Hari ni Isnin, ramai ibu bapa yang masih bercuti, walaupun di Johor Jabatan Kerajaan sudah memulakan tugas, tapi kebanyakan syarikat swasta dan kilang-kilang sambung cuti Krismas kerana cuti umum itu jatuh pada hari Ahad (semalam)
Kebanyakan sekolah membuka pintu sekolah untuk ibu bapa melakukan beberapa urusan seperti pendaftaran tahun baru, pembaaran yuran, pembelian buku sekolah dan ada juga sekumpulan ibu bapa yang pergi ke sekolah untuk menghias bilik darjah anak-anak dan memeriksa segala kekurangan dalam bilik darjah anak-anak.
Perkara yang sering berlaku bila mulanya aktiviti-aktiviti utama sebelum bermulanya sesi persekolahan baru di sekolah,
1. Buku habis dijual pada hari pertama koperasi dibuka
- Ini sangat pelik. Bukankah setiap sekolah sudah ada rekod jumlah murid. Jadi, kehabisan buku tidak patut terjadi sehingga menyebabkan ibu bapa terpaksa mencari di kedai-kedai buku di pasaraya. Ia bukan sahaja melibatkan buku aktiviti sahaja, tetapi buku tulis boleh kehabisan stok. Penjual buku di koprasi sekolah memberi alasan, semua ibu bapa menyerbu untuk membeli buku pada hari yang sama. Masalahnya..... setiap tahun mengalami hal yang sama. Apakah setiap tahun sekolah akan menukar pengusaha koperasi sekolah sehingga tidak boleh belajar dari pengalaman.
2. Lencana tiada stok
- Masalah lencana sekolah juga sama. Tiada stok. Saya tidak begitu arif dengan proses menempa lencana untuk sesebuah sekolah, tapi seperti yang telah dinyatakan, pihak sekolah sudah mempunyai rekod jumlah murid. jadi, apabila stok lencana sampai pasti sudah tahu berapa kesemuanya, dan semak jumlah murid. Pihak koperasi ada hak untuk menghadkan pembelian lencana sekolah, contohnya 2 keping sahaja untuk setiap murid. Sekiranya mahu membeli lagi, boleh menempah (sediakan form). Sebenarnya masalah tidak cukup lencana untuk dijual juga menjadi tandatanya kepada saya. Adakah sesebuah sekolah akan menukar lencana sekolah setiap beberapa tahun sekali? Sehinggakan pihak koperasi ataupun pihak sekolah sendiri lokek-lokek untuk menempah lencana dalam kuantiti yang banyak. Bukankah lencana sekolah itu berbentuk kain dan ia tidak akan lusuh atau rosak sekiranya disimpan pada jangka masa yang terlalu lama.
3. Ibu Bapa menyerbu sekolah untuk membayar yuran anak-anak
- Kesempatan hari cuti memang akan dimanfaatkan oleh ibu bapa untuk mempersiapkan hal persekolahan baru anak masing-masing. Tapi, rasanya tak perlulah semua ibu bapa pergi ke sekolah hanya semata-mata untuk membayar yuran dan membeli buku. Sekiranya sudah berada di kawasan sekolah, lihat-lihat laa sedikit keadaan bilik darjah anak-anak sama ada ianya selamat dan selesa untuk anak-anak kita menimba ilmu. Ibu bapa tidak boleh meletakkan semua beban di bahu guru-guru, apa salahnya jika dah ramai-ramai di sekolah, wakilkan anak-anak untuk beratur membeli buku dan ibu bapa pergi meninjau bilik darjah. Manalah tahu ada apa-apa yang boleh dibantu, seperti;
→ membaiki kipas yang rosak
→ membasuh bilah kipas yang berhabuk
→ menampal simen yang berlubang
→ membaiki meja yang goyang atau rosak
→ mengecat bilik darjah
- Memandangkan sekarang sudah ada group Whatapps, semua perkara boleh dibincangkan. Setiap kelas mewujudkan group sembang ibu-bapa. Dalam group tersebut hanya dibenarkan untuk bercakap atau berkongsi perihal sekolah dan bilik darjah sahaja.
4. Mencari kenderaan mengangkut anak-anak
- Bas/Van Sekolah. Caj tambang bas/van sekolah sekarang sudah meningkat. Ada ibu bapa yang masih mengekalkan pemandu tahun lepas dan ada juga ibu bapa yang mula mencari kenaikan baru. Ada pula ibu bapa yang pakat-pakat sesama sendiri supaya 3-4 orang menaiki/tumpang 1 kereta dan upah dibayar kepada seorang yang memang tugasnya menghantar dan mengambil anak sekolah. Tapi harus diingat, keselamatan anak-anak perlu juga dijaga. Pastikan seseorang yang diamanahkan untuk mednghantar dan mengambil anak kita itu betul-betul bertanggungjawab. Dan kena tahu, tiada insuran khas pelajar sekiranya berlaku kemalangan melibatkan kenderaan persendirian.
Anak saya seorang di Tingkatan 2, Bersekolah Asrama di Batu Pahat. Manakala seorang lagi akan naik darjah 4 di Sekolah Kebangsaan di Johor Bahru. 31 December (Sabtu) nanti kami akan menghantar anak yang sulung untuk masuk asrama, dan bermulalah drama air mata seorang ibu yang acah-acah nak berpisah lama dengan anak. Anak kedua tiada masalah kerana dia boleh menguruskan sendiri persekolahannya seperti tahun-tahun sudah.
Apa-apapun, selamat menempuh alam pembelajaran baru di tahun 2017.
2 comments:
eh sama pulak kan..anak mv pun dajah 4...mak ai..jenuh nak balut buku teks..banyak ...
salam kenal untuk malaysia, kapan update lagi kak. Thanks
Post a Comment