05 October, 2012

Labbaik Allahumma Labbaik

Assalammualaikum semua.

Hari ini hari Jumaat. Saya akan ke Kuala Lumpur untuk menghantar Ayahnda dan Bonda ke Kelana Jaya. Kenapa??? Sebab mereka berdua dan beberapa saudara mereka (Makcik dan Pakcik saya) akan berangkat ke Tanah Suci Makkah. Doakan perjalanan kami...

Kami akan bertolak dari Johor Bahru lebih kurang pukul 10 pagi nanti terus ke Kelana Jaya. Sebelum itu kami akan berhenti sarapan pagi dan berkumpul dengan beberapa saudara yang lain yang menyertai rombongan kami di Machap atau di hentian rehat yang ditentukan Allah s.w.t nanti, sebab cadangan awal memang nak berhenti di Machap tapi ada yang bersuara katanya ada banyak lalat di sana. Kami ada bawa sedikit bekalan untuk makan beramai-ramai sebelum meneruskan perjalanan. InsyaAllah, kami akan memandu dengan secermat dan berhemah kerana kami membawa tetamu-tetamu Allah. kalau tak ada aral melintang, kami akan sampai ke Tabung Haji Kelana Jaya lebih kurang pukul 2 petang. Untuk memudahkan kami tercari-cari THKJ, adik saya yang menetap di Shah Alam akan menunggu kami di Tol Batu 3 dan membawa kami terus ke THKJ, syukurlah harap-harap tak tercari-cari jalan kerana kami di JB tak berepa paham sangat jalan-jalan baru di KL ni.

Menurut TH, Ayahnda dan Bonda saya akan menaiki kapal terbang di KLIA pada 6 Oktober 2012 (Sabtu), jam 1 pagi. Oleh itu kami  perlu berada di THKL sebelum pukul 5 petang pada hari Jumaat 5 Oktober 2012 untuk proses pendaftaran dan lain-lain. Seperti yang sedia maklum, Jemaah-jemaah tersebut akan memakai ihram di Malaysia termasuklah Ayahnda dan Bonda saya. Dari THKJ, semua jemaah haji akan menaiki bas yang disediakan untuk ke KLIA dan kami sanak saudara yang mahu mengikuti rombongan boleh menaiki kenderaan masing-masing berkonvoi bersama. Tidak pasti sama ada bila semua jemaah sampai ke KLIA, kami dapat berjumpa lagi ataupun tidak. Walaubagaimanapun, doa kami sudah bersama mereka agar mereka selamat sampai menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah dan menunaikan Fardu Haji, Rukun Islam ke-5.

Mohon doa dari kalian agar mereka semua dapat menunaikan Fardu Haji dengan baik dengan disertakan kesihatan yang baik. Jikalau ada salah dan silap dari kedua Ayahnda dan Bonda saya, mohon diampunkan mereka dan halalkan makan minum mereka.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

18 comments:

Chic Na said...

mendoakan perjalanan akak sekeluarga selamat. untuk yg menunaikan haji, semoga dapat mengerjakan ibadah haji dgn tenang & dipermudahkan segala urusan. InshaAllah.

ANIM said...

semoga mereka dikurnaiakan haji mabrur,insya-Allah. rezeki kak takde nampaknya walaupun beg, telekung dan ihram dr TH Travel sdh diterima. Haji itu hak Allah..

mummyrinazone beauty said...

semoga cim sekeluarga selamat pergi dan pulang dan semoga meraka dikurniakan haji mabrur insyaallah..semoga Allah permudahkan segala urusan.amin

Unknown said...

selamat pegi dan pulang buat smua..moga ayahanda dan bonda akk mendpt haji mabrur.. amin.. :)

Unknown said...

smuge sumenya slmt..smuge mrk dpt haji yg mabrur amin...

Mrs Velentine said...

selamat pergi dan selamat pulang...dan semoga dpt haji yg mabrur

are_lin@yu said...

semoga perjalanan mak n ayh akak dipermudahkan ya ;-)

dya nasir said...

dya doakan perjalanan akak sekeluarga selamat..:)

Miss N™ said...

Moga perjalanan akak ke kuala lumpur, serta perjalanan para jemaah haji ke tanah suci berjalan dengan lancar dengan izinNYA..insyaALLAH.

moga para jemaah haji yang akan menunaikan fardu haji, akan diberikan kesihatan yg sempurna..InsyaALLAH...

sama2 kita doakan yg terbaik buat para jemaah..

Cik Ai said...

moga Allah prmudahkan segalanya,dpt mngerjakan haji dgn tenang & selamat pergi & kembali :)

~Cik Sweety~ said...

semoga perjalanan cim sekeluarga dan jemaah haji yang lain ke TH berjalan dengan baik.. moga mereka selamat pergi dan selamat kembali dengan selamat.. Aminn..

Selamat menunaikan haji yea pada ayahanda dan bonda cim..

lelamaisara said...

Semoga perjalan akak sekeluarga selamat....Semoga Ayah dan bonda akak mendapat haji yg mabrur..amin...

kayyana said...

semoga ibu dan ayah dikurniakan haji mabrur.. dan semoga selamat pergi dan pulang ke tanah air.. InsyaAllah

insan_marhaen said...

Allahhurobbi..seronoknya diterima jadi tetamuNYA...akak doakan semoga selamat pergi dan kembali bersama hj yg mabrur..

Si Matatajam said...

Semoga Ayahanda Dan bonda CIM dipermudahkan segala urusan Di sana Dan semoga Memperoleh haji mabrur...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

semoga perjalanan ayah n mak CIM dipermudahkan..Insyaallah :)

9n0L4 said...

moge selamat pergi dan pulang. moge dilindungi Allah. ;)

Whitesmwu said...

smuge sumenya slmt..smuge mrk dpt haji yg mabrur amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...