07 October, 2012

~~ Seruan Haji ~~

Assalammualaikum...

Alhamdulillah, Ayahnda dan Bonda saya serta pakcik dan makcik saudara yang telah berlepas ke Tanah Suci pada awal pagi semalam telah selamat sampai. Malam tadi saya dapat berhubung dengan Ayahnda tercinta, alhamdulillah mereka semua sihat. Tapi saya tak dapat bercakap dengan Bonda kerana Bonda bersama ibu saudara yang lain pergi ke kedai. Ayahnda menghubungi saya pada pukul 11.00 malam waktu Malaysia, dan menurut beliau waktu di sana adalah 6.00 petang. Jadi perbezaan waktu adalah 5 jam antara Makkah dan Malaysia. 

Doakan mereka sihat dan dapat mengerjakan Fardu Haji dengan baik. Kami risaukan keadaan mak sebab sebelum mak berangkat ke sana, beliau mempunyai sedikit masalah kesihatan yang tak mampu saya terangkan di sini. Harap semuanya baik-baik saja dengan berkat dari Allah s.w.t di sana.

Sebelum mereka berangkat ke sana, sebenarnya ada beberapa orang saudara mara telah sampai dahulu melalui penerbangan awal. Antaranya Pakcik sedara yang bertugas sebagai juru kamera Astro Oasis, serta nenek saya bersama menantunya. Ingat lagi tak Nenek yang saya ceritakan pada Hari Raya ke-2 tue? Nenek Saminah dan Makcik Munah serta beberapa saudara mara di kampung yang saya jarang temui. Mereka ke Tanah suci dengan penerbangan berasingan, dan dengan izin Allah s.w.t. dan kesungguhan Pakcik Taib, mereka dapat bertemu di segerombolan himpunan jutaan umat manusia di sana. Alhamdulillah, harap-harap Bonda dan Ayahnda saya juga dapat berjumpa mereka.

Segala info, no. bilik, no. maktab dan no. telefon telah saya berikan kepada Pakcik Taib, harap pakcik dapat mempertemukan mereka.

Inilah antara saudara-mara saya yang telah berada di Tanah Suci Makkah mendahului Ayahnda dan Bonda saya. Ada juga beberapa doa saya kirimkan kepada mereka yang terdahulu berada di sana. harap doa-doa yang dibacakan mereka mendapat perkenan dari Allah s.w.t.





Kami semua di sini mendoakan agar Ayahnda dan Bonda dapat berjumpa mereka di sana. Lebih-lebih lagi Bonda yang teringin sangat berjumpa nenek yang ditemani menantunya.

Amin.....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

20 comments:

Chic Na said...

semoga dipermudahkan. ramai sedara mara akak yg pegi haji ek.

Liyana Anuar said...

moga urusan mereka semua dipermudahkan :)

lynmunir said...

Semoga ibadah mereka dipermudahkan dan diberkati Allah. Dan semoga mereka mendapat haji yang mabrur.

Si Matatajam said...

Semoga segalanya dipermudahkan di sana....

lelamaisara said...

Semoga urusan dipermudahkan....amin....

Kamsiah yusoff said...

salam
mak mertua dan adik ipar saya jugak menjadi tetamu agung ALLAH pada musim ini...

Mrs Velentine said...

semoga dipermudahkan segala urusan

Miss N™ said...

Amin...!
Semoga dipermudahkan segala urusan di sana..insyaALLAH..

dya nasir said...

semoga dipermudahkan segala urusan

Anonymous said...

moga ayah & bonda & semua para haji & hajjah kita memperolehi haji yg mabrur ye

kayyana said...

semoga mereka mendapat haji mabrur.. InsyaAllah.

insan_marhaen said...

Semoga diberi kesihatan yang baik dan mabrur hajinya..INSYAALLAH..

Unknown said...

semoga mereka selamat di sana dan mereka pulang juga dgn selmt dan mendpt haji yg mabrur..amin... :)

Reena Sidek said...

semoga mereka mendapat haji yg mabrur... dan semoga mereka selamat pergi dan selamat pulang... amin..

E'in said...

semoga mereka selamat pergi dan selamat kembali.. amin

fieda said...

moga urusan mereka semua dipermudahkan..

fieda said...

moga urusan mereka semua dipermudahkan..

Aidil said...

Semoga semuanya sihat dan selamat. Amin.

Cik Ai said...

amin!
moga segalanya dipermudahkan :)

IntaNBerliaN said...

ramai jugak yer family awk g haji.. alhamdulillah... rezeki merka kan.. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...