28 September, 2012

Senyum Simpul :))

Jom senyum simpul ramai-ramai...





Maaf kalau saya jarang berN3, jarang BW, jarang singgah ke blog2 kalian, jarang bertanya khabar. 

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

27 September, 2012

Setingkat lagi...

Alhamdulillah, semalam usia saya meningkat setahun lagi. Saya tak suka sembunyikan usia saya, dan dengan bangganya saya mengumumkan di sini saya berusia 32 tahun.... weeee~~~~~~

Bersyukur saya kerana Allah s.w.t masih memberikan saya peluang untuk menghirup udaranya secara percuma serta berpijak di buminya tanpa sebarang bayaran. Saya diberikan kebebasan untuk pergi ke mana saja yang saya suka. Sungguhpun begitu, saya sangat menghargainya dengan membataskan pergerakan dan pergi ke tempat-tempat yang hanya diredhai Nya. Amin~

Terima kasih kepada semuanya mendoakan saya semalam sama ada secara langsung, melalui SMS, panggilan telefon, ucapan secara terbuka di FB dan juga di blog yang tercinta ini. Kalau ada yang perasan N3 saya semalam bertajuk GLAMOROUS. IhiikkkK, actually saya perasan diri sendiri, tiba-tiba jadi famous dalam 1 hari, terasa macam ada ramai sangat peminat. Hehehehe....

Ucapan saya dipagi yang hening semalam:

" Alhamdulillah, pagi yang indah. Moga berkat hujan pagi ini memberikan seribu rahmat pd kita semua. Hujan yg turun diharap dpt menyiram doa2 kalian agar subur dan makbul."

♥ terimakasihsemua ♥


InsyaAllah saya akan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik dari hari-hari yang saya lalui sebelum ini. Kerana ketidaksempurnaan inilah yang mengajar saya erti sebenar hidup ini. Saya tak sempurna tapi masih mengharapkan kesempurnaan untuk insan-insan di sekeliling saya. Saya sangat bersyukur kerana sepanjang 32 tahun ini saya dikelilingi oleh insan-insan yang benar-benar menyayangi saya. Saya berdoa dan mengharap agar Allah s.w.t. tidak putus-putus memberikan saya nikmat itu.

Terima kasih Allah atas segala-galanya.




p/s: jgn tanya hadiah apa...itu semua rahsia :)





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

26 September, 2012

WW : Glamorous


gambo curik kat google

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

22 September, 2012

Pendebat Setia

Terima kasih yang tak terhingga pada semua pengunjung setia blog Cinta itu Misteri. Hari ini saya baru perasan yang Chic Na telah menjadi blogger yang paling setia memberikan komen-komen di blog saya. Inilah buktinya;


Saya mengenali Chic Na melalui GSF, maknanya kami berkenalan tak sampai setengah tahun. Tapi saya merasakan dah kenal sangat lama dengan Chic Na. Begitu juga dengan GSFian yang lain, mereka semuanya baik. Sentiasa memberi komen-komen yang segar dan membina terhadap setiap N3 saya. Sampaikan ada  antara mereka sering memohon ribuan maaf kerana tak dapat berkunjung ke blog. Jangan risau, saya terlalu terbuka dan tak mungkin akan memaksa kamu semua berkunjung dan berkomen setiap N3 di blog saya.

GSFian yang lain, saya sayang semua. Dengan ini saya juga mahu meminta maaf kalau adakalanya tak berbalas kunjungan ke blog kalian.

InsyaAllah, akan ada sesuatu untuk Chic Na nanti. 


** mencari follower ke 500 **




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

♥♥♥ TAHNIAH SHILA AMZAH ♥♥♥

TAHNIAH SHILA AMZAH kerana telah menjuarai Asian Wave 2012 di Shanghai, China!


Photo: TAHNIAH SHILA AMZAH kerana telah menjuarai Asian Wave 2012 di Shanghai! Anda memang sangat berbakat dan layak! You make us proud! #TahniahShilaAmzah

Daripada 30 orang peserta, hanya 12 orang terpilih ke final yang telahpun berlangsung pada 20 September tempoh hari. Pusingan awal adalah pada 31 Ogos sehingga 6 September yang lalu. Pada pusingan pertama, Shila Amzah menyanyikan lagu "Set Fire to the Rain" dan pada pusingan ke-dua, Shila mendendangkan lagu kegemarannya sendiri iaitu "Forever Love". Pada malam akir, Shila Amzah benar-benar telah memukau ke semua juri dan seluruh penonton di stadium









:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

20 September, 2012

Kenapa Perlu Menyakiti Hati Orang Lain???

Nampak tajuk tue? Kenapa? 
Suka hatilah sangat kalau dapat sakitkan hati orang yea??? 
Bahgia sangatlah hidup tu kalau berjaya sakitkan hati orang lain?

Nak tau kenapa saya buat entry nie? Meh baca antara fb post kawan-kawan saya, hari ni jer saya dah baca lebih 5 keluhan hati rakan. Simpati saya pada mereka, walhal rakan-rakan yang disakiti hatinya, semua baik belaka dan saya dah kenal mereka sekian lama. Tak faham lah kenapa ada orang yang dengki dengan mereka.



Hidup kat dunia ni kan berkongsi, kenapa nak dengki sesama sendiri? Lagi satu perangai manusia yang suka cerita hal orang. Yang ni pun saya tak faham. Sudah-sudahlah tue, jangan ingat diri tu bagus sangat tau sebab kita tak tahu bila kita akan duduk kat bawah. Kadang tue, taklah tinggi manapun orang yang mulut jahat ni, sekali bentes jer confirm terjelepuk jatuh bawah. Tapi masih tak sedar diri, nak juga menjaja cerita orang lain kesana kemari. Dapat apa erkkkkk?

Saya paling tak suka bila orang yang belagak bagus. Dan yang paling teruk sekali, suka menjatuhkan air muka orang lain. Bak kata Nabil Raja lawak.... "Dia jer yang A"

Pigidahhhhh.....jangan ingat orang diamkan perangai mulut longkang awak tue, orang akan diam terus. Satu hari kamu akan tahu juga bagaimana nak cakap lembut-lembut sambil berperibahasa. Time tue, tahulah kita....mesti dia tu tengah bermasalah, nak minta kesian, minta bantuan, minta simpati, segala bagai.

Ingat!!!!! Tak semestinya orang yang kita sakiti itu akan balas balik tindakan kita, tapi..... akan ada 1000 lagi orang di luar sana yang mungkin juga kita tak kenali akan sakitkan hati kita tanpa kita sedari.

Ingat!!!!! CCTV Allah ada di mana-mana!! 
(meh baca N3 saya yg ni jugak)


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

18 September, 2012

Jadual Penerbangan Haji

Assalammualaikum semua.

Seperti yang sebahagian dari pembaca setia blog ni dan kawan-kawan yang lain ketahui, Ayahnda dan Bonda saya akan mengerjakan Fardu Haji pada tahun ini. Walaupun segala kelengkapan utama dari pihak Tabung Haji telah diperolehi seperti beg sandang, pas haji, gelang tangan, begitu juga pasport telah diserahkan kepada pihak Tabung Haji, tetapi sehingga ke hari ini kami masih tidak tahu bilakah mereka akan terbang ke Tanah Suci Makkah. Walhal, ada antara kawan-kawan Ayahnda & Bonda yang sama-sama mendapat khabaran berita ini sudah mengetahu tarikh penerbangan mereka.

Ada tak diantara anda semua tahu bagaimana untuk memeriksa tarikh penerbangan? Saya sudah cuba memasuki laman sesawang Tabung Haji, tapi hampa dan ini yang kami perolehi;



Jalan terakhir esok hari, saya akan cuba hubungi nombor telifon tertera 03-62071919 untuk mendapatkan maklumat. Tak tahu lah sama ada mereka akan melayan panggilan saya ataupun tidak. Walaubagaimanapun saya tak akan berkecil hati kalau jawapan mereka menghampakan saya kerana saya faham mereka juga perlu menjawab banyak lagi panggilan dari. Tapi kami pasti, InsyaAllah mereka berlima akan berangkat ke Tanah Suci tahun ini, cuma masanya saja yang belum pasti. 

Saya terbaca entry Anastasyea beberapa hari lalu mengenai jadual penerbangan haji, tapi masih belum dapat bagaimana caranya untuk memeriksa jadual penerbangan bagi individu. Menurut Anastasyea dalam blognya;

Tabung Haji sudahpun mengumumkan Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2012. Pada pukul 1.30 pagi (bertarikh 17-Sept-2012), seramai 320 jemaah haji pertama telah berlepas ke tanah suci, dengan penerbangan Saudi Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Jadual Penerbangan Haji Malaysia yang dikendalikan oleh Jabatan Haji dan Sewa Khas MAS melibatkan 33 penerbangan haji di seluruh negara menuju ke Jeddah dan Madinah bermulai hari ini hingga 19 Oktober nanti, membabitkan 14,000 jemaah.


Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2012

Jadual Pergi Jemaah Haji 2012
- Penerbangan Pergi Pertama (1 Zulkaedah) : 17 September 2012 (Isnin)
- Penerbangan Pergi Akhir (3 Zulhijjah) : 19 Oktober 2012 (Jumaat)

Jadual Balik Jemaah Haji 2012
- Penerbangan Balik Pertama (16 Zulhijjah): 1 November 2012 (Khamis)
- Penerbangan Balik Akhir (15 Muharram) : 29 Disember 2012 (Khamis)

Tarikh-Tarikh Berkaitan
- Wukuf (9 Zulhijjah) : 25 November 2012 (Khamis)
- Hari Raya Haji : 26 Oktober 2012 (Jumaat)
- Hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) : 27, 28 dan 29 Oktober 2012 (Sabtu, Ahad dan Isnin)


Nota : Tarikh wukuf berubah mengikut ketetapan tarikh oleh kerajaan Arab Saudi.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila layari Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2012 dan laman sesawang Tabung Haji Malaysia.


Doakan Ayahnda dan Bonda diberikan kemudahan dan lorong yang luas untuk menunaikan Fardu Haji mereka.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

15 September, 2012

LEGOLAND ~ KOTA ISKANDAR ~ NUSAJAYA ~ JOHOR ~ MALAYSIA

Hari ini secara rasminya Taman Tema Legoland yang terletak di negeri beta JOHOR (cheewah) akan dibuka. Pasti ramai yang dah tahu tentang kewujudan taman tema unik yang terbesar dan pertama di Asia ini. Dengan keluasan tanah 76 ekar, akan ada lebih 40 permainan, tarikan, pertunjukan yang disediakan di dalam taman tema LEGOLAND di Nusajaya Johor. 

Bagaimana hendak ke Taman Tema Legoland Nusajaya? Dengan bantuan GPS pastinya mudah, so, kalau ada GPS bolehlah guna code ini < N1°26'14" E103°37'2" >. Walaubagaimanapun, saya akan bantu juga anda yang lain yang belum ada GPS untuk pergi ke taman tema di negeri saya ini. Bangga nie.... hehehe...

  • Dari Johor Bahru/ CIQ/ Singapura melalui Tambak Johor, melalui jalan sepanjang Danga Bay, belok ke kanan selepas nampak Tune Hotel masuk ke Nusajaya, anda akan nampak papan tanda ke yang banyak menunjuk arah ke LEGOLAND. LEGOLAND akan berada di sebelah kiri sebelum sampai ke Kota Iskandar.
  • Dari Singapura melalui Tuan Second Link, anda hanya perlu memandu selama 10 minit sahaja. Masuk ke laluan keluar 'EXIT 312' sehinggalah anda akan nampak LEGOLAND Malaysia.
  • Sekiranya anda dari negeri lain. Semestinya anda melalui Lebuhraya Utara Selatan. Ataupun anda datang menaiki kapal terbang (bagi yang dari Sabah, Sarawak atau dari luar negara) , anda perlu turun di Lapangan Terbang Senai. Oleh itu daripada Lebuhraya Utara Selatan, sila masuk ke laluan keluar 'EXIT 253' terlebih dahulu iaitu papan tanda yang menyatakan Tuas/ Nusajaya/ Pontian/ Tanjung Pelepas, kemudian masuk ke laluan 'EXIT 312' dan anda akan nampak dengan jelas LEGOLAND Malaysia.

Tiket masuk pula, saya tak berapa pasti. Tapi khabarnya untuk sekali masuk, dewasa akan dikenakan RM110 (Citizen) dan kanak-kanak RM80 (Citizen). Untuk tiket tahunan, dimana anda boleh masuk setiap hari berharga RM240, dan yang ni tak pasti untuk citizen atau pelancong. 

Sebagai rakyat JOHOR, saya tak terlepaskan peluang untuk menjengah ke LEGOLAND. Dan pastinya ramai yang berada di Johor sudah masuk meninjau taman tema Legoland sebelum pembukaannya secara rasmi hari ini. Taman Tema ini telah dibuka secara tidak rasmi untuk rakyat jelata tercinta sejak 25 Ogos tempuh hari.  Tapi... janganlah jelous dulu, sebab masa kami masuk tempoh hari LEGOLAND belum dibuka sepenuhnya, so memang kami tak dapat main langsung. Cuma dapat meninjau-ninjau jer. Semua permainan masih sedang diuji. Akan datang, pasti lebih meriah apabila beberapa lagi taman tema akan didirikan di kawasan sekitarnya. 

Jom tengok apa yang ada kat dalam Taman Tema Legoland dari kaca lensa kami.


Putarajaya

Masjid Abu Bakar

Bukit Timbalan

Dataran Bandaraya Johor Bahru

Bandaraya Singapura

Ni di hadapan restoran 

Mr. Sleepy... giler kuat dia berdengkur

Aqil ditelan Singa

Madam Tweety

Okey... boleh pilih 1 mainan saja

Idaman Danish, actually dia nak beli yang harga RM1000++ tu


Selepas shoping barang dalam LegoShop

Ni di hadapan surau

Ni depan tandas

Mr.Papa our photographer

Kredit gambar juga diberikan pada kawan saya : Ajid 


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

13 September, 2012

✿ Jazakallahu Khairan Kathira ✿

Alhamdulillah, tahun ni kalau tak ada aral melintang, Ayah & Bonda saya akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan Fardu Haji. Mereka tidak pergi berdua sahaja, tapi bersama dengan 2 orang kakak Ayahnda yang dah macam ibu saya juga iaitu Aunty Midah & Wan Gayah serta suaminya Hj. Yusof b. Dahlan (haaaaa nama penuh you). Wan Gayah & Hj. Yusof dah beberapa kali ke Tanah Suci. Betullah kata orang, kalau dah jejak sekali mesti nak datang lagi dan lagi dan lagi. dan ada lagi yang akan terbang ke Tanah Suci bertawaf dengan Ayah & Bonda nanti iaitu Nenek Kudung dan menantunya. Alhamdulillah....


Gelang tanda nama dah dapat sebelum hari raya puasa tempuh hari. Maknanya dan confirmlah mereka akan berangkat tahun ini. Cuma, sampai sekarang masih belum tahu jadual penerbangan. Pagi tadi ayah dan Bonda dipanggil oleh pihak Tabung Haji untuk mengambil beg yang kedua. Beg yang pertama dah ambil iaitu beg sandang untuk simpanan barang-barang berharga seperti pastport, visa,, telepfon, buku nota (yang diorang gantung kat leher tue). tapi pagi tadi ambil beg besar sikit. Sampai di rumah barulah mereka buka. Terperanjat bukan kepalang Bonda saya, rupa-rupanya isi beg tersebut adalah barangan sponsor dari syarikat-syarikat ternama di Malaysia.



Ayahnda dan Bonda kirim salam pada semua syarikat-syarikat yang memberi sumbangan. 

JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA

Semoga perniagaan anda semua diberkati, terima kasih tak terhingga kepada;
  1. Tabung Haji Malaysia
  2. Bank Islam
  3. Kuwait Finance
  4. Colgate
  5. CCM
  6. Poise
  7. Secret Garden
  8. Felda Holding Berhad

Doakan perjalanan bakal-bakal Haji mencari Cinta Ilahi selamat pergi dan balik.

InsyaAllah, kami akan mengadakan kenduri doa selamat dan kesyukuran pada 16-September-2012 di rumah agam kami. Anda yang mengenali kami dijemput hadir untuk bacaan surah Yassin bersama Kumpulan Wanita pada jam 3.00 petang dan Tahlil lelaki selepas Isya'.

Allahuakhbar...




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

12 September, 2012

FB Quote today

"Dia makhluk Allah yang baik, 
Berbaloi tunggu lama, 
10 tahun pun tak mengapa, 
Biarkan dia membalas jasa,
Bahagia untukmu pasti ada.."

Saya tujukan kata-kata itu untuk seseorang yang sedang merangkak mencari cintanya. Semoga dia benar-benar temui cinta sejatinya. Cinta yang akan membawanya ke Syurga Jannah. Cinta yang akan membawanya bahagia selamanya hingga ke akhir nyawa. Dan sebenarnya, dia sudah menemui cintanya, tetapi masih meragui adakah itu yang dia cari. Jika benar kamu sudah menyintainya, cintailah dia sepenuhnya kerana daku pasti dia tak akan mengecewakan kerana dialah makhluk Allah yang hampir sempurna, mencontohi sifat-sifat Rasulullah dan sentiasa tunduk dan berwuduk.

pic credit to : AnnurNuha

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

10 September, 2012

Cinta... Untuk 3 Hari

Cinta buat saya bahagia.......

Cinta saya pada seluruh ahli keluarga,
Cinta saya pada dia yang tersayang,
Cinta saya pada rakan seperjuangan,
Cinta saya pada adinda kekanda semua,
Cinta saya pada binatang peliharaan,
Cinta saya pada persahabatan,
Cinta saya pada perhubungan,
Cinta saya pada perjuangan,
Cinta saya pada kecintaan,

Cinta saya pada Junjungan...
Cinta saya pada Yang Maha Esa...

Tak sabar nak tunggu 20 September, UNTUK 3 HARI

 

p/s: pada mulanya saya ingatkan filem ini sambungan Filem Cinta...
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

09 September, 2012

Beraya Sampai Lebam

Terima kasih semua yang sudi menjemput rombongan kami semalam. Terima kasih juga pada semua yang joint convoi raya semalam. You all memang gila.... Gila-Gila Remaja ~~~

Start beraya pukul 8.30 pagi di rumah Shuaidah. Jamuan nasi lemak, seperti biasa setiap tahun pagi-pagi buta datang umah orang bersarapan pagi. Itulah kita, kannnnnnnnnnnnnn....

Pukul 10.00 pagi dah bergerak ke rumah saya pulak. Wah korang kalau singgah rumah kakak yang ni memang lama kannnnn...... Kalau boleh nak tidur baring. Next year akan di arrange rumah yang satu ni kita pergi last skali. So, u all tido sini jer, i lagi suka. Jamuan..... haaaa tergezut korang ada Tutty Frutty. Hehehe, terima kasih kerana menjamu selera apa adanya.... ngeeee~~~~~

11.30 gerak ke rumah Aishah di Damai Jaya. Jamuan Soto nasi impit & mee, rojak petis dan ice jelly. Hahahaha, Aisyah siap-siap kena marah dengan mak dia sebab dia suruh mak dia masak simple2, bukannya apa kita ada banyak rumah lagi. tapi.... mak dia kata "Kau gila ke Aisyah, orang datang rumah beraya tak makan apa-apa!!!!" kehkehkehkeh..... tapi... mak Aisyah memang terror masak, kitorang nak vote mak dia kalau masuk Master Chef.

Pukul 12.30 kitorang gerak ke rumah satu lagi di Damai Jaya. Mula-mula Zamri ni nak cancel rumah dia sebab mak dia ada tugasan haritu. Tapi, biasalahkan....kitorang ni degil nak beraya jugak. Minum air kosong pun takpa. lastly, Zamri kata boleh datang rumah dia selepas di pujuk dengan manjanya...hikhikhik... dan... ada makan lagi you. Jamuan sama dengan rumah Aishah, Soto nasi impit & mee, rojak petis cuma takda ice jelly, yang ada feveret I okayyy.... Kopi-O hot-hot, perghhhhh.... Lega rasanya tekak ni bila pekene kopi.

Pukul 2.00ptg kitorang gerak ke rumah seterusnya di Ulu Pulai, rumah Zarina yang actually rumah adiknya. tapi kami dah tiap-tiap tahun jumpa mereka, so dah kenal family mereka semua. Tahun ni Zarina tak buat open house kat rumah mereka di Lima Kedai, so kami semua dijemput ke Ulu Pulai. jauh jugaklah perjalanan bagi kami yang first time pergi ni. Gila besar rumah dia. Jamuan laksa Johor, sate, wajik, kuih-muih. Kat rumah ni lama sikit sebab kami singgah solat Zohor skali.

Pukul 3.30 petang kami bergerak ke lokasi seterusnya di Kempas ke rumah Ismail. Lalu highway jer bayar tol RM2.30. Sampai rumah Ismail, rombongan dah jadi kecil, tapi tetap meriah. Kat sini masing-masing dah lepak sangat sampai ada yang dah baring-baring, mandi kan anak-anak. Jamuan nugget & hot dog sahaja, tapi alhamdulillah, kalau ada jamuan yang berat lagilah kami rasa berat hati sebab tak dapat makan, perut dah penuh. Sudi terima kami jer dah cukup, dapatlah berehat sebentar sebelum meneruskan rombongan yang seterusnya yang agak jauh sikit selepas ni.

Pukul 5.00 petang kami bergerak ke Pasir Gudang. Rumah pertama rumah Marizan, dia ex-mate kami. Dah berhenti tahun lepas tapi kami masih berkawan. Jamuan nasi pandan, ayam masak merah, ayam gulai dan rendang. Actually, malam tu rumah dia ada marhaban. Maknanya kami dah rasmikan dulu lah...

Kemudian, rumah seterusnya iaitu rumah terakhir dekat-dekat situ jer. keluar dari rumah Marizan jam 6.30 petang ke rumah Farra a.k.a A'ien, dia blogger jugak. U all boleh lah beraya ke blog dia kat sini. Agak lama jugak berborak sambil tengok Astro kat rumah Farra. Kitorang gerak balik kul 7.30 malam. 

Terima kasih semua......
  1. Cik Hasnah, Sheeqen & kembarnya
  2. Shuaidah, Zarina
  3. Wanie, Aidi
  4. Fidah, Asrul & Prince and Princessnya
  5. Alip, Ismail, Zamri
  6. Nizam
  7. Mieza, Wan dan Amoi tomei tomei tomei
  8. Lai, Ong dan Mervin
  9. Shareena, Safni, Farra, Aisyah
  10. Habibi dan keluarganya
  11. Shafiq
  12. Me & family
Total kereta kami berconvoi, 12 buah semuanya...... rumah last dah tinggal 6 kereta jer....

Jom layan gambar.


Di rumah Shuaidah, Taman Universiti


 *Tutty Tipurrtty *


Di rumah saya, Mutiara Rini


Di rumah Aisyah, Damai Jaya


Di rumah zamri, Damai Jaya


Di rumak adik Zarina, Ulu 


Bergambar beramai-ramai.. tapi dah kureng orang sebenarnya



Miss Safni with Wanie...


A'ein sedang melayan tetamu


Jom balik :)




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

10 Tahun sudah...


♥ Akad itu 1 dekad yg lalu ♥


10 tahun kau menjagaku

10 tahun kau menyayangiku 
10 tahun kau mengasihiku 
10 tahun kau melindungiku 


10 thn suka duka kita lalui bersama 
10 thn susah senang kita harungi bersama 
10 thn kita lakukan semua perkara bersama 
10 thn kita pedulikan segala kata-kata 


Terima kasih utk segala-galanya 
Moga kita akan terus bersama 
Melangkah dekad-dekad usia perkahwinan 
Sehingga hujung nyawa tetap bersama 
Doa dan restu ayah bonda merahmati kita 

Terima kasih Allah krn temukan aku dengannya... 


AKU SAYANG DIA
 KERANA 
DIA SAYANG AKU SEADANYAKU...





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

01 September, 2012

Dapatkan Semua Siaran Astro di TV Anda

Pengumuman Penting!!!

Sebelum tu saya nak tanya anda dulu beberapa soalan;
  1. Adakah anda berpuas hati dengan servis Astro?
  2. Adakah anda berpuas hati dengan caj yangdikenakan oleh Astro?
  3. Adakah anda pernah menelefon Astro membuat sebarang komplen?
  4. Adakah Astro anda pernah dipotong sebab lewat membuat bayaran bulanan?
  5. Adakah Astro selalu melakukan caj berlebihan ke atas bil anda atas beberapa kesilapan sama ada yang dibuat anda ataupun Astro?
  6. Adakah anda selalu ternganga mulut ketika rakan-rakan anda bercerita tentang siaran Astro yang tidak anda langgani?
Untuk semua soalan di atas, jawapan saya adalah YA!!! 
Tapi.... terpulanglah pada anda sekiranya ada antara anda yang mengatakan TIDAK.

Oleh itu, saya nak berkongsi berita baik ini yang telah saya simpan selama setahun dengan kawan-kawan.... Kini anda boleh menonton SEMUA siaran televisyen yang ditawarkan oleh Astro dengan caj yang sangat berpatutan dan sungguh menjimatkan. Semua okey termasuklah AOD, ABO, Warna, Sport, Astro First dan Astro Box Office. Jadi, apa yang anda perlu lakukan sekarang adalah, hubungi saya segera....jengjengjeng.... Bagi kawan-kawan yang dah ada nombor peribadi saya bolehlah telefon segera, tapi yang takda tue boleh discuss disini dulu.

Caranya mudah sahaja, dapatkan pakej kami
(pstttt....jangan bagi tahu Astro, nanti dia tiru).

  • Bil tahunan hanya RM300.00 sahaja. 
  • Tapi sebelum tu kena beli decoder berharga RM400.00. So, jumlah untuk tahun pertama adalah RM700.00.
  • Walaubagaimanapun, ada pakej yang lain iaitu untuk langganan selama 6 bulan = Decoder tetap RM400.00, bil untuk langganan 6 bulan hanya RM200.00 (kureng bebaloi sebenarnya)
  • Yang dah ada Astro, sila kekalkan piring Astro anda yang kat atas bumbung tue yeaaa, jangan cabut, bior ajer. Tapi kalau tak pernah ada Astro, sila dapatkan piring Astro dari kawan-kawan yang tak guna atau pi cari kat kedai besi buruk. Masih boleh guna tau kalau dah 10 tahun sekalipun dicampak kat kedai besi buruk tue.
  • Yang ni penting, kat rumah kena ada talian internet yang sangat laju. Guna broadband wifi pun okey jer sebab saya guna di rumah mak saya.Lebih disarankan, gunalah unifi atau streamix.
  • Apabila pembayaran dibuat, decoder akan di hantar melalui pos (tanpa caj penghantaran)
  • Pemasangan anda buat sendiri (plug &  play) insyaAllah boleh. Kalau tak jadi, boleh tanya.

Kemudian, apa yang perlu anda buat dengan Astro anda yang asal???
- Potong saluran Astro atau buat tak tahu sahaja sampailah Astro ada dipotong.


Inilah buktinya, saya pasang kat kampung dah setahun pun.












  • Jadi, lepas ni tak payah pening-pening nak kena bayar bil bulanan Astro.
  • Jadi, lepas ni tak payah bayar caj RM20.00 unk penyambungan semula sekatan.
  • Jadi, lepas ni tak payah gaduh dengan pegawai perhubungan pelanggan Astro lagi
  • Jadi, lepas ni boleh tengok semua siaran Astro ikut suka anda
  • Jadi, lepas ni tunggu jer filem-filem baru di AstroBox Office
  • Jadi, lepas ni boleh tengok Maharajalawak Mega 2012 gelak sampai pengsan



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...