18 May, 2010

Keperluan untuk pergi Holiday, especially ke Pulau

Hujung minggu ni, aku akan bercoti (berhoneymoon) berdua ngan hubby ke Pulau Tioman. Actually percutian tersebut disponsor oleh Sunward Pharmacetical Sdn.Bhd. Kami bertolak pada hari Jumaat 21/5/10 sehingga Ahad 23/5/10. OK ahh tue, 3 hari 2 mlm (siapa nak bagi). Nak tau kitorg menginap kat mana, Berjaya Hotel (5star tue).....

Kadang2 klo jln gmana2 ni, ada aja yg brg yg teringgal kat rumah. Nasib tak baik, ada barang penting yg tertinggal. Hopefully ini dapat membantu saya, tak semuapun yg wajib dibawak (Thks to Ms.Naema who proposed this list):


Keperluan wajib


  • Duit / kad ATM / kad kredit - buat beli souvenir atau benda² lain

  • Kad Pengenalan - lesen memandu tak penting kot, bukan nak driving pon kat sana

  • Handphone - buat main internet pakai WiFi hihihi

Pakaian

Bawa secukupnya utk siapa yg malas bawak beg besar
  • Baju biasa - naik turun feri & bersantai di tepi pantai yg indah -

  • Baju mandi - tak kira la swimming suit / swimming trunk / bikini (hint²)

  • Baju tidur

  • Underwear - disposable boleh, yg biasa pon boleh. Siapa nk rasa seksi, tak yah bawak

  • Baju untuk dinner ♣Hawaiian Nite♣

  • Towel - kalau tak mo pakai yg hotel dah bg

  • Sweater

  • Stokin

  • Topi

  • Spek mata hitam

Toiletteries

bawa size kecik je, buat pakai 2,3 hari. tak pon share dgn teman sebilik

  • Sabun mandi

  • Syampoo

  • Berus gigi & ubat gigi

  • Pencuci muka

Barang² keperluan perempuan :)


  • Peralatan mekap - foundation, bedak, lipstik, eye shadow, eyeliner, blusher, make up remover

  • Mosturizer

  • Lotion

  • Deodorent

  • Sunblock - kalau takut hitam

  • Minyak wangi

  • SIkat rambut

  • Tisu

Barang² lain


  • Peralatan sembahyang - sembahyang jgn lupo

  • Charger - charger hp, camera

  • Kamera - apalah guna bawa charger kalau kamera tak bwk

  • Bateri Kamera

  • Ubat² - ubat mabuk (Dimenhydrinate Tab), Pamol Tab, Polarax / Polarine Tab, Sunizine Tab hahahaha

  • Minyak angin

  • Air - Mineral water dll (kat sana mahal)

  • Jajan

  • Plastik xtra - isi baju basahan

  • MP3 / MP4 player
Harap2 takde yg tertinggal, kalau tak haru ler kena beli kat sana. Dah ler Mahal2 belaka.....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

17 May, 2010

Sebelum pergi sila periksa bil anda.....

Sabtu yg lepas, aku gi berjimba2 dengan budak2 opis...kitorg pergi main bowling, makan2, shopping.

Dari seawal pg jam 8.30 sumer dh melepak kat Restaurant Bumbu Uda. Pastu, dlm kul 10 kitorg berangkat ker Danga Bowl (Blahh pown sbb tukang meter dh ronda, kang tak pasal2 kena 30hengget). Tapi malangnya bila sampai ke Danga Bowl, sumer lane telah di booking, diorg ada tournament, so kitorg beredar ler ke Leisure Mall, seb baik masih ada lane kosong walaupun tlh dibooking oleh Kastam.

Abis main, masing2 dah lapor balik (maklumlah makan roti prata jewr, itupon dibelanja oleh Nae') so kitorg beredar plak ke Singgah Selalu Danga Bay. Masa makan mcm biasalah, kalau dah ramai2 tue, mengutuk mengumpat aktiviti biasa (Siapa yg ado taulah saper yg kita kutukss....kengkawan nak load ker pic minah tue kat sini? alaaa yg tajam2 tue) Ihikkss, mampuih aku kena saman kang. Lepas makan, cepat2 check bill sbb nak bayor memasing. SS kira dlm 1 bil, so kitorg kira settle kat situ jugak ahh. Bagi punya bagi, ko yg nie, ko nyer yg ni, aku makan byk nie.....aleh2 ehhhh ada lebih 1. Saper nyer plak nie? Lagi hanget, air mineral pown kira gak walhal kitorg tak sentuh pown. Hmmm takleh jadi nie, so kaboekan kat tukang key resit tue. Eeehhh dia tak percaya plak....Amboi cik kak, ni menda makan jadi darah daging, takkan kitorg nak tipu plak, kitorg pown takler terus tuduh cik kak salah kira, maybe ada misunderstood somewhere. Wahhh...pastu dia check ngan Manager yg in charge masa tue, powwnnn tak caya gak. Pastu dia suruh cari sapa yg kira makanan kitorg... Haa tue tue, mamat tu lah (sambil kitorg sumer tunjuk org yg sama kat mamat kuru kedengkit). Ehhh mamat ni pown tak caya gak dia salah kira. Last2 diorg ngaku gak, so manager tu mintak jasa baik nasi campor yg last berharga RM6.50 tue ditolak, dan juga air mineral 2 botol RM3.00 jugak ditolak. Uihhhh kalau dicampor tue RM9.50 dah kira 1 org nyer makan. Sapa kalangan kitorg yg baik hati nak bayorkan tue. Bukannya kitog ni kudukut...tapi ni soalan perniagaan makanan, mana leh buat camtue, sonang2 jor nak kasi diorg tips lebey. Amboi2, padanlah....ehem ehem.

So, peringatan pada semua, tak kiralah makan kat Singgah Selalu ker, restaurant2 lain ker, SILA SEMAK BIL ANDA DAN PASTIKAN AMOUNT YG DIKIRA SAMA DENGAN YG ANDA DAPATI. Lebih2 lagi bila......:-

1. Anda makan lebih dari 5 org dan yg membayornya sorg, lebih2 lg yg bayor tue mmg manyak luit tak berkira sgt. So, org2 inilah penyumbang kekayaan restaurant2 seperti ini.

2. Makanan yg ditempah tak sampai, tapi masih dikira dlm bil.

3. Kedai2 mamak ada yg sediakan (diorg letak jer atas meja kita), seperti otak2, kacang rebus, telur pindang, haaa kalau korg tak makanpown kadang2 diorg kira. Kalau mmg diorg nak kira, sila ambil apa saja yg ada atas meja tue termasuk pinggan2 nya skali...uhukkkss.

4. Perhatikan juga harga brg /makanan yg anda order. Kadang2 tidak reasonable langsung dan tiba2 mahal yg tak sepatutnya (tak sama dgn menu card). Haaaa yg ni pown kena ambil kira jugak.

5. Bagi yg suka beli drive thru pown sama, sila semak brg sebelum pergi. Ini perkara biasa (aku biasa kena pownnn) Kadang2 air tak cukup 1 larrr, bagi salah burger lah, itu takder, ini takder. Kalau ada beli kids meal yg ada menan tue pown kena check jugak, kadang2 diorg lupa letak. Tak pown korg boleh jugak nengok mainan tue dah penah dpt ke belum, at least leh tukau yg lain.

OK....selalu beringat yer.........bukan kudukuttt tapi hendakkan kejujuran saja.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

16 May, 2010

Cikgu... tak akan ku lupa jasamu

Hari ini 16 May 2010. Semua orang tahu tarikh ini, sama ada yang masih bersekolah atau yang sudah meninggalkan alam persekolahan pasti tahu hari ini.

Selamat Hari Guru...

Agak lama juga ku tinggalkan zaman persekolahan. Lebih kurang 13 tahun, sekarang ni anakku Danish pula sudah bersekolah... Keadaan persekolahan sekarang jauh berbeza dengan dahulu. Pada awal tahun ini, Kerajaan telah menganugerahkan Pingat Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kepada 20 buah sekolah menengah & rendah terpilih. Habuan yang diterima sangat lumayan, bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap kecerdikan pelajar2 sekolah tersebut. Di bawah ni saya senaraikan 20 buah sekolah yang terpilih itu, mungkin ada yang tahu, tapi mungkin terlupa;

1. Sek.Men.Keb.(P)Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.
2. Sek. Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.
3. Sek. Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.
4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.
5. Sek. Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.
6. Sek.Men.Keb. Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
7. Sek.Men. Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.
8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.
9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.
10. Sek.Men.Keb. Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.
11. Sek.Men.Keb.(P) St. George, Pulau Pinang.
12. Sek.Men. Sains Tuanku Syed Putra, Perlis.
13. Sek. Sultan Alam Shah, Putrajaya.
14. Sek.Men. Sains Muzaffar Syah, Melaka.
15. Sek.Keb. Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
16. Sek.Keb. Zainab(2), Kota Bharu, Kelantan.
17. Sek.Keb. Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.
18. Sek.Keb. Convent Kota, Taiping, Perak.
19. Sek.Keb. Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
20. Sek.Keb. Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor.

Kebijaksanaan pelajar2 20 sekolah teratas adalah disebabkan oleh beberapa faktor;
1. Pelajar itu sendiri yang sememangnya bijak & cerdik
2. Keadaan sekolah yang dilengkapi dengan alat bantuan mengajar.
3. Guru2 yang ditempat di 20 sekolah di atas adalah antara guru2 yang terbaik
4. Keadaan sekolah yang menempatkan pelajar2 pintar
secara tidak langsung pelajar2 yang kurang pintar juga menjadi cemerlang
ini disebabkan oleh faktor kawan sebaya

Habuan yang diterima sangat lumayan iaitu sebanyak RM1juta untuk setiap sekolah... Wow banyak tue. Jadi, Kerajaan telah memperuntukkan RM20juta untuk 20 sahaja sekolah di Malaysia. Bagai mana pula nasib sekolah2 yang lain? Lebih2 lagi sekolah2 yang berada di luar bandar seperti di kampung2, di hutan (sek. orang asli), sekolah2 agama yang sememangnya tidak mendapat perhatian pihak kerajaan. Harap jangan dilupakan, kerana di sekolah2 terpencil juga ada anak2 kita yang sangat bersungguh2 untuk belajar. Kecermerlangan mereka pasti akan melebihi dpd pelajar2 yang berada di 20 buah sekolah yang disebut di atas sekiranya lengkap bantuan mengajar, keadaan sekolah yang baik, guru2 yang terlatih, prasarana yang cukup.

Walaubagaimanapun, saya berbesar hati menucapkan Tahniah atas usaha yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang begitu bersungguh memartabatkan pendidikan dinegara ini. Kepada Semua warga pendidik, terutama guru2 dan cikgu2, terima kasih kerana sabar dan tekun mencurahkan ilmu pengetahuan kepada anak didik.

Kepada guru2 yang telah mendidik ku di Sekolah Kebangsaan Larkin 2 (Tahun 1987-1992) dan Sekolah Menengah Dato' Abdul Rahman Yassin (Tahun 1993-1997), terima kasih tidak terhingga... Tak akan ku lupa jasamu.


Ni hadiah hari guru dpd Danish untuk cikgu kesayangan dia (wahhhh...dah ada cikgu kesayangan lagi tue) Namanya Cikgu Aina, mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris. Cikgu..cikgu.. tolong nengok2 aanak saya yea... :)

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

09 May, 2010

Babai Card Credit...

Huhuhuhu...nangesss... (sedeylah tue konon)

Hari Khamis lepas, card credit ku telah di potong secara rasminya oleh hubby ku. Hahaha...itulah akibatnya bila suka nak belanja tapi tak suka nak bayor (dah ada org tolong bayorkan, guna jewr lah). Tapi bila org yg bayorkan tue dah tak sanggup nak bayor, terpaksalah menghentikan kegiatan berbelanja menggunakan card credit ni (padan muka aku).


Card credit ni mmg jahat. Dia bukannya ada sensor leh stopkan or limitkan penggunaan. Slagi boleh zassSSs...bak kata org, gores tak menang2. Apatah lagi yg suka sgt nak shopping nie (termasuklah I). Alah, bukannya apa... taknak bawa cash dlm beg. Almaklumlah, penjenayah ragut ni sdg bermaharajalela dan sgt berkuasa. Tak taulah apa kuasa yg diorg pakai, tau2 jewr dlm beg yg dia nak ragut tu ada byk cash. So, jln yg sgt selamat jgn bawa duit byk2, tapi gunakanlah card credit. OK aper...gi jln mana2 hanya bawa 3 keping card ajer iaitu IC, Lesen Memandu, Card Credit. Masuk dlm poket sambil jalan melenggang mak minah.

Haa u all tau tak, start thn ni setiap card credit akan dikenakan tax sbyk RM50 setahun. Tapi tak sure plak setiap bank amountnya sama ker? Hmmm lebey kurang ahh, tapi byk tu. Itu belum termasuk lagi caj lambat bayor. Lebih kurang 18% setahun. Kalau hutang card credit tu RM5000, maknanya korang kena bayor bunga sbyk RM900 iaitu bersamaan RM2.47 sen sehari. Uihhh cukup nak beli nasi campor tau, takat nasi+sayor+telor, ok ahh kenyang jugak...

Cuba kalau kira yg korg ni mmg suka nak berhutang tapi tak reti bayor. Contohnya credit limit RM5000, and korang dh guna abis. Pastu card tu hang...sampai setahun 1sen pown tak penah bayor. Maknanya...hujung tahun yg pertama amount dh jadi RM5950, bila thn kedua plak dah jadi RM7071, bila thn ketiga plak dah jadi RM8393.78, bila thn keempat plak dah jadi RM9954.66 dan seterusnya.... Itulah yg jadinya muflis tue kalau smpi 10thn simpan utang senyap. Tapi biasanya 6bln jer tak bayor2, bank dah menyusul pown dengan surat2 dari lawyer. Cukup jewr utang sampai RM30,000 akan diishtiharkan bankrupt. Itu yg sumer org takutkan, termasuklah hubby I.

Tapi takperlah, hubby ku telah gantikan dgn Debit Card. Harap2 bila I nak pi shopping U masukkanlah lebih2 sket....(pleaseeee)

BTW, TQ C'yg sbb sudi bayorkan Card Credit I walaupun kadang2 amountnya sgt memeningkan kepala. I janji takkan buat lagi...(mmg pown sbb card creditnya dah tak dok). Bagi kawan2 yg belum ada card credit tue, hmmm tak payah lah susah2 nak apply, buat menyusah jer nanti. Bagi yg dah ada tue, kurangkanlah berbelanja yg tak berapa patut tue. Kalau reti nak bayor tak per lah jugak.

OK...Selamat Berbelanja Dengan Bijak!!!

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

07 May, 2010

Pn.Tugirah Abu Bakar & Pn. Jamiah Taib : SELAMAT HARI IBU

Mungkin anda pernah terbaca artikel ini. Tapi saya rasa tak mengapa kan kalau di baca berulang-ulang kali sebab inilah reality kehidupan. Tiada kesilapan yang tidak berulang. Jadi saya dengan berbesar hati mempamerkan artikel ini di blog saya sempena hari ibu pada bulan May ini.

Orang kata aku lahir dari perut mak... (bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati....... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan ..... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku...... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari..... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu... aku ingat pasanganku Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya..........
Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu".

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

03 May, 2010

Kucing Comel : Kiki dah tak kesot lagi

Kami jumpa Kiki di kawasan jualan pasar karat kat Seget. Anak sedara I lah yg beriaya-iya nak bawak balik si Kiki ni (masa tue lom bg nama). First time kitorg jumpa dia, comottttt sangat lepas tu macam lemah ajer. Maybe kucing ni lapor. So, anak sedara I trus bawak masuk dlm kereta.

Sampai kat umah, Kiki ni pasif sgt. Aiza (adik ipar I=mak pada Naufal & Naqeeb) trus belikan dia bakul kucing untuk simpan dia dlm tue sbb dalam umah kami ada sekor kucing betina yg sgt garang...hmmmm...namanya Simpul.

Beberapa hari kemudian kitorg dapati si Kiki nie rupanya cacat. Dia jln mengesot, Aiza bwk dia gi Klinik Haiwan (Veterinar) yg kat Larkin tue. Dr. kata tulang punggung si Kiki dah patah. Aduhhh kesiannya Kiki, mak pula dah bising2 sbb takut kucing kecik ni berak sepah2 dlm umah. Tapi, tak...si Kiki ni pandai plak amik hati, dia memberak kat dlm tandas (jgn tak caya, tak siapa yg ngajor). Lama-lama mak dah naik sayang kat si Kiki ni, termasuklah ayah.

Masa tue, kitorang dah plan macam2... nak buatkan dia kaki beroda lah. Nak pakaikan tongkat kat kaki dialah biar dia leh berdiri & berjalan. Hmmm... tak dpt bayangkan kalau Kiki membesar tanpa kaki. Kiki sgt aktif bermain dan manja.

Tapi rasanya tak perlulah kitorg bersusah payah untuk membuat Kiki berjalan semula. Sebabnya, Ayah dah jadi tukang urut rasmi...hmmmm...Ayah mmg terror bab2 mengurut ni, bukan urut batin tau...urut patah2. Dulu penah ada abg kat ngan umah kitorang jatuh tangga sampai patah punggung. Ayahlah yg urut sampai dia boleh jln semula, beranak penak plak lepas tue. OopsSss... So, harap-harap Ayah dpt memberikan sinar baru pada Kiki.



Tiap2 hari ayah balik dari keje, dia akan urut si Kiki nie. Si Kiki pown cam tau2 jer, sbb Kiki akan tunggu depan pintu waktu ayah dah nak pulang dari keje. Tak padan dgn kesot...melompat2 lagi tue siap geleng2 kepala. Lama jugak ayah mengurut si Kiki ni, hampir tiap2 hari. Akhirnya Kiki dapat berjalan kembali, tapi lawak sket sebab dia jalan menjinjit. Uihhhh kalau berlari dah macam kijang sbb bahagian perut hingga ke kaki sgt kurus. Ayah membahasakan dirinya pada Kiki 'Atok'... sweet sgt. So, hasilnya Ayah berjaya membuat Kiki berjalan semula. Congrats to my Dad....


Maka, kami akan jaga si Kiki nie dgn baik sbb Kiki sgt comel dan cerdik...Kiki pown macam tahu saja kitorg sumer sayang kat dia. Dah pandai bergurau, menggigit tu biasalah tapi tak sakit. Nampaknya Kiki dah kenal kami sbg tuannya, nak-nak kalau mak yang panggil....wahhh laju btul dia lari. Kalau Kiki nampak mak mengayip (makan) Kiki akan menegur dan menanya2 mcm mintak sikit. Siap berusaha lagi nak memanjat kerusi ke meja ker yg berhampiran dgn mak supaya mak boleh nampak dia.

Hahaha...selamat tinggal Simpul yg suka menggigit...Ayah pown dah tak belai2 Simpul lagi.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...