31 May, 2012

Skit jerrr....

Harini taknak cakap banyak. Sebab........

ASSIGNMENT TAK SIAP LAGI!!!!

Mesti kena siapkan dalam bulan 6 ni jugak sebab....early July I nak gi berjimba-jimba.

Tapi nak bagi tau jugak skit...tadi balik kerja I pegi makan cucuk-cucuk. Tau tak apa tue...ehhhh no no no, bukan botox / susuk tau. Nak tau apa nyerrrr;


Sambal cicah siap senyum lagi tauuu....

Kat ner kat ner kat nerrr? Cer teka...

Sambil makan, I ngan en.hubby didendangkan dengan alunan muzik ambulance setiap 10 minit. Wahhhhh.... Nenonenonenonenoneno.....

Malam ni busy sket, disamping nak buat assignment (ala-ala dpd tak sentuh langsung), pastu nak kemas beg coz esok balik kerja trussss bedesup balik kampung. Dah rindu tahap gaban kat Danish & Aqil.

Sebelum tido, basuh baju dulu, esok sebelum gi keja leh sidai.

So, skang.....BUKA BUKU!!!
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

30 May, 2012

JADILAH MATAHARI...

Kenapa kena jadi Matahari? 
Kenapa Matahari? 
Ada apa dengan Matahari?

Hari-hari Matahari akan nampakkan wajahnya, kadangkala terlampau bercahaya, kadangkala pula hanya samar-samar, tapi adakalanya cahayanya reduppppppp saja. Sama ada kita suka ataupun tidak, Matahari tetap memancarkan cahayanya. Saya cuba untuk menjadi matahari, memberi manfaat kepada semua orang, memberi sinar kepada semua orang, pedulikan sama ada orang suka ataupun tidak, tapi saya akan tetap menjadi Matahari.

Seperti yang saya katakan kelmarin, saya nak pergi tengok Filem Hoore Hoore. En.Hubby dah pun bawa saya tengok Filem Hoore Hoore semalam. Certeka...berapa orang dalam panggung? Hurmmmm mesti ada yang dapat mengagak, lebih kurang 10 orang aja.... Kenapa yeaaa? Kenapa cerita-cerita macam ni tak mendapat sambutan. Peliklah... Actually kami ada 2 pilihan, sama ada tonton Mentera (lakonan Tomok) ataupun Hooray Hooray. Tapi saya memilih Hoore Hoore kerana saya percaya filem ini tidak akan menghampakan. Yeaaaaa, telaan saya benar. Mungkin saya saja kowttt yg cakap macam nie, iyelahkannn sayakan peminat filem melayu. 

Jom lah bagi sokongan pada filem melayu. Tribute to Sudirman, pasti ada kenangan antara anda dengan lagu-lagu Sudirman. Seriously..... Hoore Hoore memberi saya secukup rasa semalam, senyum~tawa~nangis~sedih... Dimulai dengan lagu Basikal Tua dan diakhiri dengan lagu Balik Kampung.


Ni nak cerita hari ni punya story mowry...

Tadi balik kerja saya pergi berjalan-jalan ke Angsana dengan En.Hubby. Sampai je Angsana dah masuk waktu Maghrib, so kami pergilah singgah solat dulu. Selepas jer habis solat, saya bersimpuh lah kejap nak mekap (biasalah perempuan.....) Tiba-tiba ada seorang gadis senyum manis ke arah saya, seperti biasalah Matahari mestilah memancarkan balik senyumannya. Tiba-tiba gadis tu duduk bersimpuh disebelah saya dan akhirnya menegur. Dalam hati tertanya-tanya, pernah ke jumpa dia, dia kenal saya ker, direct selling ker apa ni?....... (jahat btul, as usual saya mmg suka berfikir)

Gadis tu perkenalkan namaya Emy...Amy...Emmi.... (lupa pulak nak suruh dia eja nama dia)

E : Balik kerja ke? 
I  : Haa'aaahhh... (hulur tngan sambut salam)
E : Kerja kat mana?
I  : Kerja kilang jer (buat senyum tawar)
E : Hehehe...saya jenjalan, cuti sekolah. Saya cikgu, takda buat kerja kat rumah ni yang merayap.

Owhhhh cikgu sekolah rupanya. Sweet tau face dia, garang tak erkkk? Ni Cikgu Sekolah Damai Jaya (lupa jugak tanya sekolah menengah ker sekolah rendah)

E : Kerja kat mana? Kilang apa?
I  : Pharmaceutical, produce medicine...
E : Owhh yeker, saya ada adik blajar farmasi. Tengah cari kerja ni, ada kerja kosong ker kat sana?

Arhhh sudah... Saya senyum jer, then told her that I'm not in that line. I kerja bahagian makmal. Then dia tanya lagi (perbualan makin rancak...hahaha kesin En.Hubby kena tunggu nun diluar sana)

E : Dah lama ke kerja
I  : Lama dah...lebih kurang 8 tahun (dia trus buat muka speechless)
E : Ehhh...umur berapa erk? Dah lamanya kerja..
I  : Hehehe...dah tua lah, over than 30 tau. Anak pun dah 2, ni budak2 cuti balik kampung, tu yang Mama & Papa jenjalan berdua jer makan angin.
E : Owhh yerker, saya baru jer 26. Alaa malunya, tapi awak nampak muda dari saya.

~~speechless saya tau~~~

Then kami bertukar-tukar nombor phone. Nak misscall taktaulah kenapa, maybe dalam surau tu takda line kowttt...

Masa dinner tu saya bagi taulah En.Hubby pasal pertemuan saya dengan gadis sweet tu. Step by step I bagi tau dia. Sampai jer kat part gadis tu bagi tau dia Cikgu, en.Hubby menjawab (sebelum tue dia senyum jer sambil makan ayam penyet)

H : Owhhh Cikgu. Biasalah, cikgu dah biasa bercakap, so dia kena juga habiskan routine dia bercakap seperti biasa. OK lah tue, U layan dia. Tak nampak janggalkan, at least u dapat kawan baru hari nie.

Pulakkk.....betul ker cikgu ada kouta words yang peru dia habiskan dalam satu hari??? 

Then saya sambung lagi cerita...sampai jer part yang ending tue, En.Hubby menjawab;

H : OK I understand...punyalah panjang cerita, rupanya front page tittle  
"I look younger than my age..."

Huuhhhhh...bencilah kalau citer dgn orang yang dah faham sangat ngan kita. En.Hubby ni selalu meNghampakan sebab dia memang selaluuuuuuu sangat dah tahu apa yang saya nak cerita. Kadang kala tu bila saya baru  jer nak bukak mulut, kepala dia dah terangguk-angguk macam tau jer apa nak cakap (memang dia tau pun) BENCIHHH!!!!

So, memang lahhhh nak tanya ni. Saya nampak muda ker? 'PERAHHSAHHNNN....'

Emmi...nanti kita sms ehhh, so bleh add kat FB for knowing further each other .
Nice knowing you....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

28 May, 2012

Tribute to Sudirman : MERISIK KHABAR

Sana-sini kita tengok, dengar dan lihat Sudirman di mana-mana. Panggung wayang pown sedang tayang Filem Hooray Hooray, radio-radio juga ada buat segmen tentang memperingati Sudirman, lagu-lagu berkumandang setiap masa berselang-seli dengan lagu-lagu popular. Ingatkan petang esok nak pergi tengok Filem Hooray Hooray dengan hubby. Harap-harap filem musical ini tidak menghampakan.

Bagi peminat blog saya, mesti selalu tengok saya post video yang tak berapa terang dari sebuah restoran di Batu Pahat (MK Cafe & Bistro). Actually me & my hubby dah addict dengan budak dua orang ni, tapi antara dua ni saya lebih suka dengan GFadz, penyanyi utama. Bukan jer suara dia lunak merdu, tapi jari jemari dia tue yang buatkan saya tak kelip mata bila tengok dia perform. Kadangkala dah nak balik, tapi punggung masih melekat di kerusi. Tu yang sampai tutup kedai baru nak angkat kaki.

Jom tengok lagi video yang tak berapa nak terang. Lagu-lagu Sudirman...

MERISIK KHABAR COVER BY GFADZ & INDRA,  ACOUSTIC GUITAR


Untuk anda yang sedang berada di Batu Pahat atau yang akan berada di Batu Pahat, sila ambil perhatian:
"PERHATIAN KEPADA PEMAIN GITAR DI BATU PAHAT J0H0R, HB46 AKAN MENGADAKAN PERTANDINGAN STREET GUITAR. YURAN RM10 BAGI SATU PENYERTAAN, HANYA LAGU-LAGU SUDIRMAN SAJA YG B0LEH DI BAWA. TARIKH PENYERTAAN ADALAH 2hb hingga 10hb JUNE 2012. LOKASI DI BANDAR PENGGARAM."
Jom ramai-ramai.....

Haaaa...disebabkan video selalu tak berapa nak terang, mesti u all nak tengok sangat camner ghuper Gfadz.... Haaaa nilah Gfadz;


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Tribute to Sudirman : Medley... Ayah & Ibu dan MERDEKA

Jom dengar lagu dendangan secara acoustic oleh GFadz & Indra, Ayah & Ibu dan Merdeka walaupun belum bulan merdeka....


Ni lahhh Gfadz & Indra :-

Eccee'eehhh...jd Duta Belia nampak...

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Tribute to Sudirman : PENYAMBUNG WARISAN





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

27 May, 2012

Terharu dengan Ayuni : Terima Kasih

Betul tak apa yang saya katakan....

"seriously....berblogging lg best kerana komen & reaksi kita lebih neutral...kita tak kenal antara kita, hanya dgn tulisan, tp bila berfb, kita berhadapan dgn kawan2 yg mengenali kita & kita mengenali mereka.....komen2 akan pastinya membuatkan kita sakit hati kerana kadangkala kita dipengaruhi oleh tanggapan "alahhhh dia tu lagi teruk sebenarnya......" so, what can I say (just luahan) I ♥ u all"

Niena_Rizal quotes May 2012

Saya baru sahaja balik dari laman Ayuni setelah dijemput secara terhormat di post N3 sebelum ini... Sejengah jer saya dari laman Ayuni yang damai dengan muzik korea (yang saya tak faham maksudnya), jeng-jeng-jeng....saya terus tersenyum dan hati berbunya-bunga seperti laman Ayuni yang ada bunga doodle warna pinkish. Tarraaaa....


Tapi...saya yang ker 900th. Kenapa saya baru jumpa laman nie??? Serious, masa follow tak perasan pown saya yang ke-900 sebab sambil tekan button follow saya baca poem Ayuni tentang ayah.

BTW....thanks a lot lot lot to Ayuni. Nengok belah kanan ehhhh, akk ada listkan blog Ayuni sbg blog yg mesti dikunjungi.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Banyak Kawan Banyak Ragam

Pagi ni nak bercerita sikit, lantaran dari entry tertunda sebelum ini yang mempuyai kaitan sikitlahhh dengan cerita yang nak diceritakan. Harap sudi membaca, agar menjadi pengajaran pada kita semua dan juga peringatan kepada diri saya sendiri....

Semalam saya ada buat satu post di FB yang berbunyi begini;

PERHATIAN:
Dgn ini sy meminta maaf secara terbuka kpd semua yg brkecil hati dgn sy sbb sy mengwar2kn saat sy makan PHD dgn PHD semalam. Tkda niat langsung utk riak atau menunjuk2 kpd sesiapa. Sy byr apa yg sy mkm, sy tdk membelanja org lain dan juga tdk dibelanja oleh sesiapa. Sejujurnya sy pula tk pernah berkecil hati dgn sesiapa yg tlh pergi makan ke mana2 tanpa mengajak sy.
Kosong ~ Kosong


Sebelum tu pada tengah hari waktu lunch, saya ada post di FB begini;

PHd

So, apa pendapat kamu.......?
Tak boleh ker luahkan apa yang ada dalam hati saya? Hanya 3 perkataan sahaja dan tindakan yang menyusul seterusnya, akhirnya antara sedar dengan tidak telah menyinggung perasaan sesetengah pihak yang melihatnya....Apakah sebenarnya? Walaubagaimanapun, seperti post saya selepas itu, saya memohon maaf di atas kesilapan yang telah saya tidak sengajakan.

Saya masih tertanya-tanya dan perkara ini terus bermain difikiran saya... Alangkah teruknya saya kerana melakukan post seperti itu. Pasti saya dianggap dengan pelbagai tanggapan yang disebabkan beberapa perkara yang saya rasa mungkin ianya seperti ini;
  • Mungkin ada antara kawan-kawan saya yang tidak berkemampuan makan pizza hut, dan bila melihat post saya seperti itu, mereka terus terliur dan rasa rendah diri. Owhhh maafkan saya kerana tidak terniat untuk menyinggung sesiapa.
  • Mungkin ada antara kawan-kawan saya yang menganggap saya sedang hendak membelanja beberapa orang kawan saya tanpa mengajaknya sekali. Owhhh tidak seperti yang mungkin difikirkan. Kami hanya makan tengah hari dengan duit poket sendiri.
  • Mungkin ada antara kawan-kawan yang berdekatan dengan saya ketika itu berkecil hati kerana tidak diajak bersama-sama berPHd. Owhhh kalau begitu, saya juga mahu berkecil hati kerana mereka juga sebelum ini ada kalanya tidak mengajak saya bila mereka hendak makan keluar di mana-mana.
  • Mungkin juga ada kawan-kawan saya yang dengki dengan saya dan cuba membuat provokasi dengan individu-individu disekitar saya mengatakan saya kini sombong, bongkak, berlagak, tak tahu diri, macam bagus, dan yang sewaktu dengannya. Owhhh maafkan saya kerana sesungguhnya saya tak perlukan kawan seperti itu dalam hidup saya dan tak memberi kesan langsung dalam hidup saya kalau saya tiidak bergaul dengan mereka ini. Oleh itu anggapan ini akan saya lontarkan jauh-jauh.
  • Mungkin juga yang kawan-kawan saya hanya bergurau dengan saya tapi saya saja yang beremosi sendiri. Owhh kalau begitu, sayalah yang salah dalam hal ni kerana berperangai seperti budak-budak tak matang yang sungguh beremosi.
Alahaiiii...kawan-kawan. Janganlah begitu, setakat Pizza Hut Delivery takkan nak keruhkan keadaan yang tenang. Lain kali saya akan.......owhhh tapi rasanya saya tak akan lagi post apa-apa tentang makanan di FB untuk menjaga hati semua pihak. Tapi.......boleh ker begitu? Dah ada medium berbicara, apa salahnya saya luahkan saja. Salah ker???

Hurmmmmmmmmm.............

Macam mana yeaaaa??????


Pak cik tu antar PHD kitorang naik basikal jer lahhhh....sampai je kat kitorang makanan pown dah sejuk tak sedap. Huhuhuhuhuhu.....

So, dengan ini saya tujukan lagu Kosong dari Najwa Latif untuk kawan-kawan yang selalu bertanggapan negatif pada saya;



Liriknya kena sangat dengan muka diorang.... saya kasi highlight bagi yang tak faham bahasa yeaaaa....

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu...

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa...

Kosong...kosong...

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku...

Kosong...kosong...

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar....
Ooo..ooo...

Kosong...kosong...

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa..

Kosong .. kosong ..

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku...

Kosong...kosong...

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa...

Kosong...kosong...


Maaf sebenarnya, saya tak rasa diri saya KOSONG langsung!!!

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Lunch Treat with some Fren

Entry tertunda....

Lokasi : Asam Pedas Sedap, Taman Perindustrian Tampoi Indah
Tarikh : 18 May 2012 (12.45 ~ 01.45 pm)
Pemeriah Majlis : Zar * Nae * Lai * Mas * Ong * Me
Agenda : Saja suka-suka

Air pelbagai rasa, dari kiri.... cepattttttt jalan!  Apple Asam Boi, Carrot susu, Mango Shake, Strawberry Shake, Blueberry Shake & Chocolate Shake.


Ni special kat sini, Asam Pedas ikan merah dengan nasi putih, telur bungkus dan sayur. 

 Mee Bandung udang bungkus telur. Sedap wooO...pekat likat kuah dia. Ni I punyaaa..

 Nasi goreng Patayya... MC Ong punya...

Wahhhh....masing-masing dengan gadget memasing.

Sedang menunggu hidangan yang sampai....tapi dah tak tahan bau mee bandung. Posing jap.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

26 May, 2012

Man Kidal & Lefthanded Memang Rock KapaK!

Malam ni Versus punya juri jemputan is Mr. Man Kidal.

ArggggHhhhhhHhhhHh!!!!!!! Gler kejap coz I baru jer beberapa minggu lepas bertemu muka bergambar bersama dengan The Awesome Guitarist Malaysia nie. Actually tak sempat nak update lepas balik dari tengok concert Lefhanded last 3 weeks... Hehehehe...lama giler nak tunggu upload, ni pown teringat nak upload bila tengok Mr. Man Kidal dekat Versus.

Mehhh Mehhh nengok; jelesss tak????

From left;
Lis , Man Kidal's grandson, Man Kidal, Ryn &Me

Me & Nash Lefthanded
Me & luvly fren Lis Raihana

En.Hubby & his fren...





















Artis: Lefthanded
Venue: Roof Top City Bank, Johor Bahru
Date : 5th May 2012


Jom tengok Man Kidal goreng lagu...Awesome Bro !!!!




Pergggghhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Certeke lagu apa....


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Lefthanded ~ Cinta 3 Dimensi

Jom Layan....


Biar dari sudut
Manapun kau lihat diri ini
Walaupun dari atas sekali
Semua adalah sama

Biarpun cantik mengalah bidadari
Namun hatiku tidak mungkin
Kau dapat menguasai

Tiada cinta tiga dimensi
Sesama kita lagi
Engkau hanyalah gurisan hati
Dilukis di atas bumi

Terpadam sudah pandangan yang indah
Yang engkau gambarkan
Di suatu ketika dahulu

Apa yang tinggal
Kini hanyalah satu dimensi
Apa yang tinggal kini hanyalah
Yang sulit dan sepi

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

23 May, 2012

Bersyukurlah dengan apa yang kamu miliki...

Beruntungnya saya ada suami…. (itulah yang bermain di kotak fikiran beberapa hari nie)

Kenapa saya kata begitu??? Sebabnya saya memang benar-benar merasa beruntung…. Nak tahu kenapa….?

Beberapa hari ni, Ibu saya diamanahkan untuk membuat bancian ibu-ibu tunggal di kawasan sekitarnya bagi wakil Amil kawasan perumahan kami. Senarai nama ibu-ibu tunggal akan diupdate setiap tahun untuk pembahagian zakat di bulan Ramadhan. Petang kelmarin ibu saya menunjukkan pada saya senarai nama ibu-ibu tunggal yang telahpun dikenal pasti di kawasan tempat tinggal ibu. Alangkah terkejutnya saya kerana ramai rupanya ibu-ibu tunggal yang masih muda dan mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang anak tinggal bersama mereka. Ada juga beberapa orang tu saya kenal kerana kami membesar bersama, tak sangka setelah sekian lama tidak berjumpa, saya diberitahu oleh ibu yang kini dia telah ditinggalkan suaminya. Ada juga yang kematian suami sewaktu usia masih berumur 25 tahun…. Ya-Allah tabahkanlah hati mereka.

Tak dapat bayangkan hidup saya bagaimana sekiranya Allah s.w.t. menduga saya sebegitu rupa.

Antara ibu-ibu tunggal yang diberikan ketabahan hati oleh Allah s.w.t. yang telah direkodkan data-data mereka oleh ibu saya:-

  • Seorang rakan yang saya dah anggap seperti adik saya sendiri baru sahaja ditinggalkan suaminya di saat dia sedang sarat mengandungkan anak ke-2. Suaminya meninggal dunia sehari sebelum dia melahirkan. Saya kuatkan hati melawatnya ketika suaminya pergi untuk selama-lamanya, saya menahan air mata agar tidak menangis didepannya ketika itu, saya cuba memberinya semangat sedang saya sendiri tidak boleh menahan sebak, saya kuatkan hatinya sedang saya sendiri tidak tahu sama ada saya boleh berdepan dengan semua ini atau tidak sekiranya Allah menduga saya. Tahniah adik ku sayang, kini kakak lihat kamu lebih tabah dan kuat mengharungi hidup dengan 2 putera permata hati pengikat rindu pada arwah suami kamu.
  • Kisah ini lebih menyentap hati. Termenung saya seketika kerana dugaan yang Allah s.w.t. berikan padanya lebih hebat. Gadis ini hanya berusia 28 tahun, hidup dalam dirinya yang tidak mengerti apa-apa, tidak mengingati langsung tentang dirinya dan masa silamnya. Gadis ini hilang ingatan sedikit demi sedikit selepas melahirkan anak ke-2. Kini anak keduanya seusia dengan anak pertama saya dan bersekolah di sekolah yang sama. Suaminya meninggalkannya beberapa tahun yang lalu tanpa nafkah. Kini gadis ini tinggal bersama ibunya yang tidak bekerja kerana perlu memberi sepenuh perhatian pada ibu muda ini. Mereka meneruskan kehidupan dengan wang sumbangan daripada Kebajikan Masyarakat dan Persatuan Orang Kurang Upaya. Lebih kurang RM500 sebulan untuk menampung 4 beranak ini dengan 2 orang anak yang sedang bersekolah serta wang perubatan untuk ibu muda yang hilang ingatan. Cukupkah???

  • Satu lagi kisah mengenai seorang ibu yang dianiaya oleh anak tirinya sendiri. Masih berstatus isteri kepada suaminya yang kini sedang terlantar sakit di sebuah negara kerana dibawa pergi oleh anak suaminya. Rentetan ceritanya sangat trajis kerana beliau adalah kawan rapat kepada ibu saya. Pada mulanya suami wanita ini dibawa pergi oleh anaknya ke sebuah Hospital untuk dirawat tetapi akhirnya dibawa pulang ke rumah anaknya tanpa pengetahuan isteri. Wanita ini cuba mencari suaminya dan juga ke rumah anak tirinya, tetapi tidak dibenarkan masuk untuk bertemu suami yang sedang sakit dan tidak boleh berkata apa-apa. Apakah dosa ibu itu sehingga diperlakukan sedemikian rupa. Wanita itulah yang selama ini merawat ayah mereka yang telah lama mereka abaikan. Wanita itulah yang selama ini sentiasa disamping ayah mereka ketika suka dan duka. Tergamaknya mereka sehingga suatu hari menghalau ibu tiri mereka yang sudah banyak berbakti dari rumah yang dia diami selama ini. Dengan membawa seorang anak kecil berusia kira-kira 2 tahun meminta perlindungan dari rakan-rakan. Mujurlah ada sebuah taska yang dimiliki oleh seorang insan berhati mulia sudi menumpangkan ibu itu dengan bayi kecilnya sehingga ke hari ini. Kuasa Allah tidak diduga, beberapa hari selepas ibu itu dihalau dari rumahnya, rumah itu runtuh 1/3 bahagian ketika hujan lebat. MasyaAllah….
Beruntungnya saya kerana dikurniakan suami yang baik dan keluarga yang bahagia. InsyaAllah saya akan berusaha untuk menjadi isteri yng terbaik untuknya. Walaubagaimanapun, saya sentiasa berdoa agar kasih sayang kami kekal sehingga ke akhirnya.

N3 ini tidak bermaksud untuk mengaibkan mana-mana pihak apatahlagi untuk menjatuhkan maruah wanita-wanita yang telah saya sebutkan. Bagi saya mereka sangat hebat kerana Allah hanya memberi ujian pada hambanya yang kuat sahaja. Saya harap N3 ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki kerana di luar sana ada ramai yang tidak bernasib baik dari kita tanpa kita sedari.

Amin….


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

22 May, 2012

Mengapa Membenci???

Ntah... Tak tau kenapa harus membenci. Mungkin sebab perasaan itu memang ada dalam hati setiap manusia. Saya juga ada perasaan tersebut, bencikan itu, bencikan ini, bencikan sidia, bencikan dia tue, bencikan sesuatu, benci benci dan benci. Tapi.... sebenarnya perasaan benci itu biasanya akan bertukar menjadi sayang. Betul tak???

Kadangkala saya rasa saya tidak membenci sesuatu atau seseorang, cuma TIDAK SUKA. Adakah perasaan tidak suka tue sama ertinya dengan membenci? Entahlahhh yeaaaa...

Pernah tak dikala anda berada dalam satu kumpulan, ada diantara kamu membenci seseorang daripada kamu? Pada saya perkara itu adalah normal kerana pandangan dan pendapat seseorang berbeza-beza. Tapi, pernahkah pula kamu berada dalam satu kumpulan itu, ada seseorang yang telah membenci seseorang menghasut beberapa orang dikalangan kamu agar membenci seseorang yang telah dibenci oleh asalnya seorang sahaja daripada kamu? Hahahahaha...berbelit tak? Cuma yang akal panjang jer akan faham ayat nie.

Jangan buat begitu.... Sekiranya kamu telah membenci seseorang, cubalah pupuk perasaan sayang kembali ataupun hapuskan perasaan benci itu sedikit demi sedikit dan neutralkan diri kamu. Setidak-tidaknya kamu membebaskan diri kamu dari perasaan benci terhadap sesama manusia. Jangan cuba menghasut orang lain agar bersama-sama bersekongkol membenci seseorang yang kamu benci dengan tujuan mendapatkan pengaruh. Dan... jangan pula kamu sesekali terpengaruh dengan seseorang yang mengajak kamu bersama-sama membenci seseorang tanpa sebab yang kukuh dari dalam diri kamu.Tak baik begitu.... jika kamu sudah membenci seseorang itu, dan kamu mengajak pula orang lain membenci bersama-sama, apa akan jadi dengan kehidupan orang itu? Kesian........

Jangan membenci, tak suka tak apa....



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

21 May, 2012

Asignment!!!!!

Ada sesiapa nak tolong buat Assignment saya tak?

Soalannya : The effects of being obese


Senang jer sebenarnya, tapi.... MALAS menguasai diri. Diagram dah bagi pown, buat karangan aje tapi kena follow 101% from diagram.


Meh tengok diagram yg Uni bagi:


 Ni baru 1 subject... lagi 2 subject boleh tahan jugak soalan assigmentnya. Last submission 090712. OK lah tue, lama lagi.....hehehehe...(pejam celik pejam celik dah sampai tarikh) Baik I start from now.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

20 May, 2012

FREEBIES DOODLE dari MARINA-ARINA

Baru saja dari Blog Marina-Arina, jengah kengkawan...lepas tue terbekanan kat doodle yg dia paste kat blog N3 dia. Disebabkan saya takda anak perempuan, terus jer teruja bila tengok doodle2 yg dia paste tue. Kalaulah saya ada anak perempuan, mesti comel jer kannn....

You all gi lah kat blog Marina-Arina, leh kaler maler doodle yg dia dah biarkan blank tue. Ada banyak lagi doodle yg kaler kali kat blog dia. Saya suka kaler purple, so saya amik jer 1 doodle dari situ. Mohon paste kat laman saya yer Marina-Arina.


FREEBIES DOODLE IBU & ANAK PEREMPUAN



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Web Prono di FB

Hadoiiiiyaiiiii HomangAiiiiii!!!!!! Ini bukan lawak okey!!!!

Tegezut king-kong mak bila pagi ni on FB ada manusia bahngang telah mengtag web prono di FB wall mak yang suci murni nie. Astagfirullahalazim.... 

Mehh, korang na tengok tak? Bagi sesiapa yg dah tertengok pagi tadi, saya minta maaf kerana itu bukan saya, dan bukan salah saya. Tak penah saya buat kerja-kerja terkutuk macam tue. Eeeeeeee....malunya!!!!!!!!!!!!!!


Tapikan....apsal boleh jadi macam ni erkkk? salah Azwan Aki ker? Salah FB ker? Salah  Mark Zuckerberg? Salah saya ker?????

Boleh sesiapa boleh tolong jawabkan apsal mende-mende sengal macam ni boleh jadi kat FB? Walhal saya dah block dah sumer tag masuk, hanya yg mendapat approval jer boleh publish kat wall saya.

Akak keliru!!!!!!! Tak cukup secure ker security setting I???????
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

19 May, 2012

Semester Baru Sudah Bermula

Arghhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!! opppppSSSSS!!! tak boleh mengeluh!
Be StRonG!!!!

Semester Mei 2012 Sudah Bermula
Struggling Studying Surfing 
Buzying Blogging Bowring

Pagi ni dah kena attend class, 0800 to 1210, but actually this is second class. Last class on 13052012 ponteng coz pergi berjimba-jimba kat Tanjung Pak Leman. Haaaa hamek kaou! Taktaulah apa ilmu yg lecture simbah last week, subject: Human Anatomy & Physiology.

Wish me & hubby in a good health, biar boleh blajar dgn tenang tanpa retak kepala, nose stuck, tone deaf, tangan cramp, kaki sesemut, perut memulas etc.

Jom study!!!



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

18 May, 2012

Hadiah No.1 Danish; Gitar KaPoK

Danish kini sedang cenderung ke arah muzik. Tapi kami masih meletakkan penanda aras pada Danish agar tidak berlebih-lebihan sehingga dia mengabaikan bidang akademik. Alhamdulillah, pelajarannya setakat ini memuaskan, tapi kalau Danish lebih tekun dan gigih, pasti dia akan sentiasa cemerlang tidaklah macam sekarang ni prestasinya turun naik tapi masih tahap yang terbaik pada kami.

Baru-baru ni Danish dapat nombor 1 dalam kelas, bila Papa tanya dia nak apa terus jer dia cakap nak Gitar. Then....apa lagi, besarlah biji mata Mama dibuatnya. Gitar??? Kenapa Gitar? Aduyaiii...takda benda lain ke Danish?

Papa kata...."Biarlahhh".... Mama kata "OK lahhh"....

Mula-mula ni kitorang belikan Gitar KaPoK dulu ehhhhh.....so, menjajau jugaklah cari Gitar KaPoK, skang ni manalah boleh dapat yang murah-murah. Average semuanya lebih RM150, budget kitorang RM100 kebawah sebab En.Hubby kata ada Gitar KaPoK harga RM50. Bila servey, ramai plak yang cakap "Mana ada lagi gitar harga macam tue kak" hehehe....kena gelak dengan orang jer, kedukut btul Mama Danish nih.

Finally, kitorg dapat jugak cari gitar harga bawah RM100. Kurang 10 hengget jer dari budjet kami, OK lah tue. Nak tau mana kitorang dapat Gitar KaPoK tue? Kat kedai buku...Kedai ni dah bertapak kat Taman Univesiti sejak berpuluh tahun dulu, bayangkan En.Hubby kata kedai tu wujud sejak dia belajar di UTM dulu kala.

Danish dah masuk Guitar Class...

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

16 May, 2012

Selamat Hari Guru...

Selamat Hari Guru untuk semua cikgu cikgi di seluruh dunia. Untuk rakan-rakan yang juga bertugas sebagai guru, Selamat hari guru. Untuk semua guru-guru yang mengajar saya sejak dari hanya mengenal ABC hinggalah saya mengetahui semuanya, terima kasih Cikgu.

...................................
Malam 15 May tue saya duduk makan di tempat biasa sambil tunggu Danish tuisyen dan Aqil ke kelas mengaji. Saya perhatikan sebuah kedai yang menjual barangan serbaneka asyik penuh sesak sejak dari pukul 8.00 malam saya disitu hinggalah 9.30 selepas Danish habis kelas tuisyen. Owhhhhh....rupa-rupanya kedai tue diserbu ibu-ibu bapa-bapa & kanak2 sekolah, sedang berpusu-pusu mencari hadiah untuk guru.

Tak ketinggalan Danish dan Aqil pun turut serta memeriahkan kedai tersebut. Pada mulanya hanya Danish sahaja yang nak belikan ckgu kesayangan dia hadiah, tapi tiba-tiba Aqil pun nak beli juga selepas dihasut abang... "Adik, kenapa tak belikan cikgu hadiah? Esok hari guru lah. Nantikan mesti adik malu bila semua kawan-kawan adik datang sekolah bawa hadiah, tapi adik tak bawa apa-apa" Huhhhh....kena hasutan abang rupanya. Nasib baik Aqil pilih hadiah yang comel-comel jer sebab dia nak bagi semua cikgu sekolah dia hadiah. Semua???? Berapa ramai cikgu sekolah adik??????

Jom tengok apa diorang belkan hadiah untuk cikgu-cikgu mereka....Beruntunglah cikgu...

Ni hadiah Aqil untuk cikgu-cikgu dia yang comel tue
Ni hadiah Danish untuk Cikgu Naimi, Cikgu Sains & Matematik

Nak tau apa adik cakap pasal hadiah abaang dia; "Abang....kata beli hadiah hari guru, tapi kenapa abang bagi guru hadiah Krismas?" Kwangg kwaanggg kwangggg.... macam-macamlah Aqil nie.

Haaa...nilah isi hadiahnya...
Saya jer taktau nak bagi hadiah apa dan untuk siapa.....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

14 May, 2012

Family Day JPPH 2012, Part I

Family Day JPPH 2012 sangat happening, terima kasih pada semua yang sudi menjemput kami sekeluarga joint event you all. Jom tengok expression dari lensa kami...

On the way to Pelangi Resort,Tanjung Balau. Believe it driver snap pic

We are arrive, Pelangi Resort Tanjung Balau
Welcome drink...
Kak Zana, Baizura & Ika as registration receptionist
Dr. Puan Raha Ismail, Pengarah Negeri JPPH
Family Day JPPH, Johor, 2012


Lookin for room 417
Sport MC, my luvly Hubby
Game : Ikatan Kasih Sayang

Game : Itik Sudu

Huda's Boy winner no.2, comel sangatttt

Game : Forward & Backward
Genap move forward, Ganjil langkah backward
 
Faces... Game: Tiup Tepung

Game : Kerusi Beracun
Haaaaa......music stop! Rebutttttttttttt!!!!!
Ehhh, apa diorang buat tue? Jom skodeng Geng baju merah

Laaaaa......mak-pak nak main rebut sweet & stationary ni ker?
Owhhhh, game ni untuk si cilik... Mak-Pak yang over

Game: Belon Cinta

Best Chef : Kak Salamah with Co-Chef Mr.Epul

Volley Ball : Staff vs Spous

The winner, Staff

Jom main air plakkk

Yeahhhhhh!!!!!!!!!!!!!

Jangan bagi dia microphone!!!!!!!!!!!!
Sambung part II & III tomorrow....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget