31 March, 2010

Lotus Desaru Beach Resort : Family Day Mutiara Rini - Bakti Esplanade

Hujung minggu yang lalu kami sekeluarga telah bercuti ke Lotus Beach Resort, Desaru, Kota Tinggi, Johor. Percutian keluarga itu telah dirancang oleh rakan-rakan perumahan di Persiaran Bakti, Taman Mutiara Rini, Johor Bahru, Johor.
Perjalanan kami bermula dari seawal 9.00 pagi, di mana kami berkumpul terlebih dahulu di hadapan 'Sales Office' yang berdekatan dengan Sekolah Menengah Mutiara Rini. Lebih kurang 12 kereta yang mengikuti konvoi tersebut.
Kami sampai lebih kurang pukul 12tgh, tapi kami berpecah untuk mencari tempat untuk makan 'lunch'. Tepat pukul 3ptg semua telah berkumpul di lobi tempat menunngu di dalam kawasan Lotus. Kami dijamu dengan 'orange juice' sebagai 'Welcome Drink' dan diberikan tuala muka yang sejuk setiap satu.

Setelah mendapat kunci, masing2 balik kebilik untuk solat Asar dan bersiap untuk bersukan.

Suka-neka berlansung dengan meriah dan nampaknya semua seronok dan bersuka ria. Tapi dalam pada itu, semua mata tetap memerhatikan kanak-kanak yang seronok bermain digigi air, takut-takut terlepas pandang, almaklumlah keadaan laut yang bergelora dan tiada siapa dapat menjangka bila ia akan menyerang. Adat pertandingan ada kalah ada menang, tapi semua dapat hadiah, nama pun suka-neka, saja hendak berseronok.

Selepas maghrib, kami berkumpul lagi di tapak suka-neka tadiuntuk acara makan malam & barbeque. Wah malam tu semua jamuan di masak oleh cik abang. Cik kak semua duduk saja memerhatikan anak-anak dan menanti makanan. Nasib baik semuanya sedap2 belaka.

Majlis malam tu berlarutan sehingga ke pagi, lebih kurang 2am. Tapi hanya berapa kerat saja yang menunggu sehingga selesai kerana acara terakhir adalah karaoke suka-suka.

Hari Ahad, selepas sarapan pagi, aktiviti bebas....

Tempat ini boleh dicadangkan pada sesiapa yang bercadang untuk membuat aktiviti keluarga. Malah selepas saya mengpostkan gambar2 menarik di facebook, rakan2 mula bertanya keadaan tempat, harga penginapan dan sebagainya. Akhirnya mereka telah becadang untuk bercuti juga di Lotus Beach Resort pada minggu yang akan datang...

Selamat Bercuti....


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

25 March, 2010

DURIAN BELANDA PENAWAR KANSER???

Baru-baru ini pakcik saya telah dimasukkan ke hospital dan menjalani beberapa siri rawatan dan pembedahan. Keadaannya sangat menyedihkan, kalau dahulu beliau sangat periang dan suka menyakat anak-anak buahnya, tapi kini kami semua tak dapat berbuat apa-apa dengan keadaan kesihatannya yang sangat membimbangkan.

Saya pun tidak berapa pasti, penyakit apakah yang dideritainya. Beliau sudah tidak berdaya berjalan, duduk pun tidak mampu, kalau berbaring pun beliau akan mengiringkan badannya. Apa yang saya fahami, beliau menghidap penyakit kanser usus. Tambahan lagi penyakitnya bukan sekadar itu sahaja, sistem pembuangan najis hadapan dan belakang juga sudah tidak dapat berfungsi dengan sempurna.

Oleh sebab itu, saya tercari-cari apakah ada rawatan lain yang dapat membantu beliau. Rumah saya dengan rumah beliau hanya sekadar 5 minit sahaja jika berkereta, tetapi saya tidak berdaya untuk pergi melawatnya setiap hari kerana saya tidak mampu melihat keadaanya begitu. Bak kata orang, berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Walaubagaimanapun saya tetap juga bertandang ke rumah beliau sekurang-kurangnya seminggu sekali sekadar menjenguk untuk bertanya khabar. Di sana, masih ada ibu saudara yang setia menanti dan merawati suaminya. Terharu saya.....

Berbalik pada usaha saya untuk mencari alternatif lain selain daripada rawatan moden, kakak saya telah menceritakan dimana dia telah membaca satu artikel yang diterima melalui email, mengatakan bahawa Durian Belanda merupakan penawar terulung kanser. Benarkah??? Durian belanda???



Selama ini saya sangat gemar memakan durian belanda ini. Rasanya yang masam, mempunyai biji hitam yang licin, keadaan texture isinya yang lembut dan slurrrpppp apabila dimakan (telan saja lah, tak perlu kunyah) dan sedap juga dijadikan jus. Tak pernah tahu pula ia adalah ubat untuk penyakit kanser. Sila baca penerangan yang saya salin daripada sebuah artikel yang di salin juga daripada satu artikel lain;

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semula jadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat daripada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh di pedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

  1. Menyerang sel kanser secara efektif dan semula jadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
  2. Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
  3. Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
  4. Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil uji kaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

  1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
  2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
  3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semula jadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaut keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semula jadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semula jadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.


Maka dengan ini, saya akan mengesyurkan Pakcik yang saya kasihi memakan buah Durian Belanda. Dan saya sendiri akan menjadikan durian belanda sebagai buah kegemaran. Bak kata orang, cegah sebelum parah. Almaklumlah, virus kanser lebih menggemari kaum wanita.
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Darah apa ???


Jom kenali kumpulan darah anda....

Gologan darah A
  1. Orang yang bergolongan darah A ini biasanya berkepala dingin, serius, sabar dan tenang.
  2. Orang yang bergolongan darah A ini mempunyai karakter yang tegas, dipercayai namun keras kepala.
  3. Sebelum melakukan sesuatu perkara,mereka memikirkannya terlebih dahulu serta merancangnya secara matang. Mereka melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan secara konsisten..
  4. Mereka selalu kelihatan menyendiri dan jauh dari orang ramai
  5. Mereka cuba menekan perasaan mereka dan kerana sering melakukannya mereka kelihatan tabah dan cekal walaupun sebenarnya mereka mempunyai kelemahan diri seperti gugup dan sebagainya.
  6. Mereka cenderung keras terhadap orang-orang yang tidak sependapat. Oleh itu, mereka lebih suka berada di sekitar orang-orang yang 'sekepala'.

Gologan darah B

  1. Orang yang bergolongan darah B ini cenderung penasaran dan tertarik terhadap segalanya.
  2. Mereka juga biasanya mempunyai terlalu banyak kegemaran dan hobi. Kalau sedang suka dengan sesuatu biasanya minat mereka menggebu-gebu namun cepat juga bosan.
  3. Tapi biasanya mereka dapat memilih mana yang lebih penting dan utama dari sekian banyak hal yang dikerjakannya.
  4. Mereka cenderung ingin menjadi nombor satu dalam pelbagai bidang daripada hanya dianggap rata-rata. Tetapi mereka juga cenderung melalaikan sesuatu jika terfokus dengan kesibukan yang lain.
  5. Dari segi luaran, mereka kelihatan cemerlang, riang, dan bersemangat. Namun sebenarnya hal itu semua sama sekali berbeza dengan apa yang ada di dalam diri mereka.
  6. Mereka boleh dikatakan sebagai orang yang tidak suka bergaul dengan banyak orang.

Gologan darah O
  1. Orang yang bergolongan darah O,biasanya berperanan memberi semangat dalam suatu kumpulan. Mereka sering bertindak mewujudkan keharmonian di antara anggota kumpulannya.
  2. Sikap mereka kelihatan seperti orang yang menerima dan melaksanakan sesuatu dengan tenang. Mereka pandai menutupi sesuatu sehingga mereka kelihatan selalu riang, damai dan tidak punya masalah sama sekali. Tapi kalau tidak tahan, mereka pasti akan mencari tempat atau orang untuk mengadu.
  3. Mereka biasanya pemurah (baik hati), senang berbuat kebajikan. Mereka dermawan dan tidak segan-segan mengeluarkan wang untuk orang lain..
  4. Mereka biasanya dikasihi dan disenangi oleh semua orang. Tapi mereka sebenarnya keras kepala juga, dan secara rahsia mempunyai pendapatnya sendiri dalam pelbagai hal
  5. Namun, mereka sangat fleksibel dan sangat mudah menerima hal-hal yang baru.
  6. Mereka mudah di pengaruhi oleh orang lain dan dengan apa yang mereka lihat dari kaca TV.
  7. Mereka seperti seseorang yang berkepala dingin dan dipercayai tapi mereka sering tergelincir dan membuat kesalahan yang besar kerana kurang berhati-hati. Tapi hal itu yang menyebabkan orang yang bergolongan darah O ini dicintai.

Gologan darah AB
  1. Orang yang bergolongan darah AB ini mempunyai perasaan yang sensitif dan lembut.
  2. Mereka penuh keprihatinan akan perasaan orang lain dan selalu mengambil berat dan berhati-hati
  3. Namun mereka keras dengan diri mereka sendiri dan juga dengan orang-orang yang dekat dengannya.
  4. Mereka seolah mempunyai dua keperibadian.
  5. Mereka sering menjadi orang yang sentimental dan memikirkan sesuatu terlalu dalam.
  6. Mereka mempunyai banyak teman, tapi mereka memerlukan waktu untuk bersendirian bagi memikirkan persoalan dan masalah mereka sendiri.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

23 March, 2010

Bagaimana nak menyayangi seseorang.....!!!

Akhir-akhir ni kita banyak mendengar kisah-kisah keretakan rumah tangga, putus kasih sampai ada yang sampai nak bunuh membunuh, putus tunang sebab ada orang ke-3, dan banyak lagi hal-hal yang kadang-kala tak pernah terfikir dikotak fikiran kita. Itu belum lagi kes artis yang turun naik mahkamah, punca bercerai sebab dah tak sehaluan.

Hal nikah kawin ada tarikh luput ker? Itulah kalau benda-benda yang remeh-temeh dalam perhubungan sentiasa diambil ringan oleh sesetengah individu. Apabila sebelah pihak kurang senang dengan sesuatu perkara, tetapi tidak diluahkan malah dipendam. Akhirnya bila sampai satu tahap, dimana tidak dapat disimpan lagi, maka terjadilah satu perbalahan yang besar. Sedangkan puncanya hanya satu perkara yang sangat remeh, contohnya;

- Si suami suka memerap tuala, tidak sidai
- Si isteri tidur berdengkur, yang sangat kuat
- Si suami suka menyerakkan surat khabar
- Si isteri suka membebel, sikit-sikit nak marah

- Sang kekasih lambat jemput keluar makan
- Sang kekasih lambat angkat telefon
- Sang kekasih tidak membalas sms
- Sang kekasih tidak suka pakai stoking

Sangat remehkan punca-punca perbahalan di atas. Tetapi, itulah hakikatnya dan itulah antara sebabnya perpisahan 2 jiwa terjadi. Kalau perpisahan 2 kekasih tak mengapa, tapi kalau perpisahan antara suami isteri macam mana? Kerana benda remeh yang tidak diselesaikan dengan bijak dan cepat, maka berhadapanlah mereka dengan benda yang rumit dikemudiannya.

Bila sudah bercerai, banyak benda nak dilakukan;
- Pengesahan cerai di mahkamah
- Perebutan hak penjagaan anak
- Pembahagian harta sepencarian
- Pemberian nafkah
- Berusaha untuk hidup baru

Jadi, untuk mengelakkan anda menghadapi masalah-masalah di atas. Nasihat saya, selesaikanlah masalah yang remeh-temeh dalam perhubungan secepat mungkin dalam keadaan yang santai dan tidak bertegang. Kalau masih tidak ada penyelesaian, cuba berenggang untuk sementara waktu sehingga rindu tercipta. InsyaAllah, jika ikatan kasih sayang yang dibina itu suci, maka pasti ada bahagia.....

Tip-tips menyayangi pasangan agar kasih yang tercipta kekal abadi hingga ke Syurga

Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telah pun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.

SEMOGA BERBAHAGIA

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

22 March, 2010

Transformasi Mercedes-Benz.....

124 Years On The Road

1886 - 1888

1889 - 1894

1897 - 1902

1903 - 1910

1908 - 1911

1914 - 1923

1924 - 1927

1928 Mercedes Benz Norburg

1930 - 1934

1934 - Mercedes Benz W31-Type G4

1934 - 1936

Text Color
1936 - 1951/1962

1952 - 1954/1963

1955 - 1963/1971

1964 - 1971/1989

1972 - 1979/2001

1983-1989/2001

1991 - 1996/2004

1996 - 1997/2005

1998 - 2001

2002 - 2003

2003 - 2004

2005
2006 - 2010

2010

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

21 March, 2010

Adik-Adikku InsyaAllah Boleh…



Rancangan Adik-adikku telah melabuhkan tirainya. Tanpa publisiti yang gah dan meluas, rancangan realiti kanak-kanak ini berjalan lancar dan mendapat sambutan dari banyak pihak. Orang ramai sudah membuka mata, tumpuan bukan sahaja pada rancangan berciri keduniaan, tapi juga tercari-cari rancangan ilmiah yang dapat membantu menambahkan pengetahuan dalam hal-hal akhirat.

Siang tadi saya baru berkesempatan menonton pertandingan akhir ‘Adik-Adikku-InsyaAllah Boleh’ yang bersiaran ulangan di TV1 pada jam 10.05 pagi. Saya mengikuti rancangan reality ini yang mula bersiaran pada 15 Februari lalu, ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 ptg.

Tahniah kepada Saudara Farahin Abduln Fattah selaku Rais (Pengetua) kerana berani mencungkil bakat anak-anak kita seawal usia 9 hingga 14 tahun. Tahniah juga kepada adik-adik yang berjaya melayakkan diri sebagai 20 peserta akhir. Pada pandangan kaca mata saya, 20 peserta terawal adalah yang terbaik. Anak-anak ini bersemangat dan berani untuk menonjolkan diri. Sekiranya ada audition untuk orang-orang dewasa (lingkungan umur 19 – 30 tahun) untuk mencungkil bakat berpidato, bertaranum, azan & nasyid berbentuk keagamaan dan kerohanian, pasti tak ramai yang akan datang menguji bakat. Anak-anak remaja kita lebih gemar menyertai pertandingan reality tv berbentuk nyanyian, hingga sanggup menunggu dari pagi sampai ke petang sehingga namanya dipanggil. Kalau beratur untuk mendaftar tu tak payah cakaplah, barisannya panjang sehingga terkena kawasan panas, tak mengapa semata-mata untuk mengejar glamour.

Berbalik pada rancangan realiti yang saya anggap paling berprestij dari tv1 iaitu ‘Adik-adikku’, saya difahamkan pencarian bakat telah bermula sejak tahun 2007. Wah… satu jangka masa yang agak lama tu, sehinggakan sewaktu rancangan ini benar-benar hendak dilaksanakan, pihak pengurusan menghubungi Encik Farahin agar menerima dan menggalas tugas sebagai Pengetua, alangkah terkejutnya apabila cetusan ideanya 2 tahun yang lalu akan dilaksanakan, dan bukan sekadar angan-angan kosong. Maka bermulalah tugas para juri dari barisan ulama, tokoh-tokoh agama, ustaz & ustazah yang terkenal melakukan pemilihan dari pita rakaman yang sudah terperap lama. Setelah bersetuju memilih 20 peserta yang benar-benar layak dan berbakat, mereka terus menghubungi anak-anak ini. Dan jangan tak percaya, ada antara anak-anak yang dihubungi terlupa mereka pernah pergi ujibakat suatu ketika dahulu. Satu kejutan yang amat besar bagi mereka apabila mereka terpilih.

Senarai barisan tenaga pengajar/mentor yang yang digelar Murabbi;
1. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah
2. Ustaz Mohd. Farid Ravi Abdullah
3. Ustaz Zamri Zainuldin
4. Ustaz Zawawi Yusoh
5. Ustazah Asni Mansor

Senarai 7 adik-adik kita yang layak ke peringkat akhir merebut gelaran Juara;
1. Muhammad Wajih Zakwan Hanif, 11 tahun
2. Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 11tahun (peserta cacat penglihatan)
3. Muhammad An-Naim Yasim, 13 tahun
4. Amin Al-Hadi Ab. Hadi, 12 tahun
5. Norsyamira Liana Nor Ashaha, 11 tahun
6. Nur Syafiqah Mohd. Paris, 10 tahun
7. Nur Syazwina Mohd Sukri, 9 tahun


Inilah juara Adik-adikku musim pertama. Setiap kali membuat persembahan, penonton & juri pasti ketawa & tersenyum dengan lawak selambanya.

Senarai 13 adik-adik kita yang telah tersingkir awal, biasalah adat bertanding;
1. Ahmad Hanafi Aman @ A.Fakih, 14 tahun
2. Anisah Nadhira Abu Bakar, 13 tahun
3. Farah Sofea Razali, 12 tahun
4. Harasye Harpi Harun, 13 tahun
5. Madihah Mohamed, 13 tahun
6. Muhammad Azfar Abdul Rahman, 10 tahun
7. Mohamad Fahmi Mohamad Nor, 13 tahun
8. Mohamad Fakhri Mustafa, 13 tahun
9. Noratiqah Mohd Fadzil, 9 tahun
10. Nor Saiful Mohd Basheer, 11 tahun
11. Nor Syafiqah Mansor, 12 tahun
12. Siti Salmi Shaharuddin, 11 tahun
13. Nur Asyikin Mohd Abd Malik, 13 tahun

Pada anda yang mengikuti rancangan reality ‘Adik-adikku’ ini, pasti setiap kali melihat anak-anak ini berpidato air mata anda pasti mengalir. Kalau tidak pun bergenang, bukan sedih tapi terharu melihat kesungguhan dan kepetahan anak-anak ini berdakwah.

Saya mencadangkan agar rancangan reality TV1 ini diteruskan setiap tahun. Bakat anak-anak kita perlu digilap seawal usia mereka masih mentah. Waktu siarannya pula mestilah di waktu perdana dan di hari cuti agar ibu bapa dan anak-anak dapat bersama-sama menonton. Lebih elok sekiranya ia disiarkan pada hari Sabtu, jam 9.00mlm setelah Berita Perdana TV1 berakhir dengan pentas yang lebih sempurna agar dapat dilihat secara langsung oleh kaum keluarga dan sahabat handai.
Segulung Tahniah kepada MEP, JAKIM & RTM.

Cuba anda imbas kembali beberapa tahun dahulu dunia dikejutkan dengan seorang kanak-kanak dari Afrika yang berumur 3 tahun, tidak tahu bercakap apalagi mebaca telah diberi Hidayah oleh Allah untuk berdakwah. Ramai yang terpegun sehinggakan ada juga orang-orang kafir dan orang-orang yang tidak beragama merubah haluan mereka memilih Agama Islam sebagai agama yang patut dianuti. MasyaAllah…


Kini kanak-kanak ini iaitu Sheikh Sharifuddin sudahpun berumur 8 tahun. Tapi tidak diketahui kini dimana dia berada. Kata sesetengah orang, kanak-kanak ini telah disembunyikan kerana dia menjadi buruan kaum kafir (Kristian)
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

My Name is Khan


Korang dah tengok belum Hisdustan alaf baru....My Name is Khan....?
Kalau belum tengok, kenalah pi tengok cepat...tapi rasanya tayangan panggung seluruh negara dah tamat, terpaksalah beli DVD.

My Name is Khan mengisahkan seorang kanak2 yang menghidap penyakit Sindrom Aspeger. Korang tau tak Sindrom Aspeger ni penyakit apa? Meh baca sket kat bawah ni, susah ni cari kat Google search :

Asperger ialah gangguan spektrum autisme, dan rakyat dengan ia lantarannya menunjukkan kesusahan yang besar dalam interaksi sosial, bersama dengan corak-corak berulang dan terhad tingkah laku dan kepentingan-kepentingan. Ia berbeza dari spektrum autisme lain kekacauan oleh pengawetan saudara nya perkembangan kognitif dan linguistik. Walaupun bukan memerlukan diagnosis, kekekokan fizikal dan penggunaan bahasa bagi luar biasa sering dilaporkan.

Sindrom Asperger dinamakan untuk pakar kanak-kanak Austria Hans Asperger yang, pada 1944, menggambarkan kanak-kanak dalam amalan nya yang kurang kemahiran komunikasi tanpa lisan, ditunjukkan empati terhad dengan teman-teman sebaya mereka, dan secara fizikal kekok. Lima puluh tahun selepas itu, ia telah distandardkan sebagai satu diagnosis, tetapi banyak soalan tetap tentang aspek-aspek gangguan. Misal nya, terdapat meragui tentang sama ada ia berbeza daripada autisme fungsi yang tinggi (HFA); sebahagiannya disebabkan oleh ini, kelaziman nya tidak lazim. Diagnosis Asperger telah dicadangkan akan disingkirkan, digantikan oleh satu diagnosis gangguan spektrum autisme pada skala keterukan

Punca sebenar tidak dikenali, walaupun kajian menyokong kemungkinan satu asas genetik; teknik-teknik pengimejan otak tidak mengenal pasti satu patologi biasa jelas. Tiada rawatan tunggal, dan keberkesanan campur tangan tertentu disokong oleh hanya data terbatas. Gangguan adalah bermatlamat demi meningkatkan gejala-gejala dan fungsi. Tulang belakang pengurusan ialah terapi kelakuan, menumpukan atas defisit-defisit khusus untuk mengalamatkan kemahiran perhubungan buruk, rutin berlebihan atau berulang, dan kekekokan fizikal. Kebanyakan individu-individu meningkatkan sepanjang masa, tetapi kesukaran-kesukaran dengan komunikasi, penyesuaian sosial dan kehidupan bebas meneruskan dalam kedewasaan. Beberapa penyelidik dan rakyat dengan Asperger telah menyokong satu anjakan dalam sikap-sikap ke arah pandangan yang ia ialah satu perbezaan, daripada satu kecacatan yang mesti dianggap atau sembuh



Hmmmm...dah tau apa itu Sysdrom Aspeger? OK, dapat lah idea sket2 sbb yg I nak cerita ni pasal budak Ridzwan Khan ni yang ada penyakit Aspeger.


Ridzwan dibela oleh ibunya yg berstatus ibu tunggal, dia ada seorg adik yg pintar. Tapi perhatian ibunya hanyalah untuk si Ridzwan ni. Kesian adiknya, walaupun pintar dia selalu dipinggirkan. hari berlalu, Ridzwan membesar tetap sbg kanak2 Aspeger. Setelah ibunya meninggal, Ridzwan ke Amerika untuk tinggal bersama dengan adiknya. Nasib dia baik sbb walaupun adiknya tak berapa suka, tapi adik iparnya yang merupakan seorang pensyarah psychology sgt memahaminya. Panjang lah ceritanya...itu begini...almaklumlah cerita Hindustan mesti panjang. Nak tau lanjut tengok ahh Khan.

Satu hari Ridzwan bertemu dgn Kajol, Kajol sbg Mandira adalah seorang Kristian, mempunyai seorang anak lelaki dan memeluk Islam selepas kawin ngan Ridzwan. Satu hari anak lelaki Mandira mati dibunuh kerana agaa yg dianutinya. Lalu Mandira rasa terpukul dan menyesal kawin ngan Ridzwan, baginya anaknya takkan mati kalau dia tidak kawin ngan Ridzwan dan memeluk Islam. Akhirnya mereka berpisah.

Setelah berpisah, Ridzwan memulakan pengembaraannya untuk bertemu dgn President Amerika hanya untuk menyatakan "MY NAME IS KHAN, AND I'M NOT A TERRORIST". Dalam pengembaraan Ridzwan, byk perkara baik, pelik, musykil berlaku. Panjang ahh ceritanya, nak tau kena tengok. Akhirnya dia dpt juga jumpa dgn President Amerika dan tak semena2 dia menjadi sgt popular sampaikan Ridwan tak payah nak kenalkan dirinya seperti yang di ingin lakukan tapi President Amerika itu sendiri yg menyebutkannya.

Ulasan cerita: Cerita ni memang bagus, penggarapannya sempurna, ada sedikit keraguan tetapi masih boleh diterima kalau dilihat dari sudut positif. Cerita tentang agama, pegangan, jiwa, kemanusiaan dan pendirian. Tapi setelah diamati dengan teliti dari sudut mata halus (hanya org2 yang terang hati jer sebenarnya boleh nampak), cerita ini penuh dengan keraguan tetang agama, pegangan, jiwa, kemanusiaan dan pendirian. Itulah seperti yang saya katakan, kena tengok cerita ni baru tahu.

Hmmm.... bila anda dah tengok, saya ada beberapa soalan nak tanya;

1. Siapa penerbit cerita ni?
20th Centry Fox Studios

2. Siapa pemilik TCFS?
Malas nak cakap kat sini

3. Apa motif TCFS terbitkan cerita ini?
Adakah utk mempengaruhi minda org Islam

4. Apa yang nak ditonjolkan dlm cerita ini?
Nak bagi tahu semua agama itu sama?

5. Bolehkah Agama Islam disamakan dengan agama lain?
Ntahlah...rasanya tak boleh lebih2 lagi ngan Kris

Anda tengok dan nilailah sendiri.....


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

19 March, 2010

Bagaimana matimu... Aku juga tidak tahu matiku...

Ya Allah.... Matikanlah aku dalam keadaan orang yang beriman.

Pasti itulah doa semua orang islam. Kita tidak tahu bagai mana nasib kita akan datang.

Adakah kita akan mati dalam keadaan tenang?
Adakah kita akan mati dalam keadaan aman?
Adakah kita akan mati dalam keadaan redha?

Atau....

Adakah kita akan dimatikan dalam keadaan daif?
Adakah kita akan dimatikan dalam keadaan malu?
Adakah kita akan dimatikan dalam keadaan hina?

Mahukah kita dimatikan dalam keadaan di mana kita tidak Islam lagi? Subhanallah...

Ya Allah... alangkah mudahnya hamba Allah di bawah ini menamatkan riwayat hidupnya, meninggalkan segala yang ada dengan tenang, mati dalam keadaan sedang mengadap Mu.



Bagaimanakah matiku???
Hanya Allah yang maha mengetahui...
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

16 March, 2010

Sungai Dalam Lautan... Subhanallah...

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)


Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya. Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam.
Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut. Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara. Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera.
Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam. Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan.

Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran." Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.



(Petikan & gambar di petik dpd 1 email yg saya terima dari seorang musafir yang kini sedang berada di Arab Saudi)

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...