Showing posts with label Luahan Rasa. Show all posts
Showing posts with label Luahan Rasa. Show all posts

31 December, 2016

Anak ohhh Anak




Semua orang dah biasa dengar ayat ni "SEORANG IBU BOLEH JAGA 10 ORANG ANAK, TAPI 10 ORANG ANAK TAK MUNGKIN BOLEH JAGA SEORANG IBU"

Itulah hakikanya kan. Memang....memang tak ramai anak yang betul-betul akan jaga ibu bapa mereka bila sudah berjaya, lebih-lebih lagi bila dah berpasangan. Ada sejenis isteri yang tamak kasih sayang, ada juga sejenis suami yang ego sombong dan berlagak bagus. Kalau betul masih ada anak yang baik....alhamdulillah, syabas untuk anak tersebut dan juga syabas untuk pasangannya kerana tidak memisahkan hubungan antara ibu dan anak.

Siapa dah tengok drama 7 Hari Mencintaiku? Haishhh...mejoriti rakyat Malaysia tengok dah kan drama ni. Rating 12 juta tu.... then...dah pakat-pakat mencangok depan tv jam 7 hari-hari tu, tak reti-reti nak ambil iktibar dari drama tu?

Meh dengar sini..... betul tak hal-hal yang disebutkan ni?

Rumah ibu bapa adalah rumah bg anak-anak tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa....kenapa tak percaya?
  • Anak-anak boleh bebas dalam rumah ibubapa
  • Makan apa sahaja, dah makan tak basuh pinggan tak apa
  • Tengok siaran tv ikut suka
  • Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka
  • Letak barang merata-rata bila hilang ibu yang kena
  • Sangkut baju yang dah berdaki berpeluh dimana saja
  • Nak datang bila-bila pun tak mengapa

Tapi ibu bapa.........
  • Tak boleh buat sesuka hati di rumah anak- anak
  • Tak boleh masak sesuka hati
  • Tak boleh makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka
  • Tak boleh buat apa sahaja ikut suka
  • Tak boleh ubah susun atur dalam rumah anak
  • Tak boleh datang rumah saja-saja walau untuk melawat anak cucu dia
Sebab apa??? Anak akan cepat berkecil hati dgn ibu bapa atas setiap tindakan yang ibu bapa lakukan dirumah mereka.

Begitu juga dengan kenderaan ibu bapa.
  • Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak
  • Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati
  • Walaupun belum ada lesen berani curi-curi guna 
  • Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah
  • Kalau rosak semua ibubapa tanggung

Tapi, jika kenderaan anak-anak tinggal dirumah ibu bapa ataupun sekadar tumpang parking, ada banyak syarat dikenakan. Sebab...  Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna, apatah lg dgn sesuka hati. Sebab apa?
  • Sebab nanti takut rosak
  • Sebab nanti takut berlanggar lah
  • Sebab nanti takut calar lah
  • Sebab nanti takut lowerd lah, patah spring lah
  • Kalau guna pastikan minyak penuh semula
  • Kalau rosak mesti kena hantar pomen baiki sebelum bagi semula pada anak-anak

Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak. Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak. Tetapi anak-anak belum tentu mengasihi ibubapa. Mereka kasih kepada harta mereka dan pasangan mereka melebihi ibubapa.


  • Mereka ada masa utk membetulkan kenderaan kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila diperlukan.
  • Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti, tetapi mereka tiada masa utk cuti menziarahi ibubapa yg rindukan mereka.
  • Mereka sayang ambil cuti kerja atau gunakan cuti tahunan yang ada utk melawat ibubapa di kampung, sebok dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan tapi ada je masa ke sana kemari dengan pasangan.
  • Malah mereka tidak sayang untuk ambil cuti bila kawan baik kahwin, sanggup pergi bawa hadiah walaupun jauh beratus kilometer.


Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada, tetapi anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta. Kalau berjanji sebelum mendapat apa-apa yang diingini tu biasa. Minta ibubapa doakan apa yang hendak diperbuat, sambil menabur janji itu ini, akhirnya bila Allah dah beri berkat dari doa ibubapa, anak-anak mulalah lupa diri gelap mata. Lupa segala janji.

Anak lelaki..... bila isteri bercerita berkias bagaimana pun, si anak tahu apa yg isteri mahukan. Tetapi bila ibubapa mengadu walaupun dengan nada hiba, tiada selok belok ketika bercerita, anak2 buat tak faham apa yg ibubapa mahukan. Tapi...seperti biasa, ibubapa cakap hanya sekali harap anak faham dan memberi, Ibubapa tidak akan meminta secara terus kpd anak2nya kerana ibubapa takut anak akan terasa, tak memberi tak apa sebab mereka sentiasa memahami, niat bercerita agar anak tahu sahaja apa masalah yg dia ada, tapi biasanya mereka pendamkan sahaja. Walaupun begitu, mereka tetap akan kata, mereka ok-ok saja.

Mudah-mudahan kita tergolong sebagai anak2 yang berbakti kepada ibubapa kita semoga kita tidak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti. Janji Allah itu pasti. Dunia berputar bersilih ganti...


Ini ibubapa saya..... maafkan saya jika saya bukan anak yang sempurna apatahlagi yang berjasa. Doa ibubapa sepanjang hidup saya amat bermakna, tolong jangan hentikannya...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

16 May, 2013

SELAMAT HARI GURU!!!






Berburu ke Padang Datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi

Jika hari ini
Seorang perdana menteri berkuasa

Jika hari ini
Seorang raja menaiki takhta

Jika hari ini
Seorang Ulama' yang mulia

Jika hari ini
Seorang peguam menang bicara

Jika hari ini
Seorang penulis terkemuka

Jika hari ini
Siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya
mengajar tulis baca .



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

13 May, 2013

Hari Ini Dalam Sejarah

Alhamdulillah....... Hari ini telah hampir berakhir dengan aman dan tenteram. Tarikh ini mengingatkan saya pada satu cerita silam, walaupun tidak pernah mengalaminya, tapi dirasai oleh Ayahnda dan Bonda, cerita yang diceritakan berulang-ulang kali tanpa jemu untuk mengingatkan anak-anaknya agar tidak lupa.

Melayu mudah lupa.....

Ungkapan itu disebut lagi akhir-akhir ini. Kalau dulu selalu didengari dari mulut arwah baktok dan arwah maktok, kalau dulu selalu didengari dari mulut atuk dan nenek, tapi kini diungkapkan oleh Ayahnda dan Bonda saya, acapkali tak pernah jemu untuk mengingatkan agar tidak lupa.

Melayu mudah lupa.....

Kerana 5 May 2013 itu, ungkapan ini juga disebut-sebut berulang kali tidak pernah jemu. Semua melayu mengungkapkannya, hanya segelintir sahaja yang buat-buat lupa sebab melayu mudah lupa.

Melayu mudah lupa.....

Bukan bias ataupun rasis, tapi sekadar mengingatkan agar tidak berulang lagi, kejadian lampau yang mengguris hati, tak siapa berani ungkapkannya lagi, tarikh keramat tersemat bersemadi, bila melayu bersatu hati, sesuatu yang hebat pasti terjadi.

Melayu mudah lupa.....

Kerana ungkapan itulah saya berjaga-jaga, agar tidak alpa dan terus terlupa, menyemak sejarah mengkaji kebenarannya, disebalik nista yang dipropaganda, agar  tidak terlalu mengikut peredaran semasa, kerana saya tak mahu cepat terlupa, dengan ingtan-ingatan yang diberi sejak zaman nenek moyang lagi, yang sudah bertungkus lumus mempertahankan pertiwi, memanjatkan doa agar tidak dijajah lagi.

Melayu mudah lupa.....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

07 March, 2013

DIAM LEBIH BAIK



Selamat Pagi semua....

Diam kalau terasa tak mampu beri manfaat dengan berbicara.
Sedang 'diam itu juga memberi manfaat' pada sesetengah ketika.

Diam bukan bererti kita bodoh
Diam bukan bererti kita tak tahu
Diam bukan kerana kita takut
Diam bukan kerana kita pengecut
Diam itu hikmah
Diam itu menyerap ilmu
Diam itu mengatur gerak
Diam itu membaca tingkah
Diam itu membentuk sabar
Diam itu mengekang nafsu

Peliharalah akhlak mu kerana ia adalah sumber kecantikan mu.
Peliharalah agama mu kerana ia adalah pegangan mu.
Peliharalah amalan mu kerana ia adalah pakaian ukhrawi mu.
Peliharalah lisan mu kerana ia adalah hati mu yang menentukan baik buruk
diri mu...


✿~✿~ "Saat orang lain bicara buruk mengenai kita, padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka, itu adalah tanda bahawa kehidupan kita sebenarnya LEBIH INDAH dari mereka" ✿~✿~


♥jadilah makhluk Allah yang baik♥

Lokasi : Sungai Lurus, Batu Pahat, Johor
Mesin : Canon EOS Kiss X4, 100mm


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

27 January, 2013

......



TIDAK MASUK SYURGA ORANG YANG MEMUTUSKAN TALI PERSAUDARAAN...

Ya Allah, hanya Kau sahaja yang tahu gejolak hati kami. Hanya Kau sahaja yang tahu apa yang terjadi kerana Kaulah yang merencana semuanya. Kami redha, kami ikhlas menerimanya...

Kini ku menitiskan airmata....kerana drama itu... ANAK SAMPAH


Tapi.....kami tidak sama sekali akan melakukan itu. Yang Kau aturkan dalam kehidupan kami kini adalah sesuatu yang benar-benar merobek hati. Lebih-lebih lagi hati seseorang yang diantara kami. Seseorang yang sangat menyayangi dan merindui kedua puteranya. Seseorang telah memisahkan mereka dan sedaya upaya mengadakan jurang antara mereka. Apa salah dia? 

Penjelasannya begini. Kebenaran adalah keyakinan. Demi kebenaran atau keyakinan, berpisah dengan anak isteri itu perkara biasa. Bukan sesuatu yang pelik, lebih-lebih lagi bukan perkara asing dalam kebenaran! Apa yang saya tahu.... “memutuskan silaturrahim itu haram, tak cium bau syurga.”

Memutuskan silaturrahim dalam konteks hasad dengki, berdendam, bermusuhan kerana perkara dunia memanglah begitu. Tetapi dalam hal kebenaran dan keyakinan, memutuskan talian darah dengan pihak yang berhak itu jelas tidak adil sekali. Bolehkah darah itu ditukar ganti demi untuk menghilangkan semua tanda-tanda biologi dalam diri anak-anak itu sendiri? Logikkah kita menerima pemikiran jumud dan kolot seperti itu?

Berfikiran terbukalah, tiada jodoh antara kamu berdua. janganlah bersusah payah melakukan sesuatu yang dibenci Allah, kelak binasa hidupmu sendiri. Kami tidak membenci apatah lagi memulaukan seseorang yang telah menyeri hati salah seorang diantara kami. Segala masa dan ketika saat bahagia yang dikongsi bersamanya amat kami hargai. 

Tindakan memisahkan sama juga dengan melarikan. Sedarlah wahai kamu perempuan, sudah lama benar isi hati ini disimpan. Berkali-kali ku katakan, mereka itu anak kamu dan dia, janganlah bersusah-payah mahu memisahkan. Kelak dewasa mereka pasti mencari dan pastinya kamu akan dipersalahkan.

Redha lah dengan takdir yang ditentukan.......


N3 tiada tajuk...




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

19 January, 2013

150,000,000 X



Hahahaha...bilalah saya punya follower kat blog ni nak cecah angka tue?

OK, ini mengenai lagu Ainan Tasneem, 150 juta. Best laaa lagu ni. Jom layan;


Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”
Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”

“Saya kenal sayang saya”
Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya

Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna

Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa

Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala

Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua



Hahahaha...sweet sangat kannnn..... Pedulilah apa orang kata. Hanya kita saja yang tahu siapa pasangan kita. Jangan rasa rendah diri bagi yang berpasangan macam beuty and the beast tu, sebab cuma kamu sahaja yang tahu apa kelebihan beast kamu tue. Jangan rasa terasing dengan kawan-kawan bila pasangan mereka lagi best dari pasangan kamu, kerana hanya kamu sahaja yang tahu apa kelebihan yang ada pada pasangan kamu.



Blog-blog GSFian yang CiM tak dapat komen tue, dah boleh komen kesemuanya guna Nota ini.






:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

15 January, 2013

Ribut Tropika Sonamu



Pasti ramai yang tahu tentang Ribut Tropika Sonamu yang telah melanda beberapa kawasan di Malaysia terutamanya di perairan Barat Laut Sarawak iaitu di kawasan Laut China Selatan. Alhamdulillah semuanya telah berakhir dan tak ada perkara buruk dan dasyat yang melanda Bumi Malaysia. Amaran telah dikeluarkan terlebih dahulu oleh Jabatan Meteolrologi Malaysia.



Ribut Tropika Sonamu akhirnya melintasi juga beberapa kawasan yang dijangka terlibat termasuklah di Johor Bahru yang mendapat sedikit tempias.




Dan disebabkan ribut itulah, hati saya meruntun sedih dan meluahkannya di blog beberapa hari yang lalu dalan N3 yang INI.

Rumah Datuk saya di Felda Ulu Tebrau mendapat sedikit tempias dari ribut tropika sonamu tersebut. 

Kejadian berlaku pada jam lebih kurang 3.00 petang, 8 Januari 2012. Waktu itu, adik saya dan Bonda baru sahaja menghantar atok balik kerumahnya setelah bermalam di rumah kami pada malam yang sebelumnya. Sebelum menghantar atok pulang ke Felda Tebrau, mereka menghantar nenek ke pusat dialisis seperti biasa. Memang itulah rutin nenek 3 hari seminggu.

Sampai saja di rumah atok, menurut bona saya belum ada tanda-tanda nak hujan. Selepas berbual beberapa ketika bonda dan adik saya terus berangkat pulang. Saya pula di tempat kerja mendapat panggilan dari atok dalam pukul 4 petang mengatakan rumahnya di hempap pokok durian jiran sebelah. Saya terus menelefon bonda selepas bercakap dengan atok, waktu itu bonda baru sahaja sampai di rumah agam kami dan hujan telah pun turun.

Bonda menyuruh saya menghubungi semula atok menanyakan tentang seorang makcik yang duduk dengan atok di rumah yang sama kerana menurut bonda, dia ternampak makcik sedang menyapu di bahagian bawah rumah berhampiran dengan pokok yang tumbang. Mujurlah panggilan semula saya di angkat oleh makcik yang lebih mesra kami panggil Mak Njang. Alhamdulillah....tak ada yang cedera pada hari kejadian. Cuma keadaan dapur rumah atok rosak sedikit dan memerlukan sedikit pembaikan.

Malam tu selepas pulang kerja saya terus ke sana bersama bonda dan en.hubby. Sampai saja hari dah gelap gambar pun tak berapa terang. Sekumpulan bomba ada di rumah tersebut, tapi kerja-kerja pemulihan tak boleh dilakukan kerana hari hujan dan tanah licin. Takut akan lebih membahayakan keadaan. Jadi pihak bomba bercadang untuk datang semula keesokan hari. Tapi....saya tak dapat ada sewaktu kerja-kerja pembaikan dilakukan ketana bekerja. Maafkan saya yeaaa atok. "Hati mesti baik" . Itu trademark atok saya....

Tapi....sebenarnya, pokok tersebut tak mungkin akan tumbang jika tuan empunya pokok tidak melakukan pembakaran sampah di tundun pokok durian tersebut. Disebabkan terlalu kerap melakukan pembakaran, maka akar pokok yang bertanah banir itu menjadi reput dan buruk. Apabila angin kencang melalui kawasan itu, dengan mudahnya dapat merebahkan pokok durian tersebut yang sudah berusia berpuluh tahun, mungkin juga beratus tahun. Percaya tak jika saya katakan pangkal pokok itu sebesar 2 pemeluk dewasa?

Saya dengar-dengar pakcik sebelah rumah atok nak bayar semua kos pembaikpulihan. Entahlah....wallahualam. Tapi.....sebenarnya, pada pendapat ikhlas dari hati saya. Apa yang berlaku itu datang dari Allah, ada hikmah disebaliknya. Dan sebenarnya Allah nak tunjukkan sesuatu pada kita, maksud saya orang-orang yang terlibat dengan kasus kekeluargaan ini. Sedarlahhh pada yang belum sedar lagi. Tapi rasanya masih ada yang belum sedar. Atau nak tunggu ujian yang lebih besar baru nak sedar? Kerana itulah saya rasa macam nak bawa saja atok tinggal dengan kami. Malangnya atok dan nenek tak mahu ikut kami......

Bagi yang masih dapat bersama atok, dekat dengan atok setiap hari, hargailah atok selagi dia masih ada. Terlalu banyak pengorbanan yang telah dia berikan.

Maaflah kalau nukilan hari ini terlalu beremosi. Dah seminggu kejadian itu berlaku. Semoga Allah memberkati kita semua. Maafkan saya jika ada yang terada. Kalau ada yang tak puas hati dengan nukilan saya ini, hubungilah saya marilah kita berbicara. Mungkin kamu atau kamu atau kamu tak sedar apa yang telah kamu lakukan. Tapi Allah Maha Tahu.

Sekuat ribut tropika sonamu, sekuat itulah runtun hati atok dan nenek ku....



#maafpictakdptdiupload....nk keluar tengok JDT vs KEL


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

10 January, 2013

Asalkan Aku OK



Saya suka sangat lirik lagu Awi Rafael, Asalkan Aku OK. Lirik yang benar-benar membawa maksud dan pengajaran. Jom kita hayatinya...

Selamat petang, selamat petang aku ucapkan
Kanak-kanak kecil berlari di ruang halaman
Hidup ini indah ku kata, Hidup ini indah lawa
Hidup ini indah ternyata

Asalkan aku ok, duit dalam kocek
Hidup dengan sederhana
Keluarga semua ok, masa depan cantik
Hidup jauh narkoba dunia

Asalkan aku ok, hidup macam taukeh
Teman ada sentiasa
Bernyanyi dan karaoke, kaya macam Datuk K
Hidup tanpa masalah dunia

Hidup mewah tanpa berhutang
Hati bersih tak lupa sembahyang
Inilah kehidupan
Inilah kehidupan

Otak cergas tanpa menipu
Jangan marah-marah tak perlu begitu
Inilah kehidupan
Inilah kehidupan

Asalkan aku ok, duit dalam kocek
Hidup dengan sederhana
Keluarga semua ok, masa depan cantik
Hidup jauh narkoba dunia

Asalkan aku ok, hidup macam taukeh
Teman ada sentiasa
Bernyanyi dan karaoke, kaya macam Datuk K
Hidup tanpa masalah dunia





Kamu semua pernah dengar atau lihat burung mati disebabkan kebuluran tak? Actually, saya pun tak pernah, tapi....ada ker?..

Ya, rasanya tak ada pun seekor burung di dunia ini yang sekadar duduk diam menunggu makanan melainkan yang masih belum pandai terbang ataupun yang berada dalam kurungan. Walaubagaimanapun, burung kecil yang belum pandai terbang pun pasti asyik gigih berlatih kan kan kan.....jatuh bangun dan cuba lagi.

Allah itu Maha Razzaq (Pemberi Rezeki). Tapi mereka masih berusaha mencari makanan. Pagi-pagi lagi dah dengar bunyi cit cit, cit cit, terbang sana sini. Ada yang berkawan, ada yang keciciran, kadangkala kita dapat melihat satu bentuk yang indah dari gerombolan burung diangkasa. Yaaaa...setiap pagi begitu dan tidak dinafikan.

Tapi, bagaimana pula dengan kita manusia yang cukup pakej, ada kaki, tangan, mata, mulut semua itu.. siap ada hati dan perasaan, ada akal lagi. Subhanallah!

Walaupun kita tak tahu sampai bila kita ada kat dunia ni, namun setidak-tidaknya kita perlu berusaha dan Istiqamah! :)

"Allah itu amat menyukai hamba-Nya yg apabila melakukan sesuatu kerja, melakukannya dgn bersungguh-sungguh" (riwayat Muslim dan Bukhari)

p/s: Peringatan juga buat diri yang masih lalai dan masih merangkak berusaha ini.


Sebenarnya ada sesuatu yang berlaku 2 hari lalu....sesuatu yang Allah nak tunjukkan, sesuatu rahsia yang hanya Dia sahaja yang tahu, sesuatu yang sepatutnya membuka mata sesetengah pihak yang terlibat. Tapi.....entahlah, sama ada tak nampak atau belum sedar itu saya kurang pasti. Yang pastinya, ianya melibatkan orang-orang yang saya sayang. Kalau ikutkan rasa hati dan sombong diri, nak saja saya bawa dia pergi. Pergi dari manusia-manusia itu. [[sedeyyyy...]]



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

31 December, 2012

Rebat Smartphone RM200





Berikut merupakan senarai telefon pintar yang boleh dibeli dengan menggunakan rebat RM200 yang diberikan oleh kerajaan untuk semua belia di Malaysia yang berumur di antara 21 hingga 30 tahun bermula Januari 2013.

Semua belia boleh membuat pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/ mulai esok 1 Januari 2013. Perlu diingat skim ini adalah siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak mendapatkan telefon pintar selagi stok masih ada. Model-model Smartphones yang terpilih adalah seperti berikut dan anda boleh lihat darigambar di atas :-
  1. Alcatel 993D
  2. Alcatel OneTouch Glory 2
  3. Alcatel OneTouch Inspire 2
  4. The Buzz Phone
  5. HTC Wildfire
  6. Huawei Ideos X3
  7. LG Optimus L3
  8. Ninetology Black Pearl II
  9. Ninetology Palette
  10. Nokia 2730
  11. Nokia 7230
  12. Nokia Asha 305
  13. Nokia Asha 308
  14. Nokia Asha 311
  15. Nokia C2-03
Jadi....bagi sesiapa yang layak, sila bertindak segera kerana siapa cepat dia dapat.

p/s: Saya tak layak....huhuhuhuuhu.....terlebih had umur.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

05 December, 2012

Gaza Masih Berdarah




Walaupun Gencatan Senjata telah diumumkan, tapi penduduk Gaza masih berdarah. Luka-luka mereka belum diubati, kesan lecur masih menyengat, runtuhan rumah-rumah tak mungkin dapat diperbaiki, bantuan makanan tidak pernah mencukupi, ubat-ubatan disekat, semuanya perlu melalui pemeriksaan untuk melepasi tanah Israel sebelum masuk ke bumi Gaza. Adakah Israel benar-benar telah mematuhi syarat-syarat gencatan senjata yang dipersetujuinya? Jet-jet pejuang Israel tetap memenuhi ruang udara Gaza walaupun tidak serancak sebelum gencatan senjata. Ya!!! Saya tidak pernah percaya dengan Israel dan berita-berita yang memenuhi ruang dada akhbar juga tidak sepenuhnya sahih. Kita tidak boleh mempercayai sepenuhnya apa yang digambarkan dalam media arus perdana. 

Melainkan anda telah melihat dengan mata anda sendiri, dan saya sangat pasti bahawa peperangan di Gaza masih berlaku. Semoga perjalanan aktivis-aktivis Malaysia ke Gaza dilindungi Allah. Aqsa Syarif khabarnya akan membuat beberapa misi dengan membawa hati-hati yang berjiwa besar ke Palestin.

Terlebih dahulu ucapan tahniah kepada sebahagian artis Malaysia yang berani Syahid di Palestin. Sama-sama mengikuti Misi Aqsa Syarif bersama Afdlin Shauki adalah Bront Palare, Zain Saidin dan beberapa crew Vision Works pada 3 Disember yang lalu.




Walaupun PALESTIN sudah mendapat pengiktirafan dari negara-negara lain, tapi jangan berhenti berDOA. Jangan berhenti memBOIKOT. Jangan berhenti menDERMA. Jangan berhenti BERUBAH ke cara islam yg lebih baik. 

Sekecil-kecil usaha itu dipandang olehNYA dan dikira dekat akhirat SANA. :) ♥


Kita semua tahu, Israel menggunakan jet serangan canggih dan kapal tentera laut untuk mengebom kem pelarian yang sesak dan padat, sekolah-sekolah, blok-blok pangsapuri, masjid, dan kawasan penempatan rakyat miskin. Israel menyerang dengan kejamnya seluruh penduduk yang berada di setiap pelusuk Gaza yang tidak mempunyai angkatan udara, tiada pertahanan udara, tiada tentera laut, tiada senjata berat, tiada unit artileri, tiada perisai mekanikal. Inikah yang dinamakan peperangan??? Ia bukan perang. Ia adalah PEMBUNUHAN SECARA TERBUKA di mana seluruh dunia mengetahui tentang hal ini.

Saya dan keluarga dengan sedaya upaya akan memboikot barangan-barangan dari Israel yang telah memberi dana sepenuhnya kepada mereka untuk membeli jet-jet pejuang dan peluru-peluru berpandu. 




Kita ada banyak produk-produk buatan Malaysia yang Halal dan diperakui kehebatannya. Mengapa mesti pening-pening kepala di pasaraya? Untuk pengetahuan juga, kami sekeluarga telah cuba sedaya upaya untuk menghindari Mc Donald.

Kenapa kena boikot Mc Donald sedangkan ramai orang Islam kita bekerja di sana?
Meh baca dengan teliti di sini.... BOIKOT MC DONALD


Boleh baca cerita pendek ni juga :

Sinyu: Apsal nak kaitkan McD kat sini ngan Israel? Management diorang pun dah nafikan.
Nobita: McD kat sini atau mana-mana pun still jual jenama dan produk sama. Jadi  tak akan takde kaitan/keuntungan kepada headquaters McD kat US?

Sinyu: Tapi  tak baik tuduh diorang buat offer free meal sebab ada boikot. Mungkin diorang dah lama plan untuk hargai pelanggan setia.
J: Wallahu’alam. It’s just at the right time! Dulu penah ke ada offer free meal?

Sinyu: Alaa, kan free tu. Bagus la. Kita tak payah bayar pape, so diorang pun tak untung pape.
J: Diorang akan untung sebenarnya, dari segi sokongan moral. Sebab itu yang diorang perlu sewaktu tertekan macam ni.

Sinyu: Ok, kalu aku amik jugak meal free tu dan makan, apa hukum dia? Haram?
Nobita: Tak haram pun, even kalau bayar. Sebab makanan itu sendiri diperakui halal. Tapi ini bukan soal agama, halal atau haram. Ini soal kemanusiaan.

Sinyu: So, depend kat pilihan masing-masing la kan nak boikot atau tidak? Tak boleh paksa kan?
Nobita: Untung lah kita kat sini sebab ada pilihan nak boikot atau tidak. Tapi.... Saudara kita kat sana tak ada pilihan pun sama ada nak diserang dan menderita atau tidak.



Yang tak start boikot lagi bila nak mulakan langkah pertama anda? .
Sepert cerita Nabi Ibrahim…

Maka tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2 yang lain.

“Usahamu itu hanya sia-sia, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu”, mereka mengejek.

Lalu burung kecil itu membalas, “Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepadaku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya.” -sumber

Disebabkan saya tak mahu disoal dengan dasyatnya di akhirat kelak, saya juga mahu lakukan langkah pertama. Sedikit sebanyak dapat menyelamatkan saya dan keluarga saya di padang Masyar nanti.

Maaf kalau N3 saya malam ni keterlaluan dan saya tak bermaksud untuk menyinggung mana-mana pihak.





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

04 December, 2012

Warisan ~Anak Kecil Main Api~



Semua parti politik di Malaysia sudah bersidang.... Menandakan Pilihan Raya akan menjelang. Ada sesiapa tak yang tengok Persidangan UMNO tempoh hari. Opssss...saya tak tengok pown sebenarnya. Tapi, kerana persidangan itulah saya dan en.hubby diajukan soalan ini oleh kedua ibu kami (ibu saya dan ibu en.hubby)

"Korang tahu tak lagu Anak Kecil Main Api tue? Siapa budak yang berucap tue erkkkk"

Owhhh...en.hubby tahulah nak jawab soalan ni. Tapi saya terpinga-pinga saja, apa kena mengena dengan budak berucap dengan lagu Anak Kecil Main Api? Setelah di terangkan oleh en.hubby, barulah saya faham kenapa kedua ibu kami mengajukan soalan seperti itu. Ya, saya dah lama tahu tentang kewujudan lagu ini. Lagu Warisan yang menaikkan semangat orang Melayu. 

Hurmmm, 'budak' yang berucap itu adalah :
Arif Yasir Zulkafli (Wakil Perwakilan Kelab Umno Luar Negara dari Tokyo)


Ada sesiapa di sini pernah dengan lagu yang saya sebutkan itu. Mari kita sama-sama menghayati liriknya...

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara



Wahai bangsa ku, bangunlah dan jangan leka dengan segala kelekaan dunia. Ingatlah kembali bagaimana kita telah dijajah, bagaimana nenek moyang kita berhempas keringat untuk mendapatkan kemerdekaan, tergolok tergadai segala emas dan wang ringgit. Jangan kita sia-siakan pengorbanan mereka sehinggakan negara kita sendiri akhirnya tergadai jua disebabkan kebodohan kita sendiri.

Bersatulah!!!!!

** N3 saya ini tidak ada kena mengena dengan UMNO, PAS, PKR atau parti-parti politik yang lain kerana saya akan mengundi orang Islam yang benar-benar boleh membawa kepada kebaikan.

Maaf sekiranya kenyataan saya dalam N3 kali ini menyinggung banyak pihak :(

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

01 December, 2012

Letakkanlah Hati Di Tempat Yang Betul


"Letakkan hati kamu di tempat yang betul. Jangan memaksa dan jangan biarkan sesiapa memaksa, lakukanlah dengan kerelaan hati. Allah sentiasa membantu hati-hati yang suci."

Itulah kata-kata yang sering saya berikan pada adik-adik saya yang sedang dalam kesulitan menghadapi masalah cintanya. Perkara biasa yang sentiasa berlaku, dia sukakan orang ni, tapi orang ini pula suka kepada orang yang itu, dia suka seseorang ni tapi takut luahkan sehingga ada yang meluahkan dahulu tapi seorang lagi ada menyimpan harapan dengan yang penakut itu. Disebabkan inilah, cinta tiga segi banyak berlaku kerana TIDAK MELETAKKAN HATI DI TEMPAT YANG BETUL.

Jangan takut meluahkan, biar sakit biar perit, setidak-tidaknya tiada penyesalan dikemudian hari. Pernah tak kamu dengar ungkapan ini; [saya tak tahu dia sukakan saya....kalau saya tahu tak mungkin saya berkahwin dengan pilihan ibu saya] atau.... [kenapa dia tak bagi tahu sendiri dia sukakan saya, sekarang saya dah menerima cinta orang lain]. Dan bila ini terjadi, akan berlakukan ketidak relaan hati seseorang pada satu hati yang sedang bersamanya, kerana hatinya telah diganggu oleh rasa bersalah kerana tidak mengetahui orang yang dia ingin miliki sebenarnya ada rasa untuk memilikinya juga tapi tak berani meluahkan.

Tidak ada salahnya jika seorang gadis meluahkan perasaannya terlebih dahulu di zaman ini. Jika takut meluahkannya sendiri, gunalah khidmat orang ketiga yang boleh dipercayai. Berusahalah untuk mendapatkan cinta sejati, duduk diam menanti jodoh datang sendiri sudah tidak relevan lagi. Ya benar, Allah telah menetapkan jodoh masing-masing, tapi kita diharuskan berusaha unuk mendapatkannya. Qada' dan Qadar Allah tak siapa boleh menidakkannya. Tapi....kebahagian kita perlu cari sendiri.

Untuk seseorang yang masih ragu-ragu dengan cintanya.... ~dia tahu~
Lakukankanlah Istiqarah, kakak pasti itulah cinta yang Allah berikan kepada kamu. Dia sayang kamu seadanya, hanya pada permulaan sahaja dia takut untuk meluahkan, dan kini dia masih takut untuk mengungkapkan kata cintanya, tapi...kamu sendiri tahu apakah maksud disetiap kata-katanya yang sedikit itu. Ya, dia kurang berbicara, itulah dia yang kakak kenali. Bukankah itu yang kamu minta di setiap sujud di beberapa iktikaf sebelum ini? Meminta agar Allah berikan kamu seorang lelaki yang berbudi pekerti, soleh dan tidak leka dengan dunianya. Kamu juga sering katakan mahu memelihara hati kamu, dan kakak pasti Allah juga memelihara hati kamu agar kamu tidak mudah jatuh hati dengan lelaki lain yang masih mengejar cintamu. Percayalah pada Nya. Rasa debaran dalah hati itu adalah goncangan syaitan yang mengganggu disetiap detik kamu bersama. Allah melindungi perhubungan kamu itu, percayalah.

Untuk seseorang yang telah meletakkan hatinya ditempat yang betul.... ~dia tahu~
Tetapkanlah hatimu, kakak percaya dialah cintamu. Berusahalah menjadi lelaki sejati yang melindungi dan menjaga hati. Restu bonda tak ternilai harganya, hati bonda pasti tersenyum melihat gadis yang elok budi pekertinya.

Kakak doakan agar kamu berdua berbahagia....












:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

30 November, 2012

Audit Dah Tamat

Fuhhhhhh!!!!! Seminggu berdepan dengan Auditor dari Jabatan Hasil.

Sakit hati berurusan dengan mereka selama 5 hari sejak hari Isnin lepas. Masa Auditor dari NPCB (National Pharmaceutical Control Bureau) datang pown tak macam ni. Mungkin sebab audit kali ni melibatkan wang berjuta-juta ringgit.

Hurmmmmm apalah nasib kami nanti. Soalan di beri pulak bertubi-tubi, siap gertak-gertak dan herdik-mengherdik lagi. Dah rasa macam dalam bilik soal-siasat kat balai polis pulak.

Punyalah berhempas pulas, boss bagi kami jep..... Sila ambil sorang satu.... Actualy ada 5 biji jep sebab yang involve hanya 5 orang dari QC Dept. tak termasuk Boss kitorg yang hampeh kedehek tue. Lagi 2 biji sudah di copek oleh Lai & Zaza. So, yang ni tinggal I punya dengan Nae & Shue jewrrrr.... Opcoz laaa I punya yg ada 3 rasa tue, kiwi, peace & mango.


Yang lain sila jangan jeles yepppp....


Kat opis ni sedang gilakan Durian Crepe. Tapi saya dah rasa crepe pelbagai perisa, durian (opcoz laaaa), peace dan mango. Tapi member saya kata akan ada pelbagai perisa lagi nanti, maybe honeydew, guava & berry. Tunggu kemunculannya nak rasa jugak nanti. Tapi, ikhlas saya katakan, saya tak berapa suka sangat crepe ni sebab sangat muak. Baik saya melantak durian sampai 1 bakul....



*** Ahad ni ada jemputan makan durian kat Labis. Sapa nak ikut, ni Cik Safni menjemput.




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

10 November, 2012

Terima Kasih sekali lagi... KINA


Ini adalah N3 penghargaan sekali lagi untuk si cantik manis Kina Kinatara. Sebelum ini Kina telah menawarkan diri mengedit blog Cinta itu Misteri dan hasilnya apa yang anda nampak ini. Jadi... Jom ramai-ramai serbu blog dia!!!!

Nampak tag Assalammualaikum di atas tue.... Kina lah yang bagi secara percuma, cuma saya belum sempat lagi nak masukkan ke dalam blog ini. Hehehehe.... dan lagi.... Kina bagi lagi secara percuma tag di bawah ini;


InsyaAllah, nanti bila saya dah betul-betul free nak mengadap blog, saya akan masukkan kedua-dua doodle ini.

Sayang Kina forever :)


Owh yaaa... N3 saya sebelum ni saya bagi tahu saya di Perpustakaan Awam Negeri Johor yepppp.




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

05 November, 2012

Good Luck Niece on your SPM

Assalammualaikum....

Nak ucapkan Good Luck untuk my favorite Twin Azza & Azie kerana esok mereka akan menduduki peperiksaan SPM. Tak lupa juga pada my Sweety Diba.


Aunty curik gambo u all kat FB. Hehehehe....sori

Aunty tak ada apa-apa untuk u all bertiga, walaubagaimanapun Aunty doakan u all berjaya. Sorry kalau kata-kata semagat ni lewat, maybe u all pun tak sempat nak baca. But its okey, u all don worry, kawan-kawan Aunty juga akan doakan u all.

Sikit jer nak pesan.... Percaya pada diri sendiri dan Aunty percaya kamu bertiga boleh lakukan. Tips utama untuk berjaya adalah mesti sentiasa ingat 'prinsip hidup' atau kata-kata yang kita buat sendiri. Sebagai contoh "Ya, Aku Boleh" atau "Aku perlu untuk dapat 9A" dan sebagainya. As a student, Aunty percaya kamu semua ada kata-kata semangat atau ayat motivasi bagi membangkitkan semangat menghadapi peperiksaan.

Jangan cepat mengalah, Aunty doakan agar kamu bertiga tidak kalah lebih awal. Ingat! kegagalan hari ini memberi penyesalan untuk hari esok dan selamanya. Ayuh! Bangkit dan teruskan berjuang. Kejayaan atau kegagalan berpunca dari diri kita sendiri.

Selamat Maju Jaya.
Kita menuju ke puncak kejayaan!

Owhhh ya, u all dah dapat suntikan HPV belum????





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

30 October, 2012

★J★O★D★O★H★

Ayat kawan-kawan tak puas hati~

*Bercinta dengan si L, tapi kawin dengan si M*

*Berkawan dengan R, bercinta dengan S, berkasih dengan T, last-last kawin dengan R*

*Benci sangat dengan si D, kawin juga dengan Dia tu*

*Bercintalah dengan A ke B ke C ke D ke, tapi kalau dah jodohnya dengan Z, Z jugalah akhirnya*

Ayat makcik-makcik kat mesyuarat tembok~

*Apsal si P tu tak kawin lagi erk, tak laku agaknya*

*Si J tu memilih sangat, sebab tu tak kawin-kawin*

*Si Q tu sampai tua lah tak kawin kot, sangkak agaknya*

Tu belum cerita pasal mandi bunga....

-------------------------

Diluar kebijaksanaan kita bercerita pasal jodoh. Jawapan yang paling mudah dan selamat, hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan nya nanti. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "



"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

JODOH ITU RAHSIA ALLAH






Sumber: BERNAMA



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

22 October, 2012

Nak Kawin Lagi??

Haritu saya terbaca N3 Cik Aini di pagi Sabtu tentang Poligami. Kemudian saya ada komen di ruangan biasa tang bawah tue; bunyinyer macam nie " Owhh....okay, think positive. CiM bagi jer en.hubby nak poligami ker, politik ker, polyteknik ker, polymer pown boleh. Dgn bersyarat.... syaratnya.... nanti CiM sambung lain kali.  "

Jadi, saya berbesar hatilah nak buat N3 nie yang sebenarnya en.Hubby dah tau dah pun jawapannya sejak azali lagi tentang kebenaran saya terhadapnya jika hendak berpoligami. Boleh jer...kann kann kannn en.Hubby, saya bagi jer kalau dia nak berpoligami. Asalkan cukup semua syarat di bawah nie. Saya tak mintak banyak pun, cuba tengok tak keterlaluan kannn.
  1. Duit perbelanjaan bulanan sebanyak RM5000.00 sahaja.... sikit jer tue kan... dan dimasukkan ke dalam akaun saya setiap bulan tak boleh miss. 
  2. Duit perbelanjaan untuk anak-anak saya dengan jumlah yang sama RM5000.00 setiap bulan setiap seorang. Misalan kalau tiba-tiba saya termengandung lagi iaitu anak ke-3, so anak itu juga berhak dapat jumlah yang sama setiap bulan. wang-wang itu akan saya uruskan dan nama pendua bank anak-anak saya hendaklah atas nama saya.
  3. Sebuah rumah banglo yang saya pilih sendiri lokasinya dan juga hiasan dalammannya dan telah diubah suai mengikut kehendak saya. Lengkap dengan 2 orang pembantu rumah yang saya pilih sendiri. Rumah Banglo tersebut dan segala isi di dalamnya hendaklah dibeli dengan cash dan dinamakan ke atas nama saya. 
  4. Sebuah kereta idaman saya, yang tak berapa mahal tue, BMW 7S jerrrrr. Okey kan...bukannya minta Fair Lady ker, Ferrari ker atau Mustang ker. Kereta tersebut hendaklah dibeli dengan cash dan dinamakan ke atas nama saya. 
  5. Membiayai yuran persekolahan/universiti anak-anak saya keseluruhannya sehingga tamat pembelajaran.
  6. Apabila anak-anak saya sudah mencapai umur layak memiliki lesen memandu, en.hubby wajib membelikan kereta idaman anak saya mengikut kehendak mereka secara tunai, taknak hutang, buat masalah jer nanti dan dinamakan ke atas nama mereka.
Sebelum urusan akad nikah yang baru dibuat, en.hubby kena tandatangani surat perjanjian yang mana beliau bersetuju dengan syarat-syarat saya yang tak seberapa tue seperti diatas (dan mungkin akan di update mengikut peredaran semasa). Sekiranya perlanggaran syarat berlaku, semua harta en.hubby dan bakal isterinya sama ada di dalam negara ataupun di luar negara akan dirampas, dan kedua-dua mereka akan dijual.

So, macam mana? Mudah jerkannnnnnn. Kalau berani, kawinlah lagi. Its okey for me. Bukannya mata duitan sangat pun, cuma perlu pastikan nasib saya dan anak-anak terbela dikemudian hari nanti kerana susah payah kita selama ini perlu dihargai.


BAGITAPISEBENARNYATAKBAGI






:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

20 October, 2012

Harapan...

Kadangkala, manusia tidak berjumpa tempat yang betul untuk meletakkan harapannya di dalam kehidupan yang sungguh mencabar ini.

Sebab itulah, mudah sekali untuk manusia berputus asa bila ditimpa bencana sehingga mungkin ada yang memilih jalan negatif untuk menghentikan tekanan di dalam hatinya. 

Hakikatnya, bila dia melakukan sebegitu, adakah dia bertemu harapan baru untuk hidupnya?




Maka, sebab itulah Allah S.W.T. menjadikan kita dalam bentuk pelbagai, baik dari sifat, perwatakan, persepsi, tingkah laku, peradaban,  dan kita yang menumpang sementara di bumi Allah ini disuruh berbaik-baik antara satu sama lain. Sekiranya kita dapati salah seorang di antara kita kehilangan arah, maka kitalah yang bertanggungjawab untuk membawanya kembali ke jalan yg benar yang diredhai Allah agar dia tidak merasa kesepian dan tidak sesekali merasa putus asa dan tertekan. 

Oleh itu...kitalah harapan dia.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

18 October, 2012

Membeza-bezakan anak-anak

Salahkah kita membeza-bezakan anak-anak?

Saya cuma ada dua orang anak sahaja. Tapi memang sangat ketara, kadangkala saya sepertinya membezakan kedua-dua anak saya ini. Memang kalau orang yang rapat dengan saya mengakuinya kerana saya sepertinya lebih sayangkan anak bongsu saya berbanding anak yang sulung.

Saya sedar akan tindakan saya yang salah itu. Tapi percayalah saya benar-benar sayangkan kedua-dua mereka tanpa berbelah bagi cuma perhatian itu lebih kepada yang kecil. Contohnya, saya selalu menyuruh Abang melakukan sesuatu perkara lebih dari apa yang saya suruh Adik lakukan, itu bermakna saya lebih mempercayai Abang. Jadi saya suruhlah dia lakukan perkara tersebut. Saya juga sering memarahi Abang, bukan kerana saya bencikannya, tapi saya mahu dia lakukan perkara dengan baik, marahkan kerana sayang. Dah sifat saya menegur ada sedikit garang, nak buat macam mana?

Baiklah, saya mengakui, tak elok membeza-bezakan anak-anak. Saya akan cuba memperbaiki tingkah laku agar tidak nampak terlalu ketara saya membezakan mereka berdua. Saya akan cuba sedaya upaya mengikuti petua di bawah ni;
  1. Berikan kasih sayang yang sama terhadap anak-anak, tanpa membezakan mereka samada sulung, tengah ataupun bungsu.
  2. Jika seorang anak memiliki tingkat kecerdasan lebih dari anggota keluarga yang lain, berikan pujian kepadanya secara wajar dan tidak berlebihan. Jangan sampai puji-pujian itu membandingkannya dengan adik beradik yang lainnya. Sikap suka membanding merupakan pesan negatif yang diterima anak yang belum faham perbezaan.
  3. Selalu memberikan motivasi untuk semua keluarga, meskipun ada di antara anak-anak yang gagal atau belum berhasil mendapatkan sesuatu berilah semangat kepadanya, Hiburlah mereka dan jangan menyalahkan atau menghukumnya.
  4. Kejayaan anak-anak sebenarnya bergantung pada kejayaan kita sebagai orang tua dalam mendidiknya. Maka dari itu jadilah orang tua yang cerdas dan bijak.

Benarlah, kita ni memang terlalu banyak anasir-anasir yang hendak difikirkan sehingga hilang kesabaran dalam diri. Kegagalan memberikan kasih sayang yang samarata mungkin juga pengaruh daripada sifat kita sendiri yang suka membanding-bandingkan sesuatu. Kemarahan juga boleh terjadi bila kita terlalu banyak kerja, kepenatan, gusar ataupun jiwa kacau. Jadi jangan terlalu kelam kabut dan suka menserabutkan kepala, akibatnya anak-anak akan jadi mangsa kemarahan kita sendiri.

InsyaAllah, saya akan juga mempraktikkan tips-tips mengawal emosi di bawah;
  1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.
  2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara remeh lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.
  3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.
  4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.
  5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.
  6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.
  7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.
  8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.
  9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.
  10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.
  11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.
  12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu dalam diri seseorang adalah terlalu penting.
  13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang dewasa ini pun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-ubah diri anda itu.
Marilah kita berusaha menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak kita dan juga generasi yang akan datang. Anak-anak kitalah yang akan membentuk negara suatu hari nanti.

Anak-anak kita cermin diri kita :)



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

17 October, 2012

Amaran! Jangan Mengumpat!!!


Kebelakangan ni, kita selalu terbaca kenyataan atau isi hati seseorang yang ditulis secara terang-terangan di laman-laman sosial, membincangkan perihal orang lain samada yang buruk ataupun yang baik. Tetapi kebanyakkannya kita dapat lihat lebih banyak hal-hal yang tidak baik daripada yang baik. Di tambah lagi dengan komen-komen tambahan ke atas kenyataan tersebut. Ingatlah setiap perbincangan terutama perkara yang buruk tentang orang lain itu adalah tergolong dalam "MENGUMPAT".

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabda baginda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" 
(Hadis Riwayat Muslim) 

Mengumpat berlaku sama ada disedari ataupun tidak. Perbuatan itu termasuklah apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. 

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudaranya sendiri. Manusia yang berfikiran waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. 

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah ia tergolong diantara dosa-dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah S.W.T biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatnya sahaja. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat kelak. 

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: 
"Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad) 

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. 

Sabda Rasulullah S.A.W. lagi; 
"Wahai orang-orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan Dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud) 

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. 

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Jadi, ingatlah rakan-rakan ku yang ku sayangi. Janganlah kamu mengumpat dan menggolongkan diri kamu ke dalam golongan orang yang suka mengumpat. Dan janganlah kamu mendabik dada bila ditegur tentang perbuatan umpat kamu itu dan bersegeralah menarik diri atau menarik kembali kata-kata kamu itu. 

Kadangkala apa yang kita nampak itu bukan hal yang sebenarnya berlaku, lebih teruk lagi bila kita terus membuat andaian terhadap perkara yang kita tak nampak langsung. Allah Maha Mengetahui dan lebih mengetahui apa yang kita ketahui.

p/s: PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI

Wahai pengumpat, kamu mungkin boleh jadi jiran saya di atas muka bumi ini, tapi saya tak sanggup untuk berjiran dengan kamu bila berada di bawah sana. Takut saya pula yang akan mengumpat kamu dengan jiran sebelah saya nanti.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...