Showing posts with label Guinness World of Record. Show all posts
Showing posts with label Guinness World of Record. Show all posts

27 May, 2013

The Big Bad Wolf Book Sale, Johor Bahru

Wooottttt wooottttt....

"Cepat! Cepat! Sembunyikan semua buku-buku yang ada! Seekor serigala yang besar dan jahat dah datang nak curi semua buku-buku kita! Cepat! Cepat semua ke Danga City Mall, Johor Bahru, sebelum buku-buku tersebut dicuri oleh serigala yang besar dan jahat tu!"

Ke........

"Pstttt.....psssttttt..... Jangan cakap kuat-kuat. Sekarang ni, semua buku-buku yang telah diselamatkan dari seekor serigala yang besar dan jahat sedang dikumpulkan di Danga City Mall, Johor Bahru. Anda kena cepat datang dan selamatkan seberapa banyak buku yang ada sebelum serigala yang besar dan jahat itu dapat menghidunya dan datang mencurinya kembali"



Hihihi....sebenarnya saya pun tak berapa pasti kenapa ia dipanggil sebagai The Big Bad Wolf Book Sale. Tapi yang pastinya ada banyak sangat buku-buku yang berkualiti, dari penulis-penulis ternama dunia termasuk buku-buku yang sukar didapati di Malaysia. Harganya memang sangat-sangat murah sehingga anda sendiri tak percaya.

Hikhikhik.....semalam saya dan en.hubby menghabiskan masa selama 1 jam sahaja di The Big Bad Wolf Book Sale, Danga City Mall, dan kami berjaya merangkul 13 buah buku kesemuanya. Tapi kalau dibiarkan saya melilau di ruang tersebut lebih lama lagi, mau berpuluh lagi akan saya sauk. Mujurla en.hubby nak balik awal kerana dia ada urusan lain dipejabatnya.




Inilah buku-buku yang dapat kami beli.




Oppssss...saya nak pergi lagi!!! Dengan Geng Jemah sebelum 2 June nanti.
 

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

15 October, 2012

Hutang oh Hutang

Siapa kat sini tak pernah berhutang? Mustahillahkan....mesti ada, tak banyak sikit pun mesti ada terutamanya hutang pada ibu bapa. Bila nak bayar tu kannn. Kalau dihitung hutang kita dengan ibu bapa, mesti tak terhingga jumlahnya. Sampai kiamat pun tak habis bayar.

Bagi fresh graduate tu, tolong jangan kata tak ada hutang. Bekas-bekas pelajar baru, mesti ada hutang pinjaman pelajaran yang perlu diselesaikan. Almaklumlah, PTPTN kan sangat bermurah hati nak bagi pinjaman pelajaran. Dah pandai pinjam PTPTN tu, sila lah bayar dengan segera selepas tamat belajar dan sesudah dapat pekerjaan. Bagi yang dah lama kerja tue, mestilah kan hutang dengan bak beli kereta. Siapa kat sini yang beli kereta secara tunai? Ada ker??? Datuk Datin pun beli hutang tau.

Yang dah nak kawin tue, tolong yea, jangan buat pinjaman untuk perkahwinan. sangat tidak digalakkan. Nanti bila dah beranak pinak, hutang kahwin tak habis bayar lagi. Dan jangan sampai ada yang bercerai dikala hutang pinjaman perkahwinan tak langsai lagi. Haru biru jadinya tau.

Sebenarnya saya nak cerita pasal hutang dunia. Wahhhhhh.... kelasZ kau Jah!!! Nak bagi tahu ni, semua negara mempunyai hutang masing-masing, dan sekarang saya nak senaraikan 20 negara yang mempunyai hutang paling banyak di bunia. 

Laporan ini dipetik daripada data Bank Dunia tentang 75 negara dengan kemampuan ekonomi terbesar yang memiliki beban hutang paling tinggi dibandingkan ratio Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Laporan yang dimuat majalah Forbes ini membandingkan 20 Negara Penghutang Terbesar di Dunia :


1.Ireland
Ratio Hutang (% KDNK): 1352%
Hutang luar negeri: $2.39 juta
KDNK : $177.3 juta


2. Britain
Ratio Hutang (% KDNK): 427.6%
Hutang luar negeri: $9.26 trillion
KDNK (prediksi): $2.17 trillion




3.Belanda 
Ratio Hutang (% KDNK): 395.6%
Hutang luar negeri: $2.58 trillion
KDNK (prediksi): $652 juta


4.Switzerland 
Ratio Hutang (% KDNK): 390%
Hutang luar negeri: $1,23 trillion
KDNK (prediksi): $316.1 juta


5.Belgium 
Ratio Hutang (% KDNK): 345.6%
Hutang luar negeri: $1.32 trillion
KDNK (prediksi): $381.4 juta


6.Denmark 
Ratio Hutang (% KDNK): 315.2%
Hutang luar negeri: $627.6 juta
KDNK (prediksi): $199.1 juta


7.Sweeden 
Ratio Hutang (% KDNK): 275%
Hutang luar negeri: $916.42 juta
KDNK (prediksi): $333.2 juta


8.Austria 
Ratio Hutang (% KDNK): 268.9%
Hutang luar negeri: $869.13 juta
KDNK (prediksi): $323.2 juta


9.Perancis 
Ratio Hutang (% KDNK): 247.2%
Hutang luar negeri: $5.22 trillion
KDNK (prediksi): $2.11 trillion


10.Portugal
Ratio Hutang (% KDNK): 231.5%
Utang luar negeri: $538.1 juta
KDNK (prediksi): $232.4 juta


11.Hong Kong 
Ratio Hutang (% KDNK): 218.8%
Hutang luar negeri: $659.27 juta
KDNK (prediksi): $301.3 juta


12.Norway 
Ratio Hutang (% KDNK): 208.9%
Hutang luar negeri: $577.80 juta
KDNK (prediksi): $276.5 juta


13.Finland
Ratio Hutang (% KDNK): 205.7%
Hutang luar negeri: $376.8 juta
KDNK (prediksi): $183.1 juta


14.Jerman 
Ratio Hutang (% KDNK): 189.4%
Hutang luar negeri: $5.33 trillion
KDNK (prediksi): $2.81 trillion


15.Sepanyol 
Ratio Hutang (% KDNK): 184.7%
Hutang luar negeri: $2.53 trillion
KDNK (prediksi): $1.37 trillion


16.Mesir 
Ratio Hutang (% KDNK): 175.3%
Hutang luar negeri: $594.60 juta
KDNK (prediksi): $339.2 juta


17.Itali 
Ratio Hutang (% KDNK): 154.6%
Hutang luar negeri: $2.71 trillion
KDNK (prediksi): $1.76 trillion


18.Hungary 
Ratio Hutang (% KDNK): 124.2%
Hutang luar negeri: $231.33 juta
KDNK (prediksi): $186.3 juta


19.Australia 
Ratio Hutang (% KDNK): 108.8%
Hutang luar negeri: $891.26 juta
KDNK (prediksi): $819 juta


20.Amerika Syarikat 
Ratio Hutang (% KDNK): 95.9%
Hutang luar negeri: $13.67 trillion
KDNK (prediksi): $14.25 trillion


Alhamdulillah.... Malaysia tak termasuk dalam senarai di atas. Tapi.... boleh percaya ke Amerika Syarikat tu duduk di tempat ke 20. Tapi, boleh percaya jugakkan....mereka kannnnn...


Sumber : Majalah Forbes & Kudin






:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

22 September, 2012

♥♥♥ TAHNIAH SHILA AMZAH ♥♥♥

TAHNIAH SHILA AMZAH kerana telah menjuarai Asian Wave 2012 di Shanghai, China!


Photo: TAHNIAH SHILA AMZAH kerana telah menjuarai Asian Wave 2012 di Shanghai! Anda memang sangat berbakat dan layak! You make us proud! #TahniahShilaAmzah

Daripada 30 orang peserta, hanya 12 orang terpilih ke final yang telahpun berlangsung pada 20 September tempoh hari. Pusingan awal adalah pada 31 Ogos sehingga 6 September yang lalu. Pada pusingan pertama, Shila Amzah menyanyikan lagu "Set Fire to the Rain" dan pada pusingan ke-dua, Shila mendendangkan lagu kegemarannya sendiri iaitu "Forever Love". Pada malam akir, Shila Amzah benar-benar telah memukau ke semua juri dan seluruh penonton di stadium









:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

19 June, 2012

Boy who see without eyes...

Harini saya nak kongsi beberapa video (mesti tonon-must see) tentang seorang budak lelaki berketurunan Negro bernama Ben Underwood. Ada sesiapa tak antara kamu yang mengenali Ben Underwood atau pernah melihat video Ben di You-Tube sebelum ini? Tapi....kini khabarnya dia sudah meninggal dunia.  Wallahualam... Apa yang menarik tentang Ben yang saya nak kongsikan adalah dia buta, tapi boleh melihat.

Jom kita saksikan...


Kedua-dua belah mata Ben telah dibuang sewaktu dia berumur 3 tahun kerana Cancer Tumor. Tetapi, walaupun buta, Ben boleh melihat dengan menggunakan teknologi Eco Location seperti yang kita lihat tadi. Ben berjaya mengelak semua objek yang menghalang pergerakannya dan dia juga menggunakan lidahnya untuk mengenalpasti objek yang berada disekelilingnya.

Kalau ada sesiapa yang perasan, kita menggunakan teknologi ini pada kapal selam. So why not kita aplikasikan pada manusia seperti yang telah Ben lakukan kerana manusia adalah ciptaan Allah s.w.t. yang paling agung. Apa pendapat anda???

INI BUKAN MAGIC!!!! 
TETAPI IANYA ADALAH TEKNOLOGI ANUGERAH DARI ALLAH S.W.T. YANG KITA PATUT TEROKAI...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

28 November, 2011

Follower Cinta ke-200

Salam untuk semua Follower....

Malam ni saya nak anugerahkan satu award kepada seseorang kerana berjaya menjadi follower Cinta Itu Misteri yang ke-200



THE AWARD GOES TO....



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...