28 February, 2013

Tunggang Langgang

Haduiyaiiii.....kenapa rumah saya macam tongkah pecah ni? Ayoyo!! Dah berapa lama tak kemas rumah ni weiiii? Serius ni, rumah saya dah tonggang tebalik. Hurmmmmm macam ni laaa bila 3 vs 1. Yang tukang kemasnya sorang, yang tukang nyerak 3 orang.

Nasiblaaaaa sorang tu tak kesah sangat kann... Kalau orang lain ni mesti dah kena marah, contohnya adik saya. Peringatan untuk isteri barunya, lelaki yang baru kamu kahwini itu pembersih yep. Kalau boleh satu habuk pun dia taknak dekat dengan dia. Tengok laaaa dia tue, wangi dia sebatu dah boleh bau.

Tak boleh jadi ni, saya kena kemas jugak sebab minggu ni saya ada gerak gempur penyiapan tugasan. Otak saya jammed tak boleh fikir bila rumah berserak. Tapi......saya penat la, macam mana? Selepas naik cuti CNY ni, banyak betul kerja kat office.

Macam mana? Haritu hubby ada sarankan panggil orang tolong kemas. Hahahaha, saya gelak jer sebabnya tak ada apa pun nak dikemaskan sebenarnya. Rumah saya pun taklah besar sangat. Takpelah, saya buat sendiri slow-slow nanti.

Selagi rumah kami tak terbalik macam rumah bawah ni, rasanya rumah kami masih ok kottttt.....

Eh....you all dah teka belum semalam saya kemana? Nak bagi hadiah ni, serious.... ada 5 hadiah tau nakmdiedarkan. Hadiah biasa-biasa jer.....


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

C.I.N.T.A cover by Gfadz



Hahahaha....saya dah kena jangkitan Nur pulak asyik upload video lagu dan lirik. Kan Nur.....kadang-kadang layan lagu best jugak. Tapi saya layan lagu versi unplug. haaaa, nak datang JB kan, boleh jer. Nanti saya bawa jumpa GFadz, kita layan acoustic sampai pagi. Ajak Lelamaisara @ Cute Mama sekali, dia dah dekat jugak ni....

Sebelum tidur, yuk layan lagu C.I.N.T.A unplug dari Gfadz...




Berapa kali ku harus katakan cinta
Berapa lama ku harus menunggumu
Di ujung gelisah ini aku
Tak sedetik pun tak ingat kamu
Namun dirimu masih begitu
Acuhkan ku tak mau tahu

* luka luka luka yang ku rasakan
Bertubi tubi tubi engkau berikan
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Tapi ku balas senyum keindahan

** bertahan satu cinta
Bertahan satu c i n t a
Bertahan satu cinta
Bertahan satu c i n t a

Pernahkah engkau sejenak mengingat aku
Pernah kau ingat walau seperti angin berlalu
Di setiap malam kini aku
Tak sedetik pun tak ingat kamu
Namun dirimu masih begitu
Acuhkan ku tak mau tahu

Repeat *
Repeat **
Repeat *
Repeat ** [2x]

Okey tak lagu ni....?

Setiap masa ingatkan kamu.....kamu dan kamu yang sentiasa menyinari hidupku....




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

27 February, 2013

WW : SHOPPING

Teka saya kat mana.... nanti bagi hadiah.



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

WW : Breakfast with Secret


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

26 February, 2013

Kalah Mati

Adusssss..... skang tengah tengok bola, Johor Darul Tazim FC vs Kedah kat restoran daddy saya. RESTORAN ISMAAIL... Geram tau, nasib JDT dah masuk 1. Cayalah Gueza, sumbatlah lagi. Kalah mati ni tau, buat malu jer. Team bertaraf bintang ni.

Tapi saya tetap suka dengan Baddrol Bakhtiar, kapten Kedah.

Huh....tak masuk lagi....

Actually harini tadi saya cuti. Pergi hospital, bawa ayahnda saya buat checkup. Dalam masa yang sama, saa pergi cabut gigi. Gigi garham, ingatkan sakit...tak rupanya. Huhuhuhuhu.....

Pagi tadi saya ada upload satu gambar burung merpati. Ramai yang tanya kat mana. Haaa bagi yang biasa di Johor Bahru, pemandangan tu saya ambil di sebuah restoran betul-betul terletak di belakang Hospital Sultaah Aminah, berhampiran dengan Hotel Testle. Nama restoran tue, Restoran Yassin. Dah lama jugaklah bertapak disitu, rasanya sejak saya di zaman kaak-kanak lagi. Owhhh ya, baginsesiapa yang nak makan kat situ, ada menu sarapan 1 Malaysia berharga RM3. Pagi tadi kami ada ambil menu roti bakar, telur rebus dan kopi yang berharga RM3. Lagi, mee sup dan teh-O dengan harga RM3 jugak.

Kemudian lepas semua urusan di hospital selesai, kami pergi makan di Bangunan Dato Jaafar berhadapan denan B-Point. Ramai juga orang Johor yang tak tahu ada restoran di angun bersejarah tue. Nanti lain kali saya kongsikan apa ang menarik di Bangunan Dato Jaafar. Ni tepek sekeping gambarbsaya dalam bangunan bersejarah tue. Pleasing skit lepas lunch...

Layan bola sampai habis ni...geram betul!
Kalah mati beb!!!!!


updated 12.15am : JDT 5 - KEDAH 4 (penalti)


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Ku Ingin Kamu - Romance Band



Ramai yang tanya GFadz nyanyi lagu apa untuk kami malam kelmarin yang saya upload dalam N3 Layan Akustik Lagi. Tapi kalau tak silap saya, saya pernah up N3 lagu ni....belek punya belek jumpa dah dalam N3 ni KUINGIN KAMU COVER BY GFADZ.

Lagu ni pernah dimuatkan dalam OST drama Cinta Buat Emelda. Ingat lagi tak?

Haaaa meh lagi sekali lirik lagu Ku Ingin Kamu yang asalnya dinyanyikan oleh Romance Band...

Demi semua yang aku jalani bersamamu
Kuingin kau jadi milikku
Kuingin kau disampingku

Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa surga dalam hatiku

ref:
Kuingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani…

Sentuhanmu
Bagaikan tangan sang dewi cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa

Back to ref

Di setiap arung gerak
Tersimpan di hati kecilku
Bahwa dirimu terindah untukku

Back to ref

ref2:

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernapas
Selama Tuhan masih mengijinkan
Kuingin selalu menjagamu

Back to ref2 [3x]

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernapas


Lagu ni hanya sesuai untuk orang-orang yang setia pada cintanya saja yeppp... Yang suka curang mencurangi antara satu sama lain tue, sila dengar lagu lain. Tengok liriknya; "disetiap arung gerak, tersimpan di hati kecilku, bahwa kamu terindah untukku". Haaaaaa, bila kita dah mencintai seseorang dan merasakan bahawa dialah yang dianugerahkan kepada kita, untuk bersama kita mengharungi suka duka. lagi lirik yang menyentuh... "Selama ku masih bisa bertahan, Selama ku masih bisa bernapas, Selama Tuhan masih mengijinkan, Kuingin selalu menjagamu"

Saya suka sangat lagu ini dan akan sentiasa ditujukan kepada cinta hati saya, cinta sampai mati....


Owhhhh ya, up pic ni saya baru teringat, ada goodies untuk GSFian. Ole-ole kerja kawin hari tue. Maafla terlupa nak pos walhal dah siap masuk envelope. Tinggal tepek stamp jer. Terima kasih pada semua yang mendoakan kebahagian adinda saya dan pasangannya. Semoga mereka kekal cinta sampai mati.


p/s: hari ni saya cuti kerja....


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Merpati Pagi Hari

Pagi...

Semua makhluk beterbangan mencari rezeki, seperti merpati.

Selamat sejahtera pada semua, semoga hari ini lebih baik dari semalam.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

25 February, 2013

Tuan Penasihat

Heyyy...heyyyy...heyyyy.... mau pigi mana haaaaa?

Bila tengok Chiko tidur kat tangga ni, tetiba teringat cerita P.Ramlee, 3 Abdul. Dengan misai kontot Chiko, belagak konon-konon tidur dengan nyenyak kat kaki tangga. Bila saya snap gambar dia, ehhhhh boleh pulak dia gerak-gerakkan ekor tue.

Chiko..... Chiko..... Actually ni tangga nak ke bilik pengantin baru. Haaaa, terngiang plak suara Qasidah; "malam ini kanda kena tidur di kandang kudaaaaaaaa"

Ada tak lagi sekarang ekkkk, mertua kahwinkan anak untuk bolot harta? Ishkkk ishkkk ishkkk.... tapi, kalau anak menantu yang perabih harta mertua ada. Haaa, memang banyak. Minta dijauhkanlah yeaaa kita-kita ni. Saya sendiri kadangkala segan bila balik ke kampung tu. Segala macam ibu mertua nak bagi. Itu ini, sampai dah tak larat nak menolak. Naik segan, kita tak memberi, malah dia lagi beri duit sekolah kat anak-anak kita.

Mertua you all semua macam mana erkkk? Ni adik ipar saya (lelaki) bakal membawa bakal menantu baru ke rumah itu. Agak-agaknyalahkannnn, tergugat tak kedudukan saya sebagai menantu kesayangan sekarang ini?

Wahhhhh....renung-renungkan.....



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Layan Akustik Lagi..



Semalam saya melayan acoustic live performance dengan kawan-kawan di Gangnam Bunga Tanjung Cafe, Hotel Garden, Batu Pahat. Biasanya saya dengan en.hubby jer layan Gfadz, tapi semalam dengan beberapa orang kawan saya, kami dari Johor Bahru petang tu dan malam tu jugak drive balik Johor Bahru. Pukul 1.30 pagi dari BP terus shoot ke JB sampai rumah  lebih kurang pukul 2.45. Laju tak lah sangat setakat 140-150 kilo jer.

Sebenarnya, diorang ni yang nak sangat tengok Gafdz perform acoustic live sebab selalu tengok saya upload youtube jer. Tapi selepas pakat-pakat, maka terjadilah pertemuan malam tu. Ni tak cukup corum sebenarnya sebab ada beberapa orang cancel last minute. Pada mulanya Gfadz tak dapat datang malam tue sebab dia ada live show tempat lain, tapi disebabkan kami beriya-iya nak datang dan saya mohon agar Gfadz re-schedule semula, akhirnya Gfadz bersetuju untuk live 45 minit dari 8-8.45 malam. OK lah,daripada tak ada kannnn....

Photo: Layan live band...

Hahahaha.... giler banyaknya gelas minuman. Ni kalau tak silap baru pukul 9.30 kottt. Masa ni Gfadz dah pergi show lain, tapi disebabkan adore sangat dengan kehebatan Gfadz bermain gitar akustic ditambah lagi dengan kelunakan suaranya yang boleh mencairkan siapa yang mendengar, kami tunggu jugak Gfadz kembali semula di Gangnam Bunga Tanjung cafe pada pukul 12 tengah malam. 


Kawan saya Lis sempat lagi duet dengan Ziyad malam tue. Haaaa teka mereka nyanyi lagu apa. OPERA HIDUP okeyyyyy....! Rock tuew, jangan main-maian yeppp... Suara Ziyad ni boleh tahan jugak. Dah beberapa kali saya dan en.hubby tengok dia menemani Gfadz secara live, dan kami nampaklah perubahan yang semakin baik pada suara Ziyad ni. Suara dia mulanya kami chop sebagai suara Qasidah dan dangdut, tapi lama-kelamaan dapat rasakan kelunakannya juga.



Sebelum balik posing dengan mereka dari kiri yang duduk tue tak kenal, baru first time jumpa. Kemudian sebelah tue Napie, Gfadz dan Ziyad. Yang belakang tue kawan-kawan saya, Mazura, Nida, Lis, Zeira, its me & en.hubby.



Sebelum balik, pleasing gediks sikit dengan Hotel Garden. 


Okey....meh layan satu video yang dah siap upload semalam. Live dari Gfadz, KU INGIN KAMU





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

24 February, 2013

SPAM -> WHAT IS THAT?



Nak tanyalah... u all punya blog ada banyak SPAM yang masuk tak? Blog saya almost everyday dan banyak, kadang tue sampai berpuluh dalam sehari. Saya dah asingkan komen-komen yang berunsur SPAM ni, tapi kadangkala terlepas publish juga ke N3.

Hurmmm...mesti u all tau kan komen-komen yang berunsur seperti dibawah ni;



Komen-komen yang berunsur SPAM tu pulak kebanyakkannya dalam N3 saya yang bertajuk 

Arghhhh!!!! Assignment tak boleh submit!!!


Rupa-rupanya bila saya buka semula link N3 dia atas, banyak juga SPAM komen yang terpublish. Adusss, macam mana erk? Tapi kalau difikirkan pengomen-pengomen sebagai SPAM ini juga adalah pengunjung blog Cinta itu Misteri. 

Apa pendapat anda?



p/s: Hari ni saya jumpa kawan zaman kanak-kanak saya. Rindu sangat pada Linda a.k.a Nahu (nama manja dia). Sejak Nahu pindah ke Melaka, kami hanya bergurau senda di FB jer... Itu baby Nahu, baru berusia 8 bulan kalau tak silap saya namanya Adam juga sama nama dengan anak sulung saya.

Kami berdua memang rapat
~Sayang kamu selamanya~





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

23 February, 2013

sEbOkLaH sangattttt...



Sunyi jer blog saya ni.....huhuhuhu.....dah nak seminggu tak update blog ni. Sebok sesangat (sambil tangan dibahu).....


Serious, memang saya sebok sangat. Dan jutaan maaf juga kalau saya termiss singgah blog kalian dalam beberapa minggu ni.

Firstly sebab saya baru saja melangsungkan majlis perkahwinan gilang-gemilang di rumah
 agam kami. Semuanya kami uruskan sendiri, dan selepas majlis selesaipun kami kenalah mengemas apa yang patut, iyelahhhhkan, takkan nak tinggal jer rumah tu biarkan ayahhnda dan bonda kami mengemasnya.

Secondly...sebab saya dah memulakan semester baru pengajian saya dan en.hubby. Dalam 2 minggu ni juga akan terus-terusan sebok manjang sebabnya dah banyak assignment perlu disiapkan disamping rutin-rutin harian kami.

Kemudian.....saya mengalami sakit gigi yang sangat tidak disukai oleh ramai orang. Saya sudah ke hospital untuk membuat rawatan lanjut. Tapi doktor mengatakan gigi garham saya perlu dicabut. Tapi..........kena makan ubat dan antibiotik selama seminggu dan datang kembali minggu depan untuk mencabutnya. Jadi disebabkan kena makan ubat 3 kali ssehari, saya terkena alah perut pulak. Hurmmmm.......dugaan betul.

Ditambah lagi, en.hubby beroutstation selama seminggu di Bangi. Oleh itu semua hal saya kena lakukan sendiri, hantar anak-anak kesekolah, hantar ke tuition, mengaji....tapi yang ini tak mengapa, saya rela saja.

Tapi....dalam sebok-sebok pown saya sempat pergi karaoke dengan kawan-kawan malam Rabu yang lalu. Malam ni tadi saya menghadiri dinner CNY anjuran office saya. Ada ditawarkan hadiah cabutan bertuah ipad mini sebanyak 9 buah. Tapi saya tak sebertuah itu, saya cuma dapat voucher Jusco RM300 jer. pstttt.....tapi kan, ada kalangan kita blogger ni yang kerja satu office saya sangat bertuah sebab dia dapat ipad mini tuew.... Mesti ada antara anda dapat mengagak siapakah gerangannya. Tunggulah Ahad nanti khabarnya beliau akan up N3 guna ipad mininya yang baru tuew.... Mesti ada wajah-wajah saya menyelit di N3nya...

Hujung minggu ni juga sebok. Banyak jemputan kahwin, esok aan ke Batu Pahat dengan kawan-kawan untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan sekolah menengah kami. Malam tu kami akan beracoustic pula dan jalan-jalan di iCity Penggaram.

Okeylaaa untuk malam ni, esok pagi ada swimming session Aqil dan Danish. 

♥ N3 tak bergambar ♡

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

17 February, 2013

Tunggu Sekejap Episod Akhir

Sedang menonton Tunggu Sekejap episod akhir di TV3. Minggu lepas saya tergamam jugak bila tengok seorang OKU bermain gitar dari belakang. Dasyattttt tueww.... episod-episod sebelumnya juga, Awie berjaya membawakan individu-individu pelik ke dalam set Tunggu Sekejap.

Tapikannn.....kalaulah Awie tengok video anak saya berbasikal sambil tutup mata, agak-agak apa dia akan kata.

Danish berbasikal pula....Kenapa? Tak percaya ker?

Okey....untuk pengetahuan semua, ini bukan aksi super natural. Ianya juga bukan satu anugerah sejak lahir atau keajaiban. Tapi ianya memang sesuatu rahsia Allah yang kita taktahu. Ia berkaitan dengan keajaiban otak ciptaan yang paling bernilai oleh Allah s.w.t untuk setiap manusia.

Mungkin ada antara anda yang sudah mengetahui hal ini sebab ianya telah tersebar dipelusuk asia tenggara suatu ketika dulu. Akhirnya kami menemui sekumpulan aktivis yang boleh membuka minda anak kami. Inilah hasilnya.

Anak sulung saya, Adam Danish boleh melihat dengan menutup mata sejak 2 tahun lalu. Tapi dia sendiri yang tidak suka melakukan hal itu munggkin juga untuk menjaga privasi pihak lain. Tapi, saya selalu mengingatkan Danish agar menggunakan kelebihan ini untuk perkara yang baik.

Percaya atau tidak, saya pasti ramai anak-anak diluar sana yang telah dibuka minda keenam mereka.




Cerita Tunggu Sekejap malam ini...... Kupas kelapa menggunakan gigi. Anda boleh lakukan? Tak mustahil bukan....jom kita saksikan.

Owhhh ya, Danish ada beberapa video dalam N3 sebelum-sebelum ni. Nak tengok? KLIK SINI



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Majlis Menyambut Menantu Paling Happening Abad Ini



Haaa...betul tak tipu. Memang majlis menyambut menantu kami paling happening dan sempoi tak pernah dibuat orang. Pernah tak u all pergi majlis kenduri kawin ada main games dah macam sukaneka. Tapi, ianya ada di majlis kami. Majlis di rumah kami sangat simple, tak ada sewaan pelamin, tak ada tempahan gubahan meja makan berdamai, tak ada sewa khemah mahal-mahal, hiasan bilik pengantin pun kami buat sendiri. Alhamdulillah, dengan majlis yang sangat budjet cost, kami dapat lakukan dengan sempurna.

Ucapan terima kasih untuk individu-individu yang membantu secara langsung atau secara tidak langsung sudah saya ekspresikan dalam N3 YANG INI. So, sekarang kita layan gambar saja yeaaaa....

Awal pagi, ni dalam pukul 10 kot, masih menghias. 
Sweet lika a candykan hiasan tirai belakang tue....its a wonderful idea from my luvly Sis

Saya dan kakak sedang bertungkus lumus menyiapkan meja makan berdamai. 

Sebelum itu, pada pukul 10.30 pagi kami ada menjemput Kumpulan Dibak (Bacaan Berzanji Arab dengan iringan muzik) dari Kampung Melayu.

Beberapa juadah yang kami sajikan untuk para tetamu yang hadir.


Pose sempoi dari pengantin. Takda malu-malu tunduk-tunduk dah pengantin berdua ni, tak macam kita dulu-dulu. Makan pun nampaknya memang tak tinggalkan baki untuk orang belakang. 
hurmmmmm......

Pulut kuning hasil tangan bonda, dibuat dengan iringan doa agar jodoh kalian berkekalan sehingga akhir hayat.


Kemudian.....balik sahaja rombongan pengantin perempuan yang lainnya....kami pun mulakan party!!!!! Bersukarialah semua yang tinggal dengan beberapa games yang dianjurkan oleh kami sambil dibantu oleh The Best Deejay In Town; En. Rashid




Game yang pertama:
TIUP BELON KANAK-KANAK SIAPA PALING BESAR

Penyertaan memang ramai, tiup belon lah katakan....


Game yang kedua:
BINA PERKATAAN

Game ni kena main dalam keluarga, kami berikan beberapa abjad dalam sekelping kertas dan mereka kena bina perkataan mengikut kamus dewan. Haaaa...bukan sikit tau, 40 perkataan tapi semua dapat lakukannya dengan cemerlang. Pemenang untuk game ni adalah keluarga besar atok saya. berbaloilah mereka menang sebab otak-otak mereka semua bergeliga. 


Game yang ketiga:
SIFIR TUJUH

Siapa yang tak hafal sifir 7 mesti terkandas awal....AuuuuwwwWWWW!!!! Game ni mudah saja, bermula dengan angka 1 hingga 6, bila sampai angka 7 dan gandaannya kena sebut AuuuuwwwWWWW!!!! Berikutnya 8 hingga 13, yang kena sebut 14 kena tukarkan dengan bunyi AuuuuwwwWWWW!!!! dan seterusnya AuuuuwwwWWWW!!!! untuk 21, 28, 32 dan seterusnya. Kalau siapa tersilap kenalah keluar baris. Akhirnya yang menjadi juara Siti Sifir 7 ialah kekanda saya....


Game yang keempat:
MENYONDONGKAN TIN MINUMAN

Game ni ditiru dari siri 60 saat. tapi kebanyakkan yang joint game ni tergamam sebab tak percaya mereka boleh condongkan tin minuman tersebut. tak pernah tengok 60 saat tu kotttt..... Game ni pengantin perempuan pun ikut serta okeyyyyy....!


Game yang kelima:
REBEN-REBEN CINTA

Game ni paling happening. Saya telah mengikat berpuluh reben bewarna biru di setiap pelusuk rumah agam kami sehari sebelum majlis. Setiap peserta perlu bergerak dalam sebuah keluarga, mengumpulkan sebanyak mana reben yang mereka temui. Kumpulan yang paling banyak mengumpulkan reben akan dikira menang. Dalam keadaan hujan dan licin, dengan kasut tinggi masing-masing, berkejaran kesana kemari, riuh rendah jadinya. Tengok tue, keluarga pengantin dapat nombor 2. Yeahhhh!!!


Game keenam:
TIUP BELON DEWASA, TIUP SAMPAI PECAH


Hahahaha...yang dah bangka-bangka pown nak tiup belon jugak... Haaa, tiup sampai pecah. Siapa dapat pecahkan belon paling awal dikira menang. Tengok...pengantin menang tempat pertama, belon dia pecah dulu, sebab.......DIA MAIN TIPU......hahahaha....kantoi!


Nasiblahhh hari dah makin petang, hujan pun tak berhenti turun, semua dah basah kuyup, walaupun....dalam gambar tak nampak hujan. Tapi memang waktu tu hujan. Kalau tak mesti lagi banyak game kami nak buat sebab hadiah masih ada lagi.

Hurmmm, tengoklah kakak-kakak pengantin dah terbongkang kepenatan, dengan tak tidor sejak semalam, belum jamah nasi lagi, kena dengki dengan adik-adik.Sama naik dengan adik baru si Nina tue yeppp...

Inilah door gift untuk para tetamu yang hadir. Simple saja, paper bag tu saya buat sendiri dari beg bungkus pisang goreng. Isinya adalah surah Al-Mathsurat dan telur pindang. Harap diterima dengan senang hati.....



Okey peace dari saya......

p/s: jangan lupa tengok N3 sebelum ni,
MAJLIS PERSANDINGAN DIRUMAH PENGANTIN PEREMPUAN





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Meteor Jatuh di Rusia



Stop sekejap update N3 keje kahwin. Sambil mengedit-edit gambar, saya menghadap televisyen jeling-jeling Niteline TV3. Terkejut dengan berita Meteor jatuh di Moscow, Rusia. Saya dengan segera mencari video seperti yang ditontonkan di Niteline tadi...nah jumpa pown.



Dah ramai jugak yang tengok video nie, tadi dah cecah 13juta lebih dalam masa satu hari.


Kejadian berlaku pada awal pagi Jumaat. Ya Allah...apa benar kiamat sudah semakin menghampiri kita? Ini baru serpihan kecil, sudah mencederakan lebih seribu orang menurut berita TV tadi serta ada juga bangunan yang rosak. Subhanallah!!!!!

Meteor berkenaan dilihat melintasi langit dan meninggalkan kepulan putih yang boleh dilihat sejauh 200 kilometer. Malah penggunaan telefon bimbit juga dilaporkan terganggu akibat impak meteor berkenaan. Pihak berkuasa Chelyabinsk melaporkan penduduk yang cedera kebanyakan akibat terkena serpihan kaca. Menurut Akademi Sains Russia pula, meteor itu dianggar seberat 10 tan.Ia memasuki atmosfera Bumi pada kelajuan sekurangnya 24,000 kilometer sejam dan hancur kira-kira 30 hingga 50 kilometer di atas permukaan bumi, katanya dalam satu kenyataan.

Ya Allah....semoga bumi kita Malaysia dilindungi dari bencana-bencana sepeti ini. Tapi, jika itu kehendak Mu Ya Allah, kami redha.

اللهم حوالَيْنَا ولا علينا، اللهم غَيْثًا مُغِيثًا، لَا مُهْلِكًا وَلَامُدَمِّرًا
Bermaksud : Ya Allah, kesampingkan (bencana) ke sekeliling kami dan bukan ke atas kami. Ya Allah, jadikanlah hujan sebagai rahmat, tidak memusnahkan dan tidak menghancurkan.

Marilah juga kita sama-sama membaca Surah Al-Falaq untuk memohon perlindungan pada Tuhan yang memelihara seluruh makhluk yang memberi keamanan dari segala kejahatan makhluk.


Amin...semoga kita semua dilindungi....







:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

16 February, 2013

Semoga Bahagia dan Kekal Hingga Hujung Nyawa



Dengan ini saya kongsikan beberapa keping gambar di sekitar persandingan Adinda Najib dan pasangannya Nina (sama nama dengan saya), yang berlangsung di Pontian. Bagi rakan-rakan blogger yang mengikuti saya di facebook, pastinya dah melihat beratus keping gambar yang dimuat naik semalam. 

Photo: Aku Nikahkan Dikau....
"Aku Terima Nikahnya"

Acara pembatalan air sembahyang, pengantin lelaki menghadiahkan seutas rantai tangan

Barangan hantaran sebagai hadiah dari kedua-dua belah pihak. Yang warna kelabu dari pihak pengantin perempuan, manakala merah dari kami pihak pengantin lelaki.

Majlis akad nikah berlangsung pada pukul 9.00 malam hari Sabtu 9 Februari 2013. Manakala keesokkan harinya kami ke Pontian sekali lagi untuk Majlis Persandingan kedua mempelai di rumah Pengantin Perempuan.


Majlis Perkahwinan di belah Johor memang tak sah kalau tak ada Tol. Jadi, kami memang dah sidap siaga dengan angpow berupa duit seringgit. Memang dah agak, mesti ada banyak tol yang perlu rombongan pihak pengantin lelaki tembusi sebelum bertemu dengan Pengantin Perempuan di pelamin yang dikawal ketat oleh Mak Andam. Masa zaman saya dulu (11 tahun dulu), bayaran tol untuk Mak Andam cuma RM50 saja, sekarang dah naik ke RM150. Wahhh wahhh wahhh...mahalnya Mak Andam, kan pengantin dah bayar beribu ringgit untuk sewa pelamin, mekap dan sebagainya. Ni masih mintak lagi di pelamin. Masyukkkknyaaaaa.... Tapi, tak apalah, asalkan Pengantin Lelaki dapat bertemu buah hatinya yang dikawal ketat oleh sang Naga...hahahahaha.... (jangan marah wahai mak andam)


Ini adalah acara menepung tawar. Tidaklah ia menjadi wajib, hanya sebagai adat sahaja dan sekadar suka-suka. Harap tak ada yang mempertikaikan, sebab saya rasa rata-rata pengantin di Malaysia ini ada acara menepung tawar. Kaedahnya terpulang kepada negeri masing-masing kan.....

Hehehehe...nampak tak saya yang berbaju merah tue (macam semua pakai baju merah erkkk). Inilah first time saya cium adinda saya yang seorang ini. Antara kami berempat (sebelum ni berlima), si pengantin ni memang tak banyak cakap, tapi banyak ragam. Saya selalu juga bertekak dengan dia dan selalu juga bertepuk tampar. Tapi....tak sangka pulak saya, dihari bersejarahnya saya cium pipi dia. hahahaha..... tak ada lagi lepas ni dahhh...


Ini pula acara makan beradab. Cantik betul persembahan dari pihak Pengantin Perempuan. Kek tidaklah bertingkat-tingkat, tapi ada 9 buah. Kalau disusun bertingkat mesti kena pakai tangga kalau nak potong yang bahagian atas. Haaaaa....special sekali ada udang kara, alaaaa lobster tue. Hurmmmm, mengancamlah mereka punya hidangan. Nampak tak belah kiri bawah sekali tue, mereka ada sediakan bahagian untuk kanak-kanak. 'Candy Buffet'. macam-macam jenis gula-gula, coklat, mash-mellow dengan chocolate fountain lagi...Sweeeeeetttttt sangat.

Doa kami sekeluarga, semoga mereka bahagia dan kekal sehingga hujung nyawa. kalau gaduh-gaduh sikit-sikit tue adatlah berumah tangga, tapi jangan gaduh lama-lama yeaaaa....susah hati kami.

Sangatlah berharap agar Junnainah @ Nina dapat menjaga saudara kami dengan sebaiknya dan menjadi ibu yang baik kepada anak-anak kalian. Kami tak mahu ada kisah sedih lagi dalam hidupnya. Bahagiakanlah dia....



Selamat Pengantin Baru; Mohd. Najib & Junnainah


p/s: nanti saya sambung N3 untuk majlis di rumah agam kami pula....kalau ada sesiapa nak tanya soalan pelik, sila simpan dahulu persoalan itu, nanti saya terangkan semuanya di N3 yang berikutnya.... DOKAN MEREKA BAHAGIA


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

14 February, 2013

Alhamdulillah....



Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Majlis perkahwinan adinda saya dengan pasangannya sudah selamat dan berjalan dengan lancar. Semuanya bagaikan mimpi kerana kami menguruskan semuanya sendiri tanpa dibantu oleh banyak pihak. Sejak dari awal mula merisik, sekali dengan meminang, persiapan perkahwinan, mnjemput saudara mara, gubahan hantaran, perhiasan bilik, dekorasi meja makan berdamai, shooting gambar, video, susun atur majlis, pendek kata 80% persiapan dan perjalanan majlis kami uruskan sendiri adik beradik dengan arahan dari ayahnda dan bonda.

Walaubagaimanapun, kami sekeluarga dengan berbesar hati mengucapkan jutaan terima kasih kepada beberapa individu ybg membantu kami sekeluarga dalam menjayakan majlis gilang gemilang persandingan antara Mohd Najib dan pasangannya Junnainah.

Terima kasih kepada; 

Kepada Mak Tok, Mak Jah & Abang Hussin yang sudi membenarkan kami menggunakan rumah mereka untuk mmbungkus goodies, tapak karaoke, membungkus bontrot, penyiapan hidangan, persiapan air dan tempat mencuci pinggan. 

Kepada Abg Adi & Kak Midah juga terima kasih kerana sudi menyediakan lauk pengantin siap dengan ayam panggang lagi. Jemputan daripihak sebelah memuji masakan semua. Kepada Kak Bedah & Pak Cik Asyraf juga ucapan terima kasih ini ditujukan kerana menyediakan jamuan nasi beriani. Rata-rata jemputan yang datang mengatakan nasi dan lauk-pauk yang disediakn semuanya enak dan sedap semuanya. Tak lupa juga kepada rakan-rakan bonda yang telah menghantarkan juadah seperti kuih-muih sebagai kudapan disepanjang majlis. Tetamu yang hadir tidak putus-putus mengunyah. Pendek kata tak putus jamuan.

Untuk Bobo yang sudi tolong pasangkan langsir belakang tabir sampai fenin, kami memang tabik kat dia. Sabar sangat.... ayahnda kata tak payah tutup belah atas, bonda pula suruh tutup, kejap paysh, kejap tak payah, tapi akhirnya tutup juga walaupun akhirnya hadilnya senget sedikit. OK laaaaa kan, daripada tak ada. Sampaikan pengantin sampai masa siang hari tu terkejut dan terpegun tengok, tak disangka-sangka hasilnyasweeeeetttttt sangat. Nanti saya upload gambar yeppp.... Haaaa, untuk kawan-kawan pengantin juga yang sudi tolong pasang dan buka khemah, sebab kami tak menyewa mana-mana khemah, hanya pakai apa yang ada di balai raya kawasan perumahan kami sahaja.

Untuk deejay terbaik yang kami pernah jumpa, En. Rashid Sahim, beliau memang the best deejay intown. Call last minute jer, nasib baik beliau tak ada job hari Isnin tue, siap bgi diskaun lagi.

Akhir sekali kepada semua jemputan yang sudi datang memeriahkan majlis kami yang tak seberapa ini. Kad hanya diedarkan lebih kurang 350 keping sahaja, tapi kelihatan  seperti jemputn mencecah 1000 orang. Alhamdulillah di atas rezeki yang Allah beri pada kami.

InsyaAllah, kalau saa aa kelapangan, malam ini akan di upload bberapa gmbar untuk tatapan semua. Video juga sedang edit dan akan di upload di youtube juga.

Alhamdulillah......semuanya selaat dengan limpah kurnia dari Yang Maha Esa.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

09 February, 2013

Mohon doa kalian



Mohon doakan perjalanan kami selamat sampai. Baru sahaja bertolak dari Johor Bahru menuju ke Pontian untuk menghadiri Majlis Pernikahan adinda saya.

Semoga dipermudahkan




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget