Showing posts with label Keinsafan. Show all posts
Showing posts with label Keinsafan. Show all posts

30 August, 2013

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN



Esok...kita akan meraikan hari Kemerdekaan yang ke 56



Credit to : I-Produksi |Islam*Iman*Ihsan|


Apa pula pendapat kamu tentang Kemerdekaan???

Pendapat saya:

Kemerdekaan yang sebenar ialah membebaskan diri daripada penjajahan manusia, membebaskan diri dari agama ciptaan manusia dan membebaskan juga mentaliti daripada pengaruh yang bercanggah dengan agama Islam. Kini, walaupun negara kita telah lama bebas dari penjajahan asing, namun ia hanyalah pada zahir sahaja. Tinggalan penjajahan tersebut masih wujud pada pemikiran rakyat Malaysia. Peratus keberjayaan orang bukan Islam dalam mempengaruhi pemikiran umat Islam sangat tinggi sehinggakan kita boleh lihat kebanyakan negara Islam yang dijajah membawa identiti penjajah negara tersebut.

Di sini, kita perlu memahami konsep kemerdekaan yang sebenar iaitu apa yang telah dibawa oleh Rasulullah S.A.W dan Islam itu sendiri. Semoga diri kita bebas dari penjajahan pemikiran barat dan pemikiran yang bercanggah dengan agama Islam.

Saban tahun laungan itu diucapkan oleh kita yang bergelar sebagai rakyat Malaysia. Namun, adakah dengan laungan tersebut menunjukkan kita merdeka dengan sepenuhnya daripada penjajahan?

Seperti yang diketahui, erti merdeka yang seringkali disebut ialah kebebasan daripada penguasaan asing. Selaku umat Islam, kita perlu sedar bahawa bukan kemerdekaan sebegitu yang kita inginkan. Dipetik daripada kata-kata Rub’ie bin A’mir ketika bertemu panglima tentera Rom yang bernama Rustum :


"الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد الى عبادة الله، ومن جور الأديان الى عدل اٌلإ ومن ضيق: الدنيا إلى سعة الدنيا والأخرة"
Maksudnya : “Allah mengutuskan kami (orang-orang Islam) untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.”
Rub’ie bin A’mir menyatakan begitu kerana hasil daripada pentarbiahan Rasulullah S.A.W.

Jadi....Merdeka kah kita sebenarnya???

 Wallahua’lam.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

21 May, 2013

Masjid Abu Bakar

Masih seperti dahulu, putih, bersih, indah, suci, murni, sejuk mata memandang. Masjid Abu Bakar yang terlatak berhadapan dengan Selat Tebrau. Tersergam megah menjadi kemegahan warga Johor Darul Tazim.

Minggu lalu saya bersolat lagi di Masjid ini, membawa ayahnda dan bonda serta 2 putera. Singgah sebentar sahaja untuk Zohor sebelum bersiar-siar lagi selepas itu. Sebenarnya kami hanya jalan-jalan tanpa arah tuju kerana membawa ayahnda saya yang sedang dalam kebosanan semenjak terlantar sakit di rumah. Dengan keadaan kakinya yang bengkak, tangannya yang patah belum pulih sepenuhnya dan perutnya yang baru sahaja 2 minggu menjalani pembedahan hernier repair  memendekkan langkahnya kerana masih belum boleh memandu kereta sendiri. Nampaklah senyum segar diwajah ayah bila saya memperlawanya bersolat Zohor di Masjid Abu Bakar. Sementara menunggu saya dan bonda siap bersolat (almaklumlah, wanita memang lama bila di masjid), ayahnda sempat bertinggung di beranda masjid mengambil angin. Walaupun cuaca sangat panas pada hari tersebut, tapi kehadiran angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan kami teringin sahaja duduk lama di beranda masjid itu.

Bila saya postkan gambar-gambar masjid indah ini di laman-laman sosial saya, ramai yang komen antaranya;
  1. Ada yang mengimbau kembali saat mereka diijabkabulka
  2. Ada yang tiba-tiba nak bersembahyang Jumaat di situ pada Jumaat yang akan datang
  3. Ada yang teringat zaman kecil bila berkhatam Quran di masjid ini
  4. Ada yang teringatkan majlis Maulidulrasul dan nasi beriyani dalam dulang
  5. Ada juga yang teringat ice cream percuma sewaktu majlis Maulidulrasul di situ
  6. Ada yang terasa-rasa kedinginan air kolah masjid ini yang sejuk sekali. Tapi rasanya dah tak ada kolah dah
 Hurmmm...apa kenangan anda di Masjid Abu Bakar ini?

Apa kata Chic Na, Mama Arina, Daddy Ziyad, Kak Zakie, Nea Lopah, A'ien, Lelamaisara, Masya atau saja rakan-rakan blogger yang lain yang luar dari Johor Darul Tazim.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

16 May, 2013

SELAMAT HARI GURU!!!






Berburu ke Padang Datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi

Jika hari ini
Seorang perdana menteri berkuasa

Jika hari ini
Seorang raja menaiki takhta

Jika hari ini
Seorang Ulama' yang mulia

Jika hari ini
Seorang peguam menang bicara

Jika hari ini
Seorang penulis terkemuka

Jika hari ini
Siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya
mengajar tulis baca .



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

15 March, 2013

MAKNA BACAAN DALAM SOLAT



TAHUKAH KITA MAKNA DALAM SOLAT?



Credit to : I-Produksi |Islam*Iman*Ihsan|







Ya-Allah...berikanlah aku kelembutan hati untuk mengerjakan setiap solat mu tanpa lengah-lengah atau kemalasan dalam diri. Ya, aku akui kadangkala aku sendiri alpa dengan kesebokan dunia sehingga cuai dalam mengerjakan perintah Mu.

Dah masuk waktu Zohor ni...kaum adam dah selesaikan solat Jumaat, sekarang gililan kami kaum hawa pula mendirikan solat Zohor...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

TERGESA-GESA MENUNAIKAN SOLAT



Aduh....tak boleh tergesa-gesa menunaikan solat. Macam mana nak cakap yea... kami sering tergesa-gesa menunaikan solat setiap masuknya waktu Maghrib kerana mahu bergegas untuk ke Kelas Tusyen dan Mengaji kedua putera kami...

Jom tengok ni;



Credit to : I-Produksi |Islam*Iman*Ihsan|



Kadangkala, waktu Maghrib masuk seawal 7.15 ptg. Sekiranya waktu Maghrib sekitar waktu ini, kami tidaklah tergesa-gesa. Tapi adakala ketikanya, Maghrib masuk pada jam 7.30ptg. Kami terpaksa cepat sebab perlu menunaikan solat Maghrib terdahulu di rumah Agam dan kena cepat-cepat bersiap kerana kelas Tusyen dan Mengaji kedua putera kami terletak kira-kira 5 kilometer dari rumah agam. Ditambah dengan kesesakan lalu lintas dan bermacam kerenah pemandu di sepanjang perjalanan, kami tak mahu sampai lewat.

Kalaulah kami bertolak dari rumah agam sebelum waktu Maghrib, alamatnya kami akan terlepas solat maghrib dan mungkin juga menunaikan Maghrib dihujung waktu.

Ya-Allah, Engkau Maha Mengetahui...adakah kami mengejar dunia???




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

08 March, 2013

MEMBERI DENGAN KERENDAHAN HATI



Mari Bersedekah : 
TANGAN YANG DI ATAS ADALAH 
LEBIH BAIK DARI TANGAN YANG DI BAWAH





Credit to : I-Produksi |Islam*Iman*Ihsan|

Saya teringat pesan seorang yang sangat saya kenal rapat. Katanya:

"Kalau kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah." Dia menyambung 

"Kalau kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki".

Dalam pada itu, kita perlu selalu ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus. Kadang-kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie, macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas bila dapat berkongsi bersama. Pendapatan seperti biasa, tapi seolah-olah cukup dan bila pendapatan yang kita perolehi lebih dari biasa, kita pula yang akan rasa tak cukup sebab kita ada banyak kehendak itu dan ini yang kadangkala diluar jangkauan sehingga membuatkan kita lupa daratan dan terlupa untuk menyimpan. Kita kena sentisa bersyukur dengan nikmat yang ada. Jangan sampai serakah dalam mencari rezeki sampai kita jadi kufur nikmat. Na'uzubillah.

Betapa Allah itu Maha Penyayang dan Maha Lembut. Di dalam kesukaran kita acapkali Dia turunkan bantuan dari sumber yang kita sendiri tak sangka. Sekali lagi kita kena sentisa mensyukuri pemberian Allah kepada kita yang datang dalam berbagai-bagai bentuk. Ucapan 'Thank You Allah' atau 'Alhamdulillah' biarlah datangnya dari hati dan kita menghayati maksudnya bukan hanya lontaran perkataan dari mulut kita.

Jadi, apabila kita mahu memberi, berilah dengan kerendahan hati dan tersemat redha dalam sanubari. Allah mengetahui, walaupun pemberian kita tidak diketahui atau tidak disedari, kita kena yakin Allah Maha Mengetahui, pencatit kebaikan tidak pernah alpa menjalankan tugasnya. Pasti kita akan medapat balasan tak dijangka suatu hari nanti.




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

JANGAN MENCERCA ORANG



Hadis : Larangan Mencerca Orang Yang Telah Mati





Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.”
Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi

Huraian:

Mencerca, memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.

Sesiapa yang mencerca orang lain sebenarnya dia mencerca dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar cercaan atau celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicerca itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

Lebih mudarat lagi apabila kita mencerca orang yang telah meninggal dunia. Bila pula kita hendak memohon keampunan darinya. Dengan tindakan itu, kita juga telah memberi malu kepada kaum kerabatnya yang lain kerana kesahihan cerita tidak dapat kita ketahui apabila kesahihan sesuatu perkara atau rahsia itu hanya diketahui oleh simati.


Bersangka baik itu lebih baik....Wallahualam...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

07 March, 2013

DIAM LEBIH BAIK



Selamat Pagi semua....

Diam kalau terasa tak mampu beri manfaat dengan berbicara.
Sedang 'diam itu juga memberi manfaat' pada sesetengah ketika.

Diam bukan bererti kita bodoh
Diam bukan bererti kita tak tahu
Diam bukan kerana kita takut
Diam bukan kerana kita pengecut
Diam itu hikmah
Diam itu menyerap ilmu
Diam itu mengatur gerak
Diam itu membaca tingkah
Diam itu membentuk sabar
Diam itu mengekang nafsu

Peliharalah akhlak mu kerana ia adalah sumber kecantikan mu.
Peliharalah agama mu kerana ia adalah pegangan mu.
Peliharalah amalan mu kerana ia adalah pakaian ukhrawi mu.
Peliharalah lisan mu kerana ia adalah hati mu yang menentukan baik buruk
diri mu...


✿~✿~ "Saat orang lain bicara buruk mengenai kita, padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka, itu adalah tanda bahawa kehidupan kita sebenarnya LEBIH INDAH dari mereka" ✿~✿~


♥jadilah makhluk Allah yang baik♥

Lokasi : Sungai Lurus, Batu Pahat, Johor
Mesin : Canon EOS Kiss X4, 100mm


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

01 March, 2013

Kebaikan Surah Al-Mathurat

Assalammualaikum.... Salam Jumaat yang indah.

Saya baru sahaja pulang dari pejabat pos, mengirim sesuatu untuk rakan-rakan GSF seperti yang dijanjikan sebelum ini. Kiriman tersebut hanyalah berupa cenderamata kecil yang diharap dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya. Cenderamata itu juga di kirim sebagai tanda terima kasih dari kami sekeluarga  kepada rakan-rakan GSF yang sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup kami dalam apa jua yang kami lakukan lebih-lebih lagi selepas selesainya majlis menyambut menantu di rumah agam kami. Majlis yang berjalan dengan lancar seiring doa-doa kalian.

InsyaAllah, kiriman tersebut yang berupa surah al-Mathurat akan sampai minggu hadapan. Untuk makluan juga, surah al-Mathurat tersebut juga telah kami berikan kepada jemputan yang hadir kemajlis kenduri menyambut menantu kami pada 11-Februari yang lalu. Bezanya, jemputan yang hadir ada disertakan dengan telur pindang sebagai tanda Majlis Perkahwinan Anak Johor.

Sedikit ilmu yang saya ceduk dari sebuah buku mengenai kebaikan surah al-Mathurat untuk difahami...
Rakan-rakan yang dirahmati Allah,

“Sesungguhnya Rasulullah selalu menyebut-nyebut rahmat Tuhan, dalam satu hadis Qudsi Allah S.W.T. berfirman maksudnya : "Wahai anak-anak Adam, (sebutkan) zikirkanlah Aku selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas solat asar barang sekejap maka Aku memadai kepada engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyanglah duha sebanyak 8 rakaat."
(Diriwayatkan oleh Sayyidina Hassan r.a)

Di dalam al-Mathurat adalah himpunan ayat-ayat al-Quran pilihan, doa-doa daripada Nabi S.A.W dan banyak fadilat dan kelebihannya bagi sesiapa yang membacanya selepas subuh dan selepas Asar atau Magrib.

Kelebihan mengamalkan Surah Al-Mathurat adalah seperti berikut :

  1. Tidak dihampiri syaitan
  2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
  3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
  4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
  5. Selamat dari segala sesuatu.
  6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
  7. Allah berhak untuk meredainya
  8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
  9. Terhindar daripada syirik.
  10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
  11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
  12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
  13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi, akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang. Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
  14. Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.


Marilah kita amalkan zikir-zikir di dalam al-Mathurat untuk meningkatkan iman dan takwa kita kepada Allah S.W.T. dan dapat memelihara diri kita daripada gangguan sihir dan bisikan syaitan.

Jom siap sedia untuk solat Maghrib....matahari dah hampir menyembunyikan diri...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

17 February, 2013

Meteor Jatuh di Rusia



Stop sekejap update N3 keje kahwin. Sambil mengedit-edit gambar, saya menghadap televisyen jeling-jeling Niteline TV3. Terkejut dengan berita Meteor jatuh di Moscow, Rusia. Saya dengan segera mencari video seperti yang ditontonkan di Niteline tadi...nah jumpa pown.



Dah ramai jugak yang tengok video nie, tadi dah cecah 13juta lebih dalam masa satu hari.


Kejadian berlaku pada awal pagi Jumaat. Ya Allah...apa benar kiamat sudah semakin menghampiri kita? Ini baru serpihan kecil, sudah mencederakan lebih seribu orang menurut berita TV tadi serta ada juga bangunan yang rosak. Subhanallah!!!!!

Meteor berkenaan dilihat melintasi langit dan meninggalkan kepulan putih yang boleh dilihat sejauh 200 kilometer. Malah penggunaan telefon bimbit juga dilaporkan terganggu akibat impak meteor berkenaan. Pihak berkuasa Chelyabinsk melaporkan penduduk yang cedera kebanyakan akibat terkena serpihan kaca. Menurut Akademi Sains Russia pula, meteor itu dianggar seberat 10 tan.Ia memasuki atmosfera Bumi pada kelajuan sekurangnya 24,000 kilometer sejam dan hancur kira-kira 30 hingga 50 kilometer di atas permukaan bumi, katanya dalam satu kenyataan.

Ya Allah....semoga bumi kita Malaysia dilindungi dari bencana-bencana sepeti ini. Tapi, jika itu kehendak Mu Ya Allah, kami redha.

اللهم حوالَيْنَا ولا علينا، اللهم غَيْثًا مُغِيثًا، لَا مُهْلِكًا وَلَامُدَمِّرًا
Bermaksud : Ya Allah, kesampingkan (bencana) ke sekeliling kami dan bukan ke atas kami. Ya Allah, jadikanlah hujan sebagai rahmat, tidak memusnahkan dan tidak menghancurkan.

Marilah juga kita sama-sama membaca Surah Al-Falaq untuk memohon perlindungan pada Tuhan yang memelihara seluruh makhluk yang memberi keamanan dari segala kejahatan makhluk.


Amin...semoga kita semua dilindungi....







:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

15 January, 2013

Ribut Tropika Sonamu



Pasti ramai yang tahu tentang Ribut Tropika Sonamu yang telah melanda beberapa kawasan di Malaysia terutamanya di perairan Barat Laut Sarawak iaitu di kawasan Laut China Selatan. Alhamdulillah semuanya telah berakhir dan tak ada perkara buruk dan dasyat yang melanda Bumi Malaysia. Amaran telah dikeluarkan terlebih dahulu oleh Jabatan Meteolrologi Malaysia.



Ribut Tropika Sonamu akhirnya melintasi juga beberapa kawasan yang dijangka terlibat termasuklah di Johor Bahru yang mendapat sedikit tempias.




Dan disebabkan ribut itulah, hati saya meruntun sedih dan meluahkannya di blog beberapa hari yang lalu dalan N3 yang INI.

Rumah Datuk saya di Felda Ulu Tebrau mendapat sedikit tempias dari ribut tropika sonamu tersebut. 

Kejadian berlaku pada jam lebih kurang 3.00 petang, 8 Januari 2012. Waktu itu, adik saya dan Bonda baru sahaja menghantar atok balik kerumahnya setelah bermalam di rumah kami pada malam yang sebelumnya. Sebelum menghantar atok pulang ke Felda Tebrau, mereka menghantar nenek ke pusat dialisis seperti biasa. Memang itulah rutin nenek 3 hari seminggu.

Sampai saja di rumah atok, menurut bona saya belum ada tanda-tanda nak hujan. Selepas berbual beberapa ketika bonda dan adik saya terus berangkat pulang. Saya pula di tempat kerja mendapat panggilan dari atok dalam pukul 4 petang mengatakan rumahnya di hempap pokok durian jiran sebelah. Saya terus menelefon bonda selepas bercakap dengan atok, waktu itu bonda baru sahaja sampai di rumah agam kami dan hujan telah pun turun.

Bonda menyuruh saya menghubungi semula atok menanyakan tentang seorang makcik yang duduk dengan atok di rumah yang sama kerana menurut bonda, dia ternampak makcik sedang menyapu di bahagian bawah rumah berhampiran dengan pokok yang tumbang. Mujurlah panggilan semula saya di angkat oleh makcik yang lebih mesra kami panggil Mak Njang. Alhamdulillah....tak ada yang cedera pada hari kejadian. Cuma keadaan dapur rumah atok rosak sedikit dan memerlukan sedikit pembaikan.

Malam tu selepas pulang kerja saya terus ke sana bersama bonda dan en.hubby. Sampai saja hari dah gelap gambar pun tak berapa terang. Sekumpulan bomba ada di rumah tersebut, tapi kerja-kerja pemulihan tak boleh dilakukan kerana hari hujan dan tanah licin. Takut akan lebih membahayakan keadaan. Jadi pihak bomba bercadang untuk datang semula keesokan hari. Tapi....saya tak dapat ada sewaktu kerja-kerja pembaikan dilakukan ketana bekerja. Maafkan saya yeaaa atok. "Hati mesti baik" . Itu trademark atok saya....

Tapi....sebenarnya, pokok tersebut tak mungkin akan tumbang jika tuan empunya pokok tidak melakukan pembakaran sampah di tundun pokok durian tersebut. Disebabkan terlalu kerap melakukan pembakaran, maka akar pokok yang bertanah banir itu menjadi reput dan buruk. Apabila angin kencang melalui kawasan itu, dengan mudahnya dapat merebahkan pokok durian tersebut yang sudah berusia berpuluh tahun, mungkin juga beratus tahun. Percaya tak jika saya katakan pangkal pokok itu sebesar 2 pemeluk dewasa?

Saya dengar-dengar pakcik sebelah rumah atok nak bayar semua kos pembaikpulihan. Entahlah....wallahualam. Tapi.....sebenarnya, pada pendapat ikhlas dari hati saya. Apa yang berlaku itu datang dari Allah, ada hikmah disebaliknya. Dan sebenarnya Allah nak tunjukkan sesuatu pada kita, maksud saya orang-orang yang terlibat dengan kasus kekeluargaan ini. Sedarlahhh pada yang belum sedar lagi. Tapi rasanya masih ada yang belum sedar. Atau nak tunggu ujian yang lebih besar baru nak sedar? Kerana itulah saya rasa macam nak bawa saja atok tinggal dengan kami. Malangnya atok dan nenek tak mahu ikut kami......

Bagi yang masih dapat bersama atok, dekat dengan atok setiap hari, hargailah atok selagi dia masih ada. Terlalu banyak pengorbanan yang telah dia berikan.

Maaflah kalau nukilan hari ini terlalu beremosi. Dah seminggu kejadian itu berlaku. Semoga Allah memberkati kita semua. Maafkan saya jika ada yang terada. Kalau ada yang tak puas hati dengan nukilan saya ini, hubungilah saya marilah kita berbicara. Mungkin kamu atau kamu atau kamu tak sedar apa yang telah kamu lakukan. Tapi Allah Maha Tahu.

Sekuat ribut tropika sonamu, sekuat itulah runtun hati atok dan nenek ku....



#maafpictakdptdiupload....nk keluar tengok JDT vs KEL


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

05 December, 2012

Gaza Masih Berdarah




Walaupun Gencatan Senjata telah diumumkan, tapi penduduk Gaza masih berdarah. Luka-luka mereka belum diubati, kesan lecur masih menyengat, runtuhan rumah-rumah tak mungkin dapat diperbaiki, bantuan makanan tidak pernah mencukupi, ubat-ubatan disekat, semuanya perlu melalui pemeriksaan untuk melepasi tanah Israel sebelum masuk ke bumi Gaza. Adakah Israel benar-benar telah mematuhi syarat-syarat gencatan senjata yang dipersetujuinya? Jet-jet pejuang Israel tetap memenuhi ruang udara Gaza walaupun tidak serancak sebelum gencatan senjata. Ya!!! Saya tidak pernah percaya dengan Israel dan berita-berita yang memenuhi ruang dada akhbar juga tidak sepenuhnya sahih. Kita tidak boleh mempercayai sepenuhnya apa yang digambarkan dalam media arus perdana. 

Melainkan anda telah melihat dengan mata anda sendiri, dan saya sangat pasti bahawa peperangan di Gaza masih berlaku. Semoga perjalanan aktivis-aktivis Malaysia ke Gaza dilindungi Allah. Aqsa Syarif khabarnya akan membuat beberapa misi dengan membawa hati-hati yang berjiwa besar ke Palestin.

Terlebih dahulu ucapan tahniah kepada sebahagian artis Malaysia yang berani Syahid di Palestin. Sama-sama mengikuti Misi Aqsa Syarif bersama Afdlin Shauki adalah Bront Palare, Zain Saidin dan beberapa crew Vision Works pada 3 Disember yang lalu.




Walaupun PALESTIN sudah mendapat pengiktirafan dari negara-negara lain, tapi jangan berhenti berDOA. Jangan berhenti memBOIKOT. Jangan berhenti menDERMA. Jangan berhenti BERUBAH ke cara islam yg lebih baik. 

Sekecil-kecil usaha itu dipandang olehNYA dan dikira dekat akhirat SANA. :) ♥


Kita semua tahu, Israel menggunakan jet serangan canggih dan kapal tentera laut untuk mengebom kem pelarian yang sesak dan padat, sekolah-sekolah, blok-blok pangsapuri, masjid, dan kawasan penempatan rakyat miskin. Israel menyerang dengan kejamnya seluruh penduduk yang berada di setiap pelusuk Gaza yang tidak mempunyai angkatan udara, tiada pertahanan udara, tiada tentera laut, tiada senjata berat, tiada unit artileri, tiada perisai mekanikal. Inikah yang dinamakan peperangan??? Ia bukan perang. Ia adalah PEMBUNUHAN SECARA TERBUKA di mana seluruh dunia mengetahui tentang hal ini.

Saya dan keluarga dengan sedaya upaya akan memboikot barangan-barangan dari Israel yang telah memberi dana sepenuhnya kepada mereka untuk membeli jet-jet pejuang dan peluru-peluru berpandu. 




Kita ada banyak produk-produk buatan Malaysia yang Halal dan diperakui kehebatannya. Mengapa mesti pening-pening kepala di pasaraya? Untuk pengetahuan juga, kami sekeluarga telah cuba sedaya upaya untuk menghindari Mc Donald.

Kenapa kena boikot Mc Donald sedangkan ramai orang Islam kita bekerja di sana?
Meh baca dengan teliti di sini.... BOIKOT MC DONALD


Boleh baca cerita pendek ni juga :

Sinyu: Apsal nak kaitkan McD kat sini ngan Israel? Management diorang pun dah nafikan.
Nobita: McD kat sini atau mana-mana pun still jual jenama dan produk sama. Jadi  tak akan takde kaitan/keuntungan kepada headquaters McD kat US?

Sinyu: Tapi  tak baik tuduh diorang buat offer free meal sebab ada boikot. Mungkin diorang dah lama plan untuk hargai pelanggan setia.
J: Wallahu’alam. It’s just at the right time! Dulu penah ke ada offer free meal?

Sinyu: Alaa, kan free tu. Bagus la. Kita tak payah bayar pape, so diorang pun tak untung pape.
J: Diorang akan untung sebenarnya, dari segi sokongan moral. Sebab itu yang diorang perlu sewaktu tertekan macam ni.

Sinyu: Ok, kalu aku amik jugak meal free tu dan makan, apa hukum dia? Haram?
Nobita: Tak haram pun, even kalau bayar. Sebab makanan itu sendiri diperakui halal. Tapi ini bukan soal agama, halal atau haram. Ini soal kemanusiaan.

Sinyu: So, depend kat pilihan masing-masing la kan nak boikot atau tidak? Tak boleh paksa kan?
Nobita: Untung lah kita kat sini sebab ada pilihan nak boikot atau tidak. Tapi.... Saudara kita kat sana tak ada pilihan pun sama ada nak diserang dan menderita atau tidak.



Yang tak start boikot lagi bila nak mulakan langkah pertama anda? .
Sepert cerita Nabi Ibrahim…

Maka tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2 yang lain.

“Usahamu itu hanya sia-sia, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu”, mereka mengejek.

Lalu burung kecil itu membalas, “Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepadaku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya.” -sumber

Disebabkan saya tak mahu disoal dengan dasyatnya di akhirat kelak, saya juga mahu lakukan langkah pertama. Sedikit sebanyak dapat menyelamatkan saya dan keluarga saya di padang Masyar nanti.

Maaf kalau N3 saya malam ni keterlaluan dan saya tak bermaksud untuk menyinggung mana-mana pihak.





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

23 November, 2012

Kelebihan Hari Asyura

Salam Jumaat...

Esok merupakan Hari Asyura (10 Muharam). Jom kita buat amal soleh...

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
  1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2. Fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. Fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
  6. Bersedekah. Fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : ‘Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala’
  9. Bercelak. Fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat : ‘Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala’. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali. 
  12. Membaca ‘hasbiyallahhu wani’mal wakil wa ni’mal maula wa ni’mannasiiru’. Fadhilat – Tidak mati pada tahun ini .
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat; ‘Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala’. Fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Merujuk sumber dari Wikipedia;

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.

Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s. dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyiduna Hussain ra.


Insya’allah..
Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.








:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

10 November, 2012

Aktiviti Cuti Sekolah~~

Cuti sekolah telah rasminya bermula pada hari ini. Jadi, pasti ramai ibu bapa yang tercari-cari aktiviti yang boleh memenuhi hari anak-anak di sepanjang cuti persekolahan. Iyelah kannn...bagi anak-anak yang sudah terbiasa terdedah dengan i-pad, PSP, android atau komputer, pastinya tak berapa kesah kalau percutian mereka hanya di rumah sahaja. Tapi bagi anak-anak saya, mereka tidak berapa suka aktiviti di dalam rumah, terperap mengadap bahan-bahan terknologi yang akhirnya memberi kebosanan mereka. Peluh pun tak keluar, last-last diorang bergaduh sesama sendiri.

Sekarang ni saya bersama anak-anak sedang berada di Perpustakaan Awam Negeri Johor, yang terletak di Jalan Yahya Awal. Kalau orang Johor pastinya tahu tempat ni yang berhadapan dengan Pejabat Besar TNB. Lagi mudah....berhampiran dengan Sekolah Convent. 

Perpustakaan awam Negeri Jhor ni buka hari-hari termasuklah hari Sabtu dan Ahad sampai pukul 5 petang, melainkan cuti umum dan cuti minggu pertama.

Perpustakaan Awam Negeri Johor

Yang menariknya, dalam perpustakaan ni ada Petrosains. Samalah macam yang di KLCC tue cuma Petrosains di PPAJ kecil sedikit. Walaubagaimanapun banyak juga terdapat gadjet-gadjet sains dan permainan-permainan yang menguji minda. 

Petrosains PPAJ

Lagi satu, dalam perpustakaan ni dibolehkan makan. PPAJ menyediakan cafe lagi berhadapan dengan Petrosains dan bagi ibu-bapa yang hanya mahu menghantar anak-anak ke sini, boleh duduk di cafe berborak dan biarkan anak-anak bermain dengan selamat dalam Petrosains atau bilik bacaan kanak-kanak yang juga terletak berhadapan dengan Cafe PPAJ.

InsyaAllah, esok kami akan datang sini lagi sebab.................... kami masih dalam usaha menyiapkan assignment kami berdua dan persiapan untuk menghadapi peperiksaan pada akhir November 2012.

Owh yaaa, sebelum kami ke sini tadi, awal-awal pagi lagi kami ke Mutiara Sport Club di Taman Dato Onn. Aktiviti biasa seperti minggu-minggu lepas, di mana Danish dan Aqil ada kelas berenang.


Maka, setiap minggu dari pukul ~9 atau 10 pagi sehingga matahari naik tegak atas kepala kami akan berada di Mutiara Sport Club kerana selepas kelas renang, macam biasalah budak berdua ni masih tak mahu naik lagi. jadi, kenalah layankan aja. Kelas renang nya hanyalah 1 jam, tapi kadangkala cikgunya pun anjakkan sedikit sehingga 10-15 minit.

Haaa, bagi yang tertanya-tanya tue, berapa kos mengikuti kelas renang di sini bersama Cikgu Zaini, seorang hanayalah RM80.00 sahaja, caj sama saja sama ada kanak-kanak ataupun dewasa. Waktu kelas kita boleh pilih sendiri mengikut kelapangan cikgu dan kita. RM80 tu caj untuk sebulan di mana ada 4 kali kelas, dan setiap kelas 1 jam. maknanya RM80 tu untuk total 4 jam. Tapi ni untuk orang Johor aja tau, tapi kalau yang jauh-jauh tu boleh lah anggap ini sebagai anggaran sahaja. Jadi tak lah asyik fikir kelas berenang tu mahal. penting yaaa kelas renang ni, kita kena tahu berenang lebih-lebih lagi yang sukakan sukan air tue.

Okey, itu sahaja untuk hari ini. Esok Danish ada Kelas Matematik pantas pula di sebelah pagi. selepas kelas matematiknya, insyaAllah kami akan ke PPAJ lagi.

Penuhilah cuti sekolah anak-anak anda dengan aktiviti yang berfaedah....




##pstttt.... tadi kami makan tengahari di Warung Batu. Siapa tahu ianya di mana? Warung ni dah berpuluh tahun bertapak di Bandar Johor Bahru.





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

24 October, 2012

Doa Mustajab di Hari Arafah

Tarikh 9 Zulhijjah dipanggil sebagai Hari Arafah kerana pada 9 Zulhijjah umat Islam yang menunaikan haji akan melakukan wukuf di Padang Arafah. Maknanya, tahun ini Hari Arafah akan jatuh pada hari Khamis (25-Oktober-2012). Wukuf adalah rukun Haji yang ke-2 walaubagaimanapun Wukuf adalah rukun haji yang tama daripada yang lain-lainnya.

- Hari Arafah hari istimewa.
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)

- Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah.
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : “ Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku.“.(Riwayat Ahmad)

- Digalakan berpuasa kepada yang tidak menunaikan haji.
Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Sahih Muslim)

- Digalakan berdoa pada Hari Arafah.
Dari Amr bin Syuaib bahwa Nabi saw. bersabda, "Doa terbaik adalah doa di hari Arafah. Dan ucapan terbaik yang saya dan para nabi sebelumku ucapkan adalah laa ilaha illallahu wahdahu laa syarika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syay`in qadir. (Tidak ada sembahan yang hak selain Allah semata tidak ada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya semua kekuasaan, hanya milik-Nya semua pujian, dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu). (HR. At-Tirmizi no. 3585 dan dinyatakan hasan oleh Al-Albani dalam Shahih At-Tirmizi: 3/184)


---------------------------------------------

Jadi, menjadi peringatan kepada saya dan yang lain, kita digalakkan berpuasa seelok-eloknya tiga hari sehingga sampainya hari Arafah. Maknanya, sejak 23 hingga 25 Oktober kita digalakkan berpuasa. Entry ini mungkin telah terewat sedikit, tapi apa salahnya bagi yang terbuka hati untuk bersama-sama menikmati kebikmatan dan keberkatan Hari Arafah, bolehlah kita sama-sama berpuasa dua hari bermula hari esok sehingga lusa kerana Hari Jumaat kita diharamkan berpuasa kerana hari itu adaah Hari Kebesaran sambutan Aidi Adha.

Kepada sahabat-sahabat ku sekelian, ingin saya berkongsi sedikit info yang sangat berguna. Di Hari Arafah, berjuta-juta umat Islam yang mengerjakan Haji akan berkumpul di Padang Arafah. Dan dikala itulah, kita yang berada di bumi lain selain dari Tanah Haram, digalakkan MENGHENTIKAN SEMUA AKTIVITI-AKTIVITI DUNIAWI yang boleh mendatangkan kemudaratan dan kemaksiatan termasuklah, berFB, berTweeter, berBlogging, bermain Game, menonton televisyen dan sebagainya. Berjagalah kamu sehingga sepertiga malam, bermunajatlah, berzikirlah, bertafakkurlah kita menghadap Ilahi dengan sama-sama memanjatkan Doa kerana disaat itulah langit Allah s.w.t terbuka dengan luasnya menerima semua Doa bukan sahaja dari Makkatulmukarramah. Saya sangat berbesar hati untuk menyarankan agar kawan-kawan bersiaran langsung bersama-sama dengan jutaan umat Islam di Padang Arafah. Saya percaya, akan ada beberapa siaran televisyen yang akan menyiarkan aktiviti Berwukuf secara langsung untuk tatapan kita.

Marilah kita sama-sama ber Doa;




Padang Arafah yang dibanjiri umat Islam

Gambar Padang Arafah yang yang diambil dari udara.


Ya Allah, berilah kesihatan yang baik untuk kedua Ibu Bapaku serta saudara-saudara ku yang lain sehingga tibanya Hari Arafah dan seterusnya melengkapkan Haji mereka dengan mendapat Haji yang Mabrur.

Amin......








:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

17 October, 2012

WW : Lambaian Kaabah

Rindunya pada Makkatul Mukarramah. Rindunya bukan bererti sudah pergi dan mahu datang lagi, tapi rindu untuk pergi, seperti Kaabah sedang melambai-lambai kami di sini.

Kaabah di suatu ketika dahulu...







Jutaan umat beragama Islam sedang membanjiri Makkatul Mukarramah saat ini. Sama-samalah kita doakan mereka. Tinggal beberapa hari saja lagi menjelang Aidil Adha.

Kredit to Pakcik Taib bin Suhut. Gambar di ambil dari Galeri Zam-Zam
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

04 October, 2012

10 Perkara Yang Perlu Dilakukan Kepada Ibu Bapa Kita

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1. Memberi nafkah. 
  • Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat. Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal. 
  • Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa. Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi kasih sayang. 
  • Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya. Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.
  • Firman Allah s.w.t. bermaksud: "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil." (Surah al-Isra ayat 24).

4. Memberi perhatian. 
  • Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.
  • Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.
  • Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5. Memenuhi permintaan. 
  • Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa. Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain.
  • Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.
  • Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: "Saya telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. : "Apakah perbuatan disukai oleh Allah?" Lalu baginda bersabda maksudnya : : "Sembahyang pada waktunya." "Kemudian apa?"tanya saya lagi. Baginda s.a.w. menjawab : "Berbakti kepada kedua ibu bapa." Saya bertanya : "Apa lagi ?" Jawab baginda : "Berjihad pada jalan Allah."

6. Melakukan apa yang disukai. 
  • Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.
  • Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.
  • Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).
  • Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: "Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati."

7. Bercakap dengan lemah lembut. 
  • Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.
  • Firman Allah s.a.w. bermaksud: "Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).
  • Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan. 
  • Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.
  • Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama. 
  • Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendo'akan kebaikan untuk ibu bapa. 
  • Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendo'akan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.
  • Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendo'akan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Sahabat yang dimuliakan,

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Abu Laith Samarqandi meriwayatkan bahawa datang seorang pemuda berkata kepada Rasulullah s.a.w, "Ya Rasulullah, ibu saya sakit di tempat saya, maka sayalah yang memberi makan dan minum. Tangan sayalah yang mewudhukkan mereka, mengangkat di atas bahu saya. Apakah dengan itu terbalas jasa-jasa mereka?"

Jawab Nabi s.a.w yang bermaksud, "Belum satupun dari jasa-jasa mereka! Cuma kau telah berbuat baik, dan Allah akan memberi pahala yang besar terhadap amal kau yang sedikit itu."

Rasulullah s.a.w. pernah mencela bagi mereka yang memiliki ibu bapa yang telah lanjut usia mereka namun masih tidak mampu untuk memasuki Syurga.

Baginda pernah bersabda maksudnya : “Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!” Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?” Baginda menjawab: “Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki Syurga.” (Hadis riwayat Muslim) .

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu rahsia kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu rahsia yang disimpan oleh orang tua kita.

Sharing is caring...saya copy dari FB seorang rakan untuk penerusan hamparan ilmu. Untuk perhatian dan peringatan pada diri saya sendiri jua...

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

18 September, 2012

Jadual Penerbangan Haji

Assalammualaikum semua.

Seperti yang sebahagian dari pembaca setia blog ni dan kawan-kawan yang lain ketahui, Ayahnda dan Bonda saya akan mengerjakan Fardu Haji pada tahun ini. Walaupun segala kelengkapan utama dari pihak Tabung Haji telah diperolehi seperti beg sandang, pas haji, gelang tangan, begitu juga pasport telah diserahkan kepada pihak Tabung Haji, tetapi sehingga ke hari ini kami masih tidak tahu bilakah mereka akan terbang ke Tanah Suci Makkah. Walhal, ada antara kawan-kawan Ayahnda & Bonda yang sama-sama mendapat khabaran berita ini sudah mengetahu tarikh penerbangan mereka.

Ada tak diantara anda semua tahu bagaimana untuk memeriksa tarikh penerbangan? Saya sudah cuba memasuki laman sesawang Tabung Haji, tapi hampa dan ini yang kami perolehi;



Jalan terakhir esok hari, saya akan cuba hubungi nombor telifon tertera 03-62071919 untuk mendapatkan maklumat. Tak tahu lah sama ada mereka akan melayan panggilan saya ataupun tidak. Walaubagaimanapun saya tak akan berkecil hati kalau jawapan mereka menghampakan saya kerana saya faham mereka juga perlu menjawab banyak lagi panggilan dari. Tapi kami pasti, InsyaAllah mereka berlima akan berangkat ke Tanah Suci tahun ini, cuma masanya saja yang belum pasti. 

Saya terbaca entry Anastasyea beberapa hari lalu mengenai jadual penerbangan haji, tapi masih belum dapat bagaimana caranya untuk memeriksa jadual penerbangan bagi individu. Menurut Anastasyea dalam blognya;

Tabung Haji sudahpun mengumumkan Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2012. Pada pukul 1.30 pagi (bertarikh 17-Sept-2012), seramai 320 jemaah haji pertama telah berlepas ke tanah suci, dengan penerbangan Saudi Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Jadual Penerbangan Haji Malaysia yang dikendalikan oleh Jabatan Haji dan Sewa Khas MAS melibatkan 33 penerbangan haji di seluruh negara menuju ke Jeddah dan Madinah bermulai hari ini hingga 19 Oktober nanti, membabitkan 14,000 jemaah.


Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2012

Jadual Pergi Jemaah Haji 2012
- Penerbangan Pergi Pertama (1 Zulkaedah) : 17 September 2012 (Isnin)
- Penerbangan Pergi Akhir (3 Zulhijjah) : 19 Oktober 2012 (Jumaat)

Jadual Balik Jemaah Haji 2012
- Penerbangan Balik Pertama (16 Zulhijjah): 1 November 2012 (Khamis)
- Penerbangan Balik Akhir (15 Muharram) : 29 Disember 2012 (Khamis)

Tarikh-Tarikh Berkaitan
- Wukuf (9 Zulhijjah) : 25 November 2012 (Khamis)
- Hari Raya Haji : 26 Oktober 2012 (Jumaat)
- Hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) : 27, 28 dan 29 Oktober 2012 (Sabtu, Ahad dan Isnin)


Nota : Tarikh wukuf berubah mengikut ketetapan tarikh oleh kerajaan Arab Saudi.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila layari Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2012 dan laman sesawang Tabung Haji Malaysia.


Doakan Ayahnda dan Bonda diberikan kemudahan dan lorong yang luas untuk menunaikan Fardu Haji mereka.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

22 August, 2012

Bermaaf-maafan di Pagi Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Seperti tahun-tahun sebelumnya, seperti yang dilakukan kebiasaanya oleh seluruh umat Islam seluruh dunia, seperti itu juga kami lakukannya di pagi raya. Setelah usai Solat Sunat Aidilfitri, sebelum kami kepusara kanda, sebelum kami meneruskan langkah beraya kemana-mana, kami sekeluarga akan berkumpul memohon keampunan di atas setiap kesilapan yang telah dilakukan sepanjang tahun.

suasana pilu menyelubungi, kerana masing-masing ada rahsia dosa sesama sendiri. Ada yang baru dibongkarkan agar tiada nanah di dalam hati, dikala itulah kami menitikkan airmata menyedari kesilapan diri. Alhamdulillah, semuanya dimaafkan, buang yang keruh, ambil yang jernih...

Buat Mak & Ayah, ikhlas dari hati. Tak pernah sedikit pun terlintas di hati untuk melakukan dosa keji menderhakai kalian berdua yang sangat dicintai. Kadangkala terkasar bahasa, terihhh, teruhhhh, terahhhh, terherdik, termuncung, tdan segala ter yang tidak disengajakan. Harap di hari yang mulia ini, segala doasa dapat dihapuskan.


















Apa pun yang terjadi antara kami.... air di cincang tak mungkin akan putus. Darah yang mengalir dalam badan kami adalah dari satu sumber yang sama. Takkan ada yang dapat memisahkan kami adik-beradik.



Mai lah tengok N3 yang lain.... raya 2012 ku ada gambar-gambar yang happening...



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...