Showing posts with label Study...Study.... Show all posts
Showing posts with label Study...Study.... Show all posts

30 August, 2013

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN



Esok...kita akan meraikan hari Kemerdekaan yang ke 56



Credit to : I-Produksi |Islam*Iman*Ihsan|


Apa pula pendapat kamu tentang Kemerdekaan???

Pendapat saya:

Kemerdekaan yang sebenar ialah membebaskan diri daripada penjajahan manusia, membebaskan diri dari agama ciptaan manusia dan membebaskan juga mentaliti daripada pengaruh yang bercanggah dengan agama Islam. Kini, walaupun negara kita telah lama bebas dari penjajahan asing, namun ia hanyalah pada zahir sahaja. Tinggalan penjajahan tersebut masih wujud pada pemikiran rakyat Malaysia. Peratus keberjayaan orang bukan Islam dalam mempengaruhi pemikiran umat Islam sangat tinggi sehinggakan kita boleh lihat kebanyakan negara Islam yang dijajah membawa identiti penjajah negara tersebut.

Di sini, kita perlu memahami konsep kemerdekaan yang sebenar iaitu apa yang telah dibawa oleh Rasulullah S.A.W dan Islam itu sendiri. Semoga diri kita bebas dari penjajahan pemikiran barat dan pemikiran yang bercanggah dengan agama Islam.

Saban tahun laungan itu diucapkan oleh kita yang bergelar sebagai rakyat Malaysia. Namun, adakah dengan laungan tersebut menunjukkan kita merdeka dengan sepenuhnya daripada penjajahan?

Seperti yang diketahui, erti merdeka yang seringkali disebut ialah kebebasan daripada penguasaan asing. Selaku umat Islam, kita perlu sedar bahawa bukan kemerdekaan sebegitu yang kita inginkan. Dipetik daripada kata-kata Rub’ie bin A’mir ketika bertemu panglima tentera Rom yang bernama Rustum :


"الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد الى عبادة الله، ومن جور الأديان الى عدل اٌلإ ومن ضيق: الدنيا إلى سعة الدنيا والأخرة"
Maksudnya : “Allah mengutuskan kami (orang-orang Islam) untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.”
Rub’ie bin A’mir menyatakan begitu kerana hasil daripada pentarbiahan Rasulullah S.A.W.

Jadi....Merdeka kah kita sebenarnya???

 Wallahua’lam.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

29 May, 2013

WW : BIG BAD WOLF LAGI

Hari ni, jalan-jalan di Big Bad Wolf Book Sales, Danga City Mall dan kaut seberapa banyak buku lagi.

So harini tak boleh cakap banyak....


Antara Buku-buku yg dapat di bawa lari.


Makan dulu sebelum balik, selepas kepenatan berlegar-legar di ruang legar.
Ok....tak tau kenapa gambar terbalik. Tengok dari bawah ke atas lah yeppp...








Jeles tak? Jeles tak?

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

27 May, 2013

The Big Bad Wolf Book Sale, Johor Bahru

Wooottttt wooottttt....

"Cepat! Cepat! Sembunyikan semua buku-buku yang ada! Seekor serigala yang besar dan jahat dah datang nak curi semua buku-buku kita! Cepat! Cepat semua ke Danga City Mall, Johor Bahru, sebelum buku-buku tersebut dicuri oleh serigala yang besar dan jahat tu!"

Ke........

"Pstttt.....psssttttt..... Jangan cakap kuat-kuat. Sekarang ni, semua buku-buku yang telah diselamatkan dari seekor serigala yang besar dan jahat sedang dikumpulkan di Danga City Mall, Johor Bahru. Anda kena cepat datang dan selamatkan seberapa banyak buku yang ada sebelum serigala yang besar dan jahat itu dapat menghidunya dan datang mencurinya kembali"



Hihihi....sebenarnya saya pun tak berapa pasti kenapa ia dipanggil sebagai The Big Bad Wolf Book Sale. Tapi yang pastinya ada banyak sangat buku-buku yang berkualiti, dari penulis-penulis ternama dunia termasuk buku-buku yang sukar didapati di Malaysia. Harganya memang sangat-sangat murah sehingga anda sendiri tak percaya.

Hikhikhik.....semalam saya dan en.hubby menghabiskan masa selama 1 jam sahaja di The Big Bad Wolf Book Sale, Danga City Mall, dan kami berjaya merangkul 13 buah buku kesemuanya. Tapi kalau dibiarkan saya melilau di ruang tersebut lebih lama lagi, mau berpuluh lagi akan saya sauk. Mujurla en.hubby nak balik awal kerana dia ada urusan lain dipejabatnya.




Inilah buku-buku yang dapat kami beli.




Oppssss...saya nak pergi lagi!!! Dengan Geng Jemah sebelum 2 June nanti.
 

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

02 February, 2013

Tak Nampak Yeaaa...



Alalalalalala....Sorry yea semua. Baru perasan yang gambar limau mandarain tu tak boleh appear. Huhuhu....kenapa laptop & handphone tak berapa canggih saya nampak, tiba-tiba bila guna nota 2 & android tak nampak pulak.

Okeyyy..inilah limau mandarinnya.



Comel tak limau mandarain saya???? Hooolaaaaa....manissss syiotttt...


Esok dah start 2 lagi class untuk semester nie... Hadoiiiyaiii, dah ler busy giler sejak membuat persiapan perkahwinan adik saya raya cina nanti. Assignment pown dateline dia dah macam nak dekatttttttt sangat. Last submission 10-Mac-2013. Lagi sebulan seminggu jer kannn. Kira sebulan ajerlah, sebab bulan 2 ni cuma ada 28 hari ajer, tambah lagi kesebokan 5 hari untuk majlis perkahwinan. Acaner nie? Boleh siap ker assignment ketiga-tiga subjek tue yea. Tawakkal sajerlah, buat jer yang termampu, then study macam orang giler untuk final exam sebab result assignment tak cukup gempak.





Okeyy...wish me luck. Ni nak keluar pergi beli bunga telor kat Pekan Ayer Itam.

Jom!!!!




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

06 January, 2013

Buku Teks Sekolah ~ Masih sama...



Tahun baru persekolahan 2013 sudah bermula pada minggu lepas. Kesemua sekolah di seluruh negara telah mula beroperasi seperti biasa melainkan beberapa buah sekolah di Pantai Timur yang mengalami masalah banjir.

Anak-anak saya, Adam Danish dan Aqil Hail sangat teruja untuk memulakan sesi persekolah barunya. Danish sudah berada di dalam Darjah 4 di Sekolah Rendah Kebangsaan Mohd Khir Johari, Kampung Melayu, Johor Bahru manakala Aqil pula masih di Tadika Al-Ummah, tadika yang sama cuma kelas berbeza iaitu kelas 6 tahun.

Tapi Adam Danish tetap mengalami masalah yang sama dengan Buku Teks sekolahnya kerana setiap tahun pasti anak saya ini akan mendapat buku yang tak serupa buku. Cuba lihat gambar di bawah ni dan n3 saya tahun lepas dalam Buku Teks Sekolah. Tak ada perubahan kannn....

Ini adalah buku teks Danish darjah 4 tahun ini.


Macam mana ni cikgu-cikgu. Ada tak yang nak menjawab persoalan masalah yang kami hadapi setiap tahun ni? Owh yaaa, apa kata Cikgu Tauhid,  Cikgu Fariza dan Cikgu Etuza

  1. Macam mana buku teks seperti ini boleh diedarkan?
  2. Adakah buku-buku itu tidak diperiksa terlebih dahulu sebelum diedarkan?
  3. Bagaimana masalah ini dapat diselesaikan?


Sewaktu pemulangan buku di akhir tahun, tidakkah cikgu-cikgu memeriksa terlebih dahulu semua buku yang dipulangkan? Kerana saya mendapati semua buku yang diperolehi untuk tahun baru berikat dan dimiliki oleh seorang individu yang sama yang telah menggunakan buku tersebut pada tahun sebelumnya. Nampak sangat buku-buku itu disusun begitu rapi dengan meletakkan buku yang koyak dan tak serupa buku di bahagian tengah. Ini betul-betul mengganggu emosi anak-anak, kerana diawal-awal tahun anak-anak telah diberi motivasi yang cukup buruk dan sangat memalukan.

Di harap pihak sekolah dapat menyelesaikan masalah ini sebaiknya. Saya tidak ada masalah untuk memperbaiki buku teks yang koyang dan bercerai-berai. Tetapi bagaimanapula dengan buku yang kehilangan muka surat? Pastinya kalau tidak disemak oleh ibu-bapa terlebih dahulu, anak-anak akan dipersalahkan di pertengahan tahun sewaktu muka surat tersebut hendak di rujuk. Pastinya anak-anak akan dituduh menjadi penyebab kehilangan muka surat walhal anak-anak itu tidak tahu menahu tentang hal tersebut.


p/s: Danish dah menanyakan tentang buku teks sekolahnya sewaktu hari pertama persekolahan. Cikgu pun sudah membalas mengatakan buku teks yang baru belum sampai. Saya akan rujuk ke sekolah jika sehingga minggu ke-2 berakhir, buku teks yang rosak tidak diganti.





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

23 December, 2012

E - day



E - day tuuuuu bukan Engagement day untuk saya yep. Tapi,
Petang ni saya ada Exam. Doakan saya yepppp...



"Ya Allah jadikanlah aku dikalangan orang-orang yang apabila memandang bahan bacaan dengan sekali pandangan mereka sudah menghafal kandungan dalamnya , memahaminya , mengamalkannya dan menyampaikannya. 

Ya Allah sesungguhnya aku menyimpankan kepadaMu apa-apa yang telah Kau ajarkan kepadaku maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya dan janganlah Engkau melupakan
daku akannya wahai Tuhan sekalian alam ."

Amalkan doa ini 3 kali sebelum mula belajar ketika selepas solat,

Tips : 

Jaga solat 5 waktu, hormat ibubapa dan guru serta menjaga pandangan dan elakkan daripada dosa dan maksiat. Imam As-Syafie r.a pernah mengadu kepada gurunya iaitu Imam Waqi' akan lemah hafalannya. Maka Imam Waqi' menasihatkan beliau supaya meninggalkan dosa , kerana ilmu adalah cahaya Ilahi dan cahaya Ilahi tidak akan diberikan kepada pelaku maksiat.


Paper : Plant & Construction Safety



Saya kena lulus paper ni dengan cemerlang!!!




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

10 December, 2012

Demi Masa



Terima kasih pada semua pengunjung yang tetap setia menjengah walaupun tak ada N3 baru. Saya minta maaflah sebab bulan sebok saya dah datang. Hujung minggu ni saya akan duduki peperiksaan (cheeewah...macam budak sekolah pulak). Terima kasih juga pada kawan-kawan yang sudi komen N3 saya yang dah lama-lama tue.... Appreciate sangat :)

1 hari kita ada 24 jam. Semua dapat jam yang sama tak lebih tak kurang. Terpulang pada masing-masing membahagikannya. Untuk saya, saya akan menggunakan masa saya semaksima yang mungkin. Dan akhirnya.... saya mendapat demam, selsema dan batuk sejak Selasa lalu dan kini dah pown seminggu. Ingatlah update N3 Tak Sihat saya tue, kemudian hari Jumaat lepas saya dihalau balik oleh Boss sebab saya masih tak sihat. Hehehehe...pergi klinik, doktor tak bagi MC pown, tapi bagi surat disuruh berehat. Hurmmm...hampeh jer.

Dalam tak sihat tue, sempat lagi pergi Party malam Sabtu tue, lepak dengan kawan-kawan sampai pukul 2 pagi tak hengat nak balik, walhal badan dah seram sejuk dan masih berbatuk-batuk kecil. Nasib baik masa drive balik tue okey dan selamat sampai ke rumah. Nantilah kalau saya free saya upkan N3 Part tue, memang happeing sangat. Sebab tue sayang sangat kalau saya miss party tue.

Then Sabtu memang melepek kat rumah ajerlah, tapi sebelah petang kena hantar juga anak-anak ke kelas swimming. Biasanya belah pagi, tapi disebabkan swimming pool digunakan untuk acara antarabangsa, so jadual kelas ditukarkan ke petang.

Hari ahad plak ikut En.Hubby pergi shooting. Cheeewah, haaa terperanjat dengar. En.Hubby saya bukan artis tau, tapi ni diorang shooting untuk commercial iklan untuk cooperate. private, tak boleh dijadikan sebagai tontonan umum. Bukan yang gitu-gitu tu tauuu....! Gila! kalau ada yang pernah baca pasal N3 En.Hubby Pergi Shooting dulu tau lahhh... nanti saya plan nak up N3 jugak pasal En.Hubby pergi shoot kali ni sebab saya ada kat lokasi kan. Hehehehe.... 

Malam semalam pown tak ketinggalan tengok bola dengan kawan-kawan En.Hubby dekat kedai Mamak. Huhuhu...macam manalah boleh seri kannnn. Tugasan berat sikitlah kat Thailand nanti. Mesti menang atleast 2-0. Sama-samalah kita dolakan Harimau Malaya yeaaa.

Hurmmm banyak sangat nak cerita kannn... Tapi masa tak mengizinkan. Saya kena baca buku sebab saya ada paper pertama Jumaat ni. Then paper kedua pada 23 Dec dan paper ketiga pada 29 Dec. Haaaa, tu yg tak dapat joint GSF Gathering. You all ada baca N3 kat blog Mama tak pasal ATURCARA SEPANJANG GATHERING GSF? Yang tak dapat pegi mesti jeles kannnn..... banyak aktiviti-aktiviti menarik. Tapi walaubagaimanapun saya tetap akan beli T-Shirt yang gojezZ tueee..

Malam ni En.Hubby pergi shooting lagi, taktaulah pukul berapa balik. Malam ni jugak aqil dah start semula kelas mengaji dia sebab ustazah dah balik dari Makkah. Malam ni jugak saya akan teruskan membaca untuk dapatkan keputusan yang cemerlang. Alhamdulillah, result untuk assignment dah keluar. Ada juga bekalan, sebab markah lulus dah ada. 

Alhamdulillah, nampaknya hantaran saya ke GSFian dah sampai (antaranya dah buat pengakuan). Syukurlah, sebab saya tak pernah buat normal pos untuk barang. Ni hanya cuba-cuba, tue yang letak stamp sampai singgit 2. Tapi sebenarnya ada sedikit lagi belum di pos kan, sebabnya saya tak sempat. Haritu masa saya pos yang round pertama tue saya kan cuba-cuba jer. Stamp pulak habis, tak cukup, kena beli dekat pejabat pos, malas. Sampul pown tak cukup (hehehe sabor jerlah). Tinggal kalau tak silap ada 6 orang akan dapat tak lama lagi. Sebab saya dah beransur baik, esok saya akan ke pejabat pos beli stamp dan pos kan terus.

Hurmmmmm....itulahhhh. Demi Masa kannn. Memang kita akan cakap tak sempat, tak cukup masa, kejap-kejap, walhal putaran masa tue sama jer hari-hari. Sepatutnya dah lama hidup nie dah biasa dengan Encik Masa dan sepatutnya dah boleh manage En. Masa dengan sebaiknya. Takpalah, bagi yang saya tak muncul di blog-blog kalian tue bagi tahulah. BW saya boleh buat di office jer sebab guna handphone jep. 

Okeylahhh untuk malam nie. Rasanya dah banyak sangat membebel. Bosan pulak korang baca.

OK Tata Titi Tutu.... Takda gambar malam nie :)



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

10 November, 2012

Aktiviti Cuti Sekolah~~

Cuti sekolah telah rasminya bermula pada hari ini. Jadi, pasti ramai ibu bapa yang tercari-cari aktiviti yang boleh memenuhi hari anak-anak di sepanjang cuti persekolahan. Iyelah kannn...bagi anak-anak yang sudah terbiasa terdedah dengan i-pad, PSP, android atau komputer, pastinya tak berapa kesah kalau percutian mereka hanya di rumah sahaja. Tapi bagi anak-anak saya, mereka tidak berapa suka aktiviti di dalam rumah, terperap mengadap bahan-bahan terknologi yang akhirnya memberi kebosanan mereka. Peluh pun tak keluar, last-last diorang bergaduh sesama sendiri.

Sekarang ni saya bersama anak-anak sedang berada di Perpustakaan Awam Negeri Johor, yang terletak di Jalan Yahya Awal. Kalau orang Johor pastinya tahu tempat ni yang berhadapan dengan Pejabat Besar TNB. Lagi mudah....berhampiran dengan Sekolah Convent. 

Perpustakaan awam Negeri Jhor ni buka hari-hari termasuklah hari Sabtu dan Ahad sampai pukul 5 petang, melainkan cuti umum dan cuti minggu pertama.

Perpustakaan Awam Negeri Johor

Yang menariknya, dalam perpustakaan ni ada Petrosains. Samalah macam yang di KLCC tue cuma Petrosains di PPAJ kecil sedikit. Walaubagaimanapun banyak juga terdapat gadjet-gadjet sains dan permainan-permainan yang menguji minda. 

Petrosains PPAJ

Lagi satu, dalam perpustakaan ni dibolehkan makan. PPAJ menyediakan cafe lagi berhadapan dengan Petrosains dan bagi ibu-bapa yang hanya mahu menghantar anak-anak ke sini, boleh duduk di cafe berborak dan biarkan anak-anak bermain dengan selamat dalam Petrosains atau bilik bacaan kanak-kanak yang juga terletak berhadapan dengan Cafe PPAJ.

InsyaAllah, esok kami akan datang sini lagi sebab.................... kami masih dalam usaha menyiapkan assignment kami berdua dan persiapan untuk menghadapi peperiksaan pada akhir November 2012.

Owh yaaa, sebelum kami ke sini tadi, awal-awal pagi lagi kami ke Mutiara Sport Club di Taman Dato Onn. Aktiviti biasa seperti minggu-minggu lepas, di mana Danish dan Aqil ada kelas berenang.


Maka, setiap minggu dari pukul ~9 atau 10 pagi sehingga matahari naik tegak atas kepala kami akan berada di Mutiara Sport Club kerana selepas kelas renang, macam biasalah budak berdua ni masih tak mahu naik lagi. jadi, kenalah layankan aja. Kelas renang nya hanyalah 1 jam, tapi kadangkala cikgunya pun anjakkan sedikit sehingga 10-15 minit.

Haaa, bagi yang tertanya-tanya tue, berapa kos mengikuti kelas renang di sini bersama Cikgu Zaini, seorang hanayalah RM80.00 sahaja, caj sama saja sama ada kanak-kanak ataupun dewasa. Waktu kelas kita boleh pilih sendiri mengikut kelapangan cikgu dan kita. RM80 tu caj untuk sebulan di mana ada 4 kali kelas, dan setiap kelas 1 jam. maknanya RM80 tu untuk total 4 jam. Tapi ni untuk orang Johor aja tau, tapi kalau yang jauh-jauh tu boleh lah anggap ini sebagai anggaran sahaja. Jadi tak lah asyik fikir kelas berenang tu mahal. penting yaaa kelas renang ni, kita kena tahu berenang lebih-lebih lagi yang sukakan sukan air tue.

Okey, itu sahaja untuk hari ini. Esok Danish ada Kelas Matematik pantas pula di sebelah pagi. selepas kelas matematiknya, insyaAllah kami akan ke PPAJ lagi.

Penuhilah cuti sekolah anak-anak anda dengan aktiviti yang berfaedah....




##pstttt.... tadi kami makan tengahari di Warung Batu. Siapa tahu ianya di mana? Warung ni dah berpuluh tahun bertapak di Bandar Johor Bahru.





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

05 November, 2012

Good Luck Niece on your SPM

Assalammualaikum....

Nak ucapkan Good Luck untuk my favorite Twin Azza & Azie kerana esok mereka akan menduduki peperiksaan SPM. Tak lupa juga pada my Sweety Diba.


Aunty curik gambo u all kat FB. Hehehehe....sori

Aunty tak ada apa-apa untuk u all bertiga, walaubagaimanapun Aunty doakan u all berjaya. Sorry kalau kata-kata semagat ni lewat, maybe u all pun tak sempat nak baca. But its okey, u all don worry, kawan-kawan Aunty juga akan doakan u all.

Sikit jer nak pesan.... Percaya pada diri sendiri dan Aunty percaya kamu bertiga boleh lakukan. Tips utama untuk berjaya adalah mesti sentiasa ingat 'prinsip hidup' atau kata-kata yang kita buat sendiri. Sebagai contoh "Ya, Aku Boleh" atau "Aku perlu untuk dapat 9A" dan sebagainya. As a student, Aunty percaya kamu semua ada kata-kata semangat atau ayat motivasi bagi membangkitkan semangat menghadapi peperiksaan.

Jangan cepat mengalah, Aunty doakan agar kamu bertiga tidak kalah lebih awal. Ingat! kegagalan hari ini memberi penyesalan untuk hari esok dan selamanya. Ayuh! Bangkit dan teruskan berjuang. Kejayaan atau kegagalan berpunca dari diri kita sendiri.

Selamat Maju Jaya.
Kita menuju ke puncak kejayaan!

Owhhh ya, u all dah dapat suntikan HPV belum????





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

13 October, 2012

Mood ~ Sedang Siapkan Assignment

Agak-agak you all lah kan.... bila baca arahan/soalan bawah ni, cerita apa yang sesuai?

Saya ingatkan nak buat Filem Avatar, mesti adventure kan... Ataupun cerita King-Kong, haaaa dalam filem tu ada masalah pertuturan dan dalam membina perhubungan. Tapi apa kata kalau relatekan dengan cerita kartun, macam Madagascar ker, cerita tentang persahabatan. Ishkkkk...pening jugak ni. Tarikh hantar tugasan 18 November 2012.


Bukan jer nak fikir tugasan saya, malah tugasan en.hubby jugak ni.

Sekarang ni pun sedang pening kumpul bahan untuk presentation esok. Kena ada slight show pulak....Haduyaiiii.....

Takpa-takpa, tak boleh merungut, sendiri yang dah kata sanggup.
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...