jantan2 keparat tue tak berani nak tegur kitorg. Didapati diorg pun kena gantung jugak. So, sampai harini aku pun tak tahu kenapa ayah tak marah kat aku masa tue.... Hmmmm 'weird'...
Hmmm...sepanjang aku hidup dengan ayah, aku tak pernah tengok ayah nangis. Tapi hanya ada 1 hari jewr aku tengok ayah benar2 nangis, bagaikan tak dapat dibendung aliran titisan airmatanya... iaitu masa kami dapat berita Abang yang kami sayangi telah pergi kerahmatullah buat selama2nya. Tapi ayah dapat menahan air matanya dari terus mengalir, kerana itulah pertama kali aku tengok ayah nangis dan ia tak pula berlarutan, mungkin dia hanya menahan supaya kami yang lain tidak terlalu sedih. Tapi dapat dilihat kesedihan di air mukanya walaupun tiada air mata sejak jenazah arwah masuk ke dalam rumah sehingga di masukkan ke dalam liang lahat. Al-Fatehah untuk Arwah Abang.... (alamak mcm nak nangis plak)
Itulah ayah aku...eh ayah kami... Ayah kepada Arwah Mohd. Nazri, Norliza, Norazlina, Mohd. Najib dan Mohd. Nawawi...
SELAMAT HARI BAPA AYAH....En. Ismail bin Mohd Amin