Kebelakangan ni, kita selalu terbaca kenyataan atau isi hati seseorang yang ditulis secara terang-terangan di laman-laman sosial, membincangkan perihal orang lain samada yang buruk ataupun yang baik. Tetapi kebanyakkannya kita dapat lihat lebih banyak hal-hal yang tidak baik daripada yang baik. Di tambah lagi dengan komen-komen tambahan ke atas kenyataan tersebut. Ingatlah setiap perbincangan terutama perkara yang buruk tentang orang lain itu adalah tergolong dalam "MENGUMPAT".
Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.
Rasulullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabda baginda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"
(Hadis Riwayat Muslim)
Mengumpat berlaku sama ada disedari ataupun tidak. Perbuatan itu termasuklah apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudaranya sendiri. Manusia yang berfikiran waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah ia tergolong diantara dosa-dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah S.W.T biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatnya sahaja. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat kelak.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah S.A.W. lagi;
"Wahai orang-orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan Dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Jadi, ingatlah rakan-rakan ku yang ku sayangi. Janganlah kamu mengumpat dan menggolongkan diri kamu ke dalam golongan orang yang suka mengumpat. Dan janganlah kamu mendabik dada bila ditegur tentang perbuatan umpat kamu itu dan bersegeralah menarik diri atau menarik kembali kata-kata kamu itu.
Kadangkala apa yang kita nampak itu bukan hal yang sebenarnya berlaku, lebih teruk lagi bila kita terus membuat andaian terhadap perkara yang kita tak nampak langsung. Allah Maha Mengetahui dan lebih mengetahui apa yang kita ketahui.
p/s: PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI
Wahai pengumpat, kamu mungkin boleh jadi jiran saya di atas muka bumi ini, tapi saya tak sanggup untuk berjiran dengan kamu bila berada di bawah sana. Takut saya pula yang akan mengumpat kamu dengan jiran sebelah saya nanti.
15 comments:
thumbs up tuk entry ni..nice sharing CIM....xbaik mengumpat kan
peringatan bersama :)
Thanks Waniey, slalu puji2 N3 CiM. its just in my mind, release everything on my blog. dpd simpan sndiri, buat sakit hati
huuuuuu....insaf2...Y_Y
sama2 kita mnjaga pergaulan.
huhuh..kdg mmg pndai terumpat. hihi.
2 la tak baik mengumpat tp kdg2 termengumpat pulak.eheheh >.<
peringatan utk sy juge..hukhukhuk
kdg2 tkt kn..yela dlm tnpa sedar kita terumpat ke,mndgr orgngumpat ka ttp dpt dosa..huhu
emm tu la kdg2 tanpa disedari kita terbaca @ terdengar lak ape yg diorg tu dok mengumpat. tak pasal2 dpt dosa kering.
umm..law yang jenis letak kat fb 2 x mena2 kita dapat sekali sebabh bace post dorang 2..ish terok betul...:)
nice shing kak:)
umm..law yang jenis letak kat fb 2 x mena2 kita dapat sekali sebabh bace post dorang 2..ish terok betul...:)
nice shing kak:)
terima kaseh kerana mengingatkan..
tapi kadang2 mmg tanpa sedar je...
kalau tersedar tu, cepat2lah kena larikan..kalau layan tu cari pasallah namanyaa..
rasa mcm baru pas ngumpat la pulak..
betul2..
kdg2 termengumpat gak..
haish,sdg berusaha ke arah xmo mengumpat.hahahaha
Jgn mengumpat..buat ketupat xpe...hihi
Post a Comment