04 October, 2012

10 Perkara Yang Perlu Dilakukan Kepada Ibu Bapa Kita

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1. Memberi nafkah. 
  • Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat. Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal. 
  • Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa. Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi kasih sayang. 
  • Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya. Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.
  • Firman Allah s.w.t. bermaksud: "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil." (Surah al-Isra ayat 24).

4. Memberi perhatian. 
  • Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.
  • Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.
  • Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5. Memenuhi permintaan. 
  • Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa. Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain.
  • Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.
  • Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: "Saya telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. : "Apakah perbuatan disukai oleh Allah?" Lalu baginda bersabda maksudnya : : "Sembahyang pada waktunya." "Kemudian apa?"tanya saya lagi. Baginda s.a.w. menjawab : "Berbakti kepada kedua ibu bapa." Saya bertanya : "Apa lagi ?" Jawab baginda : "Berjihad pada jalan Allah."

6. Melakukan apa yang disukai. 
  • Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.
  • Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.
  • Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).
  • Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: "Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati."

7. Bercakap dengan lemah lembut. 
  • Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.
  • Firman Allah s.a.w. bermaksud: "Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).
  • Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan. 
  • Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.
  • Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama. 
  • Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendo'akan kebaikan untuk ibu bapa. 
  • Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendo'akan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.
  • Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendo'akan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Sahabat yang dimuliakan,

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Abu Laith Samarqandi meriwayatkan bahawa datang seorang pemuda berkata kepada Rasulullah s.a.w, "Ya Rasulullah, ibu saya sakit di tempat saya, maka sayalah yang memberi makan dan minum. Tangan sayalah yang mewudhukkan mereka, mengangkat di atas bahu saya. Apakah dengan itu terbalas jasa-jasa mereka?"

Jawab Nabi s.a.w yang bermaksud, "Belum satupun dari jasa-jasa mereka! Cuma kau telah berbuat baik, dan Allah akan memberi pahala yang besar terhadap amal kau yang sedikit itu."

Rasulullah s.a.w. pernah mencela bagi mereka yang memiliki ibu bapa yang telah lanjut usia mereka namun masih tidak mampu untuk memasuki Syurga.

Baginda pernah bersabda maksudnya : “Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!” Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?” Baginda menjawab: “Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki Syurga.” (Hadis riwayat Muslim) .

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu rahsia kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu rahsia yang disimpan oleh orang tua kita.

Sharing is caring...saya copy dari FB seorang rakan untuk penerusan hamparan ilmu. Untuk perhatian dan peringatan pada diri saya sendiri jua...

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

12 comments:

Unknown said...

bhrp, sy akn jd ank yg baik utk parents sy

cik dah faridah said...

smga kiter smua menjadi anak2 yang sentiasa menghargai ibu bapa kiter..sayangi mereka sementara masih ada....

mummyrinazone beauty said...

insyaallah tanpa ibu dan ayah siapalah kita..nurul adik beradik sumer pompuan n dah bersuami.cuma yang bongsu masih belajar..yang num 2 masih tinggal ngan abah n mama sbb suami dok jauh..tapi insyaallah walaupun kami perempuan semoga Allah permudahkan urusan kami menjaga mama n abh..abahpun takbape sihat sangat...memang sebagai anak kita harus menjaga org tua..alhamdulillah juga suami2 adik beradik memahami

dya nasir said...

thanks for sharing..insyaallah..semoga kita semua jadi anak yg baik

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Insyaallah nk lengkapkan 10 tuk :)

Mrs Velentine said...

sya ingat lagi...berapa jumlah yg kita beri pada mak ayah tak penting tp keikhlasan kita memberi nafkah tue yg penting.

are_lin@yu said...

moga kita mnjadi anak yg taat pda ibu bapa kita ;-)

Unknown said...

betul tu.. skali pun kita dah laksanakan semua ni msh belum cukop utk membalas jasa kedua org tua..tak ternilai pengorbanan mereka tu.

Arina Shamsul said...

insyaallah,mudah2an kita tergolong dikalangan anak2 yang soleh dan solehah dear..amin..

berbuat baiklah selagi hayat kita mahupun mereka.

saya tdk mau baca perengan last tu dear,saya takut air mata mengalir dan hati terus hiba..huhuhu.

rindu bertambah dengan parents bila baca entri ni..hukhuk

Miss N™ said...

nur masih mencuba lengkapkan kesemuanya.. suka entry ni, ingatan bersama.. :)

Chic Na said...

InshaAllah sedang berusaha tunaikan kesemua perkara tu. buat yg termampu, nak balas semua jasa memang takkan terbalas la. :)

Cik Ai said...

insyaallah..
ai pun sdg berusaha ke arah itu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...