18 October, 2012

Membeza-bezakan anak-anak

Salahkah kita membeza-bezakan anak-anak?

Saya cuma ada dua orang anak sahaja. Tapi memang sangat ketara, kadangkala saya sepertinya membezakan kedua-dua anak saya ini. Memang kalau orang yang rapat dengan saya mengakuinya kerana saya sepertinya lebih sayangkan anak bongsu saya berbanding anak yang sulung.

Saya sedar akan tindakan saya yang salah itu. Tapi percayalah saya benar-benar sayangkan kedua-dua mereka tanpa berbelah bagi cuma perhatian itu lebih kepada yang kecil. Contohnya, saya selalu menyuruh Abang melakukan sesuatu perkara lebih dari apa yang saya suruh Adik lakukan, itu bermakna saya lebih mempercayai Abang. Jadi saya suruhlah dia lakukan perkara tersebut. Saya juga sering memarahi Abang, bukan kerana saya bencikannya, tapi saya mahu dia lakukan perkara dengan baik, marahkan kerana sayang. Dah sifat saya menegur ada sedikit garang, nak buat macam mana?

Baiklah, saya mengakui, tak elok membeza-bezakan anak-anak. Saya akan cuba memperbaiki tingkah laku agar tidak nampak terlalu ketara saya membezakan mereka berdua. Saya akan cuba sedaya upaya mengikuti petua di bawah ni;
  1. Berikan kasih sayang yang sama terhadap anak-anak, tanpa membezakan mereka samada sulung, tengah ataupun bungsu.
  2. Jika seorang anak memiliki tingkat kecerdasan lebih dari anggota keluarga yang lain, berikan pujian kepadanya secara wajar dan tidak berlebihan. Jangan sampai puji-pujian itu membandingkannya dengan adik beradik yang lainnya. Sikap suka membanding merupakan pesan negatif yang diterima anak yang belum faham perbezaan.
  3. Selalu memberikan motivasi untuk semua keluarga, meskipun ada di antara anak-anak yang gagal atau belum berhasil mendapatkan sesuatu berilah semangat kepadanya, Hiburlah mereka dan jangan menyalahkan atau menghukumnya.
  4. Kejayaan anak-anak sebenarnya bergantung pada kejayaan kita sebagai orang tua dalam mendidiknya. Maka dari itu jadilah orang tua yang cerdas dan bijak.

Benarlah, kita ni memang terlalu banyak anasir-anasir yang hendak difikirkan sehingga hilang kesabaran dalam diri. Kegagalan memberikan kasih sayang yang samarata mungkin juga pengaruh daripada sifat kita sendiri yang suka membanding-bandingkan sesuatu. Kemarahan juga boleh terjadi bila kita terlalu banyak kerja, kepenatan, gusar ataupun jiwa kacau. Jadi jangan terlalu kelam kabut dan suka menserabutkan kepala, akibatnya anak-anak akan jadi mangsa kemarahan kita sendiri.

InsyaAllah, saya akan juga mempraktikkan tips-tips mengawal emosi di bawah;
  1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.
  2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara remeh lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.
  3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.
  4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.
  5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.
  6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.
  7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.
  8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.
  9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.
  10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.
  11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.
  12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu dalam diri seseorang adalah terlalu penting.
  13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang dewasa ini pun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-ubah diri anda itu.
Marilah kita berusaha menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak kita dan juga generasi yang akan datang. Anak-anak kitalah yang akan membentuk negara suatu hari nanti.

Anak-anak kita cermin diri kita :)



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

22 comments:

Mrs Velentine said...

samalah...sya pun kdg2 termarah abg & kakak tp bukan x syg tp nak displinkan mereka

Chic Na said...

tips2 bagus utk dijadikan panduan. :)

are_lin@yu said...

sbgai anak yg xkwin n xda ank lg ni kn,hihi kdg2 npk ibubapa mmg akn ada yg lbh sygkan siap..tp ibubapa harus mainkan prnan,yg slh ttp slh yg btl ttp btul..tp bla dh bsar prsaan tu dh xda mybe msa kcil ank akn pk bza mk ayh ly dorang n lain2..dh bsar ni xksh sgt dh..hihi

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wani xtau sbb baru ada anak sorang nanti klu bertambah hope xdak bezakan kasih sayang antara satu sama lain

Unknown said...

untunglar sy kn..sbb sy tunggal..mak n ayh xdela beza2kn..hihi

Kakzakie Purvit said...

Kakak rasa kakak sayang anak kakak sama. Walau anak sulung kakak dah 16 tahun tapi kakak masih peluk dan cium sama macam anak kakak yg bungsu 9 tahun. Sehingga kalau bercuti kadang tiga anak tiga jenis masakan janji semua tertunai, cuma anak kakak dah boleh toleransi sebab dah besar mereka boleh pakat-pakat sendiri bagi idea nak makan apa utk mama dia masak pada hari itu...

Miss N™ said...

tips ni, sgt bguna pada bakal2 ibu bapa dan pada yg belum kawin pun sesuai juga.. :)

Liyana Anuar said...

banyak tips2 ni kak~

mummY daniSha said...

huuuu sy baru post n3 pasal ni jugak heheh..thanks 4 the tips!

Anonymous said...

gd info for sharing ni ! kkdg kita x sedar kan

Mama Mya said...


2 hari yang lepas.... saya baru tersedar mengenai perkara yang sama... itu pun bila si kakak berkata

"Mama sayang Qiss.... Mama dah tak sayang kakak, mama selalu marah kakak?.."

Rasa nak nangis masa tue...

Arina Shamsul said...

dear saya copy tips ni ye,dah anak dua nanti nak rujuk semula,supaya jadi motivasi untuk diri..hehehe.

thanks sharing dear :)

mummyrinazone beauty said...

nurul ada 2 anak..nak copy n simpan ek cim..bukan apa kadang kita tak sedarkan..tq good tips=)

Cik Ai said...

byknya tips CiM...
selalu mmg mcm tu kan..akak ai pun sama CiM..kdg2 smp yg sulong tu memberontak..siap kata lagi ibu syg adik lebih.hahaha

kinara kinatara said...

tips yang berguna..thanks sharing:)

UniMeOw said...

bahaya jugak kak kalo bezakan anak... wpun skg nmpak mcm dy dgr cakap,mst ada side efek bila dia dewasa..

cmni la,even akak byk suruh si abg buat keja,akak jgn lupa tnjukkan yg akak syg dy..let him know. x salah peluk or cium pipi dia..& wat dy paham, betapa akak saaaayyyyaaangggg sgt kat dua2 anak akak...:)

uNa said...

anak-anak memang xleh dibeza2kan..takot diorang rasa dipinggirkan..then, mula lah ada sikap iri hati antara satu sama lain..hehe

dya nasir said...

tips yg berguna..

lelamaisara said...

tips yang berguna ni kak...

dieyna said...

ini motivasi ni.. terima kasih sharing,,,,

Unknown said...

Penah gak rasa dibezakan oleh mak..huhuhu..

Faten Rosli said...

Btol la tue..boleh jadikan mitivasi ni. Membezakan anak2 memg xbagus. Nanti di hari mendatang pasti akan ada terjadi perkara ungkit2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...