Showing posts with label GSF. Show all posts
Showing posts with label GSF. Show all posts

19 May, 2013

Selamat Ulang Tahun Ayu

Jutaan maaf dipohonkan sebab terlewat tersangat-sangat up n3 ulang tahun untuk Ayu. Ulang tahun Ayu jatuh pada 14 May yang lalu, dan tarikh itu juga yang menganjakkan umur Ayu setingkat lagi ke tangga 24.

Puisi buat Ayu,

Ditengah merahnya mega
Didalam sunyinya senja
Ku tulis sebuah puisi untukmu
Walau kita tidak pernah bertemu
Suatu harikan pasti kita diberi waktu.
Berputarnya bumi bersilih ganti
Terbenamnya matahari
Dan munculnya bulan dimalam hari
Bertambah pula usiamu hari itu
Selamat ulang tahun sahabat mayaku
Hanyanya doa yang dapat kukirimkan padamu
Agar Ayu diberikan kesejahteraan selalu.

Khas buat Noor Alina Ayu


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

28 April, 2013

Salam Perkenalan By Miss BaNu



Pertama sekali nak ucapkan SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN kepada Miss banu yang jatuh pada 23 April yang lalu. (bukan Miss Banu yang jatuh tau....tapi memang ia pownn, Miss banu bagaikan dah jatuh cinta dengan JoZan). Bersempena ulang tahun Miss Banu, maka beliau telah menganjurkan segmen : Salam Perkenalan By Miss BaNu.

Sila klik banner di bawah untuk ke entry Miss Banu yang akan tamat pada 3 Mei 2013.



Syarat-sayarat penyertaan ada di sana...tapi....syarat yang satu ni;

5-Dalam entry tersebut, sertakan sekali kata2 aluan kepada pengunjung2 blog korang yang bakal singgah selepas ini..contohnyer selamat datang ke blog saya, jangan segan2 singgah ke sini selalu dan lain2 n cerita kan serba sedikit tentang blog korang..moga selepas ini makin ramai yg datang berkunjung ke blog korang semua disamping dapat menambah kenalan baru..

Agegegegegege......camno ni? Okay laaa, sebab nak joint kan kenalah patuh pada syarat.

----------------------------------------------

SELAMAT DATANG KE BLOG CINTA ITU MISTERI....JANGAN SAMPAI HIDUP ANDA DISELUBUNGI MISTERI........ wahhhh... ada kang kena cepuk kalau buat kata-kata aluan macam ni.

okay serious....

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA, CINTA ITU MISTERI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI TERATAK SAYA YANG TAK SEBERAPA LAGI, KALAU BERKENAN DENGAN ENTRY-ENTRY SAYA DI SINI, TINGGALKANLAH JEJAK ANDA DENGAN KOMEN-KOMEN, IN-SYA-ALLAH SAYA AKAN MEMBUAT KUNJUNGAN BALAS.

SAYA WUJUDKAN BLOG NI PADA MULANYA HANYA SEKADAR SUKA-SUKA, TAPI SEMENJAK JOINT GROUP GSF YANG SANGAT SEGAR DAN MESRA INI, MOOD UNTUK BERBLOGGING SEMAKIN TINGGI SEBAB SETIAP ENTRY PASTI ADA YANG KOMEN.

JADI BAGI ANDA YANG BARU BERJINAK-JINAK DENGAN BLOG SAYA, KENALILAH JUGA RAKAN-RAKAN SAYA DI GSF, SETIAP KUNJUNGAN ANDA PASTI MENDAPAT LAYANAN MESRA DARI MEREKA. LINK-LINK MEREKA ADA DI SEBELAH KANAN SIDE BAR SAYA. 

SEMOGA UKHWAH KITA DI ALAM MAYA INI BERKEKALAN DAN BERTAMBAH ERAT WALAUPUN TANPA WAJAH DAN SUARA.


Terimalah beberapa rangkap pantun klasik saya ini,

Ada ubi ada bas,
Komen anda di sini saya balas.

Gunung daik bercabang 3,
Komen yang baik ku balas juga.

Pisang emas di bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang komen dibawa mati.

* Miss Banu juga ahli GSF


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Cuticuti Giveaway-Diari Aima



Tak kira....nak up juga entry untuk support GA Aima. Harap Aima dapatlah pertimbangkan kelewatan saya ini. Tapi, saya tak kesah pown kalau tidak tercalon, just memberi sokongan saja kepada GA yang Aima anjurkan semoga lebih meriah.



So....meh ramai-ramai klik banner Aima untuk ke GA Cuticuti Giveaway-Diari Aima

Syarat-syarat penyertaan ada tertera di sana. Tapi kalau nak joint....sorry dah tamat tempoh. Hehehe...

Kalau cerita pasal cuti-cuti ni, memang saya suka bercuti. Sejak berkahwin, dah banyak tempat saya pergi bersama en.Hubby. Kadang tu kami pergi berdua jer tak bawa anak-anak. Kenapa saya kata sejak kahwin, sebab saya bukannya datang dari keluarga yang senang. Adik beradik taklah ramai sangat, cuma 5 orang jer. Ayahnda dulu tak ada kenderaan yang sesuai yang boleh bawa kami bercuti makan angin. Kalau nak pergi jauh-jauh ke negeri orang pown memanglah payah sebab itu semua kos. Keluarga saya sangat mementingkan pelajaran daripada hal-hal lain. jadi, saya sangat bersyukur bila en.Hubby selalu bawa saya cuti-cuti ke tempat idaman saya.

Tapi semenjak kami berdua sambung balik pengajian sambil bekerja, masa untuk pergi cuti-cuti dah berkurangan. Bukan tak ada langsung, cuma jarang la, dan cuti-cuti pown tak lama, hanya hari minggu sahaja. 

Kalau bercakap pasal Outfit.....memang saya akan duduk depan almari baju mikir nak pakai apa sepanjang percutian. Saya akan bawa baju secukupnya dan kalau boleh akan bawa baju atau seluar yang boleh recycle semula, kira mix & match laaa, yang penting tak akan nampak sangat saya pakai baju yang sama lebih-lebih lagi bila ada rakaman gambar atau video. tapi yang penting baju-baju yang saya bawa tu sesuai dengan tempat yang kami nak pergi.

Masa saya bercuti di Singapura tahun lepas dan yang pergi sebelumnya juga, saya ada up beberapa entry;
4. UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE




Boleh lihat laaa, semua baju yang saya pakai bersesuaian dengan keadaan. masa Gala Dinner tu memang kena pakai dress dan bertopi. Jadi saya sesuaikan baju dengan topi. Siang hari sewaktu meneroka ke dalam USS memang lebih mudah pakai jeans. Saya sesuaikan dengan kemeja putih sebab tudung saya berwarna-warni. Kalau perasan, tudung tu saya pakai pada malam gala dinner tue, cuma saya pusingkan warna tudung tu. Masa datang memang kami pakai T-Shirt sedondon kaler purple, dan....saya pakai jeans yang sama masa masuk ke USS tue. Haaaa, tak perasan kan... dan yang baju pink tu sewaktu saya pergi pertama kali ke USS bersama kawan-kawan (solo).

Masa saya mengikuti en.Hubby ke program yang dianjurkan pejabatnya pown saya ada up beberapa entry;
1. FAMILY DAY JPPH 2012 PART 1
2. TIARA BEACH RESORT MINI FAMILY DAY
3. ROMBONGAN PUSPANITA JPPH-KLUANG
4. PUSAT REKRIASI GUNUNG LAMBAK



Boleh lihat juga, saya tak ada specific outfit atau pakaian kegemaran (pergi mana-mana mesti pakai baju tue). Saya akan pakai mengikut kesesuaian. Kadang mereka nak kita pakai warna sedondon, jadi sebelum pergi tu mesti akan jalan-jalan cari baju yang sesuai.

Pulau Tioman...saya dah pergi Tioman beberapa kali dan ada banyak entry saya di Tioman sebab saya suka Tioman. Pergi tempat-tempat macam ni (pulau) memang tak perlu nak bergaya sakan. Saya akan pastikan pakaian yang saya bawa tue sesuai dan senang untuk saya bergerak. yang paling penting tak perlu bergosok (iron).





Yang baju ni saya purposely beli untuk Hawaiian Dinner, masa pertama kali ke Tioman bersama en.Hubby. Selepas inilah saya ke Tioman beberapa kali sebab sudah jatuh cinta dengan keindahan Pulau Tioman.


Masa saya ke sabah & Sarawak juga ada up beberapa entry;


Saya juga pernah pergi jauh sikit, keluar dari tanah melayu ke Pulau Karimun;
1. BEREKSPLORASI DI PULAU KARIMUN
2. PULAU KARIMUN PART 1
3. PULAU KARIMUN PART DUEX

 

Sewaktu di Pulau Karimun, memang tak banyak ambil gambar sendiri. Yang ada ni masa sedang posing try-try nak bawa boat. Baju ni sedondong dengan en.Hubby pada hari kejadian. Huhuhu....

Seperti yang saya katakan tadi, saya tak ada pakaian feveret sebab kebiasaannya bila saya nak pergi bercuti saya akan cari baju yang mudah pakai  dan sesuai dengan keadaan. Kadangkala beli baju baru terus untuk sesuaikan dengan tempat & acara yang akan saya sertai.

Owh yaaaa....sewaktu saya type entry ni....saya sedang memakai baju hijau dalam gambar bawah ni, sebab saya petang tadi dari Johor Bahru ke Batu Pahat, sampai terus tengok bola JDT lawan Perak (alaaaa JDT kalah 3-0 tue), sampai sekarang dah nak pukul 2 pagi belum mandi. Umah kampung ni sejuk laaa, tak berpeluh pown. Dalam gambar ni saya sedang posing di Sabah pada 2008, so dah 6 tahun baju ni masih elok dan saya masih pakai buat berjalan, belum masa jadi baju basahan lagi.


** Ada banyak lagi tempat percutian yang saya pergi tapi tak update di blog ini. almaklumlah, start berblog baru beberapa tahun kebelakangan ni, tambahan lagi ada facebook, Twitter, Instagram, yang baru-baru ni WhatsApp dan WeChat.

Haaa Aima, macam mana, entry saya diterima tak?




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

12 March, 2013

Doa Saya Buat Mereka..




ALHAMDULILLAHIRABBILALAMIN HAMDAN YUWAAFI NI'MAHUU WA YUKAAFI MAZIIDAH.

YA RABBANA LAKAL HAMDU KAMA YANBAGHI LI JALAALI WAJHIKAL KARIIMI WA ADZHIIMI SULTHONIK.

ALLAHUMMA SHOLLI 'ALAA SAYYIDINA MUHAMMADDIN WA'ALAA SAYYIDINA MUHAMMAD.

Ya Allah sesungguhnya hambaMu ini memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah ..sempena ulangtahun kelahiran sahabatku-sahabatku ini, Kau panjangkanlah umur mereka dan kurniakan kepada mereka kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya dari tahun-tahun sudah. Kurniakanlah kepada mereka rezeki yang murah, melimpah ruah, banyak, berkat dan direstuimu Ya Allah. Jauhkanlah sahabat-sahabatku ini dari belenggu kesusahan, kesakitan, kemiskinan dan kebuluran, sama ada dari mereka dan juga seluruh keluarga mereka.

Ya Allah Ya Tuhanku... Bukakanlah kepadamereka pintu kebajikan, pintu keberkatan, pintu nikmat, pintu rezeki, pintu kesihatan, pintu keselamatan, pintu syurga dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat. Dan aku jua memohon kepadaMu Ya Allah ...jauhkanlah mereka dari segala pintu kejahatan dan keburukan dari mereka dan juga seluruh keluarga mereka.

Ya Allah... tiada yang mudah kecuali Engkau yang memudahkan dan Kau jua Ya Allah yang menjadikan yang susah itu mudah. Maka permudahkanlah kehidupan mereka dan keluarga mereka. Jauhkanlah dari segala bala dunia dan akhirat. Jauhkanlah mereka dari pujukan iblis dan syaitan serta jauhkanlah mereka dari kejahatan manusia dan jin yang memusuhi dan jauhkanlah mereka dari pengaruh nafsu yang menyesatkan.

Ya Allah hidupkanlah mereka dengan keimanan dan matikanlah mereka bila sampai masanya dalam keimanan.Ya Allah Kau berikanlah kepada mereka kesihatan fizikal dan mental yang terbaik, terangilah hati mereka dengan cahaya hidayahMu, perbaikanlah amalan mereka dan tunaikanlah hajat mereka baik dalam agama, dunia dan akhirat. Sesunguhnya hanya engkau yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Ya Allah hambaMu ini juga memohon agar Engkau sinari diri mereka dengan cahaya Nur Mu dalam hati mereka, telinga mereka, mata mereka, kiri kanan mereka, muka mereka, belakang  mereka, atas dan bawah mereka, urat saraf mereka, dan pada darah mereka, serta daging mereka, rambut mereka dan lidah mereka.. kaki tangan mereka dan semoga Kau jadikan Nur itu pada semua pandangan dan fikiran mereka dengan rahmatMu Ya Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa mereka dan kedua ibubapa mereka serta keluarga mereka dan semua teman-teman mereka dan muslimin muslimat... kerana hanya Engkau Maha Pengampun akan setiap dosa.

Ya Allah jadikan mereka juga seorang mukminah yang solehah kepada semua yang berkaitan dengan mereka.

Ya Allah.. hambaMu ini mengakhiri permintaan ku ini..dengan permintaan semoga Kau kurniakan segala kebahagiaan, kejayaan, kekayaan dan keindahan kepada sahabat-sahabatku ini di dunia dan akhirat. Kau Jadikan mereka hamba yang beriman, bertaqwa, beramal soleh dan bersabar atas segala perintahMu dan ketetapanMu. Ampunilah segala dosa mereka sama ada yang terjadi dalam keadaan mereka sedar ataupun tidak. Jadikanlah mereka sebaik-baik wanita iaitu wanita-wanita yang solehah seindah hiasan di dunia ni. Amin Ya Allah, Amin Ya Rahman, Amin Ya Rahim, Amin Ya Rabbal 'Alamin.


SELAMAT HARI LAHIR SAHABAT-SAHABAT KU...SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI....BAHAGIA DAN BERJAYA DUNIA AKHIRAT


tHE 8 gOjEzzZ wOMeN In My HeaRt !!!!!


Lya Afrina pada 10 Mac
Deqla pada 11 Mac
Che Rose Cute pada 13 Mac
Deq's Qienz pada 16 Mac 
Cendol pada 16 Mac
Dyabunga pada 17 Mac
Kinara Kinatara pada 23 Mac
Izan Mama Mia pada 31 Mac
Lelamaisara pada 31 Mac



Amin....
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

05 March, 2013

Happy Bestday KJ



Ramai yang dah update birthday Karukord Jagaus hari ni.... N3 saya ni pown dah terlewat 1 hari. Sebenarnya birthday Tuan KJ adalah semalam iaitu 4-Mar-2013. Entahlaaaayang keberapa, kita doakan sajalah kesejahteraan dan kebahagiaan Tuan KJ sekeluarga.

Tuan KJ ni adalah salah seorang GSFian. So wajiblah kiranya semua GSFian mengucapkan satu N3 untuk hari bahagianya. Saya taktau nak main kata-kata Tuan, ni pown sebab hari semalam hari bahagia Tuan, maka saya up kan sikit pangkat Tuan.

Saya belanja kek ajerlah yeaaaa.... nah amik nie, amik bau jer tau...


o_O


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

02 March, 2013

Jom Joint GA : Mrs.Erry 1st Giveaway







Okeyyy...sila klik banner atas nun untuk joint sekaki.

Siapa yang tak kenal pemunya blog Mrs Erry Bercherita, alaaaa si cutie mutie Deqla tue. Erry tu hubby dia lah kot kannn.... Deqla buat GA ini bersempena blog beliau yang sudah berumur 3 tahun..... Chaiyok...! Chaiyokk!!




Okey, kalau nak joint segmen kenalah ikut syarat-syaratnya. Meh baca bawah sini, saya copy & paste jer.


1. Follow blog Mrs Erry Bercerita (aku pasti follow balik)
2. Like page Mrs Erry Bercerita. (jika ada fb & ikut keikhlasan masing2)
3. Buat entri bertajuk Mrs.Erry 1st Giveaway, lekatkan banner di atas & link terus ke entri ini. 
4. Follow blog sponsor berikut :


5. Bagi yg ada FB, like fanpage sponsor berikut :-
(takde FB takpe)




Then....dah buat semuanya.... trus paste can url N3 anda ke N3 GA Deqla.

Hadiah nya owesome sangat tau...tak caya??? Meh tengok bawah sini plak, saya copy paste jugak...
  1. Tudung bawal 3 tone - 1 pemenang
  2. Tudung 2 layer - 1 pemenang
  3. 2 pasang brooch cantik - 1 pemenang
  4. Cute handphone case - 1 pemenang
  5. Gelang from thai - 1 pemenang
  6. Sepit beriben from thai - 1 pemenang
  7. Sabun beras - 1 pemenang
  8. Brooch rama-rama - 1 pemenang
  9. Chesse powder - 2 pemenang
  10. Topup RM5 - 5 pemenang


TARIKH TUTUP 19 MAC 2013

laii laiii laiiiii !!!!!!!!!!!!!!!!




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

01 March, 2013

Kebaikan Surah Al-Mathurat

Assalammualaikum.... Salam Jumaat yang indah.

Saya baru sahaja pulang dari pejabat pos, mengirim sesuatu untuk rakan-rakan GSF seperti yang dijanjikan sebelum ini. Kiriman tersebut hanyalah berupa cenderamata kecil yang diharap dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya. Cenderamata itu juga di kirim sebagai tanda terima kasih dari kami sekeluarga  kepada rakan-rakan GSF yang sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup kami dalam apa jua yang kami lakukan lebih-lebih lagi selepas selesainya majlis menyambut menantu di rumah agam kami. Majlis yang berjalan dengan lancar seiring doa-doa kalian.

InsyaAllah, kiriman tersebut yang berupa surah al-Mathurat akan sampai minggu hadapan. Untuk makluan juga, surah al-Mathurat tersebut juga telah kami berikan kepada jemputan yang hadir kemajlis kenduri menyambut menantu kami pada 11-Februari yang lalu. Bezanya, jemputan yang hadir ada disertakan dengan telur pindang sebagai tanda Majlis Perkahwinan Anak Johor.

Sedikit ilmu yang saya ceduk dari sebuah buku mengenai kebaikan surah al-Mathurat untuk difahami...
Rakan-rakan yang dirahmati Allah,

“Sesungguhnya Rasulullah selalu menyebut-nyebut rahmat Tuhan, dalam satu hadis Qudsi Allah S.W.T. berfirman maksudnya : "Wahai anak-anak Adam, (sebutkan) zikirkanlah Aku selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas solat asar barang sekejap maka Aku memadai kepada engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyanglah duha sebanyak 8 rakaat."
(Diriwayatkan oleh Sayyidina Hassan r.a)

Di dalam al-Mathurat adalah himpunan ayat-ayat al-Quran pilihan, doa-doa daripada Nabi S.A.W dan banyak fadilat dan kelebihannya bagi sesiapa yang membacanya selepas subuh dan selepas Asar atau Magrib.

Kelebihan mengamalkan Surah Al-Mathurat adalah seperti berikut :

  1. Tidak dihampiri syaitan
  2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
  3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
  4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
  5. Selamat dari segala sesuatu.
  6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
  7. Allah berhak untuk meredainya
  8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
  9. Terhindar daripada syirik.
  10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
  11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
  12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
  13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi, akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang. Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
  14. Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.


Marilah kita amalkan zikir-zikir di dalam al-Mathurat untuk meningkatkan iman dan takwa kita kepada Allah S.W.T. dan dapat memelihara diri kita daripada gangguan sihir dan bisikan syaitan.

Jom siap sedia untuk solat Maghrib....matahari dah hampir menyembunyikan diri...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

29 January, 2013

Terima Kasih Waniey Sahabatku...




Semalam saya dapat bunga.....hehehe ntah tak tahulah bunga apa ni. Aqil, anak saya yang keletah ni lah bagi. Dia ambil dekat Taman Merdeka sewaktu ikut en.hubby pergi berfotoshoot sedang saya pula bekerja semalam. Iyerlahkannn...semalam saya bekerja sedang orang lain ramai yang bercuti sebab cuti ganti Thaipusam. Takpa lahhh, janji nanti Chinese New year saya bercuti 10 hari. hahahahahaha.....BEST!


Hari ini.....


Saya dapat hadiah dari seorang blogger yang dikenali ramai. Siapa lagi, kalau yang biasa ke laman beliau pasti tahu bila tengok sahaja doodle happy family yang kat kain tue.... Kain tu apa? Owhhh... itulah tudung bawal pelangi pemberian Waniey Qalief.

edited: Owhhh lupa nak bagi tahu, selain tudung bawal pelangi yang bewarna purple dan ada sedikit pink tue, Waniey juga sertakan sekali keychain pendayung. Hehehehe....teringat lebih kurang 10 tahun dulu. Saya pernah wakil negeri Johor dalam sukan Kayak. Jangan tak percaya yeaaaa....
(Credit to Solehah Shamsuddin sebab highlight keterlupaan saya di ruangan komen)

Terima kasih yang tak terhingga kepada Waniey Qalief, akan dipakai suatu hari nanti. Dan saya tak akan lupa se-snap dua untuk tatapan Waniey di Jitra. Kenapa Waniey bagi saya tudung ni? Sebab......Waniey sayang dekat saya, dan juga semua GSFian. Pasti yang lain akan dapat juga sebab kali ini saya dan Lelamaisara@Cute Mama yang bertuah.

Terima kasih sekali lagi Waniey....

Lagu ni saya tujukan khas untuk Waniey;


Kau ada di kala ku suka
Di kala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada di kala ku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau ada di kala ku jatuh
Di setiap bangunku
Terus menemaniku
Tanpa rasa jemu

Kau ada di setiap tawa
Di kala bahagia
Kau menjadi sahabatku
Selamanya

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Yeah sahabatku
Tetap bersamamu jika kau perlukanku
Dan ku tak kaku tak kekok
Kalau sampai buntu kita belok yok (yok)
Berjangkit sesama seperti mengusik si melatar
Kau kau jangan kau melampau
Dan kalau siapa mengusik Waniey
Tolong bagitau aku tapau

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku









:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

26 January, 2013

GA ( FM -1st TIME HANDMADE) dari CIK INTAN BERLIAN


Okeyyyy...saya nak joint GA dari BLOG CIK INTAN BERLIAN. Dialau-alukan juga anda, anda dan anda semua joint GA ni. Hurmmmm...nak tau tak Cik Intan nak bagi apa? Haaaa...tengok bawah ni. Cuba teka apa tue? Hehehehe...taulah itu anggur dan apple, tapi yang sebenarnya itu adalah Fridge Magnet. Mesti semua suka kan, dan akan terlebih suka bila saya katakan FM tu dibuat sendiri oleh Cik Intan. Hand made okeyyyyyyyy..... Jom klik kat gambo bawah ni dan akan terus bawa anda, anda dan anda semua yang nak joint terus ke N3 GA ( FM -1st TIME HANDMADE).


Cepat!!! Cepat!!!! Cepat!!!! tarikh tutup 28 Januari 2013, hari Isnin ni pukul 10 pagi. Cepat weiiiii!!!!

Okeyyyy...tada :)




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

19 January, 2013

Tak Boleh Komen???



Selamat Hari Sabtu yang ceriaaaaaa....

Tengok tajuk tue? Tajuk tu adalah berkenaan dengan saya. Saya yang bernaung di bawah Cinta itu Misteri.

Yeaaaa....saya yang tak boleh komen beberapa blog. Blog siapa???? Meh tengok senarai ni. Tak tahu kenapa, ada sesiapa boleh tolong tak? Puas klik button komen. Skang sedang bersiaran melalui lappy, nanti nak try guna 'Nota 2' pulak kotkot berjaya....

Blog yang saya tak boleh komen hari ini sewaktu melakukan BW secara sepantas kilat;

  1. Blog Yumida dalam N3 Join Google +
  2. Blog Fariza tentang kita dalam N3 Alamanda bersama Yana ! ♥
  3. Blog Dieyna dalam N3 Tahniah JOzan..
  4. Blog Miss Banu dalam N3 Siapa Juara Maharaja Lawak MeGa Pilihan Korang?


Motif N3 ini adalah untuk memudahkan saya terjah terus melalui Nota 2 sebab saya pown tak mahir lagi guna Nota 2 ni. Masih belajar melalui web-web tutorial percuma.

Semalam saya tengok bola di stadium JDT vs ATM. Pengakhiran 2-2, dan permainan sangat menarik. Nanti saya up N3 dengan gambar2 yang menarik untuk tontonan anda semua...

JOHOR, LUASKAN KUASAMU!!!!!




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

13 January, 2013

Terima Kasih Nur



Beberapa hari lalu saya dapat kiriman bercop stem kan Perak. Kebetulan Jumaat yg lepas Johor Darul Tazim bertemu Perak di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus, Larkin. Itu yang saya teringatkan Nur dan hari ni nak up N3 khas buat Nur. (Hahaha...takde kene mengena)

By the way....Terima Kasih Nur, salam persahabatan yang dihulur diterima dengan hati berbunga-bunga.


Jom singgah ke blog Nur ramai-ramai...


p/s: Teringin sangat nak jumpa Nur dan GSF yang lain. Baru jumpa Mamacute @ Lela jer setakat ni.



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

03 January, 2013

Mimpi Sampai Ke Paris



Saya betul-betul sedang berangan berada di bawah bintang-bintang, dengan cuaca yang dingin, sambil bersandar di Eiffel Tower, tersenyum dengan hati berbunga merindui seseorang. Tapi...agak-agaknya angan-angan saya tu nanti akan jadi kenyataan ke tak yea? InsyaAllah, saya akan ke sana juga suatu hari nanti.

First of all, saya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada My Dior Aima sebabnya, beliau telah mengirimkan saya hadiah pada Jumaat yang lalu. Tak berkesempatan nak update di sini sepantas kilat sebab taktau nak cakap apa sebenarnya. Disebabkan kiriman dari Aima inilah, angan-angan saya sampai ke Kota Cinta tersebut. Dengan nota tulisan tangan Aima  yang bertulis "ikhlas utk kesayanganku... with Love, Diari Aima " benar-benar membuatkan jantung saya berdekup kencang.

Hadiah yang dikirimkan pun tidak diberitahu bersempena dengan apa. Jadi saya nak tanyalah kat sini... kenapa yea? Kalau kerana persahabatan yang terjalin, saya benar-benar rasa sangat terharu. Aima pernah review blog Cinta itu Misteri ini seketika masa dulu.

Aima, saya sangat berharap agar kita dapat bertemu suatu hari nanti kerana buat masa ini jarak kita terlalu jauh. 


Photo

Photo

Key Ring kiriman Aima

Andai ku punya sayap, pasti ku akan terbang ke sana
Mendakap erat penuh mesra, tanda kasih antara kita
Sayang ku tak punya apa-apa
Hanya doa ku kirim agar kamu bahagia sejahtera...



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

30 December, 2012

Segmen : Pencarian Bloglist Januari 2013 Blog GPP



Okeyyy...saya nak joint Segmen tajaan dari Blog Pencinta Pink. Sempena nak masuk tahun 2013 nie... Nak juga berada di dalam kelompok nama-nama besar blogger dalam sebuah blog yang ternama. Dengan follower Blog Pencinta Pink yang seramai 1926 termasuk saya, pasti lepas ni akan ramai yang 'datang kunjung komen' di blog Cinta itu Misteri daripada yang 'datang singgah blah'. Itupun kalau saya terpilih laaaaa....

Meh ketik banner bawah ni untuk ke laman segmen Blog Pencinta Pink.




Syarat-syarat wajib :-


Follow dan like sponsor segmen(Wajib):

1) (DEDEQ)
2) (HUDA)

Hadiah menarik untuk di menangi:

1) 1x Domain
2) 4x Topup 
3) 5x Bloglist Kekal
3) 4x Review Blog


Okeyyy.... Segmen ini di buka sehingga 31 Disember 2012 (11 malam )

Hahahaha.... saya nak tag semua geng GSF yang sedang berbabeque malam ni!!! Jeles punya pasal.



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

21 December, 2012

Happy Birthday Waniey




Happy Birthday Dior Waniey...
Happy Birthday to you.....


Curik kat FB

Special song for you...




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

19 December, 2012

Segmen: Memori 2012 Terpahat di Ingatan



Jom joint segmen lagi. Kali ni dari.... CHERITERA SUKA HATY


Sila klik banner untuk ke segmen


Memori terindah saya pada tahun ini mestilah ...


JOINT GROUP GSF

Dari GSF saya dapat mengenali mereka-mereka yang awesome ni;




Jom lah kenal-kenal dengan mereka. bagi yang nak joint segmen ni kena baca dulu syarat-syarat segmen. haaa...apa lagi, jomlah ke blog ECAH

Dengan ini saya men-tag semua ahli GSF. hehehehehe.....

Kes teruja joint segmen, almaklumlah nak meningkatkan jumlah follower.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Segmen Tambah Follower Di Hujung Tahun






Haloooo....Halooooo....Haloooooo...

Saya joint Segmen Tambah Follower dari Blog Miss Banu. Iniadalah tanda sokongan saya kepada ahli GSF. Sila klik ke banner untuk terus ke Segmen Tajaan.


SyaRat-Syarat Penyertaan
  1. Buat entry dan letakkan tajuk: Segmen Tambah Follower Di Hujung Tahun. Macam yang saya buat tu.
  2. Letakkan Banner diatas dalam entry anda dan linkkan ke entry segmen ini..Macam yang saya buat tu.
  3. Follow Blog Miss Banu . Tuan tanah kata TAK wajib, tapi mana boleh...kenalah follow kan. Kalau tak macam mana nak tambah follower.
  4. Klik Like kat Fanpage FB Miss Banu (Haaa klik jer kt sidebar tu)
  5. Follow Miss Banu kat Twitter bagi yg ada Twitter tu (x wajib.... lagi elok follow lahhh. Yang belum ada twitter tue apa lagi, create laaaa. Ada ramai artis kat situ)
  6. Letakkan Jumlah Follower anda setakat ini..dan Target Follower anda dimasa hadapan
  7. Dah siap letakkan link entry anda di ruangan komen.
  8. Tarikh tutup: 29 Disember 2012


Okayyyyy....untuk syarat ke 6 :

Hahahahaha....... Ada bran???



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

16 December, 2012

Bergaya Dengan Reben MV



Selamat Hari Ahad.

Sekejap lagi nak keluar pergi membeli belah perkakasan persekolahan Danish & Aqil. Kami kena buat persediaan awal sebab 2 minggu yang akan datang adalah minggu yang sebok dan sukar bagi kami. Takut tak sempat pula nak melengkapkan semua keperluan persekolahan 2013 kedua-dua putera kami.

Semalam Hari Sabtu.

Pagi seperti biasa meneman anak-anak di kolam renang untuk kelas berenang oleh Cikgu Hazrin. Aqil dan semakin berani sejak dia dicampakkan ke kolam dewasa sedalam 10'. Danish sudah mengorak laju kayuhan tangannya.


Selepas kelas berenang yang tamat pada pukul 12tgh, saya dan anak-anak ke rumah agam. Sampai-sampai sahaja sewaktu membuka pagar rumah, posmen pun berhenti bersebelahan dengan saya dan menghulurkan beberapa sampul surat. Dan salah satunya tertera nama saya. Sampul surat tersebut berisi sesuatu sehingga pakcik posmen tu menanyakan sesuatu kepada saya sewaktu saya menandatangani beberapa surat berdaftar lain.

"Sekarang ni banyak surat ada barang dalamnya. Gelembung sahaja"

Saya tersenyum saja dengan keyantaan pakcik posmen tue. Haaaa, you all tahulah kan kerja siapa tue.Mesti lah kita, blogger-blogger Malaysia yang suka memberi hadiah pada kawan-kawan. Sebnab kita semuanya baik-baik belaka. Kannnnn.....hehehehe...

Then, saya terus pakai semalam juga. Certeka saya dapat surat berbarang (bukan berdaftar) daripada siapa?


Meh tengok skit....


Comel tak??? Ermmm....brooch tue bukan saya. Hehehehe...kebetulan sesuai dan match dengan baju yang saya pakai semalam. Terima kasih MV, really appreciate it. Sekarang ni dah kurang beli brooch, sebab kawan-kawan blogger suka bagi brooch pada saya. Semua koleksi akan saya simpan dengan baik dan pakai mengikut kesesuaian.



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...